CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: guvnor

Mari Berpantun...

 Close [Copy link]
Post time 19-4-2009 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by syirunis at 19-4-2009 06:38


Kenapa menari di dalam gelap
Kan ke bagus di tempat terang
Mungkin susah mata nak lelap
Sebab fikiran seakan berperang

Hendak tidur, tidurlah mata
Biarku tidur dengan lenyaknya
Sungguh benar bagai dikata
Harap puan ada ubatnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2009 11:18 AM | Show all posts
Originally posted by virgomal at 19-4-2009 10:03

Hendak tidur, tidurlah mata
Biarku tidur dengan lenyaknya
Sungguh benar bagai dikata
Harap puan ada ubatnya


Tidur lena bagai dibuai
Sampai mentari pancarkan cahaya
Bacalah beberapa ayat sesuai
Tenangkan hati, ingatkan saya
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 12:01 PM | Show all posts

hahaha

Originally posted by syirunis at 19-4-2009 11:18
Tidur lena bagai dibuai
Sampai mentari pancarkan cahaya
Bacalah beberapa ayat sesuai
Tenangkan hati, ingatkan saya

Ayat dibaca ayat penenang
Buat hati yang sedang berperang
Kalau puan nak saya kenang
Muncullah puan sebagai orang
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 12:21 PM | Show all posts
Originally posted by virgomal at 19-4-2009 12:01

Ayat dibaca ayat penenang
Buat hati yang sedang berperang
Kalau puan nak saya kenang
Muncullah puan sebagai orang


Kalau puan pergi ke seberang
Belikan saya sebuku sabun
Pasti ku muncul sebagai orang
Takkan nak muncul sebagai baboon
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 09:45 AM | Show all posts
Originally posted by syirunis at 19-4-2009 12:21

Kalau puan pergi ke seberang
Belikan saya sebuku sabun
Pasti ku muncul sebagai orang
Tak nak muncul sebagai baboon


Budak hitam panas baran
Simbahkan dia si air paip
Mungkin tadi banyak pikiran
Sampaikan silap ayat ditaip
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 01:49 PM | Show all posts
Originally posted by virgomal at 20-4-2009 09:45

Budak hitam panas baran
Simbahkan dia si air paip
Mungkin tadi banyak pikiran
Sampaikan silap ayat ditaip



Tukang letrik si tukang paip
Kerja pantas selalu merakas
Bukan ayat silap ditaip
Tapi kerana hanya nak lekas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2009 08:43 AM | Show all posts
siksanya kalau sakit gigi
sakit lagi digigit semut
rasa malas nk bangun pagi
sedap tido bawah selimut
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 12:21 PM | Show all posts
dayung perahu nak ke seberang
bawa ikan untuk jualan
hati ku pilu bukan kepalang
menunggu tauke tak datang-datang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2009 07:32 AM | Show all posts
Originally posted by jusoren12 at 21-4-2009 08:43
siksanya kalau sakit gigi
sakit lagi digigit semut
rasa malas nk bangun pagi
sedap tido bawah selimut

sakit kalau digigit semut
apa lagi kulit dah tua
memang sedap bawah selimut
sedap lagi kalau berdua
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 11:38 PM | Show all posts

Balas #2422 virgomal\ catat

selimut dibeli di kedai mamak
warna dipilih tentulah merah
berdua berselimut memanglah enak
kalau aku skodeng janganlah marah....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 08:15 AM | Show all posts
Originally posted by virgomal at 23-4-2009 07:32

sakit kalau digigit semut
apa lagi kulit dah tua
memang sedap bawah selimut
sedap lagi kalau berdua


ke Trengganu singgah diDungun
pergi ke sana nak beli baja
memang rasa malas nk bangun
sebab tu V lewat pegi kerja
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 07:52 PM | Show all posts
Originally posted by jusoren12 at 5-5-2009 08:15


ke Trengganu singgah diDungun
pergi ke sana nak beli baja
memang rasa malas nk bangun
sebab tu V lewat pegi kerja


pagi Minggu makan laksa
nakkan sedap, tambahkan jeruk
jus tak tau, sebab belum rasa
bila dah rasa, mesti lagi teruk
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 04:38 PM | Show all posts
pergi kehulu nak naik rakit
hendak mencari si bunga kemboja
mata ngantuk badan pun sakit
mcam mana nak selesaikan kerja...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 04:56 PM | Show all posts
Originally posted by miezarra_27 at 3-6-2009 16:38
pergi kehulu nak naik rakit
hendak mencari si bunga kemboja
mata ngantuk badan pun sakit
mcam mana nak selesaikan kerja...


Cik Siti mengarang lagu
mengarang lagu sampai tak ingat
ambillah cuti barang seminggu
balik semula pasti bersemangat
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 06:20 PM | Show all posts
Originally posted by aincoolz at 3-6-2009 16:56


Cik Siti mengarang lagu
mengarang lagu sampai tak ingat
ambillah cuti barang seminggu
balik semula pasti bersemangat


susah susah pergi Celementi
hanya kerana sepinggan mee rebus
kak mie tu, mana nak cuti
dia kan suka mengampu bos
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 01:19 PM | Show all posts
Originally posted by virgomal at 18-6-2009 18:20


susah susah pergi Celementi
hanya kerana sepinggan mee rebus
kak mie tu, mana nak cuti
dia kan suka mengampu bos



makan nasi dengan ikan sepat
nasi ditaruh bertingkat tingkat
mengampu bos dapat berkat
boleh cepat naik pangkat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2009 09:25 AM | Show all posts
Daun sirih daun inai
letak sehelai di atas batu
Niat di hati hendak ke brunei
Jangkitan global kupendam dulu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 06:53 AM | Show all posts
makan nasi dengan ikan sepat
nasi ditaruh bertingkat tingkat
mengampu bos dapat berkat
boleh cepat naik pangkat...
miezarra_27 Post at 19-6-2009 13:19

kain batik kain pelikat
beli dua dapat free satu
apa guna naik pangkat
kalau gaji tetap macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 06:56 AM | Show all posts
Daun sirih daun inai
letak sehelai di atas batu
Niat di hati hendak ke brunei
Jangkitan global kupendam dulu
Hang Post at 10-7-2009 09:25


pagi pagi mencuci cadar
cuci sekali sarung bantalnya
jangkitan global dapat dihindar
jangkitan cinta buruk padahnya
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2009 03:29 PM | Show all posts
pagi pagi mencuci cadar
cuci sekali sarung bantalnya
jangkitan global dapat dihindar
jangkitan cinta buruk padahnya
virgomal Post at 24-7-2009 06:56 AM


apa guna pasang pelita
kalau tidak dengan sumbunya
apa guna bermain cinta
kalau tidak dengan sungguhnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.046643 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list