|
tungguuuuuuuu................... |
|
|
|
|
|
|
|
214# hijau88
NurKasih The Movie.....pelokan Nur & Adam akan bertambah erat.....:pompom: :pompom: :pompom: baru laa feel nie pelok mcm tak "rela" jer... |
|
|
|
|
|
|
|
uit, terbace kat fb sape ek (klu yg lom tahu), kate dia jumpe remy kat kelas ujian memandu, remy baru gi ambek ujian lesen memandu.. die takde lesen rghupernyer selama nih.. shhhh!! kang kene saman lak hero nih..
patot dia angkot sekali si nur tu kan.. kang menang keta, tak leh bawak lak.. |
|
|
|
|
|
|
|
:pompom: HAPPY 1st ANNIVERSARY....... :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
lisa dah tgk bloopers NK nih,hahahhhahha, kelakor tul lagi2 part alia |
|
|
|
|
|
|
|
230# eddlisa_uyuk
meoww suker part Nur jer..... |
|
|
|
|
|
|
|
231# csuraya
yup...
hihi. |
|
|
|
|
|
|
|
212# csuraya
nk juga ...... jgn bg terlepas lg..... lepas sendiri je oopppppssssss beul ke ayat aku ni hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
230# eddlisa_uyuk
bloopers NK tu apebnedenyer?? kite tak tau pon.. kat mane?? |
|
|
|
|
|
|
|
234# mnaa
hanya yg beli dvd je yang memahami |
|
|
|
|
|
|
|
228# mnaa
ko tgk ler bila tarikh dak tu upload gambau tu |
|
|
|
|
|
|
|
227# hijau88
nur simpan lagi tak cincin kawen ngan cincin yg makjah bagi tu.. kang kuar cincin len..konpem korang kondem punyer. hahahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Yen_Aireena at 5-2-2010 08:09
Semakin hangat
Oleh Zaidi Mohamad
Tiz Zaqyah serahkan kepada peminat untuk menentukan nasibnya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009
SEKELIP mata hidup Tiz Zaqyah, 21, berubah dan semuanya kesan daripada watak Nur Amina yang dipegangnya dalam drama Nur Kasih. Hanya kerana watak drama arahan Kabir Bhatia itu, nama Tiz yang tidak pernah meniti di bibir peminat, akhirnya menjadi sebutan.
Drama yang disiarkan di TV3 sejak 29 Mei tahun lalu menjadi fenomena dan mencecah rating tontonan 5 juta ternyata memberi sisi tersendiri terhadap kembara seni anak tunggal itu. Dek populariti segera yang dikecapinya sejak tahun lalu, nama Tiz terus diingati.
Didorongi watak dan impak drama itu, tidak hairan jika Tiz mampu cemerlang dalam dua kategori, Pelakon TV Wanita Popular dan Artis Baru Wanita Popular, pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 4 April depan.
Bukan saja kali pertama buat Tiz yang berada dalam senarai Top 5, dua pelakon yang turut terbabit dalam drama terbabit iaitu Remy Ishak dan Fizz Fairuz juga senasib dengannya kerana bakal bersaing untuk kategori Pelakon TV Lelaki Popular.
“Dalam rasa terharu dan terkejut, saya berasa cukup dirahmati kerana semua ini tidak sesekali saya jangka. Siapa sangka watak utama yang kali pertama ditawarkan Kabir itu mencetus lonjakan kepada pacuan kerjaya saya. Hanya selepas tiga tahun berada dalam dunia seni, baru saya menerima tempias.
Paling membanggakan apabila sudah ada pihak yang menilai bakat kita dan seperti ABPBH, peminat sanggup mengundi demi artis kesayangan mereka. Saya juga berkongsi keseronokan kerana teman seperjuangan dalam drama ini iaitu Remy dan Fizz turut tercalon,” katanya selepas selesai sesi fotografi berlangsung.
Kata Tiz, dia tidak meletakkan sebarang jangkaan terhadap apa juga keputusan ABPBH 2009 yang bakal diumumkan kelak. Bagi Tiz, dalam apa saja aspek kerja yang dilakukan dia lebih gemar membiarkan semuanya terjawab sendiri tanpa perlu dirumitkan.
Begitu juga saat ditebak dengan persoalan tidakkah terbit kebimbangan dengan populariti yang dikecapinya kini biarpun ia tidak terlalu mendadak. Dia hanya melalui keindahan dan peluang yang ada ini dengan hati terbuka tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi di kemudian hari.
“Dalam perihal ABPBH 2009, saya sudah melakukan bahagian saya dengan berlakon dan selebihnya terserah kepada pengundi. Kita tunggu sajalah keputusannya nanti memandangkan saingan pun bukan calang-calang. Menang atau kalah, bukan kuasa saya untuk menentukan. “Hakikatnya, masih terlalu jauh lagi perjalanan saya. Tapi saya bersyukur, setakat ini, alhamdulillah semuanya dilalui dengan tenang. Apatah lagi saya sudah mula mencambahkan rasa cinta terhadap kerjaya lakonan ini. Bakat itu juga perlu datang seiring dengan populariti dan tempias glamor yang terpercik.
“Saya tidak pernah meragui atau menyesali apa yang sudah tertulis. Ini harga yang perlu dibayar sejajar dengan apa yang kita lakukan. Cuma rasa segan juga apabila sudah ada pihak yang melabelkan saya dengan jolokan ratu drama sedangkan belum banyak lagi produk lakonan saya,” katanya yang turut disokong ahli kelab peminatnya, malah kelab peminatnya juga aktif menganjurkan acara perjumpaan.
Masih seperti dulu
MELIHAT kepada kanvas seninya kini, pasti ada yang mengandaikan Tiz sudah melalui fasa baru mempertingkatkan gaya hidupnya. Ironinya, Tiz mengakui dia masih seperti dulu cuma bezanya kini, dia hanya gadis biasa yang cuba membiasakan diri dalam bidang seni.
Malah dengan jadual seninya yang semakin padat, Tiz sudah mula mempertimbangkan hasrat mencari pembantu peribadi atau pengurus bagi memudahkan lagi urusan kerjayanya. Pada masa yang sama, Tiz juga sudah mula memikirkan untuk mengambil lesen kereta.
“Yang lainnya, saya harus menyesuaikan diri dengan perubahan dalam kerjaya seni saya. Apabila masyarakat dan pemerhati seni mula sedar kewujudan kita, secara tak langsung, ia juga membuka pintu rezeki untuk saya diundang berlakon.
“Dengan bergerak menguruskan kerjaya sendiri, saya tak nafikan ada kalanya timbul rasa susah untuk memberi komitmen mengatur jadual kerja. Lagipun, saya tiada pembantu peribadi ataupun pengurus. Kalau ada individu ini mungkin jadual saya akan lebih teratur.
“Saya bergerak ke lokasi penggambaran atau fotografi pun dengan bantuan keluarga atau kawan sebab saya tidak memandu lagi. Maka sebab itu, saya rasa keperluan untuk memiliki lesen kereta mahupun melantik pembantu peribadi atau pengurus itu perlu difikirkan,” katanya yang anggun menggayakan busana Nik Erwan Roseli dan disolek, Ap Temerloh.
Berlakon filem tahun ini?
SELEPAS muncul di kaca TV, mungkin pada tahun ini mahupun mendatang, peminat gadis genit berkulit putih gebu ini mengharapkan legasi seninya akan terus berkembang termasuk membintangi filem. Khabar angin juga sudah mula bertiup menghebahkan kononnya akan muncul Nur Kasih dalam versi layar perak.
Menurut Tiz, dia juga mengharapkan ruang untuk berlakon filem selepas ini. Bagaimanapun, Tiz mengakui keterujaan melonjak-lonjak andai berita menjadikan Nur Kasih sebagai filem menjadi kenyataan. Sebagai pelakon, Tiz pastinya tidak mahu statik memenuhi pasaran TV saja, sebaliknya melebarkan bakatnya ke medium filem.
“Saya tak nafikan ada beberapa tawaran berlakon filem yang datang. Tapi dek komitmen saya terhadap drama dan telefilem, semuanya terpaksa dilepaskan begitu saja. Saya tidak mahu tamak mengambil banyak kerja dalam satu masa. Saya sendiri tidak suka merumitkan keadaan dan menjadikan semuanya kelam kabut.
“Bayangkan ketika ini saja, saya masih di lokasi penggambaran Spa Qistina terbitan Global Station Sdn Bhd yang diarahkan Apachee. Selepas ini, Insya-Allah, saya akan ke lokasi penggambaran drama Asmaradana mengisi slot Samarinda di TV3,” katanya yang masih belum berpunya.
Pandangan Tiz mengenai: - Remy Ishak: Sangat serius sewaktu bekerja dan banyak membantu Tiz dalam melakonkan watak membabitkan mereka bersama.
- Fizz Fairuz: Lucu dan pada masa yang sama boleh menjadi serius dengan watak yang dipegangnya.
- Kabir Bhatia: Yang mencungkil bakat lakonannya dan banyak meneroka sisi bakat Tiz yang ada untuk diluahkan.
- Spa Qistina: Pertama kali bersama produksi Global Station. Membawakan watak Maya yang pertama kalinya ditawarkan kepada Nora Danish dan seterusnya Ummi Nazeera. Akui Tiz, watak itu agak sukar untuk dilakonkannya pada peringkat awal. Bagaimanapun Tiz bertuah kerana mendapat sokongan krew produksi.
- ABPBH: Penuh dengan kejutan dan kejayaan artis yang diukur daripada pencapaian seni menerusi sisi popular.
INFO: - NAMA: Tiz Zaqyah Abdul Razak
- PANGGILAN KOMERSIAL: Tiz Zaqyah
- USIA: 21 tahun (genap 22 tahun pada 25 Oktober ini)
- STATUS: Bujang
- KARIER: Pelakon
- PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- MULA BERLAKON: 2006
- DRAMA: Gol & Gincu, Impian Ilyana, Impian Sunsilk & Nur Kasih
- TELEFILEM: Bernafas Dalam Lumpur, Puaka Topeng Putih & Keabadian Cinta
|
|
|
|
|
|
|
| |
|