ladyFinger12 posted on 20-8-2014 04:48 PM
Iols faham uols nak tonjolkan kelainan. Tak mahu menampakkan kahwin paksa semata sebaliknya uols nak ...
Blurp: 3rd attempt...... huwaaaaaa....nangesss.....
Komen dan pandangan amat dihargai....
Sofea Raihana atau Fifi, gadis periang dan manja. Satu-satunya anak gadis Tan Sri Yusuf, ahli korporat ternama di Malaysia dan ditatang bagai minyak yang penuh. Hidupnya berubah kelam setelah kecundang cinta pertama.Lebih malang lagi apabila dia ternoda dan berbadan dua. Mahu menutup malu, Tan Sri Yusuf menikahkan Sofea Raihana dengan Fandi, pemuda yang dikenalinya secara tiba-tiba.
“Saya dah terlanjur. Saya mengandung anak luar nikah. Saya tak layak, nak kahwin dengan lelaki macam awak.” - SOFEA RAIHANA
Fandi menikahi Fifi dengan agenda tersendiri. Ganjaran wang sebanyak seratus ribu ringgit dan tawaran bantuan untuk mencari adiknya yang hilang menyebabkan Fandi bersetuju.Fifi dinikahi walau tanpa rasa cinta. Syarat-syarat di dalam kontrak dipatuhi dengan rela. Lama-kelamaan, simpati yang dirasa ketika awal perkahwinan mula bertukar menjadi sayang.
“Kalau awak sudi, izinkan saya temankan awak dalam terang ataupun dalam gelap.” -FANDI
Di saat kuntuman cinta berbunga, rahsia tersingkap tanpa sengaja. Pertengkaran besar berlaku.Kasih sayang dan keikhlasan kini benar-benar teruji.
“Memang mula-mula saya kahwin dengan awak sebab upah. Saya mengaku pasal tu. Tapi semakin lama saya kenal awak, saya tak dapat nafikan yang saya ada perasaan sayang pada awak. Saya suka tengok senyum awak, ketawa awak, caraawak bercakap, semuanya tentang awak.”- FANDI
“Perempuan yangbaik untuk lelaki yang baik. Saya bukan perempuan yang baik untuk awak dan awak cuma lelaki yang suka ambil kesempatan! Mata duitan!” – SOFEA RAIHANA
Situasi menjadi semakin sukar apabila Shah sendiri tidak mampu melupakan Sofea Raihana. Sekeras-keras Shah, dia tidak mampu menghindarkan rasa aneh bernama cinta.
“Selama ni, I tak pernah rasa disayangi seseorang. I tak pernah rasa apa yang I rasa bila ada dengan you. I tinggalkan you bukan sebab benci, tapi dengan cara hidup I, I tak yakin I boleh jaga you.” - SHAH
Identiti sebenar Shah terbongkar. Tiada siapa yang dapat menduga yang dia sebenarnya ahli kongsi gelap yang menjadi buruan pihak polis. Akibat dikhianati, hidupnya menjadiporak-peranda. Keseorangan dan terdesak untuk melarikan diri, Shark akhirnya menjadikan Fifi sebagai tebusan.
Mampukah mereka bertahan, dalam badai yang melanda?
“Saya perlukan masa untuk melupakan kisah silam saya. Saya perlukan masa untuk sembuhkan luka dalam hati saya. Saya perlukan masa untuk maafkan diri saya. Saya perlukan masa untuk yakinkan diri saya, yang saya masih layak untuk hidup bahagia macam orang lain. Saya perlukan masa…untuk benar-benar mencintai awak.” SOFEA RAIHANA
Hati Sofea Raihana sebenarnya milik siapa?
“Maafkan aku, sayang. Pergi ku ini bukan kerana benci, tetapi aku pergi kerana aku tak mampu mencintai… jika kau juga tidakmencintai aku…” FANDI
Akan kekalkah mahligai cinta yang terbina?
Last edited by Nicki_Meow on 21-8-2014 01:24 PM
|