|
Lisa Sentap Wajah Anak dirakam Tanpa Kebenaran?
[Copy link]
|
|
aku sejak dulu pon tak pernah minat si lisa surikayu ni
bukan je sbb berlakon kayu
sbb ada juga terbaca yg dia ni kekwat
apalagi sejak jadi bini yusry lembik tu
aku pon tak paham apsal nak panggil dia sweetheart sgt
lain kali kalau tanak anak kena rakam... masuk dlam kotak atau beg....
gedik sangat
ni ke gambonya... ambik kat rotikaya
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Lisa kt meletop tadi
Masih bambam lg
Muka kembang
Pakai baju pun loose je
Nampak beso
Bagusla gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Apa perasaan you kalau org curi2 gambar u .. tanpa u tahu ... kemudian dia letak di laman maya ... u rasa u suka tak? - lisa
zaman skrg payudara sendiri pun gigih nak share ... inikan pula gambar exclusive anak retis ... tak de nye nk simpan2 sendiri ... bertabah la lisa ....
|
|
|
|
|
|
|
|
satu hari nanti mesti dia share gak gambar anak dia.. sabar ye cikki2 sekalian |
|
|
|
|
|
|
|
dulu pun memula schawal kemut nak share gambar anak.. nah sekarang tengok lah.. sampai cemuih korang tengok pics n bideo lara alana .. tapi ai suka lara alana.. comel n bijak sangat |
|
|
|
|
|
|
|
mesmerize replied at 24-11-2015 10:13 PM
dulu pun memula schawal kemut nak share gambar anak.. nah sekarang tengok lah.. sampai cemuih korang ...
Akak x jemu dik tgk lara.tgk dia mkn nasi pun rase nk cubit2.geram. |
|
|
|
|
|
|
|
kan.. adorable giler lara tu.. bertuah schawal dapat anak helok camtu
|
|
|
|
|
|
|
|
starcity replied at 24-11-2015 09:10 PM
Lisa explain situasi yg dialami kat Meletops
Dia ckp ape kt meletop? |
|
|
|
|
|
|
|
mesmerize replied at 24-11-2015 10:13 PM
dulu pun memula schawal kemut nak share gambar anak.. nah sekarang tengok lah.. sampai cemuih korang ...
aku pun ketagih tgk lara ... comel n bijak... caption awal pun kelakarr |
|
|
|
|
|
|
|
dek kerana terlampau comel n bijak.. macam2 sheols dapat hadiah kan.. bebaru ni dapat Ipad lagi dari fans.. bertuah betul.. kecik2 dah murah rezeki
|
|
|
|
|
|
|
|
mesmerize replied at 24-11-2015 10:50 PM
dek kerana terlampau comel n bijak.. macam2 sheols dapat hadiah kan.. bebaru ni dapat Ipad lagi da ...
Lara dpt hadiah yg best2 je.bertuah sggh. |
|
|
|
|
|
|
|
sama la....
aku tak minat awal atau scha...
tapi aku suka tengok lara... comel and bijak
|
|
|
|
|
|
|
|
aku harap agar lebih ramai paparazi berjaya amik gambar anak lisa dan yusry ni..
bertabahlah lisa.. |
|
|
|
|
|
|
|
bertabahlah lisa weii
dah ko dapek peminat pprt nak buat mcm mana...
lakonan kayu peminat ko haruslah yg pprt sajork nok
yg jenis nak skodeng gambo baby pelbagai...
apa punya bangang gigih tangkap gambo curi..gambar baby jek pon...
org tuh jenis parents yg ada otak sikit lahhhh tak berapa nak bimbo tayang anak kehulu kehilir..anak pakai gelang tangan kaki emas pelbagai....gigih marketing anak dapatla job seawal usia setahun gituuu....pastu derang jenis tak hadapla nak hadiah fans ke hape....tu semua retis pprt bimbo jahhhh..... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ramai orang gayat nak hadap anak artis cam buat bermakna hidup, maknanyamemang banyaklah gambar budak tu kita tenguk kelak..
paparazi syok sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
mesmerize replied at 24-11-2015 10:13 PM
dulu pun memula schawal kemut nak share gambar anak.. nah sekarang tengok lah.. sampai cemuih korang ...
Lara tu adorable sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Lisa Surihani terkilan isu 'gambar curi' Yahaira
PELAKON, Lisa Surihani. - Foto Munira Abdul Ghani KUALA LUMPUR: Prinsip pasangan suami isteri, Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani untuk tidak mendedahkan gambar anak mereka, Yahaira Leanne secara terbuka mula mengundang skeptikal negatif masyarakat di luar. Malah, insiden seorang pekerja di lapangan terbang Changi, Singapura yang mengambil gambar keluarga tiga beranak ini dan kemudian memuat naiknya di laman Twitter mula mencetus kecaman buat keluarga bahagia ini.
Temubual yang dibangkitkan mengenai hal itu di dalam program HLive baru-baru ini dan kemudiannya di kongsi di laman maya akhirnya membuka sisi cerita yang membuatkan Lisa sendiri berasa terkilan hati. Prinsip mengenai anak kesayangan itu yang tidak mahu terlalu didedahkan buat masa ini kerana masih terlalu muda mula disalah erti dan menjerut dirinya yang berniat baik. Menghubunginya pagi tadi, Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) menerusi filem Lagenda Budak Setan itu berkongsi getar hatinya. "Tak timbul soal Lisa bengang, marah atau geram apabila insiden itu terjadi. Lisa cuma terkilan sahaja. Lisa rasa Lisa tahu pekerja mana yang mengambil gambar itu dan memuat naiknya di laman Twitter. Dia seorang wanita dan Lisa sedar kehadirannya. Ketika itu Lisa, suami dan anak berada kaunter di lapangan terbang Changi di Singapura. "Lisa nampak dia senyum pada kami, dan lisa balas senyuman kepadanya. Dia berada tak jauh daripada kami jadi lebih molek kalau bertegur sapa dan meminta izin untuk bergambar daripada mengambil gambar curi.
Lisa tahu niat dia baik dan teruja untuk berkongsi gambar kami di laman maya. "Benar lapangan terbang itu tempat awam dan kami tidak layak mengawal kebebasan umum. Apa yang Lisa luahkan ini membabitkan soal anak. Sebagai ibu dan bapa, Lisa dan Yusry ada sifat melindungi kerana Yahaira bukan selebriti. "Jika gambar kami berdua yang disebarkan, kami okey kerana sudah masak dan kebal dengan dunia seni ini. Ini terjadi kepada Yahaira yang tak tahu apa-apa," katanya kepada BH Online. Menurut Lisa, selepas pantang lagi, dia dan suami sudah membawa anak mereka di tempat yang ramai khalayak termasuk di pusat beli-belah. "Tidak timbul soal dia cuba menyorok anaknya daripada tatapan umum. Cuma seperti mana kenyataan Yusry sebelum ini, dia tidak mahu Yahaira terlalu terdedah di alam maya buat masa ini. "Lisa tahu ramai yang nak tengok wajah Yahaira. Kalau di tempat awam, ada yang datang menegur kami dan nak tengok wajahnya... Lisa tunjukkan.
"Ada peminat yang minta izin nak ambil gambar Yahaira tetapi Lisa menolaknya dengan baik. Lisa dan Yusry berterus terang mengenai prinsip kami. Peminat pun memahami dan mereka faham malah ada kalanya sempat bersembang sementara. "Cuma Lisa ada mendengar cakap cakap belakang, kalau tak nak tunjuk wajah anak lebih baik "simpan dalam rumah", sorok muka Yahaira dengan selimut atau tutup mukanya sahaja dengan topeng atau kain. "Tapi itu juga tidak normal. Lisa mahu Yahaira membesar dengan normal.
Ada juga yang cakap sekalipun Yahaira bukan selebriti tetapi tempias Lisa dan Yusry tetap ada padanya. "Benar hal itu tak dapat dielakkan. Cuma Lisa mohon pengertian semua, biarlah Yahaira yang tetap dan putuskan nak jadi apa. "Mahupun nak jadi anak seni sekalipun atau memiliki akaun laman sosial apabila sudah besar dan boleh berfikir. Sekurang-kurangnya hormatlah hak Yahaira sebagai individu," katanya. Yahaira dilahirkan pada 15 September lalu di Pusat Perubatan Pantai. Selepas kelahiran Yahaira, pasangan ini pernah berkongsi gambar mereka bertiga melalui Astro HLive dan Astro Awani kepada umum sekalipun hanya mendedahkan sisi tepi mukanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/99596 |
|
|
|
|
|
|
|
mn hasil tgkpan pic paparazi tu
buktikan |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru nak tulis benda yang sama
|
|
|
|
|
|
|
| |
|