|
One In A Million [Season 3] part 2 - Find Your Own Voice
[Copy link]
|
|
huhu.....aku vote giler2 esok....... |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru je vote tidak ehem ehem  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2383 jac_diehard_fan's post
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2389 ain_lazerella\ catat
ai nak tomok menang hokkay sampai die menang  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2389 ain_lazerella's post
wah... mlobi nmpk..........  |
|
|
|
|
|
|
|
tak lama lagi kita nak ada thread part 3..huhuhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
part 3, suh ain bukak rumah lak..... |
|
|
|
|
|
|
|
Esther tidak boleh ditegur?
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]
MENJENGAH ke minggu-minggu terakhir rancangan realiti popular yang menawarkan hadiah bernilai RM1 juta, One In A Million musim ketiga (OIAM 3), sewajarnya mutu nyanyian dan persembahan para pesertanya sudah mencapai ke satu peringkat yang setimpal dengan ganjarannya.
Tidak dinafikan OIAM musim kali ini mempunyai barisan peserta yang begitu mantap.
Berbanding dua musim sebelum ini, peserta OIAM 3 terdiri daripada artis rakaman dan juga mereka yang mempunyai asas dalam bidang nyanyian.
Melihat kepada persembahan pada konsert OIAM 3 minggu lalu, ternyata kelima-lima peserta iaitu Tomok, Amylea, Esther, Nine dan Aweera mempunyai kekuatan tersendiri dan masih dipercayai oleh para peminat sehingga kini.
Namun, apa yang kurang enak didengar ialah apabila ada di kalangan peserta OIAM 3 seakan sukar menerima komen-komen pedas daripada juri.
Saya bukan biadap - Esther
Lagu Lagenda yang dinyanyikan Esther pada konsert minggu lalu dimulakan dengan acapella seterusnya rancak disifatkan sebagai suatu idea yang menarik bagi Syafinaz dan Sheila Majid.
Bagaimanapun, Paul Moss memberi pandangan berbeza dengan menyatakan lagu yang diubah suai itu menjadi lebih susah untuk dinyanyikan.
Tidak bersetuju dengan pendapat Paul Moss, Esther dengan lantang membalas kritikan juri itu seolah-olah menggambarkan dia tidak boleh menerima kelemahan diri.
Ketika ditemui, menurut Esther, dia tiada niat untuk membetulkan pandangan yang dilemparkan oleh juri terhadapnya.
"Saya bukan mahu bersikap biadap. Saya nyanyi cara saya sendiri dan apa yang saya pertikaikan apabila Paul kata lagu tersebut menjadi lebih susah untuk dinyanyikan," jelas Esther.
Bukan hanya Esther malah, Nine yang juga penyanyi kumpulan Coco saban minggu menerima kritikan daripada juri mengakui ada ketika dia tidak mahu mengendahkan komen dan kritikan juri kerana percaya peminat lebih berhak membuat penilaian.
"Setiap komen memang saya terima dengan hati terbuka tetapi ada juga yang saya tidak endahkan sebab saya yakin dengan persembahan saya. Setakat ini, saya buat apa yang saya yakin dan sebab itu saya masih ada di sini," katanya.
Aweera minta maaf pada peminat
Seorang lagi peserta, Aweera yang menyerlah dalam persembahan pada peringkat awal kelihatan semakin suram tanpa peningkatan yang ketara.
Ada juga suara-suara nakal yang menyatakan masalah disiplin menyebabkan Aweera gagal memberikan persembahan seperti yang diharapkan.
Kalau diimbas kembali persembahan peserta yang meminati muzik rock itu, ternyata dia bukanlah peserta yang tidak mampu memberikan persembahan yang bermutu kerana sebelum ini dia pernah menerima imuniti.
Mungkinkah kerana sikap sambil lewanya terhadap komen-komen yang diberikan memperlihatkan seperti dia tidak boleh menerima kritikan juri?.
"Komen juri memang saya terima sebab saya pendatang baru. Memang ada orang kata saya ada masalah disiplin kerana tak turun kelas.. Sebenarnya bukan begitu, terus terang saya kecewa kerana tidak dapat hadir kelas kerana saya sakit dan memang ada surat doktor.
"Saya minta maaf pada peminat dan saya akan cuba tangani tekanan dan belajar daripada kesilapan," katanya.
Tomok, Amylea konsisten
Seperti minggu-minggu sebelumnya, Tomok yang menyanyikan lagu Aku Cinta Padamu pada minggu lalu sekali lagi mencuri tumpuan para penonton dan barisan juri.
Mungkin ini satu kelebihan bagi penyanyi utama kumpulan New Boyz itu.
Biarpun pada peringkat permulaan dia dikecam hebat apabila tersenarai menyertai rancangan itu namun, sikapnya yang sentiasa mengambil kritikan sebagai sesuatu yang positif membantunya mencari kelebihan diri.
Maka, tidak hairanlah pada minggu lalu Tomok menerima maklum balas positif berdasarkan usaha kerasnya membuktikan kemampuan diri.
"Tomok, kalau ada imuniti pada minggu ini saya rasa anda berhak," itulah luahan Syafinaz ketika mengkritik persembahan Tomok. |
|
|
|
|
|
|
|
JAC...bukak umah baru please..ain keje pagi arini,tak sempat...kekekeke..  |
|
|
|
|
|
|
| |
|