CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mutusamy

rockers melayu

[Copy link]
Post time 18-6-2005 01:49 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 17-6-2005 22:26:



ya...  kadang2 tak kena tempat la.....

paling important jiwa...ada orang pakaian rock, tapi sebenarynye tak rock..

....betul tu dep...another fine example is BCM...sapa sangka dorang pandai main lagu Taman Rashida Utama???...lolbgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2005 07:26 AM | Show all posts
Originally posted by serikandi at 17-6-2005 06:41 PM:
talking about rockers kan...u guyz pernah terjumpa tak orang2 yg dah lanjut usia tapi outfit dia rock abis...kira heavy metal lah kan dari ujung rambut sampai lah ke ujung kaki.  kalau guyz takpe t ...


heheheh.. takleh imegin.. pakcik2 biase la.. makcik2 macam tak suit sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2005 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by dilah21 at 18-6-2005 07:26 AM:


heheheh.. takleh imegin.. pakcik2 biase la.. makcik2 macam tak suit sangat..



ada dilah....dah penah jumpa dah....rambut kaler perang campo merah....pehtu ngan tali pinggang besi berbelit2....gelang rantai jgn cakap aaa....rasanya umo dah 40 lebey....isap rokok lagi bebbbbbbbbb....perghhh tepuk dahi wa cakap sama lu....malu wa nengok....plak tu member makcik gua....dia panggil makcik gua malu nak jawab beb.....isk isk isk

:geram::geram::geram:
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2005 02:38 PM | Show all posts
Originally posted by faiza at 18-6-2005 11:19 AM:



ada dilah....dah penah jumpa dah....rambut kaler perang campo merah....pehtu ngan tali pinggang besi berbelit2....gelang rantai jgn cakap aaa....rasanya umo dah 40 lebey....isap rokok lagi be ...


heheh.. : tak sajak lah eh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2005 07:21 PM | Show all posts
Originally posted by faiza at 18-6-2005 11:19 AM:



ada dilah....dah penah jumpa dah....rambut kaler perang campo merah....pehtu ngan tali pinggang besi berbelit2....gelang rantai jgn cakap aaa....rasanya umo dah 40 lebey....isap rokok lagi be ...


:geram: uweks.. org tua tak sadar diri namanya tuh.. :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2005 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by faiza at 18-6-2005 11:19 AM:



ada dilah....dah penah jumpa dah....rambut kaler perang campo merah....pehtu ngan tali pinggang besi berbelit2....gelang rantai jgn cakap aaa....rasanya umo dah 40 lebey....isap rokok lagi be ...




Norlia Ghani/Ramli pung!! Woooo kecoh weee si Joyah ceta Opah ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2005 05:56 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 19-6-2005 11:19 AM:




Norlia Ghani/Ramli pung!! Woooo kecoh weee si Joyah ceta Opah ni.


a'ah.. makcik ni pon begaya habis kan.. ada ari tu award show ker hapa, dia pakai skirt pendek ketat :malu: ada lagi sorang, makcik selalu belakon drama tu.. Rosnah Mat Aris.. rambut blonde lagik :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2005 05:59 PM | Show all posts
Originally posted by seafoamgreen at 19-6-2005 05:56 PM:


a'ah.. makcik ni pon begaya habis kan.. ada ari tu award show ker hapa, dia pakai skirt pendek ketat :malu: ada lagi sorang, makcik selalu belakon drama tu.. Rosnah Mat Aris.. rambut blonde lag ...


heheh.. ya ni dua makcik ni.. esp si rosnah mat aris tu.. rambut blonde.. baju selalu ketat metat :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2005 06:02 PM | Show all posts
Originally posted by dilah21 at 19-6-2005 05:59 PM:


heheh.. ya ni dua makcik ni.. esp si rosnah mat aris tu.. rambut blonde.. baju selalu ketat metat :lol


aku yg masih dalam kategori muda mudi ni pon tak sanggup pakai baju ketat2 :geram:
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 19-6-2005 10:01 PM | Show all posts
Originally posted by puteri81 at 17-6-2005 02:56 PM:

Blackrose lagu penantian jer me tau...
Ada 1 lagi lagu I perna dgr..SIMFONI..nt bad bt PENANTIAN is the best...I LIKE.:love:
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2005 11:47 AM | Show all posts
Originally posted by faiza at 18-6-2005 11:19:
ada dilah....dah penah jumpa dah....rambut kaler perang campo merah....pehtu ngan tali pinggang besi berbelit2....gelang rantai jgn cakap aaa....rasanya umo dah 40 lebey....isap rokok lagi bebbbbbbbbb....perghhh tepuk dahi wa cakap sama lu....malu wa nengok....plak tu member makcik gua....dia panggil makcik gua malu nak jawab beb.....isk isk isk


Makcik je yang korang jumpa.... ader yang officially dah jadi nenek dah.... masih pakai t shirt ketat... jeans ketat...

Nak jumpa nenek
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2005 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by Gadis_Venus at 19-6-2005 22:01:
Ada 1 lagi lagu I perna dgr..SIMFONI..nt bad bt PENANTIAN is the best...I LIKE.:love:


Lerr... takkan tak pernah dengar lagu Cinta Abadi....

Blackrose masih diingati dan disebut
Reply

Use magic Report

puteri81 This user has been deleted
Post time 23-6-2005 02:21 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by herokampong at 2005-6-23 11:47 AM:


Makcik je yang korang jumpa.... ader yang officially dah jadi nenek dah.... masih pakai t shirt ketat... jeans ketat...

Nak jumpa nenek
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2005 09:33 PM | Show all posts
Hari ni sokkabar melayu carry full review pasal konsert Rock kat esplanade tu hari....

so sokkabar pun terang2 cakap...semua bands best except Bhumiband

Santai : 25 Jun 2005   
  Mudah cetak  | E-mel
KONSERT 'TRIBUTE TO ROCK N ROLL' POWER! Oleh
Zaharian Osman
Penulis Sambilan

MELANGKAH keluar dari Dewan Konsert Esplanade - Teater di Pesisiran pada 11 Jun lalu, terasa puas.

Puas kerana selama dua jam tanpa henti penulis dihiburkan dan diajak bernostalgia bersama abang-abang rock dari album Semangat Zaman.

Buat pertama kalinya penulis melihat seramai lebih 1,000 penonton konsert diajak bernyanyi bersama dengan lagu-lagu dari tahun 1980-an.

Ternyata konsert yang cukup menghiburkan ini membariskan penyanyi seperti Nash (dari kumpulan Lefthanded) yang membuka tirai persembahan dengan lagu Keadilan dan KuKehilangan Cinta 3 Dimensi.

Namun suara Nash yang masih memukau ini tidak dapat menandingi interaksi dan gurau senda Aris Ariwatan yang memberi penghormatan dengan menyanyikan lagu Musibah (Sweet Charity).

Aris berjaya menghambat penonton dengan pantulan suara beliau yang bertenaga apabila menyanyikan lagu hit-nya, Lamunan Terhenti, dengan iringan piano yang begitu menyentuh kalbu.

Aris tampak terharu dengan sambutan penonton Singapura yang begitu spontan ikut menyanyikan bait-bait puitis daripada lagunya ini.

Kemunculan Rahim Maarof yang turut dicap sebagai 'Michael Bolton Malaysia' amat dinanti-nantikan peminatnya. Maklumlah, kali terakhir beliau beraksi di sini ialah 12 tahun lalu.

Lagu-lagu Hipokrasi dan Diammu Jeritan, kurang menerima sambutan sehinggalah muncul lagu Istana Menanti daripada penyanyi yang pernah menerima gelaran Penyanyi Lelaki Popular dalam 1991 itu.

Memang suara Rahim masih bertenaga dan mampu membuat penonton termangu kerana dalam usia 45 tahun, beliau masih mantap dengan pantulan vokalnya.

Kemunculan artis Yantzen (Rusty Blade) dan Joey (BPR) kurang menyerlah kerana penonton tampak agak kurang berminat pada lagu Taming Sari dan Di Titian Usang.

Hanya apabila ke udara lagu Dari Sinar Mata dan Tiada Lagi Aku, lagu po pular mereka barulah sambutan lebih rancak diterima.

Apa yang ketara, lagu-lagu yang kurang popular seharusnya dikurangkan dalam konsert ini jika ingin melihat lebih banyak penyertaan daripada penonton.

Ini penting kerana jarang sekali penonton tempatan ingin bernyanyi bersama kerana memang lebih gemar berdiam diri dan menikmati persembahan.

Penulis tabik pemilihan bijak penganjur konsert, Fyewerks Studio dan Fyewerks Pte Ltd, me nyertakan tiga pengacara kecoh, Suhaimi Yusof, Seri Wahyuni Jaes dan Hafeez Glamour yang menggamatkan dewan dengan keletah mereka yang bertukar fesyen rambut dan berdialog ala Mat dan Minah Rock.

Gelagat mereka selaku pengisi masa tatkala kumpulan band saling bertukar mampu menyelamatkan suasana daripada berubah menjadi bosan.

Ternyata bukan kumpulan veteran sahaja yang dibawa ke tengah, dalam dua jam setengah yang pertama lima band tempatan; Reeha, SixtyNine, Bhumiband, Aegyptie dan Tribe turut beraksi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2005 09:35 PM | Show all posts
ni best ni best weiii Bhumiband kena kutuk rabak2 ah!!!!
happynye aku.....:clap::clap::clap::clap:
Once again Bhumiband sucks!!!!!!!!:jeler:
All the other bands semua dapat pujian :hatdown::hatdown:



Santai : 25 Jun 2005   
  Mudah cetak  | E-mel
PERSEMBAHAN BHUMIBAND HAMBAR PELUANG untuk menonjolkan bakat di pentas yang gah seperti Dewan Konsert Esplanade - Teater Di Pesisiran tidak sering bertandang lagi.

Namun bagi band-band tempatan seperti Reeha, menampilkan Fuad Rahman (naib johan Anugerah 2003), SixtyNine, Aegyptie dan Tribe, usaha pihak penganjur, Fyewerks Studio dan Fyewerks Pte Ltd, agar mereka muncul dalam Konsert Tribute To Rock N Roll, tidak dipersia-siakan.

Peluang membuat persembahan di pentas yang sama dengan abang-abang rock seperti Nash (dari kumpulan Lefthanded), Aris Ariwatan, Yantzen (Rusty Blade), Joey (BPR) dan Rahim Maarof (White Steel) ternyata membangkitkan semangat mereka memberi persembahan mantap dan mampat dari segi keseluruhan muzik, vokal serta gaya persembahan.

Apa yang mengecewakan di konsert ini yang dikongsi bersama kebanyakan penonton apabila menyaksikan persembahan 'hambar' daripada Bhumiband, pemenang tiga anugerah di Anugerah Planet Muzik 2005 (APM) baru-baru ini.

Bhumiband tampak kurang bersedia memikul tugas mengharumkan nama mereka setelah memenangi anugerah. Muzik mereka selain kurang bertenaga juga kurang memanfaatkan kebolehan dua vokalis mereka.

Lebih menghampakan apabila seorang daripada vokalis band ini, berkata betapa sebahagian penonton yang menganggap band ini kurang mampu memainkan lagu-lagu rock.

Penonton semakin resah apabila lagu Seruan (Lefthanded) tidak bermaya dipersembahkan oleh band. Lebih mengecewakan apabila kedua-dua vokalis band ini 'pecah suara' ketika menyanyikan bahagian korus lagu ini!

Mungkin apa yang melegakan penonton ialah pilihan tepat pihak penganjur memilih band Reeha yang membuka tirai dengan persembahan yang menghiburkan di samping lagu-lagu Rock & Roll (Led Zeppelin), Burn (Deep Purple) dan Inside Looking Out (Grand Funk).

Suara Fuad bertenaga dan gentelan gitar Rosli Mohalim (belum hilang sentuhan pun), mantan anggota Sweet Charity ini memberi isyarat band-band tempatan jika diberi peluang, pasti akan meneroka kebolehan mereka.

Band seperti SixtyNine yang dianggap baru tetap menarik perhatian penulis kerana ketulusan permainan serta bakat mereka yang sedikit pun tidak berasa gentar berada di pentas berprestij seperti di Dewan Konsert ini.

Interpretasi mereka membawa lagu Penunggu (Sweet Charity) begitu membanggakan.

Malahan lebih menyerlah apabila band Aegyptie yang popular dengan lagu Pengeksploitasian dan Novel dengan empat anggota sekarang berjaya memikat penonton dengan persembahan bertenaga apabila mempersembahkan lagu Dajal (BPR) dengan gaya tersendiri.

Penulis puas dengan interpretasi kumpulan ini yang masih bertenaga!

Band seperti Tribe tidak perlu diperkenalkan kerana muzik mereka mampat dengan Man Toyak, vokalis band, ini yang tidak betah apabila berada di atas pentas.

Aksi dan muzik mereka wajar dipuji kerana menutup persembahan daripada band tempatan.
Reply

Use magic Report

CrazyLady This user has been deleted
Post time 25-6-2005 11:28 PM | Show all posts
suka seh Dep bila Bhumiband kena kutuk.... :bgrin: .... terus terang saye pon suka dorang kena kutuk habis2.... jom kita raikan bersame Dep :pompom::clap::pompom::clap::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2005 12:18 AM | Show all posts
Originally posted by CrazyLady at 25-6-2005 23:28:
suka seh Dep bila Bhumiband kena kutuk.... :bgrin: .... terus terang saye pon suka dorang kena kutuk habis2.... jom kita raikan bersame Dep :pompom::clap::pompom::clap::pompom::pompom:


aku agak depp dgn ni bhumi ni dulu members rapat kot... ...hehe... :hmm:


Anyway korang ingat tak way back... pat suria punyer ''live'' show tak tau mana satu ah... ader ni 'world band' gitu... nama band dia 'Bumi'.

...They evolve into this band lah....
Reply

Use magic Report

CrazyLady This user has been deleted
Post time 26-6-2005 12:33 AM | Show all posts
Originally posted by herokampong at 26-6-2005 12:18 AM:


aku agak depp dgn ni bhumi ni dulu members rapat kot... ...hehe... :hmm:


Anyway korang ingat tak way back... pat suria punyer ''live'' show tak tau mana satu ah... ader ni 'world band' git ...

ooooh is it:hmm:..... tak tahu pulak saye.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2005 07:04 AM | Show all posts
Originally posted by CrazyLady at 25-6-2005 11:28 PM:
suka seh Dep bila Bhumiband kena kutuk.... :bgrin: .... terus terang saye pon suka dorang kena kutuk habis2.... jom kita raikan bersame Dep :pompom::clap::pompom::clap::pompom::pompom:



dorang memang really bad....

ko tahu ok la pes two songs ok la, something different, then lepas tu dorang masuk " Seruan " je kan, terus dahsyat weiii , dorang pakai dua penyanyi, dua2 tak boleh angkat...

Then lepas tu terus downhill....lagi dah kena boo, dah kena pekik2 suruh merambus cepat2....:clap::clap::clap:
Reply

Use magic Report

CrazyLady This user has been deleted
Post time 26-6-2005 01:06 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 26-6-2005 07:04 AM:



dorang memang really bad....

ko tahu ok la pes two songs ok la, something different, then lepas tu dorang masuk " Seruan " je kan, terus dahsyat weiii , dorang pakai dua penyanyi ...

mak ai!.... dahsyatnye..... kecian pun ade jugak seh...... tapi memang padan kena boo lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
maklukpenggodaBanjir reda, 8 kematian dicatatkan
Views : 19107 Replies : 125
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49021 Replies : 38
Suami Zahnita disiasat atas Akta Keganasan Rumah Tangga
maklukpenggodaSuami Zahnita disiasat atas Akta Keganas
Views : 38756 Replies : 21
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan ...
YgBenarTular dakwaan orang ramai barangan sumba
Views : 32793 Replies : 36
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 258135 Replies : 7170
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50596 Replies : 40
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 62977 Replies : 357
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92806 Replies : 940
Sedikit kata-kata dari Abbuya
dodenSedikit kata-kata dari Abbuya
Views : 29135 Replies : 2
Budak Tingkatan 2 Kena Kenduri Di Malam Lumba Haram
^CUN_GILA~.Budak Tingkatan 2 Kena Kenduri Di Malam
Views : 41279 Replies : 160

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.059241 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list