|
RM24 juta ubah landskap badminton
PERUNTUKAN awal RM24 juta oleh Kerajaan Persekutuan bakal mengubahlandskap badminton negara apabila penubuhan Akademi Badminton Malaysiamula ditubuhkan tahun ini.
Perancangan awal penubuhan akademi yang dikatakanakan digunakan untuk program ‘Road to London 2012’ tertangguh selamahampir dua tahun akibat isu pemilikan tanah - tapak asal di Cherassudah terlerai apabila kerajaan menawarkan tapak baru iaitu di JalanChocrane dan Jalan Duta.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi Pengerusi JawatankuasaBangunan dan Kemudahan, Datuk Syed Abu Bakar Abdullah berkata, BAMsudah memutuskan untuk membina akademi itu di atas bekas tapakperumahan kerajaan seluas lapan ekar di Jalan Cochrane, Cheras.
Beliau yang dilantik sebagai pengurus projek terbabit oleh PresidenBAM, Datuk Mohd Nadzmi Salleh memberitahu jawatankuasa projek itu sudahdibentuk dan akan mengadakan mesyuarat pertama minggu depan.
“Kita sedar objektif utama projek ini adalah untuk program ‘Road toLondon 2012’ tapi agak sukar untuk kita capai sasaran itu dalam masatidak sampai dua tahun. Bagaimanapun kami komited dengan projek ini dansaya sudah membuat cadangan supaya mesyuarat pertama jawatankuasaprojek ini diadakan minggu depan,” kata Syed Abu Bakar.
Menurutnya, penolong Setiausaha Kehormat yang akan dilantik dari Proton akan menjadi setiausaha jawatankuasa projek terbabit.
“Penolong Setiausaha akan terbabit secara langsung dalam projek ini.“Selain itu, kita mengadakan mesyuarat dengan melantik pegawai daripadaKementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), InstitutSukan Negara (ISN), arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kenny Goh(Pengurus Besar BAM) sendiri,” kata Syed Abu Bakar.
Menurutnya, akademi ini bakal menjadi satu pusat kecemerlanganbadminton Malaysia yang akan melahirkan lebih ramai pemain badmintonterbaik dunia, selaras dengan komitmen kerajaan yang melihat sukan inisebagai prospek utama menyumbang pingat emas Sukan Olimpik.
“Akademi ini juga satu pusat kecemerlangan badminton akan mempunyai 30hingga 32 gelanggang badminton, satu padang bola, asrama yang mampumemuatkan 100 hingga 200 penghuni, pejabat, gimnasium, kafeteria, kedaisukan dan satu pusat sains sukan yang mempunyai pelbagai kemudahanseperti di ISN,” katanya mengenai perancangan awal BAM dalam menubuhkanakademi itu, satu idea yang dicontohi BAM selepas delegasi persatuanitu melawat Pusat Kecemerlangan Sukan di Birmingham, England suatuketika dulu.
Bagaimanapun cadangan BAM untuk menempatkan segala kemudahan canggih bagaikan melebihi peruntukan RM24 juta.
Namun apabila ditanya mengenai kekangan kewangan itu, Syed Abu Bakarmemberitahu pihaknya sedia membuat kertas kerja baru untuk dikemukakankepada kerajaan.
“Mungkin benar jumlah peruntukan ini tidak mencukupi. Kami akanbuat kertas kerja baru yang akan dikemukakan kepada BAM sebelumpersatuan itu memanjangkan kepada KBS dan seterusnya kerajaan.Bagaimanapun segala-galanya akan diteliti terlebih dulu dalam mesyuaratjawatankuasa pertama minggu depan,” katanya yang mengakui sudah adalakaran pelan bangunan akademi terbabit.
“Pada mesyuaratminggu depan, arkitek membentangkan pelan cadangan. Justeru kita dapatmembuat perkiraan jumlah perbelanjaan yang digunakan, dari situ kitatahu adakah peruntukan ini cukup atau perlu ditambah.
“Mesyuarat pertama ini juga menjelaskan kepada kita, berapa lama projekini dapat disiapkan sama ada dua tahun atau lebih cepat dari itu.”
p/s: harap takde unsur rasuah dalam projek RM24 juta ini, biarlah RM24juta ini disalurkan dengan betul dan telus kepada program pembangunan badminton negara....jangan buat stadium,runtuh macam ituhari dah ler |
|