thanks BB for all VCs and articles.....thanks nemo for the download links....huhu! x dapat download coz guna apple products skrg....Blackberry je boleh download MP3.....
Selepas memenangi Akademi Fantasia, Hafiz semakin diterima dalam industri hiburan Malaysia. Bakat beliau semakin dipandang kerana tatkala kita ketandusan penyanyi lelaki pelapis yang berbakat, beliau hadir dengan vokal dan suara yang sungguh bagus. Gandingan Hafiz dan Adira menerusi lagu duet paling popular 2011, Ombak Rindu, meninggalkan impak yang begitu besar buat peminat muzik tempatan.
Kini Hafiz muncul dengan sebuah lagu berjudul Muara Hati duet bersama penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Apa yang anda bayangkan? Seorang penyanyi berbakat hasil rancangan realiti tv paling popular Malaysia bergandingan dengan satu nama yang telah dinobatkan sebagai The Voice of Asia oleh MTV dan diakui nama yang bakal menjadi lagenda suatu hari nanti. Apakah akan terhasilnya lagu duet yang boleh menjadi kegilaan ramai?
Lagu ini mampu popular kerana lirik yang puitis serta jujur dijalin indah dengan muzik yang merdu. Apatah lagi komposernya adalah Adi 6ixth Sense atau Manusia Putih yang menghasilkan lagu berhantu Kisah Hati nyanyian Alyah. Muara Hati juga ditulis bersama oleh Adi dan Hafiz. Dikatakan Adi begitu teruja dapat menghasilkan lagu untuk Dato’ Siti Nurhaliza.
Video muzik lagu ini telah menerima sentuhan kreatif daripada Ghaz Abu Bakar, pengarah sama yang menghasilkan video muzik bagi Kisah Hati serta Pelangi Senja nyanyian Stacy. Lagu Muara Hati adalah lagu tema untuk drama Adam dan Hawa yang bakal disiarkan di Astro mulai 27 Ogos 2012.