CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akubaik3

INTERNET / ONLINE BUSINESS (MERGE)

[Copy link]
Post time 14-9-2009 08:52 PM | Show all posts
i percaya lepas nih kaum2 ibu yg sebelum ni kerja profesional akan berenti keja..buat online biz.....baru boleh nmpak anak membesar depan mata....
nowadays pun rasa ramai yang suke beli online....even branded items pun dah boleh dapat...harga lagi murah drp retail price.... =)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2009 10:44 PM | Show all posts
aku percaya.. aku ada plan utk bisnes online saja.. dan produk pun bleh tahan insyaALLAh.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 11:34 AM | Show all posts
selepas membaca dari awal, saya begitu teruja dengan business ni.... ye lah ... sebagai menambah pendapatan...  nak tanyalah... biasanya postage charges kalau hantar blouse tu berapa?  biasanya you all pakai pos laju ke courier service yang lain?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 10:01 PM | Show all posts
ni bisnes online saya..jenguk2lah ye

http://kedai-laman.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 11:05 AM | Show all posts
ingt nk start buka perniagaan on9...
tp xde idea nk jual apa huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 07:19 AM | Show all posts
saya ni dah lama berangan nak bukak business online..
skrg kat UK, bykla perfume yg murah2, pinggan mangkuk, pyrex, pakaian branded dan mcm2 lagi.. tak tau mcmn nak start.. ada yg boleh bagi idea?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2009 12:09 PM | Show all posts
polaris & mamarilia,

biznes online tak semudah yg disangka ekceli..kalo bebetul nak menceburi..kena fokus bebetul produk yg nak dijual..study produk & market  dulu..dan byk lagi benda2 baru yg anda akan tempuhi dlm proses menjadi peniaga online sejati hehee
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 12:52 PM | Show all posts
busines online ni tak tahu lah aku okay ke tak..
letak alamat e-mail apa semua tapi bila aku e- mail sampai ke hari ni tak balas lagi..?
dia orang ni berapa kali sehari check website masing2:cf:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2009 11:47 PM | Show all posts
busines online ni tak tahu lah aku okay ke tak..
letak alamat e-mail apa semua tapi bila aku e- mail sampai ke hari ni tak balas lagi..?
dia orang ni berapa kali sehari check website masing2:cf:
YNdaliz Post at 16-11-2009 12:52


patutnya check email sehari 2 x...sebab customer ada hari2
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 11:49 PM | Show all posts
231# cmf_YellowRose


salam...bizz online dah masuk tahun ke 3,alhamdulillah memberansangkan...

jom intai http://zeebeautyproduct.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 04:33 PM | Show all posts
Salam.1 benda yg i pelik skit tentang online bisnes ni...kawan2 slalu pesan jangan kasi nombor akaun pada org yang kita tak kenal. takut nanti akaun bank tu kena hacked. tapi macamana pula dgn peniaga2 online...akaun u all terpampang kat website masing2, selamat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 09:23 AM | Show all posts
Salam....kdg risau gak.....btul ke ade org leh hack dgn no akaun je.....tp biz tru intrnet ni nak x nak maklumat ni kena bagi...

saya baru lagi dalam dunia perniagaan internet.....

http://www.hyprobulksms.net/index.php?id=bozz_hypro
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 06:53 PM | Show all posts
Hello kawan

saya buat baucer dapat income, anda cuba dulu baru anda faham mcm mana mereka bayar,

Adakah Anda Tahu Yang Anda Antara Yang Terawal ???
KITA ANTARA YANG TERAWAL MENYERTAI DSG-NETWORK INI, JADI SEGERALAH ANDA LAKUKAN PEMBAYARAN UNTUK SAMA-SAMA KITA MENYAHUT PELUANG PERNIAGAAN INI

www.dsg2u.com/?id=lima50

Kami Di DSG2U.COM Saling Membantu.
KAMI BANTU ANDA DARI A-Z.BANTU ANDA MELALUI KHIDMAT NASIHAT KAMI SETELAH ANDA MENJADI "PIONEER"BOLEHLAH ANDA PULA MEMBERI KHIDMAT NASIHAT KEPADA AHLI-AHLI DIBAWAH ANDA.INILAH DINAMAKAN "FOLLOW UP".INI BAGI MEMBOLEHKAN AHLI-AHLI BARU MENDAPAT INFORMSI TERKINI MENGENAI PELUANG PERNIAGAAN INI SELAIN DARI TUNJUK AJAR DARI PIONEER-PIONEER TERDAHULU.
Cepat Lakukan Pembayaran Kerana Masih Ramai Yang Belum Tahu BISNES Ini
LAKUKAN PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN SEKARANG BAGI KITA SAMA-SAMA BERGERAK SEIRINGAN BAGI MENJAYAKAN PELUANG PERNIAGAAN DSG-NETWORK INI.IA NYA BUKAN HANYA SEKADAR KEJAYAAN UNTUK KAMI TETAPI UNTUK DIKONGSI BERSAMA-SAMA.TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA DAN PASTINYA IA AKAN MEMBUAT KAMI LEBIH BERSEMANGAT

www.dsg2u.com/?id=lima50
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2009 08:34 PM | Show all posts
228# mamarilia

hi there... u should start...x susah yg disangka...i pun baru start online biz dah 4 bulan...so far mmg ok sgt...tambah2 la u dok dekat oversea...byk brg2 yg u boleh jual online ....survey n get the knowledge...
kita x perlu sempurna utk bermula.... =)
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 12:07 PM | Show all posts
kasi uppppppp
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 12:08 PM | Show all posts
nak jemput otai2 kat sini masuk blog niaga saya.. pls komen tang mana terkurang tu.. tima kasihhh

http://magnifiquemadame.blogspot.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2009 02:25 PM | Show all posts
nak tolong promot ni ha.hehehe


Dua beradik buka butik maya jual busana Muslimah

GANDINGAN mantap dua beradik, Siti Azlia Idha, 27, dan Siti Allia Idha Abd Latif, 24 yang masih muda, bergaya dan bijak pastinya dicemburui ramai gadis.

Jika dilihat pada luaran, dua wanita muda ini tampak sama seperti wanita sebaya. Mereka suka bergaya dan benar-benar cintakan fesyen, namun setiap patah bicara tidak sekadar cakap kosong tanpa isi, sebaliknya pasti akan terselit cerita mengenai perniagaan dan hala tuju masa depan butik Muslimah dalam talian milik bersama iaitu getGorgeous (www.getGorgeous.com.my).

Kelahiran getGorgeous kira-kira tiga tahun lalu mengubah banyak perkara dalam hidup mereka. Azlia Idha, sebelum ini bergelar arkitek landskap di Seremban, manakala Allia Idha pula lulusan Sarjana Muda dalam bidang kreatif media dari Universiti Multimedia, Cyberjaya.

“Melepaskan jawatan profesional untuk bergelar usahawan internet bukan keputusan yang mudah dan memulakan perniagaan Internet juga bukan kerja yang main-main.

“Namun saya percaya, kejayaan getGorgeous sehingga mampu berada pada tahap ini dalam waktu yang singkat adalah hasil daripada keinginan yang kuat, kerja keras, pengorbanan dan berkat dorongan daripada mereka yang berpengalaman,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.


Mereka juga turut mengakui, rahmat Ilahi sentiasa menyebelahi sepanjang menjalankan perniagaan Internet selain beruntung kerana mendapat bimbingan daripada penasihat dan rakan kongsi, Nooraizan Mamat yang juga seorang panel motivasi untuk syarikat jualan langsung (MLM) mengenai selok-belok dunia perniagaan.

Tidak meletakkan sebarang tekanan walau menjalankan usaha sama bersama ahli keluarga sendiri, kata Azlia Idha, gandingan antara beliau dan adiknya melengkapkan penubuhan getGorgeous.

“Saya seorang yang minat berfesyen dan sentiasa mengambil tahu aliran gaya semasa, malah sebagai bekas arkitek, saya terdidik untuk sentiasa kreatif selain menjadikan setiap benda kelihatan indah.

“Adik saya pula mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia grafik dan kemahirannya dalam merekabentuk laman sesawang serta fotografi banyak membantu,” katanya.

Memulakan cerita mengenai butik muslimah secara dalam talian milik mereka, Azlia Idha memberitahu, semuanya tercetus ketika membantu abang dan kakak ipar mereka membuat perniagaan cupcake secara dalam talian di www.onepiecebakery.com.

“Memang semangat betul ketika itu apabila melihatkan perniagaan mereka mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelanggan seluruh negara. Lantas, saya terfikir, mengapa tidak saya membuka butik secara dalam talian juga.

“Kebetulan pula pada 2007, tidak ramai yang menjual pakaian Muslimah moden

di Internet. Memanfaatkan minat yang mendalam dalam bidang fesyen, malah rakan-rakan juga sering merujuk mengenai penampilan diri sesuai dengan mereka daripada saya, lantas lahirlah butik Muslimah getGorgeous,” katanya.

Pada awal penubuhan getGorgeous, Azlia Idha mengakui sukar mendapatkan kepercayaan pelanggan kerana masih belum dikenali.

“Ada yang takut ditipu, justeru kami terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan kepercayaan mereka. Sindiran negatif juga perkara biasa mungkin kerana mereka tidak yakin perniagaan Internet mampu menjana pendapatan yang kukuh.

“Bagaimanapun, semua itu kami anggap sebagai cabaran dan akhirnya, berkat kejayaan, kata sinis yang kami terima dulu bertukar menjadi pujian yang tiada penghujungnya,” katanya.

Bagi Azlia Idha, mengubah titik hidup untuk menjadi seorang yang berjaya memerlukan keberanian dan pesanan daripada Nooraizan, perkara yang paling susah adalah untuk memulakannya dan perkara yang paling mencabar adalah untuk mengekalkannya pasti akan disemat di dada sebagai pembakar semangat.

“Sekiranya anda masih ragu-ragu atau tidak yakin untuk memulakan perniagaan, saya sarankan supaya buat perniagaan secara sambilan dulu. Apabila anda rasa yakin, buatlah sepenuh masa.

“Paling penting adalah fokus. Jangan suka ikut dan dengar cakap orang, buat apa yang anda minat serta jujurlah kepada diri sendiri dan orang lain,” jelasnya.

Celah Allia Idha, ramai anak muda tidak didedahkan sepenuhnya dengan dunia perniagaan dan menganggap perniagaan adalah jalan terakhir untuk mencari rezeki sedangkan di dalam Quran ada menyebut sembilan daripada 10 punca rezeki adalah daripada perniagaan.

“Cabang perniagaan itu banyak dan carilah yang sesuai dengan jiwa anda kerana apabila serasi dengan kerja kita maka ia akan jadi lebih mudah dan menyeronokkan.

“Tapi, makan gaji juga tidak salah kerana dari situ kita dapat mengutip pengalaman dan modal untuk mengukuhkan tapak sebelum terjun ke bidang perniagaan yang penuh risiko,” katanya.

Menurut Allia Idha lagi, getGorgeous sendiri bermula dengan modal yang sangat kecil, tetapi semangat dan keinginan yang besar dalam diri tidak membataskan langkah mula mereka ketika itu.

“Bayangkan, koleksi pertama kami hanya enam helai baju saja, malah ketika mula-mula membuat keputusan untuk bergelar usahawan Internet, bapa juga seolah-olah tidak merestui keputusan kami.

“Tapi mungkin kerana sejak di bangku sekolah, bapa sering menasihatkan kami berniaga daripada makan gaji, jadi semua kepayahan dan cakap-cakap daripada orang sekeliling yang mempertikaikan kemampuan kami membangunkan getGorgeous hanya melintas bak angin lalu saja,” jelasnya.

Bagaimanapun, berkat doa dan restu kedua ibu bapa, Zaimah Abdul Hamid dan Abdul Latif Idrus, walau usia perniagaan masih baru, dua adik-beradik itu mula melebarkan sayap perniagaan dengan menawarkan perkhidmatan borong kepada peniaga butik yang berminat memasarkan koleksi getGorgeous.

Sehingga kini getGorgeous mempunyai pengedar dari lapan negeri antaranya Johor, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak selain Kuala Lumpur serta sekitar Selangor.

Kini, Azlia Idha melangkah lebih jauh dan bercadang untuk berkongsi pengalaman memulakan perniagaan Internet, kisah hidup dan rahsia kejayaannya di e-book.




p/s: sape kate bisnes internet takleh berjaya.kanss.. nih budak dua orang ni kazen aku.tahniah pada mereka..hopefully bleh jadi inspiration buat sesape yg nak berjaya dalam bisnes internet.jgn main forex sudah
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 08:26 PM | Show all posts
wahh..ramai gak yg telah berjaya dalam bisnes online......
Adakah mereka sudi ditemuramah???
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 12:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 09:40 PM | Show all posts
wahh..ramai gak yg telah berjaya dalam bisnes online......
Adakah mereka sudi ditemuramah???
saatcham Post at 3-12-2009 20:26


IMHO, they need the popularity.temuramah je pon.bende tu bagus sbb nak promosikan perniagaan diorang.lagi banyak pendedahan makin ramai la yg gune service/beli barang diorang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.209001 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list