CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

KOLEKSI CERPEN - (6) Misteri Thriller- TAMAT) -page #7

[Copy link]
Post time 10-7-2015 04:29 PM | Show all posts

Rindu akak..hmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2015 04:44 PM | Show all posts

Hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 replied at 10-7-2015 11:21 AM
Ehem... parking dulu.

Sis @wipers81... Where have u been? Sihat ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 11:30 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 10-7-2015 06:18 PM
Sis @wipers81... Where have u been? Sihat ke tu?

Hai Zamzam2013. Ada aje. Cuma jarang lepak sini. Masuk sekali sekala aje dalam board ni. Sihat... so far sihatlah sikit-sikit. Sakit yang dah tak tahu nak cakap. Semua cara perubatan baik moden (doktor) dan Tradisional (ustaz) buat. Sikit aje perubahan. Namun tetap gagahkan diri, malas nak melayan sakit. Masa sakit betul-betul baru rehat kalau sikit-sikit, lawan. Menanti 'baby' lahir... macam-macam dugaan namun tetap percaya pada rezeki Allah. Ada masalah sikit sebab sisi ambil balik, betulkan balik bagi sedap (kalau bestlah jalan ceritanya). Dikhabarkan... In Shaa Allah selewat-lewatnya bulan 8 akan 'lahir'. Kalau tak juga nak kena bubuh ubat ('induce') banyak sikit. HAHAHA.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2015 12:07 AM | Show all posts
wipers81 replied at 10-7-2015 11:30 PM
Hai Zamzam2013. Ada aje. Cuma jarang lepak sini. Masuk sekali sekala aje dalam board ni. Sihat...  ...

ingt baby pe.ngupenyaaaaaaaaaaa..

baby yg tu..hmmm.. t nk blilah sbb novel Akak tu bezakn..akak..lma  kita x  berws..hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2015 12:07 AM | Show all posts
wipers81 replied at 10-7-2015 11:30 PM
Hai Zamzam2013. Ada aje. Cuma jarang lepak sini. Masuk sekali sekala aje dalam board ni. Sihat...  ...

ingt baby pe.ngupenyaaaaaaaaaaa..

baby yg tu..hmmm.. t nk blilah sbb novel Akak tu bezakn..akak..lma  kita x  berws..hmmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2015 12:27 AM | Show all posts
Esmiria replied at 11-7-2015 12:07 AM
ingt baby pe.ngupenyaaaaaaaaaaa..

baby yg tu..hmmm.. t nk blilah sbb novel Akak tu bezakn..akak ...

Ada aje Es. Line kat tempat akak macam... hmm malas nak cakap. Sihat ke?

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2015 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 replied at 10-7-2015 11:30 PM
Hai Zamzam2013. Ada aje. Cuma jarang lepak sini. Masuk sekali sekala aje dalam board ni. Sihat...  ...

Alhamdulillah... Lega rasa dengar akak sihat....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2015 01:05 AM | Show all posts
Doh raye ni..bila nok.updatenya..hmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2015 09:00 AM | Show all posts
Esmiria replied at 22-7-2015 05:05 PM
Doh raye ni..bila nok.updatenya..hmm

.tak ada masa nak sambung lagi
nak merayap jenguk BOD lain..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2015 11:56 PM | Show all posts
ZAMRUL menggeletar seluruh badan. Kelibat hitam yang tercegat di tingkap biliknya sedang merenung tajam ke arahnya. Dia mengundur perlahan ke arah dinding, selangkah dia mengundur, selangkah juga kelibat itu mendekatinya. Tadi, dia menjerit kuat sebaik terasa mukanya pedih seperti ditoreh-toreh. Tidak semena-mena muncul kelibat hitam itu yang masih samar-samar wajahnya.

"Kau..kau siapa?!" Zamrul menelan liur berkali-kali. Wajah pucatnya jelas terpancar. Bagai sudah hilang semua darah dalam tubuhnya.

Kelibat hitam itu semakin menghampiri Zamrul yang semakin mengundur ke dinding. Perlahan-lahan dia munculkan diri ke dunia nyata. Zamrul yang sudah rapat ke dinding terbeliak sebaik kelibat itu menampakkan diri. Wajah wanita itu masih samar.

Zamrul semakin menggelabah.  Saat ini sudah terasa kaku dan beku segala tindakannya. Dia melompat ke atas katil sebaik jelmaan wanita itu ingin memeluknya. Dia rapat pula ke dinding di tepi katil. Tiba-tiba pisau kecil yang berada di atas meja kecil sebelah katil bergerak sendiri dan melayang ke arah Zamrul. Secepat itu juga Zamrul mengelak dari terkena libasan pisau itu.


"Kau siapa hah?!!!" Jerit Zamrul, dia cuba menepis tujahan pisau itu yang menghampiri ke wajahnya. Seluruh tangan dan lengannya luka dan darah meleleh menitik ke atas tilam.


Zamrul cuba mengambil bantal dan menekup mukanya namun secepat itu juga bantal itu terpelanting ke dinding dan kali ini pisau tadi sudah menembusi kulit mukanya.


"Arrgghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!"








DANNY dan Darwis meluru ke arah jeritan yang didengar tadi. Pintu bilik ditendang sekuat hati. Terkejut melihat Zamrul sudah rebah berlumuran darah dengan muka yang cukup mengerikan. Calar dan torehan cukup membuatkan wajah kacak Zamrul tidak lagi dikenali.


"Zamrul!" Danny meluru ke arah Zamrul yang sudah terkulai lemah di atas katil. Dia memangku kepala Zamrul yang masih bernyawa. "Rul...mengucap Rul.."


Darwis pula sempat menangkap sesuatu seperti kelibat hitam keluar melalui tingkap bilik Zamrul. Dia pandang pula pada pisau di atas lantai. Darah menitik di mana-mana. Tilam pula sudah dipenuhi warna merah darah dari muka Zamrul yang ditoreh.


"Abang, kita kena bawa Zamrul ke hospital. Zamrul masih hidup!" Danny segera memapah Zamrul dan bersama Darwis mereka membaw Zamrul ke hospital.




DANNY mundar mandir di luar bilik kecemasan. Sesekali dia jenguk ke arah pintu cermin, doktor sedang  bertungkus lumus merawat Zamrul. Kelihatan Zamrul sudah dibawa masuk ke dalam bilik bedah. Dia bersama Darwis masih setia menunggu di situ. Jam sudah melewati satu pagi.


"Danny...kau rasa Zamrul tu cederakan diri sendiri ke?" Darwis yang duduk di kerusi tercegat bangun dan mendekati Danny.


"Entahlah bang..saya bingung.." Rambut dicengkam kuat. Buntu memikirkan kejadian aneh dan tidak masuk akal tadi. Sebaik pintu terbuka selepas ditendang kuat, pisau masih terpacak di muka Zamrul dan menoreh muka lelaki itu sebelum tiba-tiba tercampak ke lantai.


"Abang rasa..semua ni ada yang nak balas dendam dengan cara halus.." Darwis menelah sendiri. Apa yang berlaku pada kawan Danny sebelum ini juga tidak masuk akal.


"Maaf...kami terpaksa tahan kawan encik. Mungkin makan masa untuk sembuh. Luka pada mukanya teruk.." Seorang doktor merapati Danny dan Darwis.


"Kawan saya tu selamat kan?" Danny segera bertanya. Dia berharap sangat Zamrul masih hidup.

"Ya..dia selamat tapi luka di leher juga agak dalam..kami akan berusaha merawat. Boleh beri maklumat keluarga terdekat pesakit?" Tanya doktor itu lagi.

Danny mengangguk dan segera mengisi borang maklumat pesakit dan waris Zamrul. Usai menulis, dia dan Darwis pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan pulang, Danny hanya diam seribu bahasa. Dia merasa gilirannya pula akan tiba dan benarlah kata abangnya, mungkin itu satu dendam dengan cara halus dan apa yang dia semakin yakin, tentu gadis itu yang mulakan semuanya. Ya, gadis malang yang diperkotak-katikkan oleh mereka berlima dulu. Sampai sekarang tiada khabar berita yang mereka dengar tentang gadis itu. Hidup atau mati, mereka tidak ambil kisah. Mungkin gadis itu kembali menuntut maruahnya yang sudah dicemari.

"Sudahlah Danny...jadikalah semua tu peringatan dan pengajaran. Kau kena kuat semangat." Darwis yang sedang memandu kereta berpaling seketika ke arah Danny yang sudah menundukkan wajahnya.

"Abang...saya rasa semua ni..ada kaitan dengan perempuan tu. Semuanya bermula di kampung Senduduk.." Danny mula membuka pekung di dada. Segala apa yang berlaku pada gadis itu diceritakan pada kembarnya. Sesekali dia mengesat air mata yang mengalir. Semua rasa sudah bercampur dalam dirinya. Menyesal, sebak, marah dan yang pasti dia merasa begitu takut menghadapi hidup sekarang ini.

"Kita balik dulu. Lusa kita kena pergi ke kampung tu. Esok tengahari kita melawat Zamrul.." Pujuk Darwis.

Kereta dipandu laju menuju ke rumah semula.


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya belun terlewat utk kuucapkan... Selamat hari raya aidilfitri... Maaf zahir batin uolls... Kosong2 ya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2015 09:29 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 24-7-2015 11:09 AM
Rasanya belun terlewat utk kuucapkan... Selamat hari raya aidilfitri... Maaf zahir batin uolls... Ko ...

ya selamat hari raya zamzam..maaf jika ada yang ipo tersalah taip dan terasa hati ya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2015 11:24 AM | Show all posts
#5



DATIN SUHAILA hanya memandang anak bujangnya yang termenung jauh di sofa. Rancangan di kaca televisyen langsung tidak menarik perhatian Danny. Matanya beralih pula pada Darwis. Darwis juga berkelakuan sama dengan Danny. Tiada butir bicara dari keduanya. Mata menatap skrin televisyen tetapi mulut terkunci rapat masing-masing. Selalunya bukan begitu suasana di runag tamu bila semua sudah berkumpul satu keluarga.

"Bang..tengok Danny dan Darwis tu. Ada yang tak kena ke?" Datin Suhaila mencuit lengan suaminya yang leka menatap suratkhabar.

Datuk Lukman mengangkat muka. Dia menjongket kening sebelum mata dikalih ke arah kedua anak kembarnya. Dia berpaling semula melihat isterinya yang sudah berkerut dahi. "Cubalah tanya dia orang tu.."

"Abang ni..kita tanya dia, dia tanya kita balik. Dannny, Darwis, kenapa diam je ni?" Lalu Datin Suhaila bertanya juga pada kedua anak bujangnya.

"Tak ada apalah mama. Penat sikit.." Jawab Darwis sambil menjeling Danny yang duduk berdepan dengannya ketika ini.

"Ha'ah la mama, kami penat je...banyak benda nak kena fikir.." Balas Danny pula, bila diberi isyarat oleh Darwis.

"Takkan hal pejabat pun fikir sampai penat otak? Penat badan?" Datuk Lukman pula menyampuk. Mata masih menala ke dada akhbar.

"Biasalah papa. Soal kerja tak pernah habis..." Danny jeling Darwis.

Darwis faham jelingan adiknya. Semalam mereka baru pulang dari Kampung Senduduk. Nampaknya, gadis itu sudah berpindah dari kampung itu setelah kedua orang tuanya meninggal dunia. Penduduk kampung pula, tidak seorang pun tahu ke mana gadis itu berpindah dan tidak pula memberitahu bagaimana kedua orang tua gadis itu boleh meninggal. Malah ketua kampung juga seperti berhati-hati bila menjawab soalan yang mereka tanya. Seolah tidak menyenangi apa jua pertanyaan mengenai keluarga gadis itu. Danny orang yang paling kecewa ketika itu. Malah dia juga perasan yang ketua kampung itu asyik merenung Danny dengan riak tidak senang.

Sehari sebelum itu, mereka sempat melawat Zamrul di hospital. Keluarga Zamrul belum sampai lagi menjenguk lelaki itu. Yalah, kedua orang tua Zamrul tinggal di luar negara. Kasihan juga melihat Zamrul yang sudah berbalut mukanya. Menurut doktor, Zamrul mungkin cacat muka dan tidak lagi seperti dulu tetapi mereka akan cuba membuat pembedahan plastik ke atas muka cacat Zamrul jika bersetuju. Danny pula tidak teragak-agak untuk menandatangani borang kebenaran dengan alasan keluarga Zamrul masih di luar negara.

"Oh ya, hari Ahad ni nanti, ada tetamu nak datang. Ingat tak gadis yang mama nak kenalkan tu?" Datin Suhaila pandang Danny dengan senyuman manis.

Danny menoleh ke arah ibunya yang tersenyum simpul. Dia hanya mengangguk. Baginya tidak teruja sedikitpun untuk dia mengenali bakal isterinya nanti. Dalam hatinya sudah tiada hati untuk memupuk cinta dan sayang. Apa yang bersarang sekarang ini adalah soal kematian seorang demi seorang sahabatnya. Zamrul bernasib baik kerana hanya mengalami kecacatan di muka walaupun dia tahu bila Zamrul sedar nanti, mungkin Zamrul tidak boleh menerima kenyataan tentang itu.

"Jadi ke mereka datang?" Darwis pula bertanya. Dia jeling Danny yang seolah tiada perasaan.

"InsyaAllah jadi. Mama dah call semalam. Hari Ahad ni mereka akan datang." Datin Suhaila mengukir senyuman, perasaannya berbunga riang. Tidak sabar untuknya melihat anak-anaknya berumahtangga. "Darwis, bila nak kenalkan budak tu pada mama?"

"Err...siapa mama?" Darwis agak terkejut.

"Laa..siapa lagi. Aisya la. Bila nak bawa dia datang sini? Tak pun, kita terus masuk meminang." Dating Suhaila berkata sambil menjeling manja pada suaminya yang turut tersenyum.

"Oh..yang tu ke? Dia nak kerja dulu la mama. Lagipun dia sibuk dengan manuskrip novel terbarunya. Nanti saya tanya dia kalau dia sudi datang rumah kita." Senyuman kelat Darwis jelas terpamer.

Darwis dan Danny mula minta diri untuk ke bilik masing-masing. Darwis sempat memujuk Danny agar melupakan seketika soal kematian rakan-rakannya dan tumpukan pada pertunangan nanti. Dia tidak mahu Danny kecewakan harapan mama memandangkan Danny tidak membantah pilihan mama.

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2015 11:57 AM | Show all posts
adakah awek darwish, orang yang danny cari?? jeng jeng jengggggggg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2015 12:21 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 25-7-2015 03:57 AM
adakah awek darwish, orang yang danny cari?? jeng jeng jengggggggg

biarlah rahsia..............
aku tak sempat nak beraya rumah Hafiz suip..
budak2 datang beraya rumah aku plak..first time rumah aku kat KL ni..budak2 datang beraya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2015 12:26 PM | Show all posts
Ipo replied at 25-7-2015 12:21 PM
biarlah rahsia..............
aku tak sempat nak beraya rumah Hafiz suip..
budak2 datang ber ...

budak budak datang beraya
semua nak duit raya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2015 01:02 PM | Show all posts
HARI berlalu begitu pantas. Danny pula sering menjenguk Zamrul di hospital yang masih tidak sedarkan diri selepas pembedahan. Menurut doktor, Zamrul mengalami kecacatan kekal di wajahnya. Satu pembedahan sudah selamat dijalankan. Kemungkinan akan ada pembedahan susulan untuk memperbaiki wajah cacat Zamrul walaupun sudah tidak seperti wajah asal. Setiap kali Danny melihat Zamrul, bergenang air matanya. Kini dia semakin insaf dan sedar, langit tidak selalu cerah. Bahagia tidak selalu menjelma. Apa yang berlaku pada rakan-rakannya cukup memberinya keinsafan dalam diri. Lebih kasihan bila keluarga Zamrul langsung tidak datang menjenguk. Apa yang dia tahu, keluarga Zamrul tinggal di luar negara dan Zamrul mempunyai seorang adik perempuan yang dia sendiri tidak pernah bertemu. Zamrul pernah bercerita padanya dulu yang keluarganya tidak seperti keluarga orang lain. Masing-masing buat hal sendiri. Pengajian Zamrul di UK dulu ditanggung ayahnya yang tidak pernah menjenguknya di kampus. Duit hanya dimasukkan ke akaun Zamrul setiap bulan.

"Rul..aku harap kau tabah hadapi semua ni.." Danny perhatikan Zamrul yang masih berbalut di seluruh muka.

Setengah jam menemani Zamrul di situ, Danny melangkah keluar dari wad. Dia perlu pulang ke rumah sebelum jam dua petang. Mama sudah mengajak calon isterinya untuk menikmati juadah tengahari sambil berkenalan. Langkahnya diatur ke tempat letak kereta.

Aisya hanya memerhati Danny yang melangkah lemah menuju ke kereta yang diparkir. Hatinya berdetik kuat. Wajah Danny agak iras wajah Darwis. Hampir dia ingin menegur tadi, ingatkan itu adalah Darwis. Danny dilihat sehingga hilang dari pandangannya. Dia mula mengatur langkah ke arah wad. Dia perlu menemani adiknya menjalani rawatan susulan. Langkahnya dipercepatkan, tadi dia sudah terlewat dan terperangkap dalam kesesakan jalanraya.



DANNY memandu perlahan menuju ke rumahnya. Sarat di benaknya dengan seribu persoalan. Sepanjang perjalanan itu, dia tidak henti berfikir mengenai Zamrul. Baginya lebih baik mati dari menanggung kesengsaraan seperti Zamrul yang cacat mukanya akibat torehan pisau itu. Allah lebih mengetahui semua yang terjadi. Tiada apa yang dapat menghalang perancangan Allah.

Kereta Danny membelok ke arah masjid. Waktu Zuhur sudah mula masuk. Sejak terjadi kejadian malang itu, dia semakin dekat dengan pencipta. Pertama kali menjejakkan kaki ke masjid, hatinya merasa tenang dan selepas itu, dia akan berhenti menunaikan solat berjemaah jika berkesempatan. Setiap kali lepas solat, dia berteleku sebentar, mengenang dosa-dosa yang sudah dilakukan. Tersedu-sedu menangis di tikar sejadah. Puas menangis, Danny bangkit dan meneruskan perjalanan semula. Rasa lega bila semuanya diluahkan dengan cara begitu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 07:02 AM | Show all posts
menunggu ngan sabar gak ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 11:04 AM | Show all posts
Ipo replied at 25-7-2015 01:02 PM
HARI berlalu begitu pantas. Danny pula sering menjenguk Zamrul di hospital yang masih tidak sedarkan ...

Kenapa zamrul msih hidup..huhu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.451987 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list