CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sekngucing

[2012] BUNOHAN [LAKONAN FAIZAL HUSSEIN , AIDIL ZAHIRIL ADZIM]

  [Copy link]
Post time 15-3-2012 04:22 PM | Show all posts
Reply 213# mimi77

budak tu anak jiran Pok Eng...selalu sgt berdamping dgn Pok Eng akhirnye semangat/saka Pok Eng meresap dlm diri budak tu....sbb tu budak tu bleh berkomunikasi dgn Mek Yah...pastu pengakhiran citer kan ada pakcik 2 org tu kat warung tu kata nak buat main puteri...rasenye nak ubatkan budak tu la...

Adil mmg anak luar nikah...kiranye Pok Eng & Mek Yah 'bersama' pas dorang dah lama bercerai...kan Jing bgtau Ilham yg si Adil lahir pas Ilham kuar dr Bunohan...jd Ilham & Adil mmg adik beradik kandung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2012 04:27 PM | Show all posts
Reply 222# forselab

ouh..jd mmg betul la adil anak luar nikah ek...ok...nak p tgk g skali lah
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 04:28 PM | Show all posts
Reply 219# welds

perghhhh..sorang ja dlm panggung tu????boleh p dok sana sini la kan?bestnyeeee
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 04:39 PM | Show all posts
Reply 222# forselab

owh...mula2 citer pun mmg bdk tuh bgtaw yang dia jiran Pok Eng tuh..
cuma compius bila dia leh cakap ngan Mek Yah tuh...and sore dia cam sore Pok Eng..
Mek Yah tuh jadik benda lain kan..cam buaya gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 04:41 PM | Show all posts
Reply  welds

perghhhh..sorang ja dlm panggung tu????boleh p dok sana sini la kan?bestnyeeee:love ...
mimi77 Post at 15-3-2012 16:28


haha...boleh jer nak dok mana2..
nak berdiri, baring, melompat pun bulih...
and aku pun bersyukur sebab bukan citer hantu...
kalo dak mau aku cabut kuar jer
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 04:42 PM | Show all posts
Reply 226# welds

part budak tu kan sebenornye iols takut gak..kot2 muke dia bertukar ke rupa lain ke ape
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2012 05:37 PM | Show all posts
Reply 227# mimi77

kalo bertukar rupa mau menjerit tuhh..
haha...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 10:17 PM | Show all posts
adeh dah pi tgk bunohan tapi masuk lambat..aku masuk si adil dah ada dalam kereta..perlu ke aku tgk  ...
bayam Post at 15-3-2012 09:52


ko tak byk terlepas.memula tu scene ilham diurut,selamba bunuh org kat hotel shower,lepas adil tomoi dia lari...lebih kurang mcm tu lar....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2012 12:56 AM | Show all posts
GILIRAN PAKAR PAKAR PENGKRITIK FILEM MENGHENTAM BUNOHAN

Ketika orang ramai rancak memuji filem Bunohan arahan Dain Said, filem itu sebenarnya dilihat telah mengetepikan sosiobudaya negeri Kelantan selain bertujuan “menyeksa” pemikiran penonton.

Pensyarah Pengajian Media, Universiti Malaya, Ana Balqis berkata, pengarah itu terlepas pandang beberapa elemen penting termasuk bahasa dan plot filem yang bercelaru.

Menurut Ana Balqis yang berasal dari Kelantan, dia mengakui secara keseluruhannya, filem itu berjaya menonjolkan imej segar pada perfileman tanah air, tetapi ia masih mempunyai beberapa kekurangan yang mengundang pertikaian.

“Saya akui Bunohan sebuah filem yang baik, memberikan cerminan baru pada industri filem kita kerana ia dihasilkan dengan syot dan sinematografi yang berbeza daripada lambakan filem Melayu yang sedia ada.

“Dalam filem ini, kita tidak disogokkan dengan syot-syot membazir yang ribuan kali kita tonton dalam filem-filem Melayu sebelum ini seperti syot di meja makan, babak solat, berselisih bahu di pintu dan sebagainya.


“Sayangnya, jika cerita dan pengisian filem ini digarap dengan menekankan dan penelitian pada aspek sosiobudaya, antropologi dan bahasa, pasti ia jadi lebih baik,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini Khamis.

Bercakap mengenai aspek antropologi dalam filem itu, Ana Balqis berkata penonjolan aspek tersebut telah tersasar dan jauh dari dasar latar belakang filem itu yang menjadikan bumi Kelantan sebagai lokasinya.

“Saya melihat jika dia (Dain) sudah memilih bumi Kelantan sebagai latar belakang filem ini, maka dia harus memaparkan segala aspek berkaitan Kelantan termasuk linguistik, sosiobudaya dan agama dengan tepat dan bersesuaian.

“Ciri-ciri bahasa filem yang terbahagi pada non-verbal dan verbal dilihat tidak seimbang. Aspek non-verbal atau bukan pertuturan seperti paparan awan kelabu dan alam sekitar dilihat berjaya tetapi ia gagal pada aspek pertuturan, di mana dialek yang dituturkan para pelakon adalah tidak tepat.

“Jika penuturan itu tidak tepat, maka pentafsiran penonton juga akan salah tentang cerita filem ini,” katanya.

Kekeliruan

Ana Balqis berkata, oleh kerana kekeliruan pada aspek dialek itu, dia mengakui dua elemen yang dipaparkan pada babak awal menimbulkan kekeliruan sama ada filem ini mahu melonjakkan isu harta pusaka atau saka sebagai subjeknya.

Dia juga berkata, dek keterujaan Dain untuk menyelitkan terlalu banyak sub-plot dalam filem berkenaan, beberapa watak penting yang ditonjolkan seperti watak budak kecil dan Mek Yah (Tengku Azura) gagal meninggalkan kesan dan sumbangan terhadap filem itu.

“Saya tertanya-tanya di mana etos atau semangat serta signifikan watak Mek Yah dan budak kecil yang dipercayai sebagai saka itu? Sama ada dua watak ini wujud atau tidak, ia tidak meninggalkan apa-apa gangguan atau cela pada filem ini?” katanya.


Ana Balqis berkata, Dain juga menimbulkan kekeliruan apabila pemilihan senjata lawi ayam dijadikan perlambangan imej ‘kejantanan’ dalam filem ini.

“Hakikatnya, menurut sejarah dan cerita orang tua-tua, senjata yang digunakan oleh kaum lelaki di Kelantan adalah badik, kapak kecil dan kapak binjai manis. Lawi ayam yang digunakan secara meluas dalam filem ini sebenarnya berasal daripada masyarakat Jawa dan bukannya Kelantan.

“Ia mungkin isu yang penting tetapi jika benar Bunohan berlatarkan bumi Kelantan, maka adalah wajar penceritaan itu juga berpaksikan segala aspek persekitarannya juga,” katanya.


“Kenapa Dain tidak selitkan dalam satu pun elemen agama atau sesuatu yang meraikan agama? Saya melihat Dain memilih untuk gambarkan Pok Eng (Wan Hanafi Su) sebagai golongan yang bercelaru dan alpa pada aspek itu.
Pekin Ibrahim sebagai Bakar.

“Penonton wajar diberikan sedikit harapan di pengakhiran cerita bahawa agama mampu memberikan perubahan pada kecelaruan karakter Pok Eng.

“Malangnya, itu tiada dan Dain memilih untuk meraikan unsur-unsur hitam seperti pembunuhan dan kejahatan semata-mata,” katanya.

Ketika ditanya mengenai pandangan umumnya mengenai filem itu, Ana Balqis menganggap Bunohansebagai karya kreatif yang menyeksa penonton.

“Kita boleh berkarya secara kreatif dan tidak salah untuk mengangkat gagasan atau tema yang besar dalam filem tetapi pembikin harus adil pada penonton.

“Filem sewajarnya dihasilkan untuk dinikmati oleh masyarakat umum dengan pentafsiran yang mudah, bukan menyeksa mereka dengan paparan sub-plot yang bercelaru dan mengelirukan,” katanya.

http://mstar.com.my/hiburan/ceri ... p;sec=mstar_hiburan

Sementara itu Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah pula berkata, Bunohan adalah sebuah karya yang benar-benar berlainan berbanding filem-filem yang ada pada masa ini.

Malangnya ia tidak menghasilkan dramaturgi yang diperlukan dalam sesebuah filem untuk memudahkan ia diterima ramai.

Atas sebab itu, ceritanya menjadi kabur, berpecah-belah dan tidak menghuraikan secara kompleks tentang apakah yang ingin disampaikan dalam sesebuah cerita.

“Apabila kita menonton Bunohan, ia seolah-olah kita menonton sebuah dunia yang penuh kekeliruan.

"Kita tidak dapat memahami watak termasuklah hubungan watak dengan alam, kejadian yang berlaku serta perkara-perkara lazim yang merupakan asas dalam sesebuah karya


“Malah ia juga sebuah karya yang sukar dilihat sebagai karya yang cantik jika dibandingkan dengan filem Semerah Padi dan Sumpah Orang Minyak,” jelasnya.

Mengambil contoh Sumpah Orang Minyak Dr Abu Hassan berkata, dua antropologi Melayu telah di angkat oleh P.Ramlee iaitu rajuk dan pujuk apabila Orang Minyak “merajuk” dengan masyarakat kerana dihina akibat kecacatan.

Sehinggalah kata beliau hanya syaitan yang berjaya memujuknya sehingga terjadinya Orang Minyak.

Sumbat

Tambahnya Dalam Bunohan tidak dapat dilihat apakah dramaturgi yang hendak diangkat kerana persembahan cerita yang terlalu keliru dan bercelaru.

“Di situlah ada saka, nak cerita tentang dukun, pergaduhan adik-beradik, permainan wayang kulit dan perlawanan Tomoi. Semua benda hendak disumbatkan dalam satu masa. Ia sebenarnya telah menyimpang daripada asas dramaturgi yang sebenar,” jelasnya.

Dr Abu Hassan berkata, pengarah Dain Said cuba untuk membawa idea daripada sinema Barat seperti pemikir falsafah Luis Bunuel ataupun Ingmar Bergman tetapi ia tidak jelas dalam Bunohan.

Disebabkan kegagalan itu audiens hanya berjaya diselamatkan dengan kecemerlangan aspek seni lakon para pelakon dan sinematografi tetapi ia jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan Johnny Bikin Filem karya Dr Anuar Nor Arai.

Tambahnya terdapat watak-watak dalam Bunohan yang tidak berhubungan berbanding filem Titanic yang lebih mudah.

Katanya, watak di dalam kapal cukup ramai digunakan dan kesemuanya bergabung apabila Titanic tenggelam di lautan.

Sebagai contoh katanya apa tujuan adegan di mana Ilham membunuh seorang peniaga berbangsa Cina melainkan ia sekadar untuk menunjukkan betapa ganasnya pemuda itu.

Bagaimanapun kata Dr Abu Hassan, Bunohan tetap memberi kesan kepada perubahan corak berkarya filem-filem Melayu apabila ia cuba meneroka naskhah filem yang mempunyai teoretikal dan falsafah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 08:19 AM | Show all posts
Reply 220# annehuda

berdasarkan folklore kat area situ...

ade sorang penari makyong bertukar jadi buaya putih semasa buat persembahan...Dain Said just applicated the folklore into the story just as a tribute to that area
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 08:52 AM | Show all posts
Reply 230# nuriz001

Salah satu sebab kenapa aku suka Bunohan ialah tiada satu unsur agama dan moral pun dimasukkan dalam filem ini...aku sudah muak dengan "preachy movie" dan aku sangat tidak faham kenapa setiap kali filem melayu dihasilkan mesti dimasukkan unsur-unsur "berdakwah"...can the movie just be a movie by its own without dictating to audience of right and wrong?

Dan aku tak faham apa yang dimaksudkan oleh Pensyarah dari UM itu dengan menyeksa penonton dengan paparan subplot yang bercelaru dan mengelirukan...apa yang bercelaru dan mengelirukan?

Bunohan ialah sebuah filem yang berplot linear mengisarkan 3 adik beradik satu bapak lain mak yang balik kampong halaman untuk berebut tanah...that's it...dan subplot-subplot seperti piramid, bunuh buaya, scene-scene mimpi, scene budak dan sebagainya hanyalah sekadar menambah dimensi kepada karekter-karekter...kalau ditarik scene mimpi, scene budak, scene mek yah buaya still tak mengubah apa-apa kepada jalan cerita...

tak perlulah di persoalkan authenticity dialek kelantan dansosio-budaya kelantan...ini bukan dokumentari...ini sebuah filemfiksyen...cuma disebabkan berlatarbelakangkan kelantan je, orang-orangkelantan semua kena bersiap sedia dengan notepad dan pen untuk mencarizarah-zarah kesilapan yang ada dalam filem ni...

come on lah...no film is perfect...Bunohan pun kalau siapa-siapa yangperasan banyak kesilapan teknikal...antaranya nampak refleksi dollytrack dekat pintu kereta Bakar...nombor pendaftaran tongkang Jing ialahplat Terengganu dan banyak lagi..

but do you have to gives a shit about all those menial things in order to enjoy the film? please

kadang-kadang aku menyampah dengan double standard penonton filem malaysia...kalau tengok cerita Inception ke, Memento ke, Pulp Fiction ke atau filem-filem Tarkovsky dan Kieslowski boleh pulak diaorang faham...or mengaku faham...tapi kalau filem Malaysia ada scene-scene surreal yang hanyalah sekadar subplot, ohhhh filem itu sangat bercelaru dan mengelirukan, authenticity salah bla bla bla....


Disebabkan kegagalan itu audiens hanya berjaya diselamatkan dengan kecemerlangan aspek seni lakon para pelakon dan sinematografi tetapi ia jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan Johnny Bikin Filem karya Dr Anuar Nor Arai.


boleh tak jangan compare filem Bunohan dengan filem yang tak orang tak pernah tengok sebab tak pernah release kat wayang? apasal dia tak banding dengan filem Uncle Boonmee je terus...kan senang...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 10:04 AM | Show all posts
Reply  nuriz001

Salah satu sebab kenapa aku suka Bunohan ialah tiada satu unsur agama dan moral  ...
cmf_king_kong Post at 16-3-2012 08:52


agree..... plot criter Bunohan sgt ringkas benarnyer.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 11:07 AM | Show all posts
Aku suka bunohan regardless apa yg org cerdik pandai tu kata... Bagi aku yg boleh bercakap klate mcm air ni... Ok apa effort pelakon2 yg cakap klate dlm tu.. Ada la terkucil sikit sana sini tp bleh diabaikan... Bercelaru apanya... Ok je jln citer.. Pikirla sikit takkan semua nak spoonfed.. Adeh.. Aku mmg tgk 3 kali citer ni.. Aku suka.. Lain dr yg lain..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 11:15 AM | Show all posts
Reply 234# bayam

ttg dialek...bg aku....plakon2 dlm nie mmg "berjaya" btutur loghat klate...kecuali mek yah...nampak le ketidakberjayaannye...tp tu x de mslh sbbnya dia cuma muncul d akhir filem...word paling fail dr mekyah bagi aku ialah "haiwan" yg dsebut haiwe org klate bukan ke sebut "nate"? aku agak je la..aku bukan org klate....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 11:18 AM | Show all posts
Kenapa Dain tidak selitkan dalam satu pun elemen agama atau sesuatu yang meraikan agama? Saya melihat Dain memilih untuk gambarkan Pok Eng (Wan Hanafi Su) sebagai golongan yang bercelaru dan alpa pada aspek itu.


satu keperluan?????ini filem dakwah????hanya disbbkan filem ini berlatar belakangkan masyarakat melayu kelantan?tapi aku terpikir jugak la kenapa agaknya pok eng beriya-iya sgt dia nak serahkan tanah pusaka tuh pd adil..yg tersurat mungkin dia nk menebus kesalahan selama ni dia mengabaikan adil,layanan buruk dari sangkaan adil ibu nya sendiri.mungkin saja dia tidak percayakan bakar?ilham?.adil anak luar nikah.dia tak berhak mewarisi tanah pusaka dalam faraid atau menuntutnya.jadi mungkin  pok eng perlu menyelesaikan hal tanah tu memberi hibah pada adil sblm dia mati supaya adil dapat bahagiannya.boleh saja dia menbiarkan tanah tu atas namanya sehingga hayatnya dan membiarkan hukum faraid tapi mana kedudukan adil?jadi mengikut tafsiran aku ada elemen agama disitu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 11:42 AM | Show all posts
Jangan harapkan filem ini ada polis untuk tangkap orang jahat.

Takde pak lebai nak bagi syarahan agama kat dalam filem ni.

Tafsirkan sendiri, ikut fahaman masing-masing.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2012 11:57 AM | Show all posts
Jangan harapkan filem ini ada polis untuk tangkap orang jahat.

Takde pak lebai nak bagi syarahan ...
cap_ayam Post at 16-3-2012 11:42


Betul... setuju.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 03:00 PM | Show all posts
Reply  nuriz001

boleh tak jangan compare filem Bunohan dengan filem yang tak orang tak pernah tengok sebab tak pernah release kat wayang? apasal dia tak banding dengan filem Uncle Boonmee je terus...kan senang...
cmf_king_kong Post at 16-3-2012 08:52 AM


Bro, kalao doctor um tu tgk uncle boonmee aku yakin terus muntah darah kot....... aku tak pnah lah tgk uncle boonme tu tapi pernah tgk karya pengarah sama tajuk cyndrome n century tak silap...mmg azab jugalah nak menunggu habis....

benarkah doktor ni double standard? atau dia tak pernah tgk pun mana2 karya david lynch?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 03:17 PM | Show all posts
Reply 239# cmf_GAIA

ha ha bro...tak tau la aku tapi kalau sebagai pakar dia mengkritik part kenapa takde berdakwah, kenapa tak authentic garapan kekelantanan dalam filem ni...come on la...all those thing are menial...it just the same as asking kenapa dalam filem star wars, bila death star meletup ada bunyi..bukan space ni ruang vakum ke...

or was it dia ditanya soalan trap oleh journalist "pada pendapat profesor, apa pula kekurangan filem ni?"...maybe dia dah berjela-jela puji filem ni tapi journalist ambik yang kekurangan je ....who knows..

apa2pun aku agak sedeh sebab sampai sekarang kutipan masih tak buat sale..dan tinggal lagi seminggu je untuk wajib tayang habis...harap-harap by the end of next week, sekurang-kurangnya break even pun jadi le...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 05:29 PM | Show all posts
Bunohan Fan Art









Credit

Azhar Abdullah

http://azharsketch.blogspot.com/




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.470808 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list