CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V151'

 Close [Copy link]
Post time 18-7-2022 02:59 PM | Show all posts
page sebelah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 03:00 PM | Show all posts
mattzzx replied at 18-7-2022 12:26 PM
selamat hari isnin carly

apa kabar?

alhamdulillah... carly sihat sejahtera.... saja gugel sihat sejahtera... terjumpa lagu ni... enjoy aje lah....


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:02 PM | Show all posts
COVID-19: Penggunaan katil ICU 63.9 peratus

Oleh Rafidah Mat Ruzki - Julai 18, 2022 @ 2:10pm  [email protected]




Data melalui laman sesawang COVIDNOW menunjukkan, penggunaan katil di wad ICU juga tinggi di beberapa negeri. -Foto fail NSTP




PUTRAJAYA: Penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara mencecah 63.9 peratus membabitkan 61 pesakit COVID-19.

Data melalui laman sesawang COVIDNOW menunjukkan, penggunaan katil di wad ICU juga tinggi di beberapa negeri iaitu 82.9 peratus di Selangor; Kedah (77.2 peratus); Kelantan (75.3 peratus) dan Kuala Lumpur (71.7 peratus).

Selain itu, setakat tengah malam tadi, seramai 38 pesakit COVID-19 yang ditempatkan di ICU memerlukan bantuan pernafasan.

Setakat tengah malam tadi juga, sebanyak tujuh kematian akibat COVID-19 direkodkan termasuk tiga kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ia membabitkan tiga kematian di Johor, dua kematian di Kedah, kedua-duanya kes BID, dan masing-masing satu kematian di Melaka dan Pahang (iaitu kes BID).

Sementara itu, sebanyak 3,936 kes positif baharu COVID-19 dikesan setakat tengah malam tadi, termasuk satu kes import.

Ia menyumbang kepada sejumlah 4,622,981 kes positif COVID-19 yang dikesan sejak 25 Januari 2020 hingga kini.

Pada masa sama, sebanyak 42,511 kes masih aktif setakat tengah malam tadi, dengan 40,933 individu menjalani isolasi di rumah; 1,484 pesakit dirawat di hospital manakala 33 kini berada di Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:02 PM | Show all posts

dh lunch ke? x tau nk masak apa dah ni... adeh....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:03 PM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 18-7-2022 03:04 PM
carly_lah replied at 18-7-2022 03:02 PM
dh lunch ke? x tau nk masak apa dah ni... adeh....

makan mi goreng yg beli pagi td. utk dinner mgkn anak yg masak.
td dia buat vietnamese spring roll.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:03 PM | Show all posts
carly_lah replied at 18-7-2022 03:02 PM
dh lunch ke? x tau nk masak apa dah ni... adeh....

carly lunch apa td
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2022 03:04 PM | Show all posts
marilah kita menyambut sahabat rakan taulan yang mana baru balik haji.... sunat hukumnya...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:05 PM | Show all posts
carly_lah replied at 18-7-2022 03:04 PM
marilah kita menyambut sahabat rakan taulan yang mana baru balik haji.... sunat hukumnya...

sedara2 mara atau kawan2 carly ada yg terpilih thn ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 03:06 PM | Show all posts

alhamdulillah... hari ni start puasa balik... ingt nk buat isnin khamis aje... itu yg x tahu nk masak apa utk berbuka... utk anak2 hari masak nasi dgn goreng ayam aje...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:06 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-7-2022 03:03 PM
makan mi goreng yg beli pagi td. utk dinner mgkn anak yg masak.
td dia buat vietnamese spring roll. ...

sedap nya... vietnamese roll tu... cicah sos thai....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:07 PM | Show all posts
carly_lah replied at 18-7-2022 03:06 PM
alhamdulillah... hari ni start puasa balik... ingt nk buat isnin khamis aje... itu yg x tahu nk ma ...

owh carly puasa arini. selamat berpuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:08 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-7-2022 03:05 PM
sedara2 mara atau kawan2 carly ada yg terpilih thn ni?

abg dgn kakak ipar terpilih tahun ni.. patutnya pg 2020 ari tu... x pe lah, dh selamat dh depa kt sana... alhamdulillah....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:08 PM | Show all posts
carly_lah replied at 18-7-2022 03:06 PM
sedap nya... vietnamese roll tu... cicah sos thai....

anak kaka cicah dgn sos biasa. tak sempat nk buat sos thai kata dia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:10 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 18-7-2022 03:08 PM
anak kaka cicah dgn sos biasa. tak sempat nk buat sos thai kata dia.

carly beli aje sos tu... kekadang buat cicah steamboat... ala yg cap ayam tu..


Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:10 PM | Show all posts
carly_lah replied at 18-7-2022 03:08 PM
abg dgn kakak ipar terpilih tahun ni.. patutnya pg 2020 ari tu... x pe lah, dh selamat dh depa kt  ...

alhamdulillah ada juga mereka peluang ke sana. kita ni tak tentu lg.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:11 PM | Show all posts
carly_lah replied at 18-7-2022 03:10 PM
carly beli aje sos tu... kekadang buat cicah steamboat... ala yg cap ayam tu..

tak penah beli sos thai yg ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 03:14 PM | Show all posts
MAHA 2022 bantu hapus 'orang tengah' sektor pertanian

Oleh Noor Atiqah Sulaiman - Julai 18, 2022 @ 2:04pm [email protected]




Nik Muhammad Zawawi pada sidang media Prapelancaran Laman Agro-food Florikultur sempena MAHA 2022, hari ini. Foto Bernama




PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berharap penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 pada 4 sehingga 14 Ogos ini dapat menghapuskan peranan orang tengah dalam sektor pertanian.

Timbalannya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, berkata penganjuran MAHA yang mempunyai kekuatan ekonomi dalam bidang pertanian itu bukan saja dapat mewujudkan rantaian perniagaan peringkat nasional, bahkan turut mendapat kerjasama pihak antarabangsa.

"Daripada menanam sehingga ke menjual hasil tanaman itu kita memerlukan perniagaan, pelaburan dan teknologi kepada bidang pertanian berkenaan. Semua ini akan dipamerkan di MAHA dan waktu itu akan wujud satu rangkaian perniagaan antara petani atau pengusaha ladang kebun dengan pengguna.

"Kita sebolehnya mahu menghapuskan golongan ketiga (orang tengah), yang cuba ambil kesempatan dan mengaut kekayaan dalam keadaan tidak sewajarnya.

"Kita berharap wujudnya rantaian perniagaan melalui MAHA, membolehkan kita berniaga daripada pengeluar terus kepada pengguna tanpa pembabitan orang tengah," katanya selepas Majlis Prapelancaran Laman Agro-food Florikultur sempena MAHA 2022, di kementeriannya, hari ini.

Pada 18 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa supaya budaya 'orang tengah' dalam sektor pertanian dan rangkaian bekalan makanan dihapuskan bagi mengawal kos sara hidup yang meningkat antara lain akibat kenaikan kadar inflasi.

Beliau dilaporkan berkata, orang tengah adalah pihak yang memerah keringat petani dan nelayan serta memanipulasi harga di pasaran, selain pernah mengisytiharkan 'jihad memerangi orang tengah' ketika menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2014.

Sementara itu, Nik Muhammad Zawawi berkata, penganjuran MAHA kali ini akan mewujudkan satu rantaian perniagaan dalam bidang teknologi seperti sudah dicapai kerajaan kini.

"Ia termasuk mewujudkan satu rantaian teknologi diimport dari luar negara yang dapat digunakan sebaik mungkin dalam negara kita oleh petani, peladang, penternak nelayan dan seumpamanya," katanya.

Mengulas Laman Agro-Food Florikultor dalam MAHA, Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Zahimi Hassan, pula berkata laman berkonsepkan 'Miracle Garden' yang dipaparkan pada pameran pertanian itu akan mempamerkan keindahan landskap pelbagai jenis kombinasi bunga-bungaan yang unik bersama tanaman boleh dimakan yang menyegarkan.

Katanya, elemen etnobotani, bungaan produktif dan estetik serta tanaman boleh dimakan diterapkan melalui lapan konsep taman dikenali sebagai Taman Pelangi, Taman Bunga Matahari, Taman Tropika, Taman Orkid, Taman Urban, Taman Teratai, 'Vertical Garden' dan 'Petunia Garden'.

"Selain itu, kita turut mengetengahkan Program Pertanian Komuniti (Kebuniti) bertujuan menggalakkan penduduk bandar dan luar bandar bercucuk tanam dengan tanaman sayuran bagi kegunaan harian seperti cili, kunyit, halia, kubis, sawi, bayam dan salad.

"Melalui inisiatif ini ia mampu menjimatkan perbelanjaan dapur, sekali gus mengurangkan kos sara hidup rakyat," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:15 PM | Show all posts
rasa mcm nk pegi MAHA kali ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:15 PM | Show all posts
dulu2 penah pegi sekali
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 03:15 PM | Show all posts
tp cuaca skrg panas lit lit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.225795 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list