zaman kesultanan melaka dulu, seluruh semenanjung tanah melayu ni, adalah di bawah pentadbiran kesultanan melaka.
ada melalui perkahwinan.
ada melalui antar pembesar sbb tempat tu mmg dh di bawah pentadbiran melaka.
ada melalui sukarela negeri melayu lain utk masuk bawah pentadbiran melaka. cth kedah dan kelantan sebab nak jaga keselematan dari ancaman Siam.
tapi kebanyakan kesultanan melaka ni jaga hubungan dorg melalui perkahwinan.
bukan stakat di semenanjung.
ddi sumatra pun ada.
sulawesi pun ada.
jawa pun ada.
Seorang guru agama tentera membacakan doa selepas acara meletakkan batu peringatan di Memorial Foundation Site, memorial yang didirikan untuk memperingati tentera-tentera Malaysia yang terkorban sewaktu konfrontasi, sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra ke Sabah.
29 Dis 1964 -- Lukisan karikatur Presiden Indonesia Presiden Sukarno berbadan ayam jantan yang bertulis “ Sebelum 1 Januari Malaysia Akan Di Ganyang ” berikutan kempen konfrontasi oleh kerajaan Indonesia di Malaysia.
25 Sept 1964 -- Poster yang menyeru rakyat Malaysia untuk menyertai Pasukan Kawalan dan bersatu padu menghancurkan musuh.
25 Sept 1964 -- Poster yang menyeru rakyat Malaysia untuk bersatu padu menghancurkan musuh dengan menjauhi khabar angin.
2 Okt 1968 -- Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra, diiringi Residen Tawau Ben Stephen, menemui rakyat Tawau yang berkumpul di Lapangan Terbang Tawau untuk membantah tindakan Presiden Filipina Ferdinand Marcos menuntut Sabah dari Malaysia. Tunku Abdul Rahman berada di Sabah selama tiga hari untuk bertemu pemimpin dan rakyat negeri tersebut.
tahu tak semasa konfrontasi ni tengah panas, kerajaan indonesia memang dah menerapkan sentimen benci malaysia ni dari peringkat kanak-kanak n pra sekolah lagi..setiap pagi murid-murid diwajibkan menyanyikan lagu anti malaysia dengan penuh semangat..antara lirik lagu tersebut macam ni (muzik ala-ala marching);
edii mari kawan,
mari ikut sukarelawan, menganyang tengku abdul rahman,
kepalanya botak kaya' dekocan,
dekocan buatan inggris,
kita ganyang sampai habis..
indon sampai sekarang tak puas hati dengan malaysia....tp depa jgn lupa...sebahagian besar rakyat malaysia terutama di sarawak,sabah dan johor tidak lupa penghinaan sukarno di PBB....masa tu malaysia diinjak2...dimaki,diejek..bygkan maruah tunku dicalar oleh sukarno dan rakyat indon lain...