|
Reply #2485 aziefa's post
moga bertambah subur thread kita dgn kasih sayang antara kita....hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2487 aziefa's post
terima kasih...salam persahabatan melalui thread yang amat bermakna kepada kita semua. |
|
|
|
|
|
|
|
DAH 100 DAHH..!!!
Assalamualaikum...Kalau Hussin tak pm akak bagitau dah masuk pages 100, akak pun tak tau...tak sangka dah lama thread ni bertahan..hampir 4 tahun, kadang2 aja akak baca, tapi akak masih belum berkesempatan mengerjakan umrah maupun haji, harap kawan2 doakan akak dapat ke sana satu hari nanti.... mungkin doa kawan2 diterima tuhan dan akak diberi peluang ke sana.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mentollica at 6-6-2008 09:11 AM
Assalamualaikum...Kalau Hussin tak pm akak bagitau dah masuk pages 100, akak pun tak tau...tak sangka dah lama thread ni bertahan..hampir 4 tahun, kadang2 aja akak baca, tapi akak masih belum ber ...
Insyallah, hanni doakan moga akak murah rezeki dan dpt jejakkan kaki ke Tanah Suci. Pengalaman beribadah di sana mmmg tak dpt digambarkan dgn kata-kata..
Akak sbgi tuan rumah, apa kata akak sambung bukak utk version yg ke2 plak??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2494 cendana_am's post
hi Cen...aha tak per arr nanti lemon hantar semula kat hussin la gambar tu...lemonkan tiap2 hari mesti buka folder gambar2 yg lemon ambik kat mekah ari tu...rasa rindu..sayu...gembira...sedih pun ada gak....sesungguhnya berada diTanah Suci ini amat menenangkan jiwa.....arrrrr....rindunya..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 5-6-2008 06:58 PM
Petikan dari surah Ibrahim
(14:35)
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyemba ...
Thanks sain utk doa2 tu sume..blh diguna dan dijadikan panduan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2501 Hanni's post
eemmmm...tu la...cam ner nie???!!!
hanni dah sihat ker?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2491 rinafarha1709's post
Betul seperti yang rina katakan, kerana malam tadi ibu berkata dalam hati, perasaan rindu untuk menatap wajah cucu-cucu ibu itu ibarat perasaan rindu untuk menatap dan berada di hadapan Baitullah. Begitulah umpamanya perasaan yang lahir dari hati , ianya bukan dibuat-buat, peredaran masa adalah penawarnya.
Bila rina bercerita tentang kisah lucu mengenai telekong yang tersangkut di bumper kereta tu, ibu teringat juga satu kisah lucu kalau nak dikatakan lucu atau kisah simpati mengenai seorang makcik sebilik ketika ibu mengerjakan umrah akhir Ramadan 2 tahun lalu.
Ibu duduk sebiilk berempat bersama dua makcik dari Terengganu dan seorang pangkat adik dari kelantan. waktu makan, kalau ruang makan penuh, kebanyakaan jemaah termasuk kami akan membawa makanan ke bilik masing-masing. Ibu pasti, kak aziefa tak pernah merasai suasana seperti ini kerana situasi seperti ini hanya berlaku kepada kebanyakan jemaah yang mengambil pakej ekonomi, berbanding pakej mewah.
Ketika kami makan di dalam bilik pada suatu malam berlaukkan kari kambing, gigi palsu mak cik terengganu yang sedang makan bersama kami telah patah dua. Masya Allah, kesiannya melihat makcik tu yang terus berhenti makan. kami agak panik juga kerana masa nak balik Malaysia lama lagi. Kami memikir ikhtiar macam mana nak bantu makcik ni. Makcik tu nak cari celotape atau nak pergi beli gam gajah. Mana nak cari atau beli gam, atau nak cari dentist ke..kat Makkah ni...
Ibu katakan pada mereka, kalau nak guna celotape, mesti tak lekat kerana basah dengan air liur nanti . Tak boleh juga guna gam, gam gajah ke..apa ke.. kerana benda ini bahan kimia, mana boleh tampal gigi tu dengan gam gajah dan nak letak dalam mulut, bahayakan kesihatan nanti.
Lalu ibu mendapat idea dan terfikir ibu ada membawa elastoplast. Ibu memang membawa banyak ubatan-ubatan termasuk elastoplast ini sebagai persediaan hingga suami makcik tu ingat ibu ni seorang nurse kerana banyak sangat membawa pelbagai jenis ubatan.
Jadi ibu minta gigi palsu makcik yang terbelah dua tu yang telah dibersihkannnya. Ibu memotong tape elastoplast yang berperekat di bahagian kiri dan kanannya dan membuang bahagian yang berubat lalu menampalkannya kepada gigi palsu makcik tu di bahagian atas dan bawahnya. nampaknya ikhtiar ibu itu berhasil kerana sekurang-kurangnya makcik itu bolehlah makan dan selepas itu makcik itu tak berbunyi lagi mengenai gigi palsunya itu.
Selepas itu ibu juga terfikir, dek kerana nak menolong orang yang terdesak, tiada langsung perasaan geli untuk memegang gigi palsu makcik tu kalau dibandingkan perasaan kita dalam suasana biasa-biasa begini.
Begitulah kisahyya, nak kata lucu pun ada, nak ketawakan tak sampai hati, dalam keadaan begitu lebih kepada simpati sebenarnya.
Maaf kepada forumer yang lain, ibu ni selalu sangat nak bercerita.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2497 mentollica's post
Salam perkenalan mentolica. Baru nampak mentolica. Bila tengok thread ini aktif, kakak terus teringat siapakah gerangan yang membuka thread ini. Terima kasih kerana kami berpeluang menyambung kisah tanah suci yang dimulakan oleh mentolica pada 6.9.2004 dulu. Kisah tanah suci tidak akan pudar diperkatakan hingga berakhirnya hayat dunia ini. Semoga kita semua dirahmati Allah swt. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2504 Rosputih's post
iyalah..kak ros...nak ketawa pun ada simpati pun ada tapi yg pasti citer ni memang kelakar....kesian makcik tu ya...
ada sapa2 yg ada citer kelakar2 masa kat mekah tak??citer la...
lemon ada satu citer masa kat mekah..tapi tak la kelakar sgt ...satu hari tu lemon nak beli akar kacip fatimah..memang dah aim kat satu pak arab yg jual tepi jln kemasjid tu...then bila blk sembahyang tu lemon pun singgah la...masa tu ada la 2, 3 org sedang sibuk2 pilih...tapi yg jadi halnya pak arab tu punya la garang..dia tak tahu ckp english ngan melayu jadinya susah sgt nak communicate ngan dia..bila org tanya harga dia pulak nak marah2...siap campak2 akar tu kalau org tak jadi beli...lemon ambik la 3 kumtum pastu bagi 10 riyal..then dia rampas 2 kuntum kat tgn lemon pastu terus ambik 10 riyal kat tgn lemon...punyalah terperanjat...pastu tanya dia satu berapa...dia terus rampas yg tinggal satu kat tgn lemon tu...apa lagi lemon pun terus ambik balik duit lemon dah ..terus tak jadi beli...org lain pun cam tu jugak ....punya lah garang nya dia...org2 yg duduk2 kat tepi2 tu senyum2 jer tgk...tapi sampai hari ni kalau lemon jumpa jemaah2 lemon...mesti ingat kat pakcik arab yg garang sgt tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2487 Rosputih's post
Malam tadi elok saya Off kan Pc rupanya Kak Ros online..
Saya ingat saya seotang aje...
Cepat pulak nak masuk tidor ...letih balik KL..
Baiki Mesin pengilat kasut suami kat Yaohan.l
Lepas tu celebrate birthday Kakak..dinner kat KLCC
Balik balik teru pi thread...
Post kan 2 or 3 post...tengok tengok tak de gang pulak..
Cepat pulak tidor...rina mungkin kerja part time attendat minyak...
Husain ...blackberry rosak..
Kak Ros...mungkin masih teringat cucu..amat memahami..
Hanni..tak sehat..
So...saya off aje pc tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2504 Rosputih's post
iyalah..kak ros...nak ketawa pun ada simpati pun ada tapi yg pasti citer ni memang kelakar....kesian makcik tu ya...
ada sapa2 yg ada citer kelakar2 masa kat mekah tak??citer la...
lemon ada satu citer masa kat mekah..tapi tak la kelakar sgt ...satu hari tu lemon nak beli akar kacip fatimah..memang dah aim kat satu pak arab yg jual tepi jln kemasjid tu...then bila blk sembahyang tu lemon pun singgah la...masa tu ada la 2, 3 org sedang sibuk2 pilih...tapi yg jadi halnya pak arab tu punya la garang..dia tak tahu ckp english ngan melayu jadinya susah sgt nak communicate ngan dia..bila org tanya harga dia pulak nak marah2...siap campak2 akar tu kalau org tak jadi beli...lemon ambik la 3 kumtum pastu bagi 10 riyal..then dia rampas 2 kuntum kat tgn lemon pastu terus ambik 10 riyal kat tgn lemon...punyalah terperanjat...pastu tanya dia satu berapa...dia terus rampas yg tinggal satu kat tgn lemon tu...apa lagi lemon pun terus ambik balik duit lemon dah ..terus tak jadi beli...org lain pun cam tu jugak ....punya lah garang nya dia...org2 yg duduk2 kat tepi2 tu senyum2 jer tgk...tapi sampai hari ni kalau lemon jumpa jemaah2 lemon...mesti ingat kat pakcik arab yg garang sgt tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
alamak..naper ada double posting lak ni??!! |
|
|
|
|
|
|
|
Husain....dan semua Tetamu Allah dan Bakal Tetamu Allah.
Gambar yang Mak Cik cakap dgn Husain...masuk Kaabah tak pernah tapi pernah nampak
dalam Kaabah dari Luar semasa Kaabah dicuci n tukar Kiswah pada Musim Haji 1999.
Gambar diambil oleh suami .
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2506 aziefa's post
Waalaikum salam,
Ye..lah aziefa. Terasa benar kita ni macam sebuah keluarga besar. Seumpaman bila anak-anak bujang atau anak-anak dara dah malam tak balik-balik lagi, hati mula risau. Begitulah kasihnya kita antara satu sama lain. Kasih sayang kerana Allah. Bilakah agaknya kita semua dapat bersua muka. |
|
|
|
|
|
|
| |
|