BERITA TERKINI
![](http://media3.mit.net.my/astro/media/shared/akademifantasia8/sections/image/659_520201023235.jpg)
Aksi Spontan Tenaga Pengajar
Sudah 10 minggu kita menonton Diari AF8. Sepanjang itu juga, pelbagai perkara yang berlaku samada kepada pelajar mahupun Tenaga Pengajar. Banyak juga memori dan aksi spontan yang diperhatikan dan sempat dirakam untuk tatapan penonton sepanjang tempoh itu. Jadi, jangan lupa menonton Diari AF8, 7.30 malam ini, hanya di Astro Ria (saluran 104)
Selama ini juga, pelajar terkurung di Akademi selain pergi ke Dewan Sri Putra untuk sesi raptai, konsert dan debaran. Mungkin beberapa pelajar sempat untuk mendapat ganjaran keluar dari Akademi mahupun pergi ke klinik kerana sakit. Namun, belum pula pelajar dibawa membuat latihan di luar apatah lagi di tengah padang. Bagaimana reaksi pelajar apabila dapat melihat dan merasa cahaya dan terik mentari buat kesekian kalinya?
Paling menarik untuk kita melihat reaksi pelajar ini apabila mendapat kunjungan selebriti pujaan mereka seperti yang mereka inginkan menerusi borang ketika mendaftar di Akademi. Mampukah kejutan ini menaikkan semangat mereka untuk Konsert Akhir hujung minggu ini? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan semuanya didalam Diari Akademi Fantasia, 7.30 malam ini di Astro Ria (saluran 104)
Kini, Konsert Akhir Akademi Fantasia 8 boleh ditonton dalam visual berdefinisi tinggi (HD) di saluran 124. Untuk melanggan, layarilah laman web
www.astro.com.my/byond. Untuk yang ingin menonton secara langsung di Stadium Putra, tiket konsert akhir juga sudah mula dijual. Dapatkan di
www.axcess.com.my
atau telefon di talian Hotline: 03-77115000
Jangan lupa, kedudukan undian terkini akan aktif di Butang R pada Diari AF malam ini. Jadi, teruskan mengundi untuk menentukan juara pilihan anda!
|