|
Part 112
“Sayang, maaf pasal semalam but I hope you have a great night. I love you so much. Don’t forget to see a doctor at LWE.”..yr loving hubby.
Hari pertama bekerja untuk minggu itu ada2 saja masalah yg menungguku utk diselesaikan. Hampir malam barulah aku sampai di rumah. Masuk saja di rumah dr jauh lagi aku melihat isteriku yg terlentuk di sofa sedang terlena. TV didepannya terpasang tanpa suara. Bbrp bungkus ubat-ubatan dr hospital swasta itu terletak di atas meja kecil di sebelahnya. Mungkin jg dia sudahpun menelan ubat2 itu hingga terlena di sofa itu tanpa menutup TV di depannya.
Aku menggerakkan tubuhnya perlahan-lahan., matanya terbuka dan dgn segera dia bangun terduduk dgn mata yg masih berkelip-kelip.
“Dah masuk waktu magrib, nanti lepas sembahyang tidur balik” kataku perlahan. Isteriku hanya mengangguk2 sambil mencapai ubat2nya dan bangun dari situ. Melihatnya yg kurang sihat itu aku membantunya memanaskan makanan yg dibelinya siang tadi.
Selepas makan sedikit dan mengambil bbrp biji pil dia sudah keatas semula dan menyambung tidurnya. Selalunya selepas makan dia akan menemaniku menonton perlawanan bola atau membuat kerja2 office yg tertangguh. Seawal pukul sembilan malam dia sudah nyenyak kembali. Aku meneliti jenis2 ubat yg diletaknya ditepi katil. Kali ini ubat2 itu berbeza dr ubat2 demam dan sakit kepala yg diberikan oleh Dr Zainal kpdnya.
Esoknya pagi-pagi lagi isteriku sudah siap berpakaian utk ke pejabatnya. Sempat lagi spt biasa membuat sarapan ringkas utk kami berdua dan Nescafe utkku.
“Yang, you dah sihat ka?” tanyaku dgn hairan. Dia menghulurkan mug berisi Nescafe panas itu dgn berhati-hati.
“Lemah sikit rasa badan, tp sakit mcm ni bukan boleh layan, nanti bertambah malas” katanya yg bersanggul kemas. Dgn berbaju kurung moden hijau dan berkeronsang besar itu dia tampak berbeza. Pipinya kemerah-merahan walaupun tanpa pemerah pipi.
“Abg rasakan, An nampak lagi cantik kalau pakai tudung mcm yg hari tu” kataku sambil tersenyum pdnya. Dia cuma tersenyum dan mengangguk perlahan.
“InsyaAllah” jwbnya yg sedang menghirup milo panasnya sempat lagi mencuri pandang ke arahku.
Dia masuk kerja seawal pukul lapan sedangkan aku pukul sembilan. Sebelum keluar dr rumah sempat lagi kami berpelukan sebentar dan spt kebiasaannya dia mencium tgnku sambil aku mencium pipi dan dahinya. Dia memerhatikan aku buat seketika dan tersenyum. |
|