|
FEAR FACTOR SELEBRITI M'SIA [UPDATE : GAMBIT & ALIFF TERSINGKIR]
[Copy link]
|
|
seday plak tgk 'adik ipar' iols dah terkeluar... xdpt nk cuci mata lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
viscose posted on 24-2-2013 01:40 AM
alah iols tak heran la akim tuh...
masa AF7 dulu dia pernah marah kawan2 depan cikgu shafi pasal ...
Oh..masa tu Akim buat luahan perasaan depan kelas cikgu shafi sebab xde siapa nak backup dia nyanyi lagu "anak gembala kambing"..Dia complain la kata bila hari tu dia tanya kat meja makan siapa nak back up dia untuk lagu tu,sorang x angkat tangan..So dia sedih la,dia kata dia tau dia paling kecik,bila dia bercakap,xde sapa nak dengar..n dia tau dia style kasar,so org x suka dia..Tapi ,dia walaupun macam tu,tiap kali kawan perlukan org untuk backing vocal,dia akan volunteer..So dia sedih la,bukan nak ungkit,tapi common sense la ,dia perlukan pertolongan..(pastu dia keluar dr bilik tu,merajuk..then qhaud pujuk dia n bawak dia masuk balik,then dia mintak maaf dgn cikgu shafi..then cikgu shafie marah kawan2 lain sebab xnak tolong akim..hehe)
Sebenarnya dulu memang akim emosi n baran,tapi sejak dah masuk umur 22 tahun tahun ni,dia dah banyak berubah n matang,sampai paknil kata dia rindu budak akim yg dulu..
Minta maaf la pada sesiapa yg offended bila akim menjerit dlm fear factor tuh,mungkin bila sakit sangat tu,akim x dpt control emosi dia..sorry ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gambit dibenci peminat..

HARAPAN Gambit agar khalayak lebih pandai mentafsir sebuah perjalanan program realiti yang memang menyelitkan unsur-unsur kompetitif dan provokasi untuk menjadikan rancangan itu lebih menarik.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 2.htm#ixzz2LmjHpy3K
Hakcipta terpelihara
DALAM satu kaji selidik di sebuah laman internet mendapati 35 peratus daripada 587 pengundi mendakwa mereka benci menonton lakonan Gambit Saifullah. Semua rasa dan komen ini terhambat keluar selepas mereka menonton program realiti keluaran Astro, Fear Factor Selebriti Malaysia yang sedang rancak ke udara kini.
Gambit dan pasangannya Alif Hadi menjadi pasukan yang paling mahu disingkirkan oleh pesaing yang masih tinggal. Bersikap kompetitif dan menjalankan strategi provokasi jelas membuatkan pasangan ini mendapat perhatian positif paling sikit daripada khalayak.
Lebih-lebih lagi Gambit yang dilihat sebagai antagonis dalam Fear Factor ini. Memburukkan keadaan apabila pergaduhan antara Gambit dan Farish turut membuah kebencian dalam hati penonton.
Gambit sedar akan hal itu. Dia tahu dia sedang berkarakter antagonis di mata khalayak. Namun dia mengakui bahawa tidak bermasalah dengan mana-mana peserta program tersebut malah persahabatan dengan Farish masih baik.
"Jujurnya, saya tidak tahu apa-apa tentang arwah bapa Farish yang meninggal kerana lemas. Setelah selesai baru saya tahu," ujarnya yang dilihat tidak sensitif terhadap peserta Fear Factor.
Dalam salah satu cabaran, Gambit menjalankan perang psikologi apabila menyatakan: "Aku harap ada yang akan lemas melakukan aksi ini."
Gambit mendakwa, dia bersikap kompetitif kerana berada dalam sebuah game show di mana semua orang ingin menang.
"Saya tertanya kenapa audiens tidak boleh faham dengan permainan program ini. Mereka terlalu sensitif dan tidak terbuka. Mereka perlu faham istilah game show," kesalnya yang merasakan bahawa penonton perlu memandang daripada sudut produksi dan permainan program.
Pada awalnya, dia mengaku enggan terlibat dalam program realiti ini malah tidak terfikir untuk menjadi antagonis dalam permainan Fear Factor.
"Saya tidak terfikir untuk jadi jahat. Saya tahu permainan game show ini kerana saya juga merupakan seorang produser dan ada produksi sendiri. Sesebuah game show memang mempunyai elemen psikologi. Itu strategi dalam permainan," katanya yang mendapat banyak luahan tidak puas hati dan kebencian di laman sosial, Twitter.
Ditanya tentang persahabatannya dengan selebriti lain dalam Fear Factor, Gambit mengaku mereka tidak bersengketa.
"Saya baik dengan semua orang. Saya tidak tahu kalau mereka terasa tentang psikologi saya tetapi sejauh ini kami baik. Saya dan Farish masih boleh main bola di padang sama-sama. Begitu juga dengan Johan dan Kaka, kami bersahabat," jelas pelakon filem Karipap Karipap Cinta ini.
"Mungkin juga khalayak terbawa-bawa dengan cerita-cerita lama saya yang mengatakan saya poyo dan sombong. Ini lebih menokok tambah rasa benci penonton. Bagus juga untuk permainan Fear Factor. Cara suntingan itu yang menampakkan saya jahat. Tetapi penonton kena bijak mentafsir," senyumnya yang juga mendapat pujian khalayak kerana memberi rencah keseronokan dalam Fear Factor.
Lebih memburukkan keadaan apabila laman peminat Facebook milik Gambit diganggu seseorang yang mengakui sebagai dirinya.
Pengurus Gambit, Lina Merican mendakwa, ada individu menyamar di laman Facebook sebagai Gambit dengan menggunakan nama dan gambarnya.
"Apabila saya letakkan status, dia akan memberi komen dengan carutan dan kata-kata kesat. Walhal itu bukan Gambit. Saya tidak mahu peminat salah sangka dan memberi kesan buruk kepada Gambit," ujar Lina yang sudah membuat aduan kepada ibu pejabat Facebook namun tiada respons.
"Ada juga jenis peminat yang gila nak jatuhkan saya. Saya sedar dan perasan apabila ada isu sahaja pasti 'peminat' ini akan masuk ke laman Facebook dan memberi komen. Memperlihatkan seperti saya memaki peminat," keluh Gambit.
Ditanya tentang perkembangan terkini Gambit, dia yang masih cintakan bidang lakonan sedang mempersiapkan produksinya, Eightball Productions Sdn. Bhd. dengan sebuah program realiti berjudul Sesat.
Kali ini Gambit bertindak sebagai produser, pengarah dan hos.
Bakal dijalankan di Bandung selama dua minggu, Sesat yang akan disiarkan di saluran Astro Ria mengajak dan menduga selebriti tempatan tentang kemahiran mereka dalam melancong.
Selain itu, Gambit juga sibuk mengikuti kelas vokal untuk muncul dengan single kelak dan memilih rock balada sebagai genre nyanyiannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gnola83 posted on 24-2-2013 07:49 AM 
tak tengok pun malam tadi.. jenguk sini, tau2 gambit terkuar..
tak dapat dah nak tengok wajah bajet ...
jgn lupa tgk ulangan jap lagi... 
|
|
|
|
|
|
|
|
viscose posted on 24-2-2013 10:36 AM 
uols ingat ekh setiap babak tuh
yang iols ingat akim pakai baju ada hood masa tuh...
a-ah..support akim dr af lagi...adalah 2-3 kali jumpa dia,dia follow iolzz kat twitter n ada la bbm dia masa dia pakai bb dulu..dia budak yg baik,manja,kelakar,gila2,soft spoken bila bercakap dgn org tua,jenis cium tangan punye budak
tapi sekarang dah matang,mcm org tua je bila bercakap..dia xnak jadi budak2 lagi,walaupun hakikat nye dia masih budak2 lagi..huhuu..
cuma ye la bila sesama lelaki atau rakan sebaya ,mungkin dia kasar la kot..hehee..
Anyway,sorry to see gambit n aliff eliminated..I mengaku ada la marah n kutuk gambit kat twitter dulu..tapi sian gak,sebab dia mcm dah tone down sikit attitude dia,n malam tadi dia buat first kan,so x berapa fair la kot...anyway,good job to them..
akim ni pun risau je kalau keluar..
|
|
|
|
|
|
|
|
Alif and Gambit - both sangat bagus in terms of 'tenaga' yg diberikan, masing2 contribites dalam setiap cabaran FF. Tahniah utk pencapaian setakat yg diberikan ini di FF. Bukan rezeki nak menang, itu sahaja. 
Good Luck Hairul & Dazrin 
|
|
|
|
|
|
|
|
Arja Lee, Alam and Dafi Zoey - Well Done!  |
|
|
|
|
|
|
|
viscose posted on 24-2-2013 12:44 PM 
i see... bertuah akim dapat fan macam uols...
anyway, lara masih aktif kat situ lagi ker...
lama ...
ada..lara sihat..alhamdulillah..cuma dia bz,jadi cikgu sambil further studies lagi..tapi tiap kali event,ada je..kat twitter n fb pun dia dah jarang post,kadang2 adala.. |
|
|
|
|
|
|
|
viscose posted on 24-2-2013 12:02 PM 
kesian gambit
alah, iols mmg tak percaya permainan program realiti...
tapi maybe masih ada y ...
hohoho.... 
|
|
|
|
|
|
|
|
jmy_83 posted on 24-2-2013 01:46 PM 
ada..lara sihat..alhamdulillah..cuma dia bz,jadi cikgu sambil further studies lagi..tapi tiap kali ...
kirim salam kat lara ye...
|
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu kesian gambit sudah keluar...
iols suka dia ada walau mulut cam gampang...heols memeriahkan suasana.
lepas ni tak dpt dah nak tgk muka poyo gambit, dan muka2 menyampah org2 lain masa aaron tny apa2 kat gambit.. huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
viscose posted on 24-2-2013 12:02 PM 
kesian gambit
alah, iols mmg tak percaya permainan program realiti...
tapi maybe masih ada y ...
bukan masih percaya .... tapi terasa diri terlalu maksum
sama mcm master chef malaysia 2. dean diberi watak jahat. ammar diberi watak lelaki pujaan. habis segala mak nenek sumpah seranah diberikan pada dean
pada hal ......... realiti show. mana ada rancangan TV yg tak ada skrip
|
|
|
|
|
|
|
|
viscose posted on 24-2-2013 10:38 AM 
sila nengok ulangan nola
iols pun bakal rindukan kechomelan robin
tp takpe la da ...
tapi partner gmbait ni baik la. walopon gambit benak sgt disuruh ke kanan dia ke kiri,. tetap partnernya x kutuk
|
|
|
|
|
|
|
| |
|