|
Kami Peminat Hafiz IX - Misi kita MASIH JELAS.... no1!
[Copy link]
|
|
tadi dengar lagu aizat.. lagi kita... nak compare la die nyanyi ngan apis nyanyi..
sedap lagi apis punye version duh.. aizat time nih nyanyi ada kepit2.. nak tahan ape ntah..
ari tu dengar lagu Cinta Ini - versi dato ct.. - versi die ni lemah gemalai irama padang pasir..
apis nye version abit more energetic..
and then lagu Terlanjur Cinta... penyanyi asal nyanyi kureng feel sket..
apis ngan mila nyanyi lagi best, feel abis.. maybe jugak sebab key dorang lagik tinggi kot dr penyanyi asal..
lagu anuar jen tuh.. time die nyanyi kat final tuh adik aku leh kata.. die nih nyanyi ke tak.. tenggelam timbul suara.. low notes die tak dengor kan time tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cepat2....Nanti boleh pindah rumah baru
asmadaginez Post at 22-6-2009 20:50 
Bukan rumah la asma..tapi KELAMBU.. |
|
|
|
|
|
|
|
2422# cmf_conan
kannnnn.... hafiz nyanyi lagi menusuk lagu kita tu kan.... he made aizat song so much nicer! |
|
|
|
|
|
|
|
http://i76.photobucket.com/albums/j16/louisiana76/Hafiz%20AF7/hafizbb.jpg
cmf_conan Post at 22-6-2009 21:17 
si penempek ni ada aje benda yang nak di tempeknya. suka2x. tengok hafiz suka budak..penyayang gitu...suka lah hafiz cam gini. Berapa banyak budak dah dia dukung...ustaj kalau jumpa Hafiz, nak jugak suruh hafiz dukung.. |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh dah nak page 100 neh...punyalah busy aku today sampai tak sempat jengok rumah neh. |
|
|
|
|
|
|
|
2422# cmf_conan
kannnnn.... hafiz nyanyi lagi menusuk lagu kita tu kan.... he made aizat song so much nicer!
cekakapiz Post at 22-6-2009 22:22 
sume lagu la dpt kat die lagi best die bwak kecoli lagu nujum pak belalang ngan lagu anuar zain tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
si penempek ni ada aje benda yang nak di tempeknya. suka2x. tengok hafiz suka budak..penyayang gitu...suka lah hafiz cam gini. Berapa banyak budak dah dia dukung...ustaj kalau jumpa Hafiz, nak jug ...
ustaj Post at 22-6-2009 22:24 
saye nak soh apis dukung gak laa..  |
|
|
|
|
|
|
|
saye nak soh apis dukung gak laa.. 
cmf_conan Post at 22-6-2009 22:32 
ya..nak suruh hafiz dukung?/ kawen ngan hafiz baru boleh suruh dukung tau...eh..conan ni P ke L hah, tak perasan lagi ni... |
|
|
|
|
|
|
|
taktau la kalo siaran ulangang....
KUALA LUMPUR, 20 MEI 2009: Gelaran juara sudah pun berada dalam rangkulannya. Dia sememangnya hebat, berbakat dan mempesonakan. Dalam usia yang masih muda, Hafiz atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Mohd Suip, diyakini mampu mencipta nama yang lebih gah dan menjadi artis Malaysia yang terbaik.
Tahniah daripada warga murai.com.my atas kejayaannya dan berusaha menempuh cabaran di dalam AF7.
Dalam pertemuan khas dengan Hafiz di pejabat murai.com.my kelmarin, anak muda berjiwa besar itu berkongsi pelbagai cerita menarik tentang dirinya.
"Hafiz sangat bersyukur dengan kejayaan ini dan sekali lagi Hafiz nak ucapkan terima kasih kepada semua orang yang sentiasa menyokong Hafiz selama ini termasuk di murai.com.my. Budi dan jasa semua penyokong Hafiz memang tidak terbalas.
"Terus terang, Hafiz masih rasa macam bermimpi kerana sejak dulu lagi Hafiz minat dengan AF. Pengalaman menyertai AF sangat bermakna dan Hafiz tak akan lupa sampai bila-bila. Walaupun Hafiz sangat gembira dan teruja pada masa yang sama Hafiz juga gementar untuk berdepan dengan dunia hiburan yang sebenar.
"Jadi Hafiz amat mengharapkan sokongan pihak Astro, media dan orang-orang di dalam industri ini untuk menyusun langkah. Hafiz masih muda dan apa yang ada dalam fikiran Hafiz adalah untuk terus belajar dan memberikan yang terbaik sepanjang masa," katanya bersungguh-sungguh.
Makin comel dan ranggi, Hafiz berkata banyak perkara yang dipelajari selama 3 bulan berada dalam akademi. Apa yang paling utama adalah dia semakin yakin berdikari.
"Ketika dalam AF7, Hafiz paling rapat dengan Cikgu Fatimah sebab dia ibarat ibu Hafiz dalam akademi. Hafiz sebenarnya rasa tidak selesa kerana sering diperhatikan menerusi kamera dan paling tertekan, mikrofon kami tidak boleh dimatikan walaupun sedang berada di tandas," katanya.
Bercakap mengenai imejnya, Hafiz berkata dia sukakan gaya rambut semi-afronya ketika ini.
"Rasanya biarlah Hafiz kekal dengan rambut sebegini sebab muka Hafiz bulat dan pipi Hafizi tembam. Lagipun ini rambut cari makan.. hehehehe...." katanya yang pandai berjenaka.
Sementara itu menafikan yang tujuan utama dia masuk ke AF adalah untuk mengejar glamour.
"Tujuan asal Hafiz masuk AF adalah untuk mencuba bakat seni yang ada pada Hafiz. Selepas berjaya diterima dalam uji bakat, Hafiz nak rasa pula bagaimana cabaran hidup dalam akademi. Sekarang selepas Hafiz berjaya, banyak lagi proses lain yang perlu Hafiz tempuhi sampaikan Hafiz tidak pernah terfikir tentang apa itu glamour pun.
"Hafiz tak pernah nak kejar glamour malah Hafiz risau kalau-kalau glamour itu boleh membuatkan seseorang artis lupa diri. Harap-harap semua itu tidak terjadi pada Hafiz dan rakan-rakan AF7 semua," ujarnya
Apa komen terhadap pelajar-pelajar dalam akademi?
"Semua Hafiz rapat, sebagai contoh, Sidi macam abang sulung kami. Aishah macam adik Hafiz kerana perangainya sama macam adik Hafiz sendiri. Qhaud pula abang yang paling alim dan Isma macam kakak sulung yang banyak membantu Hafiz," katanya.
Menjawab pula soalan nakal yang ditanya oleh ramai GengMurai iaitu apakah dia pernah bercinta dan sudah berpunya, Hafiz berkata:
"Girlfriend? Oooo.. dulu adalah cinta monyet masa Hafiz bersekolah. Sekarang Hafiz single ye," katanya yang suka melihat gadis yang periang dan manja. |
|
|
|
|
|
|
|
Hafiz (Mat Disko/Sudirman Hj Arshad)
U Rock Man! Lagu ini disampaikan Hafiz dengan cukup sempurna. Penyampaian vokal, penghayatan serta gaya persembahannya penuh impak dan penuh dinamik. Aksinya mengangkat dan menggelek sedikit punggung kelihatan cukup seksi! |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR, 16 MAC 2009: Hanya disebabkan sedikit sedutan paparan Diari AF yang nampak seakan lebih mengutamakan beberapa pelajar tertentu di Akademi Fantasia Ke-7 (AF7), Hafiz kini dianggap seperti dianaktirikan di dalam akademi tersebut.
Tidak cukup dengan itu, kesemua tenaga pengajar di akademi tersebut telah dituduh mengamalkan sikap pilih kasih apabila dilihat bangun untuk memperbetulkan kenyataan pengkritik sewaktu mereka menilai persembahan Aril dan Akim dalam konsert mingguan AF7.
Bukan setakat itu saja, tenaga pengajar sekali lagi disalahkan apabila Hafiz diberikan lagu-lagu yang dianggap tidak begitu hits atau popular, padahal pemilihannya membabitkan perbincangan mereka bersama pihak produksi.
Hal yang sama turut berlaku apabila tenaga pengajar memilih pelajar lain sebagai pelajar cemerlang khususnya Aril yang telah menyandang gelaran tersebut sebanyak 2 kali kerana telah menunjukkan peningkatan yang semakin baik sepanjang minggu berada di akademi.
Pelbagai kata-kata kurang enak yang kedengaran, kononnya tenaga pengajar sengaja berbuat demikian kerana mahu menonjolkan pelajar yang lebih mereka gemari semata-mata.
Sungguhpun begitu, tiada siapa yang sebenarnya tahu apa yang dilalui Hafiz serta pelajar lain yang berada di dalam akademi itu selama 8 jam selepas mereka memulakan kelas mereka dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang setiap hari.
Malah, tidak siapa juga yang tahu bagaimana bertungkus-lumusnya tenaga pengajar menumpukan perhatian terhadap mereka semua untuk memastikan mereka berjaya menjadi pelajar AF7 yang dikagumi setiap minggu.
Dalam hal ini, tidak timbul sama sekali soal sikap pilih kasih, pilih bulu atau siapa yang paling banyak mendapat layanan yang istimewa daripada tenaga pengajar di dalam akademi tersebut. Namun, beberapa sedutan drama yang sentiasa dipaparkan di dalam Diari AF telah berjaya mencetuskan persepsi yang berbeza.
Sumber daripada pihak produksi AF7 sendiri mengakui bahawa apa yang dipaparkan di dalam Diari AF hanyalah sedutan daripada beberapa elemen-elemen menarik yang berlaku setiap hari di akademi.
"Untuk memaparkan kesemuanya adalah satu benda yang mustahil. Dengan waktu yang terhad inilah kita cuba gabungkan kesemua elemen-elemen menarik yang terdapat di dalam akademi.
"Jadi, apa yang ditonton itulah hanyalah cebisan daripada apa yang sudah kita gabungkan daripada kesemua rakaman yang diambil sepanjang hari di akademi. Proses ini berlaku setiap hari.
"Mungkin ada yang bertanya mengapa tidak kami cuba paparkan pengajian mereka di kelas dengan lebih banyak lagi. Kami pernah cuba tetapi apa yang dimahukan penonton secara majoritinya dan bukanlah pengajian mereka di akademi semata-mata.
"Tetapi, bagaimana mereka melalui kehidupan di akademi setiap hari. Bagaimana mereka menyesuaikan diri di antara mereka. Bagaimana emosi mereka pada waktu itu. Inilah yang sebenarnya yang penonton mahukan.
"Kami sedar keadaan ini telah menampakkan Hafiz seolah-olah seperti sedang dianaktirikan tenaga pegajar tetapi hakikatnya ia sama sekali tidak berlaku tetapi inilah sebahagian daripada rencah program realiti AF," kata sumber itu lagi.
Apapun, sepanjang berada di akademi, Hafiz sentiasa dilabel tenaga pengajar sebagai seorang pelajar yang sentiasa konsisten, mudah menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan, versatile serta mempunyai bakat menyanyi yang semulajadi.
Berikan apa saja lagu kepada Hafiz, kebanyakan tenaga pengajar tahu bahawa Hafiz mampu melakukannya dengan baik. Bakat Hafiz sebenarnya telah ditemui Cikgu Syafi sewaktu Hafiz menghadiri ujibakat di Kuching, Sarawak.
Begitu kagum dengan bakat Hafiz, Cikgu Syafi telah melabelkan Hafiz sebagai Guy Sebastian Malaysia serta menyifatkan Hafiz sebagai salah seorang pelajar yang bakal memberikan kejutan di dalam AF7.
Ternyata ramalan Cikgu Syafi terhadap Hafiz sangat tepat. Sekarang ini, terletak kepada pelajar lain pula untuk mencapai tahap yang sudah dicapai Hafiz. Atas sebab itu, gelaran pelajar cemerlang diberikan kepada pelajar yang lemah tetapi berjaya menunjukkan peningkatan yang baik dari masa ke sama. |
|
|
|
|
|
|
|
# Anita Sarawak atau Kak Nita adalah antara penyokong Hafiz. Melihat kemunculan Hafiz, Kak Nita dan suaminya Abang Mahathir terus menjerit dan bersorak sakan! Kak Nita juga kagum dengan semangat Isma yang masih lincah beraksi walaupun sudah ada anak 5.
# Seorang lagi penyokong setiap Hafiz adalah produser filem Anu Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman atau Kak Mi. Kak Mi memang banyak menghantar AFundi secara pukal kepada Hafiz dan ia tertera dalam pesanan mesej di telefon bimbitnya itu. Malam itu, Kak Mi duduk di sebelah Mak Mah yang juga ibu pengkritik Adlin Aman Ramlie.
# Barisan artis Gempak Selebriti Astro seperti Zainal Alam Kadir, Reza, Farhan, Tam Suhaimi, Idayu, Fitri, Hazama, Farish dan Edlin memang kecoh bersorak di tempat mereka. Kemudian datang pula Nana Era yang makin cantik sejak hendak berkahwin ini. Nana juga penyokong kuat Hafiz.
# Ada dakwann mengatakan Kelab Peminat (FC) Hafiz menarik diri pada saat-saat akhir daripada membuka gerai dan centre spot untuk berkumpul ketika berlangsungnya Karnival Gempak Astro di luar stadium. Ini menjadi bahan bualan di kalangan FC finalis lain.
# Lucu pula melihat Hafiz yang seakan-akan agak bingung (blur) ketika sidang media tengah malam. Mungkin tergamam melihat ramai wartawan dan masih terkejut dengan kejayaan hebatnya itu. Sampaikan Hafiz terpaksa meminta wartawan mengulangi soalan mereka.  |
|
|
|
|
|
|
|
tadi dengar lagu aizat.. lagi kita... nak compare la die nyanyi ngan apis nyanyi..
sedap lagi apis punye version duh.. aizat time nih nyanyi ada kepit2.. nak tahan ape ntah..
ari tu dengar lagu Ci ...
cmf_conan Post at 22-6-2009 22:12 
aku rasa kalo apiz nyanyi lagu nuar zeng tu tak de tarian mesti meletopzzzz!! tapi nak wat camne.....produksi soh dia nari gak.... |
|
|
|
|
|
|
|
wei konsert af7 minggu 5 tgh on skrg!!  |
|
|
|
|
|
|
|
wei konsert af7 minggu 5 tgh on skrg!! 
Along_XX Post at 22-6-2009 23:02 
bapak aku tgh layan golf :geram: |
|
|
|
|
|
|
| |
|