|
PREVIEW ALBUM CTKD~ Canda, Tangis, Ketawa, Duka
[Copy link]
|
|
bila aku baca review korang,,,,,,banyak mix review jer..
tak macam album HDH atau Transkripsi...
aku try dapatkan hari nie la....masa lunch...
ada harapan ker album nie menang kat APM??
ColbyRaikkonen Post at 30-12-2009 02:12 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
ada harapan utk bolot award yg glemer2, tp yg terbaekk x tau la(blum beli lg sbnrnya..hihi)..APM lg sukar d jangka la berbnding ngn AIM klu bab album terbaik ni..klu d nilai dr sudut ukhwah 2 negara patut bg je kt album ni mng...
psl2 dua2 negara nnti bleh bersorak bagai:pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Luahan emosi dua diva tersohor
![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/1230/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_02.1.jpg)
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
Gambar ihsan SITI NURHALIZA PRODUCTIONS
CANDA, tangis, ketawa dan duka semuanya diluahkan menerusi album CTKD oleh dua penyanyi hebat ini.
AKHIRNYA, penantian para peminat kedua-dua diva tersohor serantau ini berakhir apabila album duet Datuk Siti Nurhaliza dan Krisdayanti (KD) yang berjudul CTKD berada di pasaran mulai 28 Disember.
Album CTKD yang membawa maksud Canda, Tangis, Ketawa, Duka itu pastinya antara album yang cukup dinanti-nantikan sebelum tahun 2009 melabuhkan tirainya.
Melihat daripada judulnya sahaja, sudah dapat dirungkai maksud di sebaliknya yang menggambarkan perjalanan dan kehidupan dua wanita ini yang penuh warna-warni.
Apatah lagi, album ini merupakan gandingan pertama dua penyanyi wanita ulung serantau ini di dalam sebuah album yang sudah lama dinanti-nantikan.
Mungkin akan ada pihak berasa iri hati dan mencebik dengan kemunculan album ini, tapi itu bukan satu kudis buat Siti dan KD yang tahu menghargai peminat-peminat mereka dengan cara yang tersendiri.
Setidak-tidaknya mereka mengorak langkah dan tidak lokek untuk melaburkan keringat, kreativiti dan wang ringgit untuk memuaskan serta memberikan hasil yang terbaik untuk peminat mereka.
Selama berjuang dalam bidang seni, sokongan padu dan semangat peminat merekalah yang menjadi nadi kekuatan Siti dan KD untuk meneruskan perjuangan mereka.
Berbalik kepada album CTKD, ia dilihat sebagai manifestasi kepada persahabatan dan ukhuwah yang terjalin antara dua wanita ini lebih sedekad lalu.
Seperti mana yang dikhabarkan sebelum ini, album duet ini memuatkan enam buah komposisi baru hasil karya komposer tempatan dan juga Indonesia.
Komposer kreatif, Audi Mok menyumbang tiga buah lagu yang berjudul Amarah, Jika Kau Tak Datang dan Dalam Diamku.
Apa yang pasti, ketiga-tiga lagu ini menyaksikan dimensi baru dalam istilah lagu duet itu sendiri apabila Siti dan KD menyampaikannya dengan cara serta gaya yang cukup unik.
Bukan menyanyi rangkap demi rangkap sebaliknya ketiga-tiga lagu ini dinyanyikan seperti mereka berdua sedang berbicara tentang fahaman mereka terhadap lagu tersebut.
Selain Audi, dua komposer Malaysia yang menyumbangkan lagu untuk album ini ialah Aubrey Suwito untuk lagu Hanya Dia manakala lagu Sebagai Teman hasil ciptaan Sharon Paul dan Lew Mable.
Sebagai Teman misalnya, juga memperlihatkan kolaborasi pemilik dua vokal mantap ini dalam menyampaikan lagu tersebut dengan gaya yang tersendiri.
Uniknya album ini adalah baik Siti mahupun KD, kedua-duanya memahami dan menyelami karakter lagu serta vokal terlebih dahulu sebelum menjalani rakaman.
Mainan emosi dan curahan jiwa
Kelima-lima lagu ini menjalani rakaman di Malaysia dan tiada apa yang menghairankan apabila kesemuanya dirakamkan dalam masa yang singkat.
Walaupun singkat tetapi itu tidak bermakna album ini dihasilkan dengan tidak bersungguh dan tangkap muat sahaja.
Bagi mereka berdua, biarpun album CTKD hanya memuatkan enam buah lagu dan empat minus one, soal kualiti amat dititik beratkan.
Seperti mana kata Siti dan KD sebelum ini, album CTKD juga bukan untuk membayangi antara satu sama lain mahupun mempamerkan kehebatan vokal masing-masing.
Sebaliknya, ia lebih kepada mainan emosi dan curahan jiwa masing-masing yang ditumpahkan dalam setiap lagu yang terkandung di dalam album ini.
Sudah nama pun kolaborasi dan lagu ciptaan komposer Indonesia juga tidak ketinggalan menghiasi album ini.
Lagu Tanpamu yang dicipta oleh vokalis kumpulan ST12, Muhammad Charly van Houten atau Charly juga merupakan karya yang sungguh unik baik dari segi komposisi serta penyampaian Siti dan KD.
Apa yang membanggakan, lagu Tanpamu telah dirakamkan di Studio Aquarius yang terletak di Jakarta, Indonesia yang merupakan antara studio terbaik di Asia Tenggara.
Selain itu, kulit album dan penggambaran muzik video lagu Amarah turut dilakukan di Indonesia dalam memberikan satu pendekatan serta kelainan yang berbeza.
Dua lagu di dalam album ini iaitu Amarah dan Jika Kau Tak Datang sudah pun dihantar ke semua stesen radio untuk dipilih sebelum diputarkan.
Buat peminat Siti dan KD, pastikan anda menyerbu toko muzik berhampiran untuk mendapatkan album yang berharga RM29.90 dan sebanyak 5,000 salinan telah dicetak untuk cetakan pertama.
Masih lagi mengekalkan Suria Records sebagai pengedar, album CTKD yang diterbitkan dengan kerjasama Siti Nurhaliza Productions dan KD Records ini turut dipasarkan ke Singapura dan Brunei.
Sementara itu, untuk peminat di Indonesia pula, album ini akan hanya menjengah pasaran sekitar pertengahan bulan Januari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak cari kat Victoria Station, Amcorp Mall tengahari nie....
sapa ada pergi situ??? dah ada ker belom? |
|
|
|
|
|
|
|
best ke eh? aku dngr amarah dalam radio..lagu ni macam kusut masai sangat.... |
|
|
|
|
|
|
|
ok, dah dgr lagu amarah skjp td kat era. overall, utk 1st time dgr tak perasan kemuncak lagu ni kat mana, sbb mcm celaru n nk cepat abis. maybe dgr 2nd time baru perasan kot. tu la keistimewaan lagu2 ...
mekot Post at 30-12-2009 10:56 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
aku dh dgr acap kali AMARAH dh bleh tangkap...kira lagu yg agak unik gak la, rasanya mmg radio frendly la lagu2 dlm CTKD ni..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Dgr lagu Amarah, KD telah di'CT'kan oleh CT. X byk beza suara KD ngan CT mcm Ct nyanyi sorng2....Ini pendpt saya.... |
|
|
|
|
|
|
|
lagu hanya dia ada cam bunyi lagu yg sheila majid, karen kong ngan jac nyanyi...ada bunyi2 skit.... |
|
|
|
|
|
|
|
234# jue7269
ok la tu...kalo KD watkan sore tokti jd KD mmg horrible laaaa.....nampak sgt tokti dominant dlm smua lagu...
part tinggi pn byk bg kat tokti....
|
|
|
|
|
|
|
|
semakin suka ngan dalam diam ku...lagu ni dr slow smpi la ada climax diaaa.......vokal tokti yg tggi pn not badd...
"terumbang ambing dalam kebimbangan......." |
|
|
|
|
|
|
|
dah dgr 2 kali lagu AMARAH kt hot.fm.. da dpt tangkap melodi die.. best r lagu nih! unik..
Ku tak bisa hapuskan AMARAH
Walaupun aku tahu
Aku mahu
Kamu mahu
Aku tahu
Kamu tahu
dan ku takkan tunjukkanku AMARAH
kerana aku tahu
segala yang berlaku
tetap akan berlaku
dimana kudratku
Dia yang menentu..
ntah btul ke x... hahaha~ nih bdasarkn ape yg ak dgr je. br 2 kali.. |
|
|
|
|
|
|
|
ayieeee.....lama x nampak...
xbeli alie ker CTKD tu??? |
|
|
|
|
|
|
|
pray for me that CTKD is available now @ Seremban, i'm going to HUNT this afternoon... |
|
|
|
|
|
|
|
240# i_know_you_wont
kalo aku..sanggup p kl beli album tu...huuh...try kat terminal laaa...terminal slaloo diorg amik stok awal.... |
|
|
|
|
|
|
|
lagu ponteng skolah tu yg xleh blaaaa.....ada ker camtu...nak galakkan ponteng la erkkk...hahahhaa |
|
|
|
|
|
|
|
yup..kinda agree with u...kot2 nak bagi lagu best mcm mahakarya cinta,sampai syurga..etc
but for ct...maybe pasnie kot audi leh bagi utk next pop album...
fredbok87 Post at 29-12-2009 22:47 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
harap2 camtu lah. |
|
|
|
|
|
|
|
review pendek aku......
Jika Kau tak datang
*my fave fast song compare to amarah. aku minat ngan bunyi ala2 disko yg ajak org joget...lirik n rentak yg catchy...iringan biola yang naik semangat lagu ni....tambah laie ngan piano..mmg audi mok abisss...
Sebagai teman
bunyi lagu hati...lirik mmg mendalam abis laaa..my least fave utk lagu2 slow..lirik mmg kena ngena ngan frenship diorg...harmoni yg bgs gak
tanpamu
one of my fave song...nice melody n mendayu2 sgt...lirik mmg touching abis...lagu ni even made in indon tp x bunyi sgt ke indon an nyaa....ske lenggok traditional tokti..jd kan lagu ni lain sgt2...plg excited bler tokti tarik....sedap sgt2.....
amarah
lagu ni kucar kacir...tp idea nyanyi gilir2 4 every line tu mmg bes....smpi xpasan sgt saper nyanyi...kalo either of them yg nyanyi solo kompom leh pengsan psl laju glerr....psl sore dia seakan2 sama...lagu ni tema dia wanita kan...2x kali lagu audi jd single ngan lagu pelik2...
hanya dia
another fave song....tp lagu ni aka iras2 lagu sheila majid-karen kong - jac....suka sgt lagu ni..piano dia menusuk kalbu ku...huuhuhuhu..lagu ni kalo bwk tdo mmg lelap laaa...bes n smooth vokal both of them except diction KD ada pelik skittt....lagu ni sekuat lagu cinta by kd n melly...lagu ni bunyi indon tp made in msiaaa..
dalam diamku
intro yg bes n permulaan yg perfect by them..ni baru yg dikatakan sahut2...piano again membuatkan lagu ni besss....ada permulaan - linear - climax....part chorus menaik skit2...ni br lagu yg berlawan vokal...lagu ni everytime dgr wat aku xcited sgt2...dlm 2 3 ari aku rs lagu ni akan naik jd top fave aku....
ni review pendek...review panjang coming soon... |
|
|
|
|
|
|
|
well....aku rasa mmg agak tergesa buat album nie...
aku rasa mesti kes KD ngan Anang tue membuatkan ada sedikit masalah...
Apapun baru jerk beli...aku nak dengar dulu nieee |
|
|
|
|
|
|
| |
|