|
[Tempatan]
Versi 11: Ops Daulat - Seorang Pahlawan Gugur, 3 Anjing Kiram Mati : Post 1505
[Copy link]
|
|
Published: Rabu Mac 13, 2013 MYT 11:22:00 AM
Agbimuddin Kiram Dipercayai Masih Bersembunyi di Tanjung Batu
LAHAD DATU: Agbimuddin Kiram yang mengetuai pengganas Sulu dipercayai masih bersembunyi bersama anak buahnya di sekitar Tanjung Batu dan beberapa kampung sekitar Felda Sahabat 16, dekat sini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata Agbimuddin dipercayai berusaha melepasi kepungan pasukan keselamatan tetapi diyakini tidak akan mampu berbuat demikian berikutan kepungan ketat di darat dan laut oleh pasukan keselamatan.
Beliau berkata demikian pada sidang media, di Felda Sahabat 16, pada pagi Rabu. |
|
|
|
|
|
|
|
apa update yg terkini?
dah disemadikan ye, arwah our brother Hurairah ...bless him. |
|
|
|
|
|
|
|
mixed posted on 13-3-2013 12:11 PM
Published: Rabu Mac 13, 2013 MYT 11:22:00 AM
Agbimuddin Kiram Dipercayai Masih Bersembunyi di Tan ...
Updated: Rabu Mac 13, 2013 MYT 11:18:25 AM
Lahad Datu: 2 Anggota Tentera Terkorban Dinaikkan Pangkat
Oleh FARIK ZOLKEPLI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail dan Prebet Ahmad Farhan Roslan yang tiba di Pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM) di sini, Rabu. Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi (dua, kanan), Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (kiri).-Foto BERNAMA
SUBANG JAYA: Dua anggota tentera yang gugur, Prebet Ahmad Hurairah Ismail,24, dan Prebet Ahmad Farhan Ruslan,21, dinaikkan pangkat ke kepadaKoperal penuh, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata imbuhan untuk kedua-dua ibu bapa Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Ruslan, 21, akan diberi melalui beberapa faedah perkhidmatan. "Wang bukan boleh mengubati kesedihan kehilangan orang tersayang tapi ia tanda rasa prihatin daripada Kementerian Pertahanan, warga Angkatan Tentera dan rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di Pangkalan TUDM Subang, di sini, Rabu. Beliau hadir memberikan penghormatan terakhir apabila jenazah dua wira negara itu diterbangkan ke sini dari Sabah. Turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah 12 Februari lepas. Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu terkorban dalam pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi Isnin di Sungai Nyamuk, Tanjung Batu, manakala Ahmad Farhan Ruslan yang berasal dari Pasir Tumbuh, Kota Baharu, Kelantan terkorban dalam kemalangan di Jalan Tungku, Kampung Bakapit, Lahad Datu pada pukul 7.30 pagi. Sementara itu, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata ibu bapa kedua-dua anggota yang terkorban itu akan menerima pencen terbitan kira-kira RM2,500 dan perincian mengenainya akan diumum kemudian. Beliau berkata mereka juga akan menerima faedah lain secara kumulatif hampir RM170,000 termasuk insurans berkelompok daripada koperasi dan Tabung Angkatan Tentera.
|
|
|
|
|
|
|
|
adabintang posted on 13-3-2013 11:59 AM
bosan kan...
cakap berdegar-degar..
kak malas nak jenguk sbb asik konar baring bab politik je..padahal interesting thread ni..sudah2 la tu..memasing ada pegangan politik sndiri..mana nak sama kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
crossfire posted on 13-3-2013 09:46 AM
Sapa jumpa kereta mangkuk ni, bakar ajer ...identitinya telah dibongkar oleh blogger..
DLM P ...
abg keros...y cikgu betina nama salmah husainie 2 dh kna tindakan ke?...2 pn mntal jgk 2... |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox posted on 13-3-2013 11:51 AM
Translation nye secara kasar la. Harap mudah difahami;
Berlegar2 dalam kepala otak aku nih try nak imagine keadaan ni... |
|
|
|
|
|
|
|
miss_kikilala posted on 13-3-2013 12:11 PM
berair mata ni tgk pics.......
semoga Allah perkuatkan anggota atm n pdrm kita.
amiinnnn
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus betul tokpa dengan nik aziz dalam gambar diatas. tolak semua hal dunia bila bedepan dengan kematian rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
mrsrezza posted on 13-3-2013 11:32 AM
meremang bulu roma baca part ni...beginikah cara orang islam berperang?...kalau benar islam, per ...
risau akan naseb askar polis kita disana, takut dimandrem ke, disantau ke dek tausug penyembah ilmu hitam ni, sok2 ramai jer yg sakit tanpa sebab, membusung ke hapa
ada ke pengamal perubatan islam dan ustaz ke sana yer, buat pendinding ke tuk askar2, sesiapa yg tau
|
|
|
|
|
|
|
|
miss_kikilala posted on 13-3-2013 12:09 PM
Jenazah 1163461 Ahmad Hurairah bin Ismail selamat tiba di Kg Bayu Lalang, pasir mas, Kelantan
Ramai jugak yg pegi menghantar perwira...
|
|
|
|
|
|
|
|
Magika posted on 13-3-2013 12:06 PM
PH journalists banned in Sabah for ‘misreporting’ situation
DIGOS CITY — Putrajaya has decided ...
Bagus2. tak mau sekat sesetengah media malaysia jugak ka? ada yang dah macam bertukar jadi filipinokini dah tu. sebar fitnah kat anggota keselamatan malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
LagendaHitam posted on 13-3-2013 12:10 PM
Betul tu..Ish ish..Kenapa masih ada lagi dok cite pasai politik.. ?
P sembang kat bod thread poli ...
salah satu cara terbaik unt nyahkan politik kepartian kt sini ialah dgn ignore@abai kan posting2 yg berkaitan.
focus pd thread dan update. nnti lama2 memasing akan faham dan respect each other
|
|
|
|
|
|
|
|
wanthird posted on 13-3-2013 11:20 AM
SIAPA YG KITA LAWAN SEBENARNYA???
sebak mendapat tahu berita gugurnya anggota kita.kita ingatkan ...
agak2 tanpa tangkal hekmat derang ni..mampu ker tausug tu jadi 'pahlawan' gagah berani?
|
|
|
|
|
|
|
|
mayat pasukan keselamatan diuruskan dan disambut secara mulia sekali tapi padan muka mayat sulu dibuat serupa sampah je |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox posted on 13-3-2013 11:51 AM
Translation nye secara kasar la. Harap mudah difahami;
page mana ni nok?
thanks.
|
|
|
|
|
|
|
|
dahliateck posted on 13-3-2013 12:18 PM
risau akan naseb askar polis kita disana, takut dimandrem ke, disantau ke dek tausug penyembah ilm ...
tu ler..harap2 yg mana ustaz2 yg terer2 tuh sedia berkhidmat la yer...org cam kite takat doa je la..ilmu dangkal...
|
|
|
|
|
|
|
|
batusembilan posted on 13-3-2013 12:09 PM
syahdu baca nukilan TGNA
al-Fatihah unt mereka yg gugur
sedih kan.. walaupun sangat ringkas tapi penuh makna.. yup.. semoga Allah beri ganjaran pada semua wira2 yg berjuang memastikan keselamatan negara, tak kira lah sama ada yg terkorban atau tidak..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|