CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

SHAHIR Lambert FC/konpem FINAL-ANTI/most marketable-klubkidd

   Close [Copy link]
Post time 22-3-2010 12:38 AM | Show all posts
dgr cite shahir nie kene dismiss mase stdy kat uia p.j sbab terlibat dgn nasyid tnpa kebenaran pihak uia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2010 12:39 AM | Show all posts
221# pudifro

huh..yeke.. pity him..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2010 11:41 AM | Show all posts
nasi tambah:

Ahmad Shahir Zawawi  asal Kampar Perak....belajar di Pusat Asasi Univ Islam Antarabangsa M'sia (UIAM) dlm jurusan Kejuruteraan. Pengalaman: pernah mewakili negeri Perak dalam pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan sewaktu di sekolah. Akademik: SMKA Slim River Perak, UIAM.

http://www.youtube.com/watch?v=FZunOJvDbsU&feature=channel
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2010 11:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2010 12:02 PM | Show all posts
org kata...kembar SHAHIR katanyerr...

Andy Estranged...


Ahmad Dhani..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 12:30 PM | Show all posts
penah jumpe live shahir ni time die wat perf ngan saujana dulu

mmg ensem gile tgk live..aku rase cam lagi ensem je lagi tgk live dr tgk kat tv
aku ngan  kwn aku dok spazzing je psl die time tu..
time tu maybe die baru2 lagi ngan saujana..pemalu yg amat ats pentas tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2010 12:43 PM | Show all posts
penah jumpe live shahir ni time die wat perf ngan saujana dulu

mmg ensem gile tgk live..aku rase cam lagi ensem je lagi tgk live dr tgk kat tv
aku ngan  kwn aku dok spazzing je psl die time tu ...
sukebintang Post at 22-3-2010 12:30
ya ampun kebin...
khenn..pemalu siot c shahir ni tp kekadg lawak gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2010 02:03 PM | Show all posts
Shah Kecundang Di Konsert Pertama21-Mar-2010 | Oleh: Helmi Zainal


KUALA LUMPUR, 21 MAC 2009:
  Ramalan ramai pihakbahawa tiadan penyingkiran dalam konsert sulung Akademi Fantasia 8(AF8) tersasar apabila Shah menjadi pelajar lelaki pertama dalamsejarah AF tersingkir pada konsert pertama, malam tadi.

Pengumumanpenyingkiran dibuat oleh hos, Sarimah Ibrahim dalam Debaran AF yangbersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dandipancarkan melalui Astro Ria (Saluran 104).

Shah atau namasebenarnya, Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein, 26, berasal dari Klangmenerima undian terendah berbanding 11 pelajar lain sekali gus memecahtradisi AF sebelum ini yang melihat pelajar wanita sering menjadipelajar pertama tersingkir.

Di awal rancangan, Sarimahmengumumkan Shah bersama 2 pelajar lelaki dari semenanjung, Maulana danAlif berada di 3 tangga terbawah. Sungguhpun masa diberikan kepadapenonton untuk mengubah keputusan tersebut, ketiga-ketiga pelajar initerpaksa akur sehinggakan Shah tersingkir awal dan mendapat undiansebanyak 3% saja.

Ia diikuti dengan Alif (3%), Maulana (4%),Daus (5%), Nad (6%), Farina (6%), Ema (7%), Adira (9%), Iwan (10%),Shahir (11%), Ain (12%) dan Anum (25%).

Pengetua AF8, Norman Abd Halim berkata 3 nama yang berada ditangga terbawah ini bukanlah ranking yang dipilih pihak fakulti.

"Merekabertiga tidak ada dalam senarai bottom 3 kami. Bagi saya, Shah keluardengan bermaruah dan harap Shah gunakan keputusan malam ini sebagaititik permulaannya untuk bergelar anak seni," ujar Norman.

Denganpenyingkiran itu, kini hanya tinggal 11 pelajar bakal meneruskanperjuangan pada minggu depan untuk merebut gelaran juara.

Sementaraitu, Ain yang tidak kelihatan di siaran langsung Debaran dilaporkanditahan di hospital kerana mengalami migrain dan muntah berdarah.Bagaimanapun, keadaan Ain sudah stabil dan bakal beraksi semula padakonset minggu depan.

Teruskan mengundi pelajar kegemaran anda dengan menaip AFUNDI <3/5/10> NAMA SINGKATAN PELAJAR & HANTAR ke 32999.


...siapa lak yg bottom 3 dalam senarai Fakulti??? speku2x...

undian ditutup : Shahir (11%), Ain (12%) dan Anum (25%)...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2010 02:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 03:54 PM | Show all posts
kenapa undian terkini jatuh ke bawah.........adakah undian akan dibuat saat2 akhir pada jumaat dan sabtu ini??????????????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2010 04:02 PM | Show all posts
kenapa undian terkini jatuh ke bawah.........adakah undian akan dibuat saat2 akhir pada jumaat dan sabtu ini??????????????
kak_ana63 Post at 22-3-2010 02:54 PM

tau tak perr...yg penting kiraan AFUNDI hari Sabtu, kak_ana oiii..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 04:08 PM | Show all posts
alright2....strategy tu................
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 06:48 PM | Show all posts
org kata...kembar SHAHIR katanyerr...

Andy Estranged...
http://lh6.ggpht.com/_0wWI6SnX-vY/SJMO8CCysBI/AAAAAAA ...
seribulan Post at 22-3-2010 12:02



Gambit pon muka ala2 Shahir khenn..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2010 07:30 PM | Show all posts


Gambit pon muka ala2 Shahir khenn..
kakJAHku Post at 22-3-2010 05:48 PM

sudah semestinya kakJah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2010 09:13 PM | Show all posts
leh buat avatar neh...cenonit...

source: ASTRO

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 10:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by Rorine at 22-3-2010 22:49

shahir  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2010 10:51 PM | Show all posts
encemnya

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 11:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by Rorine at 22-3-2010 23:31

af8 | blog aznil
Aznil - Ain Mengecewakan, Ema Paling Teruk!
23-Mar-2010 | Oleh: Aznil Haji Nawawi






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Untuk pembuka bicara kali ini, Pak Nil sebenarnya terkejut dan sama sekali tak sangka Shah menjadi pelajar pertama tersingkir. Sejujurnya, Pak Nil ingatkan konsert pertama ini tiada penyingkiran. Hmmm...tapi inilah Akademi Fantasia. Penuh dengan kejutan.

Secara peribadi, sekali pun Pak Nil tak terfikir Shah yang menjadi pertama tersingkir. Bagi Pak Nil, ada pelajar lain lagi yang sewajarnya berada di kedudukan Shah. Namun, nak buat macam mana.

Kenalah terima hakikat, Shah menjadi mangsa keputusan jari penonton dan inilah dia resam AF dari dulu hingga kini. Namun, Pak Nil tidak nafikan Shah ada berpontesi besar untuk terus maju dalam bidang nyanyian. Shah ada suara yang sedap!

Pembukaan Maulana menerusi lagu Extravaganza dari Bunkface terlalu kemas. Ikut fahaman Pak Nil, kalau nak nyanyi lagu sebegini...penyanyi itu perlulah luah kan energi yang paling maksima. Bagaimanapun, ia tak menjadi dan berkemungkinan besar disebabkan personaliti Maulana yang tertib dan sopan.

Pak Nil rasa, kalau Maulana dapat keluarkan lagi suaranya sehabis mungkin, sudah tentu Maulana boleh pukul habis dengan persembahan lebih brutal dan syok gila. Apapun, nasihat Pak Nil, Maulana kena lebih banyak belajar kerana lagu ini perlukan penghayatan mendalam dan lain dari lain.

Menonton persembahan Adira, Pak Nil akui sekali pun Pak Nil tak nampak bayang Jac dalam nyanyiannya itu. Pak Nil hanya nampak Adira saja. Nyanyian Adira ada gemersik dan Pak Nil dapat feel kesakitan yang tertulis dalam lagu ini.  Setakat ini, Pak Nil dah teruja dengan penyampaian Adira dan sememangnya Adira berjaya serap apa yang diajar guru AF sehingga berlaku perubahan drastik pada Adira berbanding minggu lalu.

Sesungguhnya, lagu Khatimah Cinta begitu sesuai dengan Shahir walaupun Adlin cakap cara Shahir lontar tiang mikrofon ketepi tidak sesuai padanya. Bagi Pak Nil, itu adalah cara Shahir nak tunjukkan ekspresi dan emosi. Terus-terang, lemak lagu ini sesuai dengan vokal Shahir. Pak Nil pun tak nampak 6ixth Sense dalam nyanyiannya. Bagaimanapun, seperti yang Pak Nil pernah cakap sebelum ini...persembahan Shahir terlalu bersih dan dia masih tak berani nak mencuba untuk menggayakan melodi yang ada.

Untuk Nad pula...Lagu Ekonomi Rumahtangaa Tangga (ERT) dari Farah Asyikin memanglah sedap tapi pergerakan Nad terlalu kecil. Sepatutnya, lagu ini memerlukan Nad berlakon serta berkaraktor yang sangat besar. Apakan daya, cara kesimpulannya, Nad tak berjaya perbesarkan watak lagu ini terutama sekali dari mimik wajah.

Daus sekali lagi mendapat lagu popular yang mana semua orang tahu dan mahu nyanyi bersama. Sebenarnya, pada malam itu, Pak Nil mengharapkan Daus dapat menyanyikan lagu itu sebaik penyanyi asal. Pun begitu, bukan bermakna Pak Nil suruh Daus tiru bulat-bulat lenggok dan gaya Wali Band.

Tetapi Daus tidak dapat berikannya yang mana sebutan dan penekanan setiap lirik terlalu mendatar. Sehinggakan Pak Nil rasa nyanyian Daus dari awal sampai akhir sama saja tiada perubahan.

Farina seorang lagi contoh pelajar yang takut bertukar dan mengikut karaktor lagu. Sepatutnya, Farina perlu lebih ego dan berlagak dalam menyanyikan lagu ini. Sekali seseorang itu gagal seimbangkan gerak gaya maka vokal juga ke arah kegagalan. Pak Nil nampak penari lebih menonjol berbanding Farina.

Sebelum meneruskan kritikan pada Alif, Pak Nil nak minta maaf dengan Alif. Pak Nil sampai sekarang tak tahu sama ada suara yang keluar dari mulut Alif itu suara original atau dibuat-buat. Kalau betullah itu suaranya, kita terimalah seadanya. Pak Nil sejujurnya terganggu dengan lontaran suara Alif. Mungkin jika dah banyak kali dengar baru Pak Nil boleh terima cara nyanyian Alif. Alif better semasa konsert tirai.

Walaupun Anum dapat kritikan pedas dari Adlin dan Edry, tapi Pak Nil rasa Anum berjaya menyampaikan misi dalam persembahannya. Gerak tubuh dan tarian yang ditonjolkan Anum bersahaja. Anum dapat blend dengan penari dan tak nampak buat-buat atau pun dirancang. Ia sangat kena dengan Anum dan Pak Nil suka.

Persembahan Shah dalam lagu Bengang memang tidak kesampaian. Bengang adalah permulaan untuk marah...tapi tengok persembahan Shah, dia seperti putus asa dan macam dah nak nangis.

Lagu Hey Ladies memang bukan untuk Ain. Jelas sekali, pergerakkan Ain seperti dibuat-buat dan seperti tidak bersedia. Pak Nil tengok Ain macam simpan persembahan itu tapi tak tahu untuk siapa. Pak Nil agak kecewa dan sejujurnya Pak Nil harap dia boleh buat persembahan bagus macam konsert tirai.

Untuk Ema...Pak Nil berpendapat dialah pelajar yang paling teruk sekali. Vokalnya tak terserlah dan Pak Nil nampak bayangan Marsha. Ema macam main-main dipentas dan persembahannya seperti anak kecil.

Bagi Iwan yang menutup persembahan malam itu bagus. Pada awalnya Pak Nil nampak Iwan sangat jazzy dan sesuai dengan lagu yang ada elemen mahal ini. Namun, disebabkan terlalu cool, digilai serta menarik perhatian, Iwan agak hilang arah. Pun begitu, suaranya sedap. Kalaulah Iwan boleh susten persembahannya, dialah paling menyerlah pada malam itu.

Secara menyeluruh, Pak Nil rasa Adira paling baik pada konsert pertama manakala kakaknya Ema merupakan pelajar yang menampilkan persembahan paling dukacita.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 12:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 01:28 AM | Show all posts
aku nak join SHAHIR FC huhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.072392 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list