Penantian Keluarga Penumpang MH370 [size=0.688em]Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 12:19 PM
![](http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2014/03/10/12/30/puspa.ashx?w=620&h=413&crop=1&/) [size=0.75em]Puspanathan serta isteri dan dua anak turut berada dalam pesawat yang hilang iaitu MH370.
[size=0.938em]PUTRAJAYA: Seorang pengurus pemasaran, S. Puspanathan sepatutnya pulang ke Malaysia untuk menyambut ulang tahun hari lahir adik perempuannya ke-25 selepas selesai urusan perniagaan dengan menaiki penerbangan MH370. [size=0.938em]Bagaimanapun, keluarganya kini berada dalam kebimbangan selepas penerbangan milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) itu dilaporkan hilang dan tidak dapat dikesan sehingga Isnin. [size=0.938em]Bapanya yang merupakan pengawal keselamatan, G. Subramaniam, berkata beliau dan isterinya kini sedang menempuh tempoh yang sukar untuk menghadapi kenyataan mengenai nasib anak mereka. [size=0.938em]"Kami berharap untuk meraikan hari jadi anak perempuan kami dengan Puspanathan. [size=0.938em]"Isteri dan saya berharap Puspanathan berada dalam keadaan baik. Sekarang, kami hanya perlu menunggu untuk maklumat terkini," katanya di Hotel Everly di sini, pada Ahad. [size=0.938em]Ibrahim Abdul Razak, 75, yang sedang menunggu perkembangan terbaru di hotel bersama isterinya, berkata anaknya Mohamad Sofuan, 33, sepatutnya telah berlepas ke Beijing dengan penerbangan pada 7 Februari. [size=0.938em]"Tetapi ia telah ditangguhkan ke awal pagi Sabtu. Dia ke Beijing kerana tugasan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik yang baru bagi Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa selama tiga tahun," katanya. [size=0.938em]Ibrahim dan isterinya telah membuat persediaan untuk ke mana-mana sahaja yang akan dibawa oleh MAS jika mengetahui berita baru mengenai nasib pesawat MH370. [size=0.938em]"Saya berdoa semoga anak saya berada dalam keadaan selamat," katanya. [size=0.938em]Arni Marlina, 36, berkata, bagi mengetahui nasib adik tirinya yang merupakan penumpang MH370, dia telah berada di hotel tersebut sejak Sabtu. [size=0.938em]"Ia merupakan sesuatu yang merunsingkan keluarga sementara mengetahui perkembangan terkini. Ibu dan saya akan berada di hotel manakala dua adik lagi telah bersiap sedia untuk dibawa MAS ke mana sahaja," katanya. [size=0.938em]Adik tiri Arni Marlina ialah Muhammad Razahan Zamani, 24, serta isterinya Norli Akmar Hamid, 33. [size=0.938em]"Kami adalah sebuah keluarga yang sagat rapat antara satu sama lain. Kami juga tidak akan menonton berita kerana ia memberi tekanan kepada kami tentang nasib Muhammad Razahan," jelasnya. [size=0.938em]Bapa saudara kepada penumpang bernama, Chng Mei Ling, 33, berkata, anak saudaranya ke Beijing sebagai transit untuk ke Amerika Syarikat kemudiannya. [size=0.938em]"Masa menjadi sangat lama sejak pesawat itu hilang. Kami telah disuruh menunggu dalam keadaan gelisah," kata lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Kong.
|