CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

SYURGAMU RAMADHAN

  [Copy link]
Post time 27-8-2010 11:54 AM | Show all posts
marah bila sayang , benci bila rindu .....

sesape ada tak detail pelakon yang tak dikenali ni .. yang jadi budi and yassin tu ...
tak pernah tengok depa belakon sebelum ni ...
ke depa ni pelako teater ??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2010 11:56 AM | Show all posts
ohh makcik merry is bek.....ahhahaha.....

"yassin...ko ajar sikit bini ko tuh..bagi jer pelempang ...
chippotato Post at 27-8-2010 08:34



    he he he eh ... yassin  tu camner la dia leh sabo mak dia suh kawin ngan aisyah ...
tak leh lupa masa aisyah nak bagi jeles si yaasin nak g berbuka ngan JO

'b u kenal tak saper jo tu ?

yassin tak layan pon .. wakakakaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2010 01:06 PM | Show all posts
Dengarnya... Bintang cilik Syurgamu Ramadan ada kelas
Oleh Normah Becok

2010/08/27

BULAN-bulan puasa ini, Cik Normah memang jarang dapat berbuka di rumah. Maklumlah banyak sangat undangan berbuka puasa yang perlu Cik Normah hadiri dek kerana tuntutan tugas. Hingga suami Cik Normah kadang kala merajuk sebab tak dapat berbuka dengan Cik Normah. Penat pula Cik Normah nak memujuk suami yang merajuk macam budak-budak.

Disebabkan tak dapat berbuka di rumah, Cik Normah pun banyak terlepas menunaikan solat tarawih. Bukan itu saja, Cik Normah juga selalu terlepas daripada menonton rancangan kegemaran Cik Normah. Waktu yang agak terluang untuk Cik Normah ialah pada waktu sahur.
Beberapa hari lalu, Cik Normah buka saluran TV3 kira-kira jam 4.30 pagi, waktu itu stesen berkenaan menayangkan drama Syurgamu Ramadan terbitan Radius One yang dilakonkan oleh Ellie Suriaty, Eira Syazira, Zarina Zainoordin dan ramai lagi.
Apa yang Cik Normah nak sentuh bukanlah mengenai pelakon dewasa, tetapi hati Cik Normah cukup tersentuh dengan lakonan hebat pelakon kanak-kanaknya seperti Elfira Loy serta adik beradiknya dalam drama berkenaan. Lakonan mereka memang hebat dan nampak hidup, tidaklah seperti sesetengah pelakon dewasa dekat Malaysia ini yang berlakon mengalahkan kayu.

Babak pertelingkahan antara tiga beradik itu memang menjadi. Mereka taklah nampak seperti mengikut skrip, tetapi nampak cukup bersahaja. Bukan saja Cik Normah yang tersentuh melihat lakonan hebat mereka, sebaliknya rakan Cik Normah yang gebu dan seksi iaitu Sally pun ada menghubungi Cik Normah sambil menangis kerana dia amat tersentuh dengan lakonan hebat pelakon kecilnya.

Cik Normah tumpang bangga melihat lakonan hebat budak-budak itu. Kepada pelakon dewasa, cubalah buka mata sikit. Tak malu ke tengok budak kecil berlakon lebih bagus dari mereka? Itulah akibatnya kalau terjun ke dunia lakonan sebab nak mengejar glamor dan orang kaya. Kalau orang yang betul-betul ikhlas nak menceburi bidang seni, tentu mereka dapat menjiwai watak dengan sebaiknya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2010 01:38 PM | Show all posts
satu lagi Drama series yg buat akak terpacak depan TV lepas citer Nur Kasih!!!!

best arrr citer ni.. aka tgk citer ni perasaan akak ada tangisan, ada ketawa, ada marah, ada geram.. I likeeeeeeee

Syabas to penulis dan pengarah dan pelakon yg best2.. walaupun acting watak Aisyah tu over.. tapi akak maafkan.. hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 10:11 AM | Show all posts
suke dgn theme song cite ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 03:34 PM | Show all posts
baru layan kicap tv skang jadi tonton.com................pening layan 2 hari stret...........pening sume emo sgt.........sedih betol ler episod 8 tuh..........abis basah t-shirt aku jadi tisu

sume yg berlakon mmg best sgt2.........dari sekecik2 budak sampai org tua tempang tuh pon best..yg jadi nizam aka cinta pertama marlia tuh pon best....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2010 05:11 PM | Show all posts
kalau tak silap budak angah tu belakon cite nur kasih yg pegang watak adam mase kecik
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 07:51 PM | Show all posts
bukan, adam masa kecik tu org lain.. muka lain jah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2010 09:06 AM | Show all posts
Zarina dan Ungku Ismail bercinta?


SUDAH lama juga Diva tidak mendengar cerita pelakon dan penyanyi yang ini. Diva gemar menonton lakonannya dan merasakan dia memang berpotensi besar untuk jadi pelakon yang bagus.

Baru-baru ini, teman Diva terserempak dengan bintang kelahiran Akademi Fantasia musim kedua ini. Zarina nampak begitu mesra dengan seorang lelaki sewaktu menunggu juadah berbuka puasa dihidangkan di sebuah restoran di kawasan elit Hartamas, Kuala Lumpur.

Belek punya belek, teman Diva perasan bahawa lelaki tersebut merupakan pelakon yang sedang beraksi dalam drama Syurgamu Ramadan yang sekarang memang hangat ditayangkan di kaca televisyen. Jejaka tersebut merupakan Ungku Ismail Aziz yang membawa watak sebagai Yassin manakala Zarina turut berlakon dalam drama yang sama sebagai Aisha. Sama putih, sama padan.

Kata teman Diva, mereka kelihatan mesra dan nampak serasi. Mungkin kerana kedua-duanya telah membina ikatan kimia sepanjang berada di lokasi yang sama. Kata teman Diva, pasangan itu memang nampak serasi. Diva cuma tumpang berdoa agar sesi perkenalan itu berjalan dengan lancar. Kalau rasa sudah serasi, apa salahnya untuk melangkah setapak lagi, betulkan?

Diva: Selamat jalan buat Mizz Nina yang berlepas ke Melbourne hari ini untuk mengadakan persembahan kemerdekaan di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2010 10:43 AM | Show all posts
Zarina dan Ungku Ismail bercinta?


SUDAH lama juga Diva tidak mendengar cerita pelakon dan penya ...
Syd Post at 29-8-2010 09:06



    alaaa....mesre sikit....dah jdi bahan....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2010 12:34 PM | Show all posts
teringat terus dialog dorang "ada skandal hapa"
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 09:47 AM | Show all posts
best arr citer ni.... bila part sedih, boleh nangis, bila part lucu, leh ketawa.... x macam drama2 lain....  pelakon kanak2 tu pun pandai bawa watak masing2... congratz to pengarah drama ni... belh menang anugerah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 10:35 AM | Show all posts
tak tengok episod kamis ritu
ade sape2 rajin nk cite sinopsis tak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 11:16 AM | Show all posts
Reply 233# farah85
akak pun suka sgt cite ni, sanggup sengkang mata tunggu 10.30 mlm, kalau tak smpt tgk, tunggu paginya 4.30 am....
Khamis hari tu kisah tentang Datuk (mak marlia) yg ego, taknak tunjuk dpn org yg dia sebenarnya sedih dgn kematian Marlia. Yassin bawa anak2 sedare dia ke rumah besar mereka, seronok gila bebudak tu.......

bebudak ni pandai sgt berlakon sampai yg si kecik tu pun, si Mira......berjurai2 airmata akak......
sape nama bdk ni ye? adakah dia ni Maisara yg selalu berlakon drama tu....atau adik dia....kan dia dah besar (dulu gemok)
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 11:36 AM | Show all posts
aku rasa lawak laa nenek ton tu baca sokkabar...ada lagi org baca sokkabar selet2 air liur dgn jari nak selak sokkabar
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 12:27 PM | Show all posts
cepat la selasa... den tak sabo dah neh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2010 04:32 PM | Show all posts
xsabar nk tunggu mlm ni.mmg best citer ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 04:47 PM | Show all posts
Radakah dia ni Maisara yg selalu berlakon drama tu....atau adik dia....kan dia dah besar (dulu gemok)
akakmanis Post at 30-8-2010 11:16 AM


nama dia adik dhania...sekali sekala tgk muka (pipi dgn rambut) ada imbas2 macam muka maisara tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 11:25 PM | Show all posts
alahai...alahai sian la pulak tegok si aishah tue.......

tibe-tibe suke lak watak si aishah tue jahat2 manje gitew....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 12:00 AM | Show all posts
part aishah sedih plak...tp nak kesian xleh gak psl tetiba lak dia nk anak kan...

part yassin perli datin ton mmg makan dalam...xkan pegi qiyamullai sampi kul 1 kot...

hehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.123567 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list