CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: philipinoe2

H1N1..(update angka korban: 72!!!)

[Copy link]
Post time 14-8-2009 04:18 PM | Show all posts
219# namharnimsak  

time mnaip ni ahkak pakai mask hoke...
philipinoe2 Post at 14-8-2009 16:12


pelate akak sewa baju Dr Muszapar sukor...baju angkasawan tuh...full cover body...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2009 07:06 PM | Show all posts
skarang dah 56 {:3_84:}
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2009 12:36 AM | Show all posts
aku suke jugek kalau opisku ditutup.. bole laa work from home sambil baring2 atas katil.. tak perlu le aku menengok muke boss dan colleagues yang annoying dan irritaing.. wek
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2009 01:17 AM | Show all posts
dgn keadaan cm skang nie..patut sekolah dh ditutup..n program2 yg perlukan org ramai dh xpatut dianjurkan hokkay...
isshhh...apa lah negara kita nie..xkan nk suh anak beranak dorg kena suspek smpi mati baru nk tutup?nk sah kan darurat bgi?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2009 11:02 AM | Show all posts
aku rasa kita semua kena dok kat umah je now...
dah tak leh dok kuar rumah g memana2... wabak tu dah la cepat merebak...
tiap2 ari ada owng meninggal... tiap2 ari ada org demam, batok,
selsema.... takkan semakin bertambah org meninggal baru kerajaan nak istihar darurat kesihatan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2009 06:58 PM | Show all posts
224# jingga007

setuju..
patutnyer sekolah dh lama kena tutup
pastu batalkan semua aktiviti luar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2009 07:06 PM | Show all posts
yg aku hairan.. ramai betul pesakit kat hospital n klinik2 sbb demam..
yg suspek h1n1 tu xdala semua.. agaknya musim buah sama kott..
makin ramai lak org kena dmm time ada wabak ni eh...
opis aku kat KL dah sorang dah mati sbb h1n1...
(antara yg 56 tu la kot)
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2009 08:09 PM | Show all posts
ok update dah 59 terkorban sbb h1n1.. huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2009 08:46 PM | Show all posts
Jumlah Kematian : 59
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2009 08:47 PM | Show all posts
Kementerian Kesihatan mendapati orang ramai yang mempunyai simptom influenza yang ringan masih mengunjungi tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, pergi melancong, pergi ke tempat kerja atau sekolah serta masih lagi menaiki kenderaan awam. Didapati juga mereka ini tidak memakai topeng muka dan kebanyakkan yang memakai topeng muka adalah mereka yang sihat. Amalan ini boleh meningkatkan penularan jangkitan virus influenza A(H1N1) melalui batuk atau bersin. Sepatutnya orang awam yang mempunyai simptom influenza yang ringan tidak melakukan amalan-amalan di atas. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan memohon kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai simptom influenza untuk berada di rumah sehingga tiada simptom dan sihat dan tidak mengunjungi tempat awam, tidak menggunakan pengangkutan awam, menangguhkan rancangan untuk melancong ataupun tidak ke tempat kerja atau sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2009 08:53 PM | Show all posts
Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:

    * Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak
    * Berehat dan meminum banyak air
    * Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol
    * Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda
    * Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul
    * Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain
    * Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan
    * Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2009 08:54 PM | Show all posts
Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?

Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demam

Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2009 08:55 PM | Show all posts
Bagaimana anda boleh mengurangkan penularan  jangkitan ini?

    * Social distancing iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan
    * Adab batuk yang baik (cough etiquette)
    * Kebersihan tangan dengan mencuci cara betul dan lebih kerap
    * Pengudaraan dalam rumah yang baik
    * Kes-kes yang berkomplikasi atau yang berisiko tinggi perlu dirawat di hospital. Pendekatan ini akan memastikan impak negatif penularan pandemik dapat diminimakan
    * Mereka yang bergejala ringan, serta tiada masalah kesihatan, digalakkan berehat di rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala menjadi lebih berat.
    * Kehadiran banyak kes bergejala ringan ke klinik boleh membebankan keupayaan klinik untuk merawat kes-kes yang berisiko yang sebenarnya perlu diberi perhatian utama
    * Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit asthma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit kronik paru-paru
    * Majikan dan institusi perlu memantau kehadiran pekerja mereka termasuk mereka yang tidak hadir bertugas kerana sakit
    * Kejadian kes bersimptom influenza perlu dilaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2009 09:00 PM | Show all posts
Apa yang boleh memusnahkan virus influenza?

Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Selain itu, bahan kimi pemusnah kuman, termasuk klorin, hirogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul. Sebagai contoh, bahan pengelap atau jel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Jel ini perlu digosok pada tangan sehingga ia kering
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2009 02:11 PM | Show all posts
Kementerian Kesihatan mendapati orang ramai yang mempunyai simptom influenza yang ringan masih mengunjungi tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, pergi melancong, pergi ke tempat kerja atau s ...
eiyana Post at 15-8-2009 20:47



toksah la dorg nak blame public lak..menteri dorg sendiri hatta perdana menteri pun tak pakai topeng, cmne rakyat nak ikut???

aku pakai topeng pun org pandang pelik jerr
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 09:19 AM | Show all posts
face mask kt area umah wa sume out of stock, dah bape kali g carik kt farmasi2 sini.. bile tanye, bile ade lagik... tak pasti lah, esok lusa lah... pastu sales person tu plak bgtau, stok yg sampai tu habes dlm sejam je. :geram::geram: derang sdrik pon tak pkai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2009 09:21 AM | Show all posts
wa beli hand sanitizer je lah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 09:40 AM | Show all posts
16 ogos 2009 - Jumlah Kematian : 62
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 09:41 AM | Show all posts
ari nih bape lah plak agaknye
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 09:52 AM | Show all posts
Kementerian Kesihatan mendapati masih ramai pesakit yang mengalami jangkitan influenza A(H1N1) yang tidak memberi kerjasama yang baik dalam mengawal penularan influenza A(H1N1), sila beri perhatian wajar atas perkara berikut:

Menasihatkan orang ramai yang mempunyai simptom influenza walaupun ringan untuk tidak mengunjungi tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, melancong, pergi ke tempat kerja atau sekolah serta menaiki kenderaan awam. Perbuatan ini boleh menularkan jangkitan influenza A(H1N1) kepada orang awam dan kebimbangan adalah jangkitan kepada mereka dari kumpulan berisiko.

Mereka yang bersimptom influenza perlu memahami bahawa walaupun simptom yang dialami adalah ringan, virus H1N1 masih boleh disebarkan kepada orang lain apabila mereka ini batuk atau bersin. Oleh itu sesiapa yang mempunyai simptom influenza mesti berada dirumah atau jangan mengunjungi tempat awam, tempat kerja atau sekolah sehingga tiada bersimptom lagi.

Walau bagaimanapun sekiranya mereka yang bersimptom perlu juga melakukan aktiviti luar rumah yang amat mustahak, mereka mesti memakai topeng muka dan mengamalkan kebersihan diri sepanjang masa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.062303 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list