Post Last Edit by kupu2siang at 14-6-2011 16:02
Seth Tan Buat Wanita Angau[size=0.833em]2 Commentsby Miss Farra | 13 Jun 2011 | in HIBURAN, BERITA HANGAT,
Selain demam Kl Gangster , drama siri ‘Nora Elena’ turut memberi impak yang besar dalam industri seni tempatan, gara-gara lakonan romantik si Seth Than. Ayuh kita ikuti komen Aaron tentang bantahan agar menghentikan dilema wanita yang terpengaruh ketika menonton drama siri ini.
“Saya rasa bukan sahaja lakonan saya, skrip serta jalan cerita yang baik. Malah, ia adalah satu cerita cinta suci semata-mata. Tidak seperti drama melayu biasa yang penuh dengan cerita duka dan perebutan kuasa. Itu adalah perbezaan yang ada dalam Nora Elena ini dan mungkin kerana itulah masyarakat memilih untuk menonton drama ini.”
“Surat bantahan tersebut telah saya baca. Saya tahu itu adalah gurauan semata-mata. Tetapi jika ia sampai jadi isu yang besar , saya harap penonton tidak menyalahkan saya. Kalau mahu, salahkan novelis yang menulis novel tersebut, saya hanya pelakon yang mengikut skrip lakonan,” ujarnya sambil ketawa disebabkan lakonan Seth Than yang didakwa menjadi igauan setiap wanita.
Dikesempatan tersebut juga, Gua meminta komen secara peribadi pelakon serta model kelahiran Singapura ini tentang kewujudan lelaki seperti Seth di alam realiti ini.
“Masyarakat kadang-kadang tidak boleh membezakan bahawa apa yang ditayangkan di televisyen tidak sama seperti realiti. Dalam Nora Elena, Seth jadi romantik kerana dia ingin menebus kesalahan yang pernah dilakukan terhadap Nora. Dan ia adalah satu novel, karya imaginasi seseorang penulis. Saya rasa tiada lelaki yang sebegitu sempurna, yang sanggup bersabar dengan setiap perbuatan Nora Elena.”
Nora Elena boleh disaksikan di saluran TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam.
|