"Dia Nak Pakai Tuksedo Pada Ulang Tahun Perkahwinan Kami" - Nora [size=0.688em]Diterbitkan: Jumaat, 24 Mac 2017 1:51 PM
[size=0.75em]Nora kelihatan sugul ketika menunggu jenazah suaminya disembahyangkan di Masjid Ar Rahman.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PETALING JAYA: Hasrat penyanyi Nora Ariffin untuk menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke 25 tidak kesampaian apabila suaminya komposer Johan Nawawi meninggal dunia akibat serangan jantung. [size=0.98em]Nora, 44, berkata, Allahyarham merancang untuk mengadakan majlis istimewa tersebut sempena ulang tahun berkenaan pada 9 April depan dengan mengayakan pakaian tuksedo. [size=0.98em]"Dia ada merancang untuk mengadakan persembahan pada majlis ulang tahun perkahwinan kami April depan. [size=0.98em]"Dia kata nak pakai tuksedo pada hari itu dan saya pakai baju Azura. Ia seperti meraikan kembali perkahwinan kami. Namun perancangan Allah itu kita tidak tahu," ujarnya kepada mStar Online.
[size=0.98em]Nora mengucup wajah arwah suaminya buat kali terakhir. [size=0.98em]Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin ditemui di Masjid Ar Rahman, di sini, Jumaat. [size=0.98em]Johan Nawawi, 52, menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya kira-kira pukul 6.30 pagi Jumaat. [size=0.98em]Allahyarham dimasukkan ke hospital pada 11.30 malam Khamis selepas kesihatannya merosot. Nora berkata, dia tidak sempat berada di sisi suaminya ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir. [size=0.98em]"Saya bawa dia ke hospital pada malam tadi dan terus ditahan di wad kecemasan, saya minta bilik eksekutif tapi penuh. [size=0.98em]"Jadi saya terpaksa balik, selepas itu kira-kira pukul 5.30 pagi pihak hospital telefon beritahu arwah dalam keadaan tenat. [size=0.98em]"Bila saya sampai, doktor beritahu arwah sudah meninggal dunia. Pada mulanya saya seakan-akan tidak percaya minta mereka buat pemeriksaan sekali lagi. Tapi saya reda dia pergi ke tempat yang lebih baik," ujarnya.
[size=0.98em]Anak sulung Johan dan Nora, Mohd Syakir Iman (tengah). [size=0.98em]Selain itu, Nora turut menyifatkan Allahyarham seorang suaminya yang penyayang dan kuat berkerja. Dia akan memastikan usaha Allahyarham dalam beberapa projek akan diteruskan. [size=0.98em]"Orang selalu ingat kami orang senang tapi sebenarnya tidak, tapi Allahyarham kuat bekerja dan memastikan kehidupan kami cukup. [size=0.98em]"Saya tidak ada kenangan pahit dengan dia. Semua kenangan bersamanya adalah kenangan manis," ujarnya. [size=0.98em]Nora dan Johan berkahwin pada 9 April 1993 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Mohd Syakir Iman, 24, Mohd Syakir Alif, 18, Putri Nur Dahlis, 13 dan Putri Nur Fatehah, 5 tahun. [size=0.98em]Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat.
Read more at http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... jgyFgotJCCqe8pxw.99
|