|
Post Last Edit by iza89 at 28-5-2010 16:31
Bukan denggi, Aril cuma demam virus>>Oleh Norhadiani Baharom
PADA konsert akhir Akademi Fantasia 8 (AF8) yang berlangsung di Stadium Putra, minggu lalu Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 25, sepatutnya menyanyi bersama Akim, Hafiz dan Choo Hau Ren dalam segmen lagu Generasi. Bagaimanapun, dua hari sebelum acara itu berlangsung (20 Mei), Aril tiba-tiba diserang demam panas sehingga terpaksa ditahan di Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Ramai menyangka, dia terkena denggi. Bagaimanapun, Aril sebenarnya dijangkiti demam virus.
Selasa lalu, naib juara Akademi Fantasia 7 (AF7) ini dihubungi Harian Metro untuk bertanyakan perkembangan kesihatannya.
"Alhamdulillah, saya beransur pulih. Insya-Allah, kalau keadaan kesihatan makin stabil saya dijangka keluar dari hospital esok (hari ini)," katanya.
Pada perbualan itu, Aril memaklumkan dia bukannya dijangkiti demam denggi sebalik demam virus.
"Mulanya saya sangkakan demam biasa saja walaupun suhu badan agak tinggi. Saya ke klinik di Pusrawi pada Rabu tapi ubat yang diberi tidak berkesan.
"Sebelah malam badan saya bertambah panas dan keesokan harinya saya sekali lagi ke Pusrawi dan selepas diperiksa, doktor memberitahu saya perlu ditahan.
"Saya tertanya-tanya juga apakah dijangkiti demam denggi? Namun, selepas pemeriksaan lanjut dilakukan rupa-rupanya saya menghidap demam virus.
"Nak dijadikan cerita, ayah saya (Pilus Mohd Jani, 58) yang datang dari Melaka bersama ibu untuk menjenguk keadaan saya pula turut ditahan di hospital yang sama kerana disahkan demam denggi.
"Sebenarnya, ayah demam sejak Isnin lalu sebelum saya ditahan di hospital itu. Bagaimanapun, ayah tidak sedar demam yang dihidapinya itu adalah denggi," katanya.
Apa yang mengejutkan Aril, selepas itu anak saudaranya, Muhammad Anis Syafi Mohd Yusri, 4, pula ditahan.
"Saya sendiri rasa pelik tapi jauh sudut hati saya sangat risaukan keadaan ayah dan anak buah kesayangan itu. "Muhammad Anis ditahan kerana menghidap pneumonia. Kebelakangan ini dia selalu batuk tapi biasalah keadaan budak kecil selalunya begitu.
"Saya dimaklumkan keadaannya stabil dan berharap dia cepat sembuh begitu dengan ayah saya.
"Selepas keluar hospital, saya akan kembali sibuk khususnya untuk menjalani rakaman program Trek Selebriti. Sepatutnya saya ke Singapura minggu lalu, tetapi keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Kalau ikutkan, doktor meminta saya berehat di rumah untuk tempoh dua minggu ini. |
|