|
Namapun demonstrasi.. kalau buat kat stadium baik panggil ceramah aje...aku nak kesana bukan n ...
a_gen2 Post at 25/4/2012 15:52
lombu2 ada akai ke? kalo sebut otak tu,semua kehidopan ada...bab akai tu bkn semuo ado... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 203# petola
lombu mana reti bahasa inglish.... |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh... datuk bandar kl bagi amaran keras wooo
keras hapanya kalau mintak polis yg buat kerja
kialau berani pakat2 ler kerah semua penguatkuasa dbkl turun dataran merdeka terajang pendemo2 tu kalau berani...
amaran keras kunun.. |
|
|
|
|
|
|
|
duduk bantah ja pon......yang cerita macam kolumpo nak kena bom tu pasai pa......apela punya macai.........lagi satu ,,kata tak adak org nak pi.......tapi yang takut sgt sampai rugi2 biliyon biliyon jual karipap petang tu pasai pa...yang takut sgt sampai tak leh pi sogo menyoping ni nape..kata takdak org nak pi joinT BERSIH ni |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh... datuk bandar kl bagi amaran keras wooo
keras hapanya kalau mintak polis yg buat kerja
kia ...
petola Post at 25-4-2012 15:58
budak2 hingusan 10-20 org bulehlah depa balun... kalau dah 100-200 ribu...mau terkencing gamaknya pengarah tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
budak2 hingusan 10-20 org bulehlah depa balun... kalau dah 100-200 ribu...mau terkencing gamakny ...
a_gen2 Post at 25-4-2012 16:03
bapak segala polis pun pendemo tak pedulik inikan lagi datuk bandar... hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Mengapa perlu demonstrasi di Dataran Merdeka
Amin Iskandar
1:33PM Apr 25, 2012
ULASAN BERSIH 2.0 mensasarkan 500,000 rakyat berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini.
Duduk dan bantah atau "sit in protest" yang dianjurkan oleh gabungan 84 NGO tersebut menuntut agar kerajaan Malaysia menerima lapan tuntutan yang dikemukakan oleh mereka.
Setakat ini hanya satu sahaja tuntutan BERSIH yang diterima iaitu penggunaan dakwat kekal. Itu pun banyak helahnya.
Masih ramai yang tidak percaya dakwat kekal akan digunakan berikutan penipuan kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum ke 12 apabila penggunaan dakwat kekal dibatalkan empat hari sebelum mengundi.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kali ini digunakan untuk menghalang perhimpunan rakyat pada 28 April ini. Penganjur didesak untuk memindahkan lokasi perhimpunan ke dalam stadium.
Dalam ucapan pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said di Selayang baru-baru ini, dengan tegas menyatakan bahawa organisasi tersebut akan tetap duduk dan bantah di Dataran Merdeka.
Dataran Merdeka simbol kemerdekaan negara. Perhimpunan menuntut pilihan raya BERSIH, bebas dan adil di Dataran Merdeka umpama menuntut kembali kemerdekaan, kali ini bukan dari penjajah tetapi dari sebuah kerajaan yang berusia lebih 54 tahun.
Dunia tahu Dataran 'dikuningkan'
Setiap kali menjelang demonstrasi rakyat, seringkali kerajaan meminta agar penganjur memindahkan program ke stadium.
Mengapa?
Kerana apabila perhimpunan berpindah ke stadium, ia tidak lagi menjadi demonstrasi, ia sudah menjadi seperti ceramah umum.
Kerajaan takut. Jika penganjur berjaya membawa 500,000 rakyat ke Dataran Merdeka, imej yang akan bermain dalam media asing akan kelihatan seperti apa yang berlaku di Dataran Tahrir, Mesir.
Jika itu berlaku, seluruh dunia akan tahu bahawa Dataran Merdeka 'dikuningkan' oleh kerana rakyat Malaysia mahukan reformasi sistem pilihan raya.
Pelabur asing akan mula berhati-hati. Ini kerana, sesebuah pilihan raya jika tidak dipercayai oleh majoriti besar rakyat, ertinya politik sesuatu negara tersebut tidak akan stabil.
Jika dibiarkan, sesebuah kerajaan yang dipilih tidak mempunyai legitimasi politik. Ini boleh mengundang kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan sesuatu kerajaan melalui pilihan jalan raya.
Amerika akan persoal
Duduk dan bantah ataupun "sit in protest" kaedah demonstrasi yang paling mudah akan tetapi memberikan impak yang besar.
Jika 500,000 rakyat duduk dan bantah di Dataran Merdeka, ia memberikan isyarat jelas kepada kerajaan agar tunaikan kesemua tuntutan BERSIH.
Kesanggupan 500,000 rakyat untuk bersama-sama ke Dataran Merdeka akan turut memberi tekanan kepada rakan-rakan Malaysia di peringkat antarabangsa.
ASEAN walaupun mempunyai dasar "tidak campurtangan" urusan dalaman negara anggota sudah pasti akan mempersoalkan mengapa kerajaan Malaysia masih mahu berdegil sedangkan Burma sudah mula membuka ruang demokrasi?
Amerika Syarikat yang menjadi "payung besar" kepada Malaysia sudah pasti akan mempersoalkan kepada Najib Razak mengapa tidak mahu pilihan raya bebas dan adil.
Pilihan raya bebas dan adil ini antara kempen "sheriff" dunia tersebut.
Dataran Merdeka simbol kebebasan
Dataran Merdeka simbol kepada kebebasan dan demokrasi. Ia milik kepada seluruh rakyat Malaysia. Ia bukan milik DBKL. DBKL hanya bertugas untuk menguruskan tempat tersebut.
azlanApatah lagi pimpinan DBKL tidak dipilih oleh penduduk Kuala Lumpur. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak dipilih melalui proses demokrasi tetapi dilantik oleh kerajaan.
Sebab itu apabila beliau bersuara, rakyat tidak mahu dengar. Dataran Merdeka tetap menjadi destinasi utama perhimpunan tersebut.
Melihat kepada pengalaman perhimpunan BERSIH 1 dan 2 lalu, jika Dataran Merdeka ditutup, Kuala Lumpur akan lumpuh.
Jika di Dataran Merdeka sekurang-kurangnya masih mampu dikawal. Bayangkanlah jika 500,000 rakyat berselerak di merata Kuala Lumpur.
Bukankah ia bakal menyebabkan perhimpunan di lebih banyak lokasi?
Jika Kuala Lumpur lumpuh tidak boleh bergerak, ia memberikan isyarat yang tidak baik kepada negara.
Serahkan kembali Dataran Merdeka kepada rakyat sebelum rakyat bangkit merampas. |
|
|
|
|
|
|
|
Mengapa perlu demonstrasi di Dataran Merdeka
Amin Iskandar
1:33PM Apr 25, 2012
ULASAN BERSIH ...
petola Post at 25-4-2012 16:06
pelik kan ..4 hari nak mengundi dibatalakan dakwat kekal |
|
|
|
|
|
|
|
Hati ko wangi benorlah yg ngko rasa Allah dah tolong ngko tu?? Yisroel menang terhadap penakluka ...
Manami Post at 25-4-2012 15:26
niat kalo busuk mmg Allah tak tolong |
|
|
|
|
|
|
|
pelik kan ..4 hari nak mengundi dibatalakan dakwat kekal
cak! Post at 25-4-2012 16:09
kalau bukan menipu bukan UMNGOK namanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kita respeklah kali ni bang isham jadi baik ya amat
yg dulu haram sekarang dah jadi halal
datuk bandar kl plak yg jadik samseng kali ni
respek sama bang isham... |
|
|
|
|
|
|
|
pertanyaan... bang isham dah menjawab ke belom??
Court wants Home Minister's stand on Bersih
By TERRENCE TOH
KUALA LUMPUR: The High Court has asked the Home Minister to file an affidavit clarifying his position on the Bersih 2.0 movement by May 10.
Lawyer Aston Paiva, representing Bersih, told reporters that Justice Datuk Rohana Yusof had taken notice of Bersih's recent activity, and needed to confirm the Minister's position on the movement before making a decision.
Bersih 2.0 co-chairman Datuk S. Ambiga had filed a suit challenging a ban on Bersih 2.0 by the government which declared the movement an 'illegal organisation'.
Aston said in Justice Rohana's view, the rally seemed to have been banned, but the Home Minister's conduct seemed to suggest otherwise.
He added that Justice Rohana was also concerned about the main application whether Bersih should have been banned, and said she needed to know the Minister's stand to properly evaluate all the facts |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 236# petola
kesimpulannye .. belom menjawab lagi la ye abg pet |
|
|
|
|
|
|
|
Reply petola
kesimpulannye .. belom menjawab lagi la ye abg pet
atira Post at 25-4-2012 16:16
belum lah kot...
camna ha nak jawab apasal dulu lain kali ni lain
adakah bang isham nak jawap dulu berarak kali ni duduk... kan lain |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kita respeklah kali ni bang isham jadi baik ya amat
yg dulu haram sekarang dah jadi halal
dat ...
petola Post at 25-4-2012 16:12
jangan terpengaruh dgn lakonan depa... kalau Isapmuddin tu ikhlas..dia sbg Montori KDN sambil minum air 'coke' pun dia boleh arah KPN (apalagi takat balachi Pengarah DBKL) supaya benarkan Bersih 3 tanpa sebarang halangan.
Sebenarnya aku tengok 'kelembutan' Isapmuddin ni seolah2 akan ada sesuatu kekerasan luar biasa yg akan berlaku. Jadi seolah2 dia berlakon utk tunjuk baik utk memudahkannya cuci tangan kalau berlaku apa2.
Apapun, peduli apa aku... |
|
|
|
|
|
|
| |
|