|
[Tempatan]
Versi 11: Ops Daulat - Seorang Pahlawan Gugur, 3 Anjing Kiram Mati : Post 1505
[Copy link]
|
|
izzyanna posted on 13-3-2013 12:36 PM
setiap kali tengok berita bila dengar lagu perajurit tanahair, mesti meleleh air mata aku... anak ak ...
betul
masa ini aku menjadi orang yang sangat patriotik
|
|
|
|
|
|
|
|
semak otak aku dgn komen2 politik ni..wehh pg tempat lain laa nak bertekak pasal politik pon..choii sesangat... |
|
|
|
|
|
|
|
kittycomel posted on 13-3-2013 12:37 PM
kiranye yg dpt br1m tu pon ic pelsu lah ye? yg siap gi undi tu ic pelsu gak lah eh? yg dpt br1m tu ...
ramai yg punya kerakyatan palsu disana..
itupun pemerintah masih baik hati utk beri saguhati rm 1000 kepada penduduk yg menjadi mangsa
|
|
|
|
|
|
|
|
kittycomel posted on 13-3-2013 12:41 PM
i dun agree. sistem x sama. org hameno sendiri citer kt haku.dlm hameno mmg kene tunduk arahan big ...
okay lah tu. tak apa. terpulang.. fokus kisah sojar pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
mjla posted on 13-3-2013 12:02 PM
Kisah benar Lahad Datu ni meme patut dibukukan utk jd
panduan dan sejarah generasi akan dtg.
bukan setakat dibukukan..
buat dokumentari pun bagus...
|
|
|
|
|
|
|
|
AprilNing posted on 13-3-2013 12:46 PM
ramai yg punya kerakyatan palsu disana..
itupun pemerintah masih baik hati utk beri saguhati rm ...
memang ramai sgt....
ni semua sebab duit...duit..duit....
|
|
|
|
|
|
|
|
utk bacaan sambil mkn nasik
Pada zaman dahulu ada dara cantik bernama Sabah, berkahwin dengan jejaka tampan bernama Brunei, kehidupan mereka sangat bahagia, aman tenteram, perkahwinan mereka menghasillan ramai anak bumi yang gagah perkasa, mereka kesana kemari menakluk, membuka kota baru dan membesarkan keluarga mereka.
Sabah sangat sayang laki dia yang gagah dan berani. Setelah masa berlalu, kehandalan Brunei semakin kurang, apatah lagi dengan kedatangan jejaka mata biru yang gagah dari luar, si Sepanyol dan si British. Isteri Brunei bernama Amanilah dirampas Sepanyol, ditukar namanya jadi Manila.
Brunei bergaduh dengan kerabatnya, perang saudara bertahun tahun, Brunei meminta bantuan saudaranya yang bernama Sulu, jika dapat menewaskan kerabatnya maka Brunei menjanjikan menyerahkan isterinya Sabah kepada Sulu. Sulu mengaku Sabah adalah isterinya, walaupun dia tidaklah membantu dalam perang saudara, oleh kerana kekuatan Brunei semakin lemah, perkara ini didiamkan sahaja. Jadilah Sabah mempunyai dua laki dalam masa yang sama.
Kemudian British datang, ingin menyunting Sabah dari Brunei, Brunei mengizinkan dengan hantaran 12000 kepada Brunei, British juga menyunting Sabah dari Sulu, melihat Brunei dapat wang 12000 setahun, maka Sulu juga ingin menyerahkan “isterinya”, dapatlah ia 5000 setahun.
Begitulah nasib Sabah, walaubagaimanapun Sabah gembira dengan laki baru dia British, duit makin masuk, ekonomi makin stabil, anak-anak ramai yang bekerja, makan minum hidup gembira. Sehinggalah datang pemuda mata sepet, Jepun. Jepun datang tidak menyunting, tidak merisik, tidak meminang. Ambik terus bini orang, British dihalau jauh dari Sabah.
Kerana cintanya kepada Sabah, British datang kembali bersama suku sakatnya, menuntut Sabah dari Jepun. Tidak lama kemudian Jepun yang handal sudah mengalah, British kembali dengan isterinya, namun British sudah miskin, susah untuk mengatur keluarganya. British ingin menceraikan Sabah.
Sabah dipinang oleh jejaka Malaya, bermadu dengan Sarawak & Singapura tinggal dalam rumah kecil bernama Malaysia. Tidak lama selepas itu Singapura diceraikan, selepas jantinanya tidak diketahui samaada jantan atau betina, dan menyusahkan lakinya. Alhamdulilah, rumahtangga kali ini rukun damai dan tenteram, asalnya miskin dan sekarang senang.
Brunei memandang dari jauh bekas isterinya yang bahagia, tidak apalah, Brunei juga bahagia walau menduda. British semakin melupakan percintaan lama, Jepun langsung tidak peduli….
TETAPI SULU..laki Sabah yang dulu, nampak nya ingin merampas kembali bekas isterinya yang semakin harum, semakin cantik dan bergaya. Kepada Sulu, lelaki gila talak, tiada anak-anak Sabah inginkan bapa tiri macam kamu..Adakah ya..? |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih sorang lagi perajurit gugur. Al fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
Ahli keluarga 1163461 Ahmad Hurairah bin Ismail
al.fatihah
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_lemontea posted on 13-3-2013 12:51 PM
memang ramai sgt....
ni semua sebab duit...duit..duit....
kaya kan gomen kita..
tabur duit mcm air
|
|
|
|
|
|
|
|
RedClip posted on 13-3-2013 12:26 PM
manalah agbimuddin kiram nih sembunyi
dah kata kebal tu, pesal ape nak men sembunyi-sembunyi ni
...
klu bukan bwh tanah, atau atas pokok.
|
|
|
|
|
|
|
|
LEBIH 3,000 orang menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah (depan) dan Koperal Amad Farhan (belakang) di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, pagi ini.
Ahmad Hurairah, 24, gugur ketika bertempur dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, 7.45 pagi semalam.
Ahmad Farhan pula terbunuh dalam kemalangan di KM37 Lahad Datu-Tungku ketika menghantar makanan untuk teman anggota keselamatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 13-3-2013 12:43 PM
tu la nak baca pun tak senang...tak hbis2 sibuk psl projek IC....
Nyampah2 org bercerita pasal politik, time lunch, selera gak makan nasik sepinggan penuh kan kaka Dino? |
|
|
|
|
|
|
|
lepapilon posted on 13-3-2013 12:41 PM
aku pon memang tersyahdu setiap kali dgr lagu tu. semalam baru tau tajuknya perajurit tanah air. i ...
anak aku sibuk suh download lagu tu dalam hp.. bila dah download, asyik nyanyi lagu tu jea...
|
|
|
|
|
|
|
|
zjen posted on 13-3-2013 11:50 AM
abis maksud ko daging yg UMNO kasi sentiasa xkan basi la ya, bagus nye, selamat menelan la ko .. ...
Boleh tak kau cerita pasal ameno politik semua ni dalam thread politik. apa ke punya bangang dalam thread ni pun kau nak meratib ameno. bangsat betul perangai kau ni, sama bangsat macam lanun sulu. |
|
|
|
|
|
|
|
miss_kikilala posted on 13-3-2013 12:52 PM
Ahli keluarga 1163461 Ahmad Hurairah bin Ismail
al.fatihah
Awat muka Pok Berahing tu camtu?? Cam tensen je? Berkerut sekali! |
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 13-3-2013 12:37 PM
amin...
semoga hasrat anak awak tercapai
mudahan2 tercapai cita-cita anak aku tu... sebb anak aku yang nie, agak keras hati sikit..
|
|
|
|
|
|
|
|
sultan kongsi duka
13 Mac 2013
KUANTAN – Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah semalam sebak dengan pergolakan yang berlaku di Lahad datu sehingga mengorbankan sembilan nyawa anggota keselamatan.
Baginda turut berkongsi duka dengan keluarga perwira negara itu termasuk anak-anak mereka yang masih kecil dan isteri yang sedang hamil.
“Saya dukacita dengan nasib yang menimpa keluarga perwira yang telah terkorban itu lebih-lebih lagi dengan anak-anak yang masih kecil dan isteri sedang mengandung,” titah baginda.
Sultan Ahmad Shah juga mahu rakyat terus menyokong kerajaan yang memerintah hari ini kerana sejak dahulu apa sahaja yang dilaksanakan kerajaan terutamanya Perdana Menteri adalah menjurus ke arah perpaduan dan kedamaian negara.
“Selain itu, jangan berharap kepada kerajaan semata-mata kerana sebagai rakyat di negara ini apa yang paling penting adalah perpaduan antara satu sama lain. Jika kita tidak bersatu, negara mudah goyah dan boleh di ceroboh bila- bila masa sahaja,” titah baginda.
Baginda bertitah agar rakyat di negara ini terus bersatu untuk mengekalkan kedamaian bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti yang terjadi di Lahad Datu dan Semporna,Sabah.
“Bumi Malaysia adalah hak kita semua dan tiada mana-mana kuasa lain yang boleh menakluki negara ini setelah kemerdekaan dicapai.
Selain itu, baginda menyeru rakyat di negara ini agar sentiasa mendoakan kesejahteraan pejuang yang mempertaruhkan nyawa mereka demi kedaulatan negara tercinta.
Sultan Ahmad Shah bertitah demikian ketika Majlis Perasmian Taman Pengasih Sultan Haji Ahmad Shah di Indera Mahkota Lapan di sini.
Turut mengiringi baginda, Sultanah Pahang Sultanah Kalsom. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob.
Taman Pengasih dibina dengan kos RM7.78 juta ini mampu memuatkan 120 penghuni.
Institusi itu dibina atas keprihatinan Sultan Ahmad Shah yang turut mengilhamkannya bagi membela nasib anak-anak yatim sekitar negeri ini.-sn
|
|
|
|
|
|
|
| |
|