|
KISAH BENAR GAGAL DLM NIAGA + TELADAN + PENGALAMAN [merged saatcham,zack,Hiven]
[Copy link]
|
|
treat yg amat menarik..
bukan GAGAL.. tapi BELUM BERJAYA.. usahawan berjaya di mukabumi ni takde yg lahir terus berjaya.. dorang dah byk try & error.. jatuh berguling, tergolek dog, terhempas.. tapi bangun balik.. sampai kecapi kejayaan sekarang.. yg penting mental kena kuat.. hati kena kering..
tgh bz ni tapi nak gak nyampuk.. nanti sambung lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WonBin at 22-4-2009 12:29
Bab mudah terasa hati ni memang banyak berlaku. Kekadang tu orang yang buat pembelian itu KEKWAT, KEREK, SENGAL, CEREWET dan macam2 lagi.
ni ada betul nyer...
ada kastemer datang kedai aku...bila dia tgk harga aku mahal sikit, dia kata nak pegi kedai satu lagi...
aku pun jawab "ok...no problem..." |
|
|
|
|
|
|
|
-sambungan post # 44-
kesalahan yg sering dilakukan peniaga adalah memulakan perniagaan dari step yg salah. sebagaimana kehidupan, tak ader orang yg lahir2 tanpa belajar atau tanpa pergi ke sekolah boleh terus pandai membaca, menulis ataupun mengira. semua proses tu dimulakan dengan belajar mengenal huruf dan nombor. samer jugak halnya dengan perniagaan.
step2 yg telah dinyatakan pada post sebelum nih, adalah kesalahan pertama kebanyakkan peniaga:
1- orientasi keuntungan
2- tiada improvision (jual apa yg orang lain jual)
3- tak mengkaji pasaran, sasaran dan persaingan)
banyak antara kiter yg memulakan perniagaan secara terbalik (backward). step yg sepatutnya pertama telah menjadi step nombor 3,4 ataupun 5.
step kajian pasaran, sasaran dan persaingan ini amatlah penting dan boleh dikatakan kunci utama jatuh atau bangunnya sesebuah perniagaan. dari situ barulah seseorang tu dapat menentukan:
a- di mana lokasi yg paling sesuai untuk perniagaan tu dimulakan.
b- berapa kos yg terlibat sekiranya kiter memilih lokasi tersebut
c- berapakah besar pasaran dan sasaran perniagaan kiter di lokasi tersebut
d- siapakah pesaing2 yg wujud
e- harga semasa pasaran
f- perlu atau tidak untuk kiter improvise produk/perkhidmatan supaya dapat lebih bersaing.
dan lain2 lagek.
apa yg aku senaraikan sebelum ni hanya satu basic yg perlu diikuti oleh maner2 peniaga sebelum memulakan perniagaan. rasanya semua orang tau tentang perkara ni, tapi bab applicationnya belum tentu lagek. mungkin ader jugak yg sudah pun mengikut step2 ini dengan urutan yg betul, tapi sehingga ke hari ini merasakan yg dia masih belum berjaya (still struggling). kat situ pulak terdapat beberapa faktor lain. nantik kiter samer2 kupaskan.
btw, kepada yg merasa masih belum berjaya tu..
kat sini aku ader satu cerita (actually nasihat) yg disampaikan oleh arwah bapak aku masa dia masih hidup.
harap2 boleh dijadikan penguat semangat dan reminder buat kiter semua
kata dia "perniagaan ni ibarat kiter menanam pokok. kiter yg tentukan apa jenis pokok yg kiter nak tanam. ingat ! kiter tak boleh berfikir kalau hari ini kiter tanam, besok kiter boleh rasa buah dia. ader orang yg tak sabar, dan ader jugak orang yg tebang pokok. tunggu pokok tu berbunga/berputik dulu. biler pokok tu dah berbunga/berputik, time tu banyak ulat dan serangga yg nak datang dekat atau merosakkan dia. jadek, kena sabar, kena jaga, kena siram dan kena baja. nantik biler pokok tu dah berbuah, kalau ko nak makan buah tu, makanlah".
ringkas dan penuh dengan peringatan..
jadek kengkawan apa pun 'pokok' yg anda tanam, pastikan bukan pokok pisang..
hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aku_komeng at 20-4-2009 15:08
pokok pangkal nyer...ada modal besar, baru boleh boommmmm...
memang betul modal tu penting..
tapi dalam perniagaan, seberapa banyak modal yg ko ader takkan pernah BESAR..
walau ko ader modal RM 1 juta sekalipun..
dan modal yg besar belum tentu menjamin kejayaan sesebuah perniagaan..
modal yg besar is nothing when it comes to people who don't know about priority and management..
ini jugak adalah salah satu lagek masalah usahawan..
ramai yg beranggapan bahawa duit boleh menyelesaikan masalah mereka..
bagek aku selain dari modal, apa yg paling penting adalah KEPERCAYAAN orang terhadap kiter..
kalau orang tak percaya kat kiter..
maka, kiter boleh beli barang sebarang RM 1 juta aje..
tak kira lar kiter nih tan sri ke...datuk sri ke..
kalau dah spesis tak boleh dipercaya aKa pembelit...
takkan ader orang yg akan bagek kemudahan pada orang yg banyak duit tapi hakikatnya penipu @ liat nak bayar hutang - fact
tapi kalau orang percaya pada ko..
walaupun ko ader modal 50-60 ribu..
ko boleh amek barang sampai 3-4 kontena.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa?
kerana time orang kerja,dia relax...time orang relax,dia relax gak
orang kerja 16jam sehari..dia tidor 16jam sehari
orang makan tuk hidup..dia hidup tuk makan
orang beratur cari kerja..dia beratur beli nombor
orang berangan besarkan biznis..dia berangan besarkan kereta
orang pening cari produk yg laris..dia pening cari pelaris
orang untung 1000,simpan 900..dia untung seribu enjoy 1500
orang macam dia banyak di negara ini...bagi la dia 10 buku pasal biznis..takkan jadi apa apa |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sebuah kopitiam kat dalam KL Sentral sudah ditutup cuma selepas 5 bulan operasi.
Tak laku. Takda pelanggan.
Dalam projek paper bukan main cantik kata ada berjuta-juta orang pengunjung KL Sentral.
Aku dah cakap dari dulu, jangan pakai sangat projek paper tu. Projek paper ini setakat nak bagi kat bank, no problem. Tapi kalau kau nak run a business berpandukan projek paper yang optimistik, mati leer kau nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by arica at 23-4-2009 01:43
memang betul modal tu penting..
tapi dalam perniagaan, seberapa banyak modal yg ko ader takkan pernah BESAR..
walau ko ader modal RM 1 juta sekalipun..
bagi aku rm1 juta tu besar...
mungkin sebab ko kaya-raya...so bagi ko rm1 juta tu kecik je... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WonBin at 23-4-2009 10:53
Ada sebuah kopitiam kat dalam KL Sentral sudah ditutup cuma selepas 5 bulan operasi.
Tak laku. Takda pelanggan.
yang tu kes takde pelanggan...
yang pelik pulak...kat belakang kedai aku, ada restoran apek...
waktu tengahari, mesti penuh ngan kastemer...
yang pelik nyer...dalam bulan januari baru ni, dah tutup...tak paham aku... |
|
|
|
|
|
|
|
-sikap sendiri..malas berusaha dan selesa dgn apa yg ada
-telah ditanam dgn pemikiran 'makan gaji' lebih terjamin
-budaya subsidi
-malas mencari ilmu pengetahuan agar blh bersaing
-takut ambik risiko
-survival politik diri lbh ptg dr survival politik bangsa
-kurang ilmu dan rasa diri sudah cukup pandai
-suka membazir dan bersenang lenang walaupun dgn pendptn yg terhad
inilah realiti yg sdg kita hadapi. dan penghargaan dan tahniah buat sebilangan bangsa kita yg telah berjaya dan menjadikan setiap alasan diatas sbg satu cabaran utk memajukan diri dlm perniagaan. semoga anda terus maju dan berjaya...Insya'Allah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aku_komeng at 23-4-2009 11:58
bagi aku rm1 juta tu besar...
mungkin sebab ko kaya-raya...so bagi ko rm1 juta tu kecik je...
benda nih yg ramai orang tak paham...
sebab dalam pemikiran mereka masih percaya yg duit boleh menyelesaikan masalah..
aku dah bertemu ramai pengusaha yg sebegini....
dan biler mereka mendapat bank facility (malah ader yg sampai 3-4 bank)...
ternyata duit dan modal yg BESAR tak dapat mengubah perniagaan mereka..
malah duit tu menambah masalah yg sedia ader..
kalau sebelum ni ader 2-3 masalah..
ditambah dengan beban facility yg ader mungkin dah jadek 5-6 masalah baru..
ader pulak yg lebih BANGANG..pinjam duit dari along..
memang betul, dari segi fizikal orang sekeliling nampak kiter HEBAT..
nampak kedai besar...barang penuh..kenderaan pun dah besar..
tapi hakikat sebenarnya perniagaan kiter menunggu waktu untuk gulung tikar..
hutang keliling pinggang..produk/service tak laku2..sampai gaji pekerja pun ader yg post-poned..
adakah kehidupan macam tu yg ko kejar ?
brO..
aku dah lalui bermacam jenis size perniagaan..
dari pasar malam (rambo aje takde tapak), masuk expo2 dan sampailah ke peringkat aku sekarang nih..
dari modal beberapa ratus dan expenses berpuluh ringgit satu hari..
sekarang modal dah besar dan expenses pulak berpuluh ribu satu bulan..
anyway, aku bukan nak bangga kat sini...
tapi alhamdulillah perniagaan aku masih bertahan sampai ke hari ini...
satu lagek masalah usahawan adalah ramai yg mengukur kejayaan sesebuah perniagaan tu berdasarkan size perniagaan yg dimiliki oleh seseorang...ramai yg rasa bangga, senang hati malah ader yg cemburu (yg positif) melihat orang lain dalam keadaan tu. so, let's back to basic --> kalau ko bisnes dengan modal sebanyak 50k bermakna masalah ko adalah masalah yg bernilai 50k aje...kalau ko bisnes dengan modal 1 juta bermakna masalah ko adalah masalah 1 juta..ader seorang akak kat dalam forum ni yg berniaga air jambu batu..tapi dia boleh menghasilkan pendapatan berpuluh ribu satu bulan...adakah sebab modal yg dia ader tu BESAR ?? harap apa yg aku cakapkan ni sampai kat ko..
aku bertemu dan kenal ramai usahawan..dan aku ader satu standard sendiri untuk menilai samada hebat atau tidak seseorang dan perniagaan mereka tu. contohnya seorang makcik nih (kalau ko selalu pergi ke pasar malam jalan TAR).. perniagaan dia dari 20 tahun dulu jual selipar/kasut perempuan yg berharga 10-25 ringgit. selama 20 tahun dia masih meniaga barang yg samer..dan selama 20 tahun tu jugak dia membesarkan dan menyekolahkan anak2 yg seramai 5 orang..ader anak2 dia sekarang yg dah kerja berpangkat besar ... dan bagek aku mak cik tu adalah seorang peniaga yg HEBAT dan BERJAYA. aku sendiri tak pasti adakah perniagaan aku boleh bertahan selama mak cik tu...dan dengan menjual barangan yg SAMER !
[ Last edited by arica at 23-4-2009 13:00 ] |
|
|
|
|
|
|
|
bg aku modal bukanlah faktor utama kejayaan sesebuah perniagaan. ianya bukanlah penentu kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan. faktor plg ptg adalah masa. jika kita pandai menguruskan masa, tidak mustahil perniagaan kita boleh berkembang dgn cepat dan menjadi satu empayar. dan ingat, jangan mudah terperangkap dgn kejayaan kita.:victory: |
|
|
|
|
|
|
|
Ini cerita 'dark side' lah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by arica at 23-4-2009 12:59
satu lagek masalah usahawan adalah ramai yg mengukur kejayaan sesebuah perniagaan tu berdasarkan size perniagaan yg dimiliki oleh seseorang...ramai yg rasa bangga, senang hati malah ader yg cemburu (yg positif) melihat orang lain dalam keadaan tu. so, let's back to basic --> kalau ko bisnes dengan modal sebanyak 50k bermakna masalah ko adalah masalah yg bernilai 50k aje...kalau ko bisnes dengan modal 1 juta bermakna masalah ko adalah masalah 1 juta..ader seorang akak kat dalam forum ni yg berniaga air jambu batu..tapi dia boleh menghasilkan pendapatan berpuluh ribu satu bulan...adakah sebab modal yg dia ader tu BESAR ?? harap apa yg aku cakapkan ni sampai kat ko..
aku paham apa yang ko sampaikan tu...
tapi...aku nak pelbagaikan barang jualan aku...aku tak boleh nak mengharap pada satu sumber je... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by myahakeem at 23-4-2009 12:59
bg aku modal bukanlah faktor utama kejayaan sesebuah perniagaan. ianya bukanlah penentu kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan. faktor plg ptg adalah masa. jika kita pandai menguruskan masa ...
setiap orang ada masalah masing2...
ada yang perlukan masa lebih dari 24 jam sehari...
ada yang perlukan modal... |
|
|
|
|
|
|
|
Baru terjumpa thread ini..best baca semuanya..boleh dijadikan pembakar semangat, walaupon saya masih belum menjadi usahawan..setakat bercita-cita dahulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WonBin at 21-4-2009 19:15
Elle,
Saya pernah kena khianat semasa orang2 saya sedang upgrade network fiber optik. Kabel fiber optik putus. Jelas nampak seperti ditarik orang. Akibatnya satu building takda Internet termas ...
"Yes ... Yes ...Yes semua boleh buat. kalau tak tahu buat, nanti menyusahkan orang bila jadi macam ni ..ini lah orang melayu...bla.bla..bla" > aku pon penah kena sound macam ni dulu...tapi ianya menjadi motivasi aku utk bekerja lebih kuat dan bersemangat...untuk membuktikan bahawa aku pon boleh buat dan aku memang boleh buat..sampai sekarang aku ingat kata-kata nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa gagal dalam bisnes?
Salah satu sebab ialah sebab kuat main pompuan dan simpan ramai pompuan.
Bila kuat main pompuan ni, macam kena bad karma.
Oleh itu jagalah akhlak.
Memang tak dinafikan bila duit banyak nih, walau muka macam beruk sekalipun tetapi ramai gadis datang kiri kanan. Cantik2 pulak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #64 WonBin\ catat
erkkk ada ke kes macam ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
gagal pertama bukanlah gagal selama2nya.. kalau kita masih berdegil utk berjaya...
kata orng... jgn putus asa... kalau kita putus asa sekali pun.. teruskan juga usaha utk berjaya... take time.. dan behati2...
semua tu adalah pengalaman yg berguna.. pasti ia mendatangkan hasil yg setimpal dengan usaha kita... yakin... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|