|
Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)
[Copy link]
|
|
mrs_salvatore replied at 17-12-2020 02:13 PM
Kisah Dari H : Pengalaman Bob Si Tukang Cat I
H kongsi lagi satu citer pada aku, citer ni dia dap ...
Omg scarynya. Dia nk try luring bob msk hutan |
|
|
|
|
|
|
|
Wow TT! Bravo! Bravo! Gigih hakak baca dr page 1 pagi smlm. Mod, kasi tacang bebanyak kat TT |
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 10-1-2021 09:25 AM
Hehehe sesama uols
Uolss, ai try cari video kt youtube pasal stairs in the wood ni
Tapi cari2 xde pun. Siap ada satu channel broadcasting ni buat video psl tangga dlm hutan yg biasa2 tu slps viral cerita ni kat reddit 5 tahun yg lalu
Seolah2 nak fabricate cerita stairs in the wood ni cerita pelesu |
|
|
|
|
|
|
|
Nak Buang Air Besar Pun Payah
2 tahun lepas, aku turut serta dalam satu program latihan kepimpinan yang memerlukan aku berada di Wyoming selama 2 bulan. Salah satu aturcara program ni termasuklah kene berkhemah. Masih hari kedua kat kem tu, perut aku memulas-mulas tanda nak buang air besar. Tapi, kem ni takde tandas jadi kalau nak buang air besar, kene gali tanah dulu, buanglah apa yang patut lepas tu kambus balik.
Jadi, aku pun pilih satu tempat ni, dalam 200 kaki dari kem aku. Macam jauh sikit tapi nak buat camne nanti peserta lain ternampak pulak. Dah jumpa tempat yang ada privasi, aku pun galilah lubang. Tapi baru korek 2 kali dah terkena batu, jadi aku pun galilah sana sini sampai jumpa tanah yang sesuai. Pastu aku pun memerutlah. Dah selesai urusan di bank, dah lap-lap apa yang patut, aku pun nak baliklah ke kem.
Masa nilah baru aku tersedar, aku tak ingat pulak mana jalan aku datang tadi. Tapi takpe, aku rasa tadi aku cuma 200 kaki je atau dalam 60 meter je dari kem aku tadi. Jadi aku pun jeritlah, ooooiiii aku kat sini. Sepatutnya dengan jarak macam ni, mesti ada orang dengar jeritan aku. Tapi takde yang menyahut pun. Tak kedengaran langsung hiruk piruk bunyi orang berkhemah. Hutan tu jadi sunyi sepi sesepi sepinya.
Aku dah mula panik. Aku rasa tadi masa gali-gali nak carik tempat nak berak tu agaknya aku dah terjalan jauh sangat kot. Aku terduduk atas tanah, cuba tenangkan diri sendiri. Aku cuba lapangkan fikiran dengan harapan, aku boleh cam dari mana aku datang tadi. Beberapa minit berteleku kat situ, aku ambil keputusan, aku nak ikut satu arah yang aku rasa macam lapang sikit dari tempat lain. Dalam fikiran aku, tempat tu tak banyak semak sebab pernah dilalui orang.
Tapi, aku silap percaturan. Makin sesat aku jadinya. Akhirnya aku putus asa, aku pun jalan ke depan jelah sebab aku pun tak tau aku kat mana. Terus terang aku cakap masa ni memang keluar air mata jantan aku. Perasaan risau, takut, berdebar-debar, semua ada. Makin lama aku berjalan, makin bercelaru fikiran aku.
Sebab dah terlampau penat berjalan, aku berhenti berehat dulu kat satu tempat lapang. Masa ni aku rasa dah 7 jam jugaklah aku berjalan tanpa arah. Tempat ni tanahnya lembab dipenuhi air separas tapak kasut aku, dan dipenuhi dengan lalang-lalang. Dalam kesunyian hutan tu, tetiba aku terdengar bunyi tapak kaki diselang seli dengan bunyi daun-daun belukar bergesel. Aku ingatkan ni cuma mainan perasaan aku je, rupa-rupanya bukan. Bunyi tu datang dari seorang lelaki berpakaian sukan yang sedang berlari kat tempat tu.
Tadi aku menangis air mata kerisauan, kali ni aku menangis air mata kegembiraan pulak. Aku pun berlarilah dapatkan lelaki tu. Lelaki tu terkejut nampak aku kat situ. Aku pun terangkanlah pada dia apa yang terjadi. Nasib aku baik sebab lelaki tu je kebetulan tergerak nak berlari kat situ, sebab tempat tu sebenarnya bukan laluan yang biasa orang lalu.
Aku pun ceritalah yang aku ni dari kem latihan dan kami berkhemah kat mana, kalau-kalau dia tahu pasal kem tu. Lelaki tu pandang aku dengan ekspresi muka yang terkejut. “Abang ni memang betul ke dari kem tu?”. Aku mengangguk. “Abang ni dah sesat jauh dah ni bang. Kem tu 10 batu dari tempat ni”. Aku macam tak percaya dengan kata-kata lelaki tu. Tapi lelaki tu sudi tumpangkan aku dan bawak aku balik ke kem latihan aku tadi.
Sampai je kat kem tu, aku disambut oleh jurulatih aku. Semua orang kat kem tu rasa lega sebab aku berjaya jugak ditemui hari tu. Rupa-rupanya, jurulatih aku dah buat laporan pada pejabat renjer. Sebelum tu, semua orang kat kem dah cuba cari aku tapi tak berjaya. Lagi setengah jam, pejabat renjer akan mulakan operasi pencarian besar-besaran.
Hari tu merupakan hari yang paling menakutkan bagi aku. Aku tak taulah apa akan jadi kalau aku tak jumpa lelaki tu. Mungkin aku mereput dalam hutan sorang-soranglah jawabnya….
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-1-2021 11:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
evlinne replied at 10-1-2021 09:22 PM
Uolss, ai try cari video kt youtube pasal stairs in the wood ni
Tapi cari2 xde pun. Siap ada satu ...
Tak sure la uols, i tukang translate je. Tapi pasal tangga ni, mungkin cuma segelintir org je yg penah jumpe kot |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-1-2021 11:43 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
emera replied at 10-1-2021 04:23 PM
Wow TT! Bravo! Bravo! Gigih hakak baca dr page 1 pagi smlm. Mod, kasi tacang bebanyak kat TT {:1_152 ...
Tq tq uols hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Makin lama makin best pulakkk.. tenkiu TT!
You made my day |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kalai movie hollywood tu yg seram2 tu tak minat nak tengok sangat. Tapi kalau membaca ni minatlah. Tq TT bukan senang nak translate BI ke BM dan susun ayat tu supaya tahap keseraman dia sama je. Banyak jugak kisah misteri kat Amerika ni. |
|
|
|
|
|
|
|
I like this thread, keep it up tt |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe welcome uols
sorry kalau lambat hapdet ye
|
|
|
|
|
|
|
|
hehhee tq tq uols. i try gak carik citer dari negara lain. kalau hader i update lg
|
|
|
|
|
|
|
|
Jumpa Kawan Lama, Tapi....
Ni bukan citer aku, tapi ni citer pada kawan ayah aku, Keith. Citer ni terjadi di Taiwan, sebab kitorang ni orang Taiwan. Hehehe
Keith dan kawan-kawan lain pegi camping kat satu tempat di Taiwan, tapi sebab Taiwan ni kecik je, jadi tempat perkhemahan diorang ni, walaupun nama je kat kawasan luar bandar, sebenarnya dekat je dengan sebuah pekan kecik. Jalan kaki pun sampai. Cuma, pekan tu takdelah maju sangat, setakat kedai serbaneka, kedai makan tu adelah.
Satu malam, Keith ni malas nak masak makanan segera, jadi dia pun jalanlah sorang-sorang menuju ke pekan tu nak cari restoran. Dia jumpa satu restoran, kite panggil Restoran BBB jelah, die pun carik tempat duduk, pesan makanan, main-main handphone. Tetiba, masa tengah tunggu makanan sampai tu, dia ditegur oleh seorang lelaki. "Hei Keith, lama tak jumpa. Kenal I lagi tak?". Keith senyum-senyum je, rasanya dia memang tak kenal sape lelaki tu, tak penah jumpa pun, tapi lelaki tu dengan selamba terus je ambil kerusi dan duduk di meja Keith.
"Ni akulah, Don. Kita dulu pernah sama-sama satu sekolah menengah". Oh, Don... Rasa macam penah dengar nama tu, tapi sapa ya? Tapi, Don ni peramah, agaknya Don nampak muka Keith macam keliru je, Don pun ceritalah serba sedikit pasal sekolah menengah yang diorang pegi tu. Sape cikgu paling garang, sape amoi paling cantik, kes budak kelas Keith kene tangkap hisap rokok belakang tandas. Keith pun layanlah Don sembang, memang betullah kot Don ni kenal Keith, tapi Keith je yang tak ingat sebab Keith pun dah belas-belas tahun tinggalkan sekolah. Tapi, kenapa Don ni nampak muda belia walaupun kalau ikutkan, dia sebaya Keith yang dah nak masuk umur 40 ni?
Makin banyak Don cerita, Keith semakin menyedari akan sesuatu. Don, budak kelas 3A, kawan baik Benny... Pastu baru Keith tersedar, eh Don ni bukan ke dah meninggal kene langgar depan sekolah masa Tingkatan 4 dulu??? Keith ingat lagi sebab kemalangan tu berlaku betul-betul lepas tamat sesi sekolah, dan sekolah pun pernah buat majlis peringatan untuk mendiang Don. Potret hitam putih Don terpampang di depan pagar sekolah dikelilingi bunga-bunga dan lilin.
Tengah sembang-sembang tu, makanan pun sampai. Tapi Keith dah kehilangan selera nak makan. Otak dia ligat memikirkan alasan apa yang nak diberi untuk dia pergi dari situ. Keith berlagak tenang, walaupun dalam hati dia punyelah takut. "Alamak, bro, aku lupa nak bawak dompet la. Ko tunggu sini dulu ye aku nak balik kereta jap nak amek dompet". Keith cepat-cepat bangun nak blah dari situ. Tapi Don sempat tarik tangan Keith, cuba menghalang Keith dari pergi. "Eh takpe, takpe. Biar aku belanja. Aku ada bawak duit ni". Don menyeluk ke poket seluarnya dan mengeluarkan beberapa keping wang kertas. Tapi wang kertas tu macam nipis je. Terbeliak mata Keith bila dia terperasan, wei tu duit kubur !
Sahlah yang si Don ni bukan manusia dah. "Eh bro, takpelah. Aku baru teringat, orang rumah dah masak. Sorry bro aku balik dulu". Keith cepat-cepat meluru keluar dari restoran tu. Tapi Don sempat lagi berkata pada Keith, "ala bro, janganlah macam ni. Aku baru nak ajak ko pegi mancing kat Sungai A tu". Keith hanya menggeleng-gelengkan kepala tanda taknak. Don ikut Keith sampai ke pintu restoran, sambil menggesa Keith untuk ikut mancing dengan dia. Tapi Keith tak pandang belakang langsung.
Keith dapat je keluar dari restoran tu, tapi langkah Don seolah-olah terhenti di muka pintu. "Takpelah Keith, ko tak layan aku hari ni. Aku akan ingat benda ni sampai mati". Walaupun intonasi suara Don tenang tanpa ada tanda-tanda marah, tapi ayat Don tu cukup buat bulu roma Keith meremang. Don tak tunggu dah, terus dia bukak langkah berlari kat tengah-tengah pekan tu.
Tengah berlari tu, baru Keith perasan, eh kenapa aku macam tak cam tempat ni? Pekan tu kecil je, Keith pun dah 4-5 kali datang ke pekan tu nak beli rokok dan minum kopi, tapi kenapa baru dia perasan ada kedai tu, ada kedai ni? Tak silap depan selekoh tu lah kedai 7E, tapi sekarang ngape jadi kedai singseh pulak? Ah lagi takutlah Keith, dalam fikiran Keith adakah dia dah termasuk di alam barzakh?
Dah 5 minit cari jalan pulang tu, masuk simpang sana, belok kanan belok kiri, entah macam mana akhirnya Keith berjaya jugak 'keluar' dan kembali ke pekan kecil tu. Keith pun teruslah balik ke khemah dia. Kawan-kawan Keith pun tanya, eh ko pegi mana tadi? Kenapa berpeluh-peluh ni? Keith pun cakaplah, "oh aku pegi makan kat Restoran BBB tadi. Aku ajak korang taknak. Ni berpeluh sebab baru makan sup panas." Kebetulan, ada salah seorang kawan Keith tu memang orang situ. "Restoran BBB? Mana ada restoran BBB kat pekan tu". Keith senyum kelat dan kasi alasan, mungkin dia salah baca nama restoran kot.
Walaubagaimanapun, tiada apa-apa insiden pelik berlaku pada Keith lepas kejadian tu. Semuanya normal je. Sehinggalah, 3 bulan kemudian, satu tragedi menimpa keluarga Keith. Keith kehilangan adik lelakinya. Adik lelaki Keith ni tak reti berenang, tapi kawan-kawan mendiang cerita, mendiang ni saje je berendam kat tempat cetek, airnya paras pinggang mendiang je. Tapi tiba-tiba mendiang macam ditarik dari bawah sehingga tenggelam. Semua yang berada di tempat tu cuba nak selamatkan mendiang, tapi mendiang macam tersangkut di bawah air. Hanya bila mendiang dah meninggal je, barulah mayat mendiang dapat ditarik keluar. Lokasi kematian mendiang? Di Sungai A.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hi uols untuk entry kali ni kita take a break jap dari citer seram. I nak share satu legenda yang menarik dari Pulau Faroe. Pulau Faroe ni letaknya di Denmark dan merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menarik kat Eropah tu. Di negara-negara Norse dan Celtic, iaitu negara belah-belah Scotland, Ireland, belah-belah Scandinavian tu lah, ada satu lagenda yang diturunkan dari zaman berzaman, iaitu selkie, atau anjing laut betina jadian. Tapi di Kepulauan Faroe, Selkie ni dikenali sebagai Kópakonan.
Legenda Kópakonan
Legenda Kópakonan merupakan salah satu cerita dongeng yang terkenal khususnya di Kepulauan Faroe. Cerita ni terkenal sebab ianya dikatakan punca kepada satu sumpahan yang menghantui lelaki-lelaki di Kepulauan Faroe. Tapi cerita ni asalnya dari sebuah pulau kecil dalam Kepulauan Faroe ni iaitu Pulau Kalsoy. Pulau Kalsoy tu yang warna merah tu.
Anjing laut mengikut kepercayaan penduduk tempatan adalah manusia biasa yang sukarela mengorbankan dirinya di lautan. Setahun sekali, di malam Ketigabelas, anjing laut ni akan naik ke darat dan menanggalkan sarung anjing laut mereka, dan naik ke daratan sebagai manusia. Tibanya di daratan, mereka akan berpesta dan bersukaria sehinggalah hari siang.
Ada seorang petani muda dari kampung Mikladalur, kampung ni letaknya di utara pulau Kalsoy, iaitu salah sebuah pulau di Kepulauan Faroe. Sebab dah selalu sangat dengar kisah pasal anjing laut jadian ni dari kecik, dia pun tergerak nak tengok sendiri betul ke citer ni. Jadi, pada Malam Ketigabelas, petani tu pun menyoroklah di kawasan pantai. Dengan mata kepala dia sendiri, dia menyaksikan segerombolan anjing laut mendarat di pesisiran pantai. Setelah menanggalkan sarung masing-masing, anjing-anjing laut tersebut menjelma menjadi manusia. Sarung masing-masing hanya dihamparkan di atas batu-batu di tepi pantai.
Pemuda tersebut tertawan dengan kecantikan seorang gadis anjing laut, lalu dia pun memerhatikan di mana gadis itu meletakkan sarungnya.
Semasa selkie-selkie tadi sedang asyik berpesta beramai-ramai, pemuda itu pun curiklah sarung anjing laut gadis tadi.
Pesta tersebut berlarutan sepanjang malam. Apabila subuh menjelang tiba, selkie-selkie tadi pun pakailah semula sarung anjing laut mereka, dan kembali ke lautan. Kecuali gadis tadi. Sehinggalah hanya tinggal gadis tu je keseorangan di pantai tersebut kerana tak jumpa-jumpa sarung dia. Masa nilah, pemuda tadi muncul di hadapan gadis tersebut dengan sarung gadis itu di bahunya.
Gadis tersebut merayu pemuda itu supaya pulangkan sarungnya, tapi pemuda itu tetap enggan. Gadis itu akhirnya terpaksa mengikut pemuda itu pulang ke kampungnya. Setibanya di kampung, pemuda itu mengambil keputusan untuk berkahwin dengan gadis itu. Gadis tu terpaksalah terima sebab dia pun dah tak boleh nak kembali ke laut, nak duduk kat daratan dia tak kenal orang lain kecuali pemuda tu.
Sepanjang perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan beberapa orang anak. Tetapi, si pemuda sedar yang si isteri rindukan lautan dan kehidupan lama dia sebagai selkie, lalu pemuda tersebut pun menyembunyikan sarung anjing laut isterinya di sebuah kotak yang berkunci. Kuncinya pula akan dibawa kemana-mana sahaja oleh pemuda itu. Kunci itu akan dirantai dan disangkutkan di tali pinggang pemuda itu.
Pada suatu hari, pemuda tersebut turun ke laut menjala ikan bersama rakan-rakannya, apabila dia menyedari yang dia terlupa nak bawak kunci kotak tu hari ni. Pemuda itu pun berkayuh balik ke daratan. Tapi, sudah terlambat. Sampai je di rumahnya, dia mendapati yang isterinya telah tiada. Api di dapur telah dipadamkan, pisau-pisau pun disorok agar tidak dapat dicapai oleh anak-anaknya yang masih kecil. Fahamlah si pemuda tersebut yang isterinya tak mungkin akan kembali lagi.
Si isteri pula, bila dah dapat semula sarungnya, cepat-cepat dia memakainya dan terus terjun ke lautan. Kedatangan gadis itu disambut oleh seekor anjing laut jantan, rupa-rupanya, anjing laut jantan itu adalah kekasih si gadis yang setia menunggu si gadis sehingga ke hari itu.
Dikatakan, apabila anak-anak si gadis bersama pemuda kampung Mikladalur itu turun ke pantai, akan ada seekor anjing laut yang menjegulkan kepalanya ke permukaan pantai. Orang kampung percaya anjing laut itu adalah ibu kepada anak-anak itu.
Sehinggalah, beberapa tahun pun berlalu. Penduduk Mikladalur bercadang untuk memburu anjing laut di sebuah gua yang terletak di persisiran pantai yang agak jauh dari kampung mereka. Malam sebelum pemburuan itu, isteri si pemuda tadi muncul dalam mimpinya. Isterinya meminta beliau agar tidak mengapa-apakan seekor anjing laut jantan yang sedang tidur di depan pintu gua itu, dan 2 ekor anak anjing laut yang berada dalam gua itu. Isterinya mengatakan bahawa ketiga-tiga ekor anjing laut itu adalah suami dan anak-anaknya.
Tetapi, pemuda itu hanya menganggap mimpi tersebut hanyalah mainan tidur. Apabila pemuda dan orang-orang kampungnya sampai ke gua itu, mereka membunuh semua anjing laut yang ada di gua itu, tiada seekor pun anjing laut yang terselamat pada hari itu. Hasil buruan pada hari itu dibahagi-bahagikan di kalangan orang kampung. Pemuda itu memperoleh kulit anjing laut jantan, dan 2 pasang sirip anak anjing laut.
Pada malamnya pula, penduduk kampung pun berkenduri beramai-ramai memasak hidangan anjing laut panggang. Tiba-tiba, muncullah seorang wanita asing di kenduri itu. Wanita itu berpenampilan serabut, dengan rambut mengerbang dan baju yang kusut masai. Apabila wanita itu terhidu bau masakan anjing laut itu, wanita misteri itu menjerit bagai tanda sedih. Wanita itu berteriak, ‘Itu kepala suamiku yang sedang dipanggang! Itu juga tangan anakku Harek, dan itu juga kaki anakku Fredrik!”.
Kemudian, wanita itu melafazkan sumpahnya. “Aku berdendam dengan lelaki-lelaki Kampung Mikladalur. Dengan ini, aku sumpah lelaki-lelaki Kampung Mikladalur, akan ada yang mati di laut, dan akan ada juga yang mati jatuh dari puncak gunung. Sumpahan ini takkan terhenti sehinggalah jumlah yang mati, bila berpegangan tangan akan mengelilingi pulau Kalsoy!”.
Selesai sahaja sumpah itu terlafaz, langit yang tadinya tenang, digegarkan dengan dentuman guruh. Dan serentak itu juga, wanita misteri itu ghaib. Tetapi, sumpahan tersebut masih kekal sehingga kini. Ada sahaja kes mati lemas atau terjatuh dari tebing tinggi yang melibatkan lelaki dari pulau itu. Namun begitu, jumlah yang mati masih belum mencukupi, dan dikatakan juga, sumpahan itu turut melimpah hingga ke keseluruhan kepulauan Faroe…..
Pada tahun 2014, satu patung selkie telah didirikan di Pulau Kalsoy sebagai tarikan pelancong ke pulau itu. Patung ni diperbuat daripada gangsa dan besi tahan karat, dan mampu menahan ombak setinggi 13 kaki. Kot-kot korang ada kesempatan ke Kepulauan Faroe, boleh la nak singgah sini dan menghayati lagenda selkie ni….
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Xpe tt teruskan wlpun citer lagenda...suka baca cara penulisan tt..
Btw sedih lah kisah selkie tu...smpai hti org kg tu trmasuk somi manusia dia....
|
|
|
|
|
|
|
|
i baca jugak, ada kajian mengatakan yg selkie tu mungkin sbnrnye manusia ni orang-orang dari negara sebelah2 macam org Finland, Greenland sebab diorang ni memang biasa pakai baju dari kulit anjing laut. Mendarat kat Faroe, kene culik dan dijadikan isteri. Yang kes sumpahan lelaki mati terjatuh dan mati lemas tu, kalau uols google gambar Pulau Kalsoy tu memang tinggi
tapi kalau betul manusia, takkan orang kampung tu kanibal pulak kan? huhuhu tapi pulau ni memang unik
|
|
|
|
|
|
|
|
Misteri Muzium Psikiatri Glore
Semasa aku di sekolah menengah, mak aku bawak aku pegi melawat sebuah muzium di St Joseph, Missouri iaitu Glore Pschiatric Museum, atau kalau kita bahasa melayukan, jadiklah Muzium Psikiatri Glore. Tempat ni memang tak berapa terkenal pun, tapi yang aku tau, makcik aku penah tulis kertas kajian tentang muzium tu untuk kelas psikologi dia, dan dari cerita makcik aku tu, muzium tu menarik untuk dilawati.
tengok bangunannye pun macam sendu je kan? Tapi muzium ni dibina bersambung dengan sebuah bekas hospital lama. Muzium ni dia mempamerkan barang-barang milik pesakit dan peralatan hospital sakit jiwa yang pernah dibuka pada 1900an dulu. Jadi, banyak jugak tinggalan sejarah dan relik pelik-pelik dan menyeramkan yang dipamerkan, sebab masa tahun 1900an ni doktor pakar akan menggunakan teknik dan prosedur terapi yang tak masuk akal dan ada yang macam kejam jugak untuk merawat pesakit.
Muzium ini juga ada pameran berasingan untuk Kaum Orang Asli Amerika dan juga pameran untuk Perkhidmatan Pos Berkuda (Pony Express). Melangkah je ke ruang masuk, ok, biasa je bagi aku. Adalah bahan pameran sikit-sikit dan kedai jugal cenderamata. Tingkat 1 ni biasa je lah, tapi naik je ke tingkat 2, dimana bermulanya pameran pasal psikiatri tu, tetiba je bulu roma aku meremang.
Di saat aku melangkah ke tingkat 2 tu, aku ternampak, ada semacam lembaga hitam terawang-awang di satu sudut. Tapi lembaga tu walaupun gelap keseluruhannya, tapi ianya macam asap yang meliuk lentuk ditiup angin. Kalau korang susah nak bayangkan, bentuknya macam Deatheater macam dalam Harry Potter tu tapi takde kepala. Tergamam aku sekejap. Tapi aku tetap berlagak tenang dan cool depan mak aku.
Dari ekor mata aku, lembaga itu mengekori aku dan mak semasa kami bersiar-siar di sekeliling tingkat pameran psikiatri tu. Tapi lama kelamaan, lembaga itu pun hilang begitu sahaja. Jadi aku anggap mungkin tadi yang aku nampak tu cuma mainan penglihatan aku je. Ada satu bahagian tu, khas mempamerkan barang-barang yang ditinggalkan oleh pesakit, tapi aku tak berani nak menyentuhnya walaupun cuma ada aku dan mak aku kat tingkat tu, sebab aku ada semacam satu perasaan, kalau aku sentuh, benda yang tak elok akan terjadi pada aku.
Lepas tu, aku dan mak pegi pulak ke bahagian pameran Orang Asli Amerika. Lembaga itu muncul lagi! Cuma kali ni, lembaga tu berada 20 kaki dari belakang aku dan mak. Bila kami jalan, lembaga tu pun ikut jalan. Bila kami berhenti berjalan, lembaga tu pun berhenti jugak. Lepas tu, kami naik lif untuk turun ke tingkat bawah tanah. Tingkat tu dulunya bekas rumah mayat. Ingatkan lembaga tu akan ikut kitorang sampai ke situ, tapi takde pun. Lepas tu, kami pun menamatkan lawatan kami ke hospital itu dan terus lah balik.
Dalam kereta, aku pun ceritalah kat mak aku pasal lembaga tadi. Rupanya, mak aku pun perasan jugak. Cuma mak aku tak nampak la depan-depan macam aku, tapi mak aku nampak sipi-sipi dari ekor mata dia. Untuk menguji betul ke mak aku nampak benda tu, sampai rumah je, aku dan mak aku pegi ke bilik tidur dan lukis lakaran makhluk yang kami nampak tu. Bila dibandingkan, ye memang betul aku dan mak ternampak benda yang sama.
Lepas tu, aku emel lah muzium tu dan ceritalah apa yang berlaku. Termasuklah lakaran aku dan mak tadi. Aku ingatkan muzium akan buat tak tau je, tapi muzium tu jawab semula emel aku. Pihak muzium cakap, benda tu biasa je yang pekerja kat situ nampak. Pengunjung-pengunjung lain pun nampak jugak. Kalau aku berminat nak kaji atau siasat pun boleh. Tapi takdelah aku nak jejak ke muzium tu lagi....
|
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 12-1-2021 05:07 PM
Jumpa Kawan Lama, Tapi....
Ni bukan citer aku, tapi ni citer pada kawan ayah aku, Keith. Cit ...
Mcm masuk twiligh zon ..
Tq sis salvatore |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah Orang Asli Amerika : Siapa Yang Panggil Aku Tu?
Aku ni berketurunan separuh Apachee dan separuh Cherokee. Dalam budaya kami, memang ada diperturunkan cerita dongeng tentang makhluk-makhluk halus kaum kami. Tapi, secara peribadinya, aku percaya cerita tu bukan dongeng sebab aku sendiri pernah mengalaminya.
Aku membesar di perkampungan orang asli, rumah aku ni memang terpencil sikit. Walaupun tanah rizab ni dah memang kawasan pedalaman, lokasi rumah aku ni dah masuk ke dalam lagi. Aku ingat lagi, masa tu dah malam. Aku duduk di tepi tingkap di bahagian rumah depan sambil merenung bulan mengambang penuh. Malam tu diterangi dengan cahaya bulan, kawasan rumah aku ni di atas tanah lapang jadi memang segenap pelusuk tempat tu jadi cerah dek cahaya bulan tu.
Dari rumah aku, dari jauh aku nampak sekumpulan coyote sedang berjalan beramai-ramai, mungkin coyote-coyote itu sedang memburu makanan. Aku dah biasa dengar bunyi coyote, tapi aku jarang jumpa coyote kat tempat aku. Coyote ni kalau ikut kepercayaan kaum aku, makhluk yang licik dan penuh tipu helah. Tapi yang buat aku hairan, coyote-coyote tu berjalan dengan senyap je, tiada lolongan, tiada seekor pun yang mengeluarkan apa-apa bunyi. Dalam fikiran aku, aku bayangkan yang kumpulan coyote tu mesti tengah buat sesuatu yang nakal ni. Mungkin tengah bersedia nak buat serangan hendap kot.
Sedang aku leka memerhatikan tingkah laku dan gelagat coyote tu, aku terdengar suara ibu memanggilku dari luar. Ibu menyuruhku untuk keluar mengambil beg sandangku yang tertinggal di dalam trak keluargaku. Dengan tidak berfikir panjang, aku pun menuju ke pintu utama dan menarik keluar kasutku dari rak kasut.
Aku sedang menyarung kasut, apabila ibu tiba-tiba menegurku dari belakang. “Nak pegi mana tu?”. Aku menoleh ke arah suara itu. Eh, ibu? Ibu bukan kat luar ke tadi? Ibuku mengelap tangannya dengan apron. “Eh takdelah. Ibu ada kat dapur tadi. Tengah basuh pinggan mangkuk. Ha kamu ni nak pegi mana pakai kasut tu?”.
Aku termangu sebentar. Aku yakin tadi memang aku ada terdengar suara ibu kat luar. Aku tak silap dengar sebab malam itu memang sunyi, cuma rumah aku aje yang ada di situ, jiran sebelah rumah pun berbatu jauhnya. Tapi kalau itu bukan ibu…. Aku buka pintu utama, dan melihat sekelilingku. Cuma ada sekumpulan coyote tadi masih berlegar-legar di tanah lapang berhadapan rumahku tanpa bunyi.
Tapi.. aku perasan, ada seekor coyote dalam kumpulan itu sedang merenungku. Seolah-olah menantikan sesuatu. Kemudian, tanpa kusangkakan, coyote itu mengangkat kaki hadapannya dan berdiri dengan dua kaki! Aku terpaku di muka pintu dengan mata terbeliak, terlopong menyaksikan coyote itu. Tapi, coyote itu akhirnya berpaling, dan berjalan dengan dua kaki ke arah hutan di kiri ku…
Aku bersumpah di atas nyawaku sendiri, peristiwa ini benar-benar terjadi. Walaupun ianya kali pertama, tapi ia bukannya yang terakhir. Selepas peristiwa itu, aku acap kali mendengar suara ibu dan ayahku memanggilku dari luar, tapi aku tahu itu bukan mereka….
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 13-1-2021 02:23 PM
i baca jugak, ada kajian mengatakan yg selkie tu mungkin sbnrnye manusia ni orang-orang dari negar ...
Seramnye tgk geografi pulau tu tp cantek sgt2...mybe penduduk tu mmg bajet itu mmg anjing laut jelmaan manusia..apepun xsggup nk mkn sbb diorg tau bnda ghaib tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|