|
Post Last Edit by srisaujana at 3-4-2010 10:48
Puncak kegemilangan
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
[email protected]
2010/04/03
Gabungan lama, baru pastikan kemuncak ABPBH2009 憁eletup?
LUPAKAN seketika insiden Faizal Tahir turun dari pentas siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 di Klang Parade, Klang, baru-baru ini, kerana penyanyi itu pastinya akan menggegarkan Arena of Stars, Genting Highlands, pada malam kemuncak anugerah cukup berprestij terbabit, malam esok.
Kemunculannya pada segmen persembahan yang menyaksikannya beraksi bersama-sama kumpulan paling hangat ketika ini, Bunkface, sudah tentu 憁embakar?pentas dengan gaya, muzik dan suara masing-masing.
Gabungan kedua-dua nama ini saja sudah cukup membuat peminat teruja menunggu kemunculan mereka.
Lantas, usah ketinggalan menyaksikan aksi Faizal dan Bunkface yang bergabung tenaga bagi acara persembahan pada malam kemuncak ABPBH 2009 nanti.Dikenali sebagai penyanyi yang penuh bertenaga, persembahan mereka yang belum pernah disaksikan di mana-mana pertunjukan sebelum ini, pasti meletup!Begitulah adatnya ABPBH apabila bercerita mengenai segmen persembahan. Tentunya banyak sekali kelainan yang dihidangkan buat peminat dan penyokong setia anugerah ini. Saban tahun, akan muncul persembahan yang tidak dijangka oleh peminat hiburan tanah air.
Edisi ke-23 APBPBH ini sekali lagi menjanjikan pelbagai persembahan hebat daripada barisan penyanyi, yang kini pesat menjalani latihan.
Pengurus Besar Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia yang juga penerbit ABPBH2009, Jennifer Thompson, menjelaskan segmen persembahan sebegitu sememangnya direka cipta khusus untuk ABPBH.
揢mpamanya, gandingan antara penyanyi yang menjadi kegilaan peminat masa kini bersama penyanyi senior yang masih relevan dengan industri, kemunculan pelakon menghiburkan penonton, serta gabungan artis daripada genre yang berbeza, semuanya dicipta untuk memeriahkan lagi majlis anugerah terbabit,?katanya.
Baginya, semua segmen persembahan pada kali ini cukup menarik apabila ia membolehkan peminat daripada pelbagai peringkat umur berhibur. Bagi peminat muda, mereka tentunya menanti-nantikan penyanyi kegemaran masa kini seperti Adam, Stacy, Alyah, Dafi, Aril, Akim dan lain-lain. Peminat yang lebih berusia pula masih boleh berhibur bersama kemunculan nama lebih senior seperti Datuk M Daud Kilau dan kumpulan Wings.
揓ika dilihat kepada senarai penyanyi yang bakal mengadakan persembahan dan menyampaikan trofi, ABPBH 2009 muncul edisi paling ramai membabitkan selebriti. Bagi peminat personaliti penyiaran veteran seperti Kak Yong, serta pelakon wanita hebat Fauziah Ahmad Daud, tunggu saja kemunculan mereka ketika menyampaikan anugerah nanti,?kata Jennifer.
Selain mereka, antara nama popular lain yang bakal menaiki pentas sebagai penyampai trofi ialah Shidee, Noralbaniah, Azlina Aziz, Fauziah Latiff, Rosyam Nor, David Teo, Watie Sadali dan Ummi Nazeera.
Kata Jennifer, ABPBH sudah begitu sinonim dengan pembabitan kesemua golongan selebriti, tidak kiralah daripada bidang lakonan, nyanyian, penyiaran dan sebagainya. 揅ontoh terbaik ialah apabila penganjur mengadakan segmen persembahan barisan artis muda kita daripada bidang lakonan dan nyanyian, menyampaikan lagu ciptaan KRU. Ia pastinya menjadi segmen persembahan yang cukup seronok untuk ditonton,?kata Jennifer lagi.
Anugerah itu juga, katanya, cukup kuat menyalurkan mesej bahawa artis yang lebih muda sentiasa menghormati jasa ditaburkan senior mereka, menerusi acara persembahan dan penyampaian trofi.
Daripada lapan segmen persembahan yang disusun, tiga daripadanya adalah persembahan muzik berkumpulan, tiga lagi persembahan menggunakan muzik minus one dan dua lagi diiringi kumpulan muzik termasuk muzik bertali, di bawah pimpinan Ramli MS.
揔ami menggunakan minus one untuk persembahan membabitkan lagu berentak dance, yang dirasakan lebih berkesan bagi menghasilkan segmen rancak yang meninggalkan impak,?jelas Jennifer. |
|