CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Aspirasi Ramli MS - Bi-Pop (BH)

[Copy link]
 Author| Post time 23-4-2007 05:19 PM | Show all posts
Aspirasi: Jangan buat kerja separuh masak, tunjukkan komitmen
Oleh Ramli MS
[email protected]


"ASSALAMUALAIKUM. Saya perhatikan di Malaysia sejak dua dekad kebelakangan ini, kerjaya artis kita begitu mengagumkan. Bersama semangat yang begitu kuat artis kita bekerja sehingga mencapai tahap yang membanggakan buat diri mereka.

Mereka berjaya menampilkan dua atau tiga kerjaya sekali gus - penyanyi, pelakon dan pengacara. Bagi saya, ini satu peluang yang mungkin direbut untuk menampakkan kejayaan membanggakan dan ada juga yang menampakkan kepincangan apabila seorang artis itu hanya bagus untuk satu-satu kerjaya saja.

Secara peribadi, saya amat mengagumi Erra Fazira, Awie, Ziana Zain, Amy Mastura dan beberapa nama lagi. Kalau kita melihat Erra Fazira sebagai contoh, dia seorang pelakon yang cukup berjaya. Namun, sebagai penyanyi, kerjaya itu tidak sehebat lakonannya.

Erra menghabiskan masa yang banyak demi kerjaya lakonannya, kerana itu lakonannya jadi lebih baik berbanding nyanyian. Seperti Ziana Zain pula, nyanyiannya lebih baik daripada lakonan. Ziana menghabiskan masa yang banyak mengasah nyanyiannya berbanding berlakon.

Awie pula hebat dalam kedua-dua bidang, menyanyi dan lakonan. Dia bermula sebagai penyanyi bersama Wings dan namanya menjadi besar.

Seterusnya Awie menceburi bidang lakonan dan dia menghabiskan masa yang banyak untuk lakonan.

Saya nampak Awie mempunyai bakat nyanyian dan lakonan yang semula jadi. Bertuahnya Awie apabila memperoleh bakat seperti itu. Kita juga ada artis yang multi-talented seperti M Nasir. Beliau seorang pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi, pelakon, pengarah dan pengacara sekali gus.

Apabila anda menjejakkan kaki dalam bidang seni, seluruh jiwa dan tenaga anda harus komited. Kita tidak boleh menceburi sesuatu bidang itu separuh masak saja. Bagi saya, kalau anda hendak bagus di bidang nyanyian, lakonan mahupun pengacaraan anda mungkin terpaksa tidur cuma tiga jam sehari. Itulah pengorbanan yang mungkin terpaksa anda lakukan.

Lebih banyak anda memberi komitmen dalam sesuatu bidang, anda akan jadi lebih baik. Bagi saya, artis yang membuat satu kerja saja, itu lebih bagus untuk mereka.

Seperti di Barat, ada juga bakat multi-talented, namun tahapnya terlalu tinggi disebabkan persaingan yang hebat. Kita juga mempunyai ramai artis multi-talented, tetapi persaingannya kurang sengit.

Bagi saya, peluang harus direbut kalau diberi tapi apabila menceburi bidang itu, buatlah bersungguh-sungguh. Sebagus mana anda menyanyi, sebagus itulah anda berlakon dan mengacara. Biarlah seimbang bakat anda pada tahap yang sepatutnya.

Jika sekadar merebut peluang, tapi anda tak mampu memberi impak yang dibanggakan, ia hanya merosakkan nama anda. Saya sendiri sebagai pengarah muzik, pernah mendapat tawaran berlakon, sebaliknya saya tolak. Lakonan bukan bidang saya. Saya tidak mahu buat perkara yang saya tidak tahu. Setakat ini saja untuk minggu ini, wassalam."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2007 01:12 PM | Show all posts
Stesen radio swasta tidak abai pemantauan lagu
Oleh Zubir Mohd Yunus


STESEN radio swasta sejak kebelakangan ini dilihat semacam tidak menitikberatkan soal pemantauan lagu, justeru lagu yang rendah kualiti rakamannya, adunan yang ala kadar dan tidak menepati piawaian, kadang kala terlepas ke pendengaran pendengar, sekali gus merosakkan imej industri hiburan negara.

Peranan radio adalah untuk memantau kualiti yang rendah ini dan setiap stesen radio seharusnya mempunyai satu badan atau lembaga penapisan yang bertanggung jawab meneliti lagu yang tidak memenuhi standard atau piawaian rakaman dan dalam masa sama menangani kepincangan itu dari terus berleluasa.

Inilah yang diperkatakan pengarah muzik terkenal, Ramli MS menerusi ruangan tetapnya di dalam akhbar sisipan Bintang Popular iaitu Aspirasi Ramli MS terbitan 29 April lalu.

Kata Ramli lagi, kalau suara penyanyi sumbang, lirik berbaur lucah, adunan muziknya tidak menepati standard atau piawaian, sesebuah lagu itu akan ditolak stesen radio berkenaan terutama Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Namun, perkara itu nampaknya tidak berlaku lagi hari ini. Saya mendengar peraturan seperti itu sudah tidak ada. Dengan wujudnya banyak stesen radio swasta yang baru, saya amati peraturan yang bagus seperti itu sudah mula diabaikan.

"Saya tidak mengatakan stesen radio tidak mempedulikan peraturan berkenaan, sebaliknya mereka bagai tidak memperincikan masalah yang mungkin dilihat satu perkara kecil," katanya lagi.

Dalam hal ini Ramli menyalahkan produser albumyang hendak kerja mudah tetapi ingin untung banyak. Bajet mungkin diberi sedikit tetapi bajet sememangnya diperuntukkan kepada mereka oleh syarikat rakaman. Cuma bajet itu tidak dibelanjakan kepada pengadun profesional.

"Jadi, hasilnya begitulah dengan kualiti adunan yang rendah tidak menepati piawaian yang sepatutnya. Kadang-kadang kedengaran sumbangnya suara penyanyi itu yang begitu mentah hasil penerbitan lagu berkenaan.

"Justeru, di sinilah peranan radio untuk memantau kualiti yang rendah ini. Apa yang saya nampak hari ini, kebanyakan stesen radio tidak mempedulikan pemantauan itu. Mungkin mereka tidak ada satu badan atau lembaga penapis yang bertanggungjawab," kata Ramli.

Kita ikuti komen pihak stesen radio swasta berhubung kenyataan Ramli.

KC ISMAIL,
Pengurus Rancangan Suria FM

"Selama ini kami di Suria FM sentiasa bersikap positif dalam membantu industri muzik dan hiburan tanah air. Setiap kali mendapat album baru yang dihantar oleh syarikat rakaman ataupun pengurusan artis, kami akan meneliti terlebih dulu isi kandungan lagu-lagu terbabit baik dari segi lirik, susunan muzik dan vokal penyanyinya. Selama ini kami tidak berdepan dengan sebarang masalah dalam memutarkan lagu kerana kami akan memperkenalkan lagu yang dianggap segar dan menonjolkan pembaharuan. Memang tidak dinafikan memang ada lagu yang mutu produksinya ala kadar tetapi jumlah itu sangat kurang kalau dibandingkan dengan lagu yang bermutu.

"Sebagai stesen radio swasta, Suria FM akan cuba membantu lagu tempatan yang terbaik tanpa mendiskriminasi penyanyinya. Sebagai contoh, kami antara yang paling awalmemutarkan lagu Terlalu Istimewa nyanyian Adibah Noor sehinggalah lagu itu terus popular di stesen radio lain. Begitu juga dengan Noryn Aziz dan Sean Ghazi kerana kami beranggapan muzik yang ada pembaharuan seharusnya disokong.

"Sebenarnya muzik Malaysia sudah maju ke depan. Pada satu peringkat dulu, album Sheila Majid begitu dikagumi di Indonesia sehingga mereka begitu tertarik dengan bakat dan kualiti album kita. Namun sampai satu peringkat, muzik kita seolah-olah ketinggalan di belakang Indonesia. Namun kita juga sedang menuju kemajuan kembali dengan lahirnya ramai bakat baru yang hebat.

"Dari segi kandungan lagu, Suria FM tidak akan memutarkan lagu yang dianggap bertentangan dengan aspirasi negara serta nilai ketimuran. Setakat ini kami tidak berdepan dengan sebarang masalah atau bantahan daripada pendengar Suria FM."

ROSTAM SAID,
Pengurus Rancangan Era

"KAMI di stesen Era memang ada badan khas yang menapis semua lagu sebelum ia dibenarkan ke udara. Ini bermakna bukan saya seorang diri yang membuat keputusan, lagu ini boleh putar, lagu ini tak boleh, sebaliknya badan khas itu yang bertindak memantau kualiti rakaman lagu berkenaan.

"Era sentiasa melakukan kerja-kerja pemantauan apabila lagu yang tidak menepati piawaian rakaman dan rendah kualitinya, lagu itu tidak akan diputarkan di stesen kami. Kami tidak akan memandang mudah perkara ini, kami sentiasa memelihara kualiti untuk memberikan kepuasan maksimum kepada pendengar.

"Mengenai saranan Ramli supaya setiap stesen radio perlu ada lembaga penapisan, bagi saya ia terpulang kepada stesen radio berkenaan. Tapi, di Era sendiri memang ada lembaga penapisan ini yang diwakili oleh pendengar sendiri, selain mereka yang berpengalaman luas dalam bidang muzik.

"Kami memang sentiasa menitik beratkan soal kualiti lagu dan menapis dengan ketat setiap lagu sebelum ia dibenarkan ke udara," katanya.

SEELAN PAUL,
Pengurus Besar, Rangkaian Radio Media Prima

"SEBAGAI pemegang lesen di bawah kementerian, Hot FM sentiasa mematuhi kod kandungan yang didaftarkan pada 2004. Kod ini mengandungi kandungan khusus yang tulus diikuti oleh semua media. Walau bagaimanapun, pihak media swasta kini sedang mengadakan perbincangan mengenai keperluan panduan khas untuk lagu sama ada siaran radio, TV dan semua media yang relevan dengannya.

"Kami di pihak rangkaian radio Media Prima buat masa ini sedang membuat pemantauan sendiri pada kualiti lagu dan kerap membuat kajian muzik untuk digunakan sebagai parameter stesen." kata Seelan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2007 01:13 PM | Show all posts
Aspirasi: `Janganlah kita jadi seperti kebudak-budakan'
Oleh Ramli MS
[email protected]


ASSALAMUALAIKUM. Rasanya sudah beratus kali terjadinya perkara ini setiap kali keputusan dibuat. Ada saja yang tak kena. Saya tak tahulah apa yang boleh memuaskan hati semua pihak. Sudah termaktub, juri profesional diadili oleh mereka yang berkelayakan dan keputusan tidak dibuat oleh seorang juri individu, tapi Ketua Juri.

Begitu juga dengan penjurian awam. Sang jari jemari yang menjadi juri. Apabila sudah buat begitu, masih ada yang mempertikaikannya. Memang dah konsepnya begitu, jadi kita tak seharusnya mengulangi resam orang-orang kita, selepas habis sesuatu pertandingan, pasti ada rungutan.

Yang menjadi mangsa bukan orang lain, tapi orang seni seperti saya juga. Saya ambil contoh Anugerah Industri Muzik ke-14 (AIM'14), baru-baru ini. Ramai orang mempertikaikan kemenangan si polan itu, si polan ini, kenapa si polan ini tak menang, kenapa si polan itu yang menang.

Jadi, dalam konteks yang sebegini, anda harus faham. Saya sendiri pernah berada di dalam bilik penjurian AIM itu. Kata putus adalah daripada 10 kepala juri profesional. Sebulat suara akan mengesahkan si polan ini menjadi yang terbaik. Jadi, kalau si polan itu kalah, anda tak puas hati, kita singkirkan saja barisan juri!

Kalau sudah bertahun-tahun si polan itu menang, ada juga yang tak puas hati, kita gam saja artis berkenaan, adakah itu yang anda mahu? Justeru, kita seharusnya berfikiran terbuka dan mengiktiraf pemenang serta `takziah' kepada yang kalah.

Jadi, di situlah penjurian profesional dibuat dan seharusnya kita tidak membuat bising atau rungutan. Ibarat, pemenang sudah diiktiraf, kita seharusnya berbangga. Kepada yang gagal membawa kemenangan, seharusnya bekerja lebih keras. Itulah yang seharusnya berlaku.

Tapi, janganlah kita menjadi seperti kebudak-budakan. Yang kalah mesti membuat rungutan, sebaliknya kita harus melihat diri kita sendiri, mengapa kita kalah dan jangan sekali membabitkan orang lain. Hukumlah diri sendiri kalau kita kalah. Jangan kata juri tak adil, melainkan ada sesuatu yang terlalu musykil, itu yang perlu disiasat.

Namun kalau sudah sebulat suara memilih si polan berkenaan sebagai yang terbaik, menjadi juara, kita terima saja dan perlu berasa bangga.

Itu di dalam penjurian profesional. Berbalik kepada penjurian awam. Dah memang konsepnya begitu, jari menjadi juri. Saya ambil contoh Aizat yang terkeluar ketika konsert minggu yang ketujuh Akademi Fantasia 5 (AF5).

Pengkritik memberikan empat lampu biru kepada Aizat. Dah memang pelajar itu sangat berbakat dan berpotensi, tapi akhirnya dia terkeluar juga dari AF5. Padahal yang memilih dan mengundinya adalah juri awam. Anda harus mengundi Aizat jika tidak mahu keadaan bising.

Jadi, penjurian awam dan profesional adalah sangat berbeza. Apabila penjurian awam dijuri orang awam, banyaklah faktor yang kita perlu akui. Mentaliti penjuri awam di sini, melihat lebih kepada personaliti pelajar, tidak kepada bakat semata-mata.

Itu hak mereka. Saya tak mahu cakap apa-apa kerana memang kuasa memilih itu diberikan oleh pengendali program realiti TV berkenaan. Jadi, kalau anda suka pelajar berkenaan, anda undi. Namun, apabila keputusan sudah dibuat, tolong janganlah merungut!

Kita harus ingat, kalau anda suka pelajar itu terus berada di dalam akademi, jadi anda teruskan menghantar undian. Kalau sebaliknya, jangan undi! Jadi, apabila terkeluarnya pelajar yang berbakat itu umpamanya Aizat, jangan bising!

Sama halnya dengan penjurian profesional, jika si polan tu tewas, anda jangan merungut! Anda asyik merungut saja, anda tak tahu apa-apa. Ada merungut, ada tidak mengundi tapi, apa yang anda tahu, bising saja! Jadi, di sini kita harus berfikiran terbuka dan menerima kekalahan serta meraikan kemenangan.

Ini adalah satu adat resam yang seharusnya kita kekalkan fikiran yang positif. Bagi saya, jika dilihat secara lebih mendalam memang program realiti TV sekarang tidak sama konsepnya. Ada program realiti yang mementingkan bakat, ada yang mementingkan personaliti.

Apa saja program yang disaji untuk kita, kita seharusnya memahami konsep dan apa tujuannya. Kalau anda suka, tontonilah program realiti berkenaan, anda membabitkan diri anda, kalau anda tak suka, tutup saja TV, jangan merungut. Semuanya adalah hak anda untuk memilih.

Jika pemenang dipilih oleh juri profesional, ada rungutan, dipilih juri awam pun ada rungutan, anda buatlah program TV sendiri! Sepatutnya kita sebagai pemerhati dunia seni, seharusnya memberikan sokongan yang positif. Sekian saja untuk minggu ini, wassalam."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2007 01:20 PM | Show all posts
Aspirasi: Bukan senang proses hasilkan sesebuah lagu
Oleh Ramli M.S.


Kalau kita bekerja selama 40 jam untuk sebuah lagu, lanun cetak rompak hanya ambil masa empat saat untuk pindahkan ke kaset atau CD

"ASSALAMUALAIKUM. Bayangkan anda sedang mendengar sebuah lagu. Daripada bait pertama, kedua, ketiga, seterusnya korus, anda kata lagu itu tidak sedap. Mungkin kalau anda menyukai lagu berkenaan, anda akan dengar berulang kerana lagu itu enak sebagai halwa telinga anda.

Apapun, pernahkah anda sedar bahawa lagu yang berkumandang selama empat, lima minat itu sebenarnya mengambil masa berminggu-minggu untuk diproses?

Jadi, minggu ini saya ingin hendak bercerita mengenai penghasilan sesebuah lagu itu mengikut cara beberapa komposer. Contohnya Datuk Ahmad Nawab (gambar). Apabila beliau mencipta sesebuah lagu itu, beliau akan menulis muziknya sendiri tanpa bantuan orang lain. Cuma nukilan liriknya saja akan ditulis orang lain. Namun yang lainnya, daripada proses mula hingga akhir, beliau akan melakukannya sendiri. Itulah kelebihan Datuk Ahmad Nawab yang mampu menghasilkan lagu bersama muziknya sekali.

Ada juga komposer yang menghasilkan melodi saja. Contohnya komposer seperti Wan Zul dan Saari Amri. Prosesnya bermula apabila komposer berkenaan menyanyi guide menerusi rakaman kaset atau CD, biasanya berbunyi, "lalalalala ..."

Apabila lagu itu sudah diterima pihak penerbit (kadangkala pencipta lagu itu sendiri bertindak sebagai penerbit), mereka seterusnya akan mencari penggubah lagu. Penggubah lagu antaranya Mac Chew, Jenny Chin atau orang-orang seperti saya. Dari situlah muziknya akan dimasukkan, ditulis kemudian proses beralih ke studio dengan memasukkan bunyian muzik seperti dram, gitar, bass, keyboards dan sebagainya.

Proses berkenaan mengambil masa lebih kurang seminggu. Kadang-kadang mengambil masa dua minggu untuk penghasilan satu lagu. Daripada muzik, langsung ke studio dan pemuzik undangan bermain live. Bersama ketelitian kerja itu ia mengambil masa melebihi 10 hari.

Selepas muzik disiapkan, barulah penulis lirik datang mengambil tempat untuk mengisikan lirik mengikut nada-nada lagu berkenaan. Apabila lirik sudah disiapkan sepenuhnya, tiada perubahan lagi, barulah demo itu dihantar kepada penyanyi yang sudah dikenal pasti mampu menyanyikan lagu berkenaan.

Kadang-kadang ada penyanyi yang tidak mahu belajar menyanyi lagu itu. Datang ke studio baru mereka hendak belajar. Itu yang mengambil masa lama.

Ada juga penyanyi yang tidak mahu membuat homework. Inilah kadang-kadang anda mendengar cerita, produser terpaksa menghalau penyanyi balik saja! Ada juga penyanyi, apabila mendapat lagu baru, dia tidak tahu bagaimana menyanyikan lagu berkenaan. Kita kadang-kadang terpaksa memanggil seorang penyanyi profesional untuk menyanyikan lagu itu dulu sebagai contoh. Kemudian, barulah penyanyi berkenaan mampu menyanyikannya.

Bagaimanapun, tidak semua penyanyi begitu. Kebanyakannya boleh menyanyi dengan lagu baru yang cipta untuk mereka. Selepas proses memasukkan vokal yang mengambil masa kadang-kadang dari dua hingga lapan jam, mahupun dua hingga tiga hari untuk sesebuah lagu, kena pula penyanyi bertaraf `L', proses memasukkan vokal akan mengambil masa lebih lama. "

> Jangan lagi sokong lanun cetak rompak

"DENGAN bantuan teknologi yang ada sekarang, ia boleh menolong mempercepatkan masa bekerja. Lainlah pada zaman saya (1970-an dan 1980-an), yang kurang bantuan teknologi. Jadi, selepas proses memasukkan vokal, lagu itu dipantau sehingga semua pihak berpuas hati.

Proses berikutnya adalah adunan. Apabila sudah diadun, barulah lagu itu dihantar ke mastering. Apabila siap mastering, barulah sesuatu lagu itu dihantar ke kilang untuk proses percetakan dan diedarkan kepada anda.

Jadi, bayangkan untuk pembikinan sebuah album kadang-kadang mengambil masa sehingga ratusan jam!

Album seperti Gamal daripada Zainal Hijau yang mengambil masa 600 jam untuk disiapkan apabila ia dihasilkan dengan begitu teliti. Kosnya pula boleh mencecah ratusan ribu ringgit. Di sini, anda boleh bayangkan betapa susahnya kita menghasilkan sesebuah album sememangnya satu cabaran yang betul-betul susah untuk memuaskan hati semua orang.

Lebih-lebih lagi apabila album yang dihasilkan perlu mencapai aspek nilai komersial yang begitu diutamakan. Kita semua mudah menolak cita rasa kita sendiri semata-mata untuk memuaskan pembeli. Jadi, kepada anda yang mungkin tidak tahu bagaimana terciptanya sesebuah lagu, apa yang saya terangkan, itulah cara kita bekerja. Itu pada taraf yang biasa saja.

Bayangkan kalau sebuah lagu itu diiringi dengan muzik orkestra, bajetnya tentu lebih tinggi dan masa lebih banyak diperlukan dan bertambah rumit lagi penghasilannya. Bukan senang kita menghasilkan sebuah album lebih-lebih lagi apabila bekerja selama 40 hingga 50 jam untuk sesebuah lagu. Anda pula mendengarnya selama empat minit dan terus katakan ia tidak sedap!

Kita faham, anda ada hak untuk membeli dan mengkritik sesebuah album. Bagi saya, lanun cetak rompak seharusnya tidak ada dan kita sewajarnya jangan memberi sokongan kepada kegiatan lanun cetak rompak. Kalau anda melihat cara kita bekerja selama 40 jam untuk sesebuah lagu, lanun cetak rompak hanya mengambil masa empat saat saja untuk memindahkan sebuah lagu dan kemudian dijual. Modalnya memang atas angin.

Ini sesuatu yang tidak adil dan boleh membunuh industri muzik. Kalau kita tidak menyokong lanun, memang tidak akan ada album cetak rompak.

Kesimpulannya, kalau anda hendak membeli album, belilah yang asli dan hargailah mereka yang bertungkus lumus di belakang tabir ketika penghasilan sesebuah album itu. Kalau lagu tidak sedap, ia perkara kedua atau dengan erti lain, jangan beli album berkenaan.

Sekian saja coretan saya untuk minggu ini, wassalam."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2007 09:04 AM | Show all posts
Aspirasi: Roslan Imam bantu jana industri muzik tempatan
Oleh Ramli MS


Sumbangan A Ali, Adam Ahmad, Manan Ngah serta Omar Taib yang pernah cipta nama sebagai komposer pada era 70-an, 80-an, 90-an patut dikenang


"ASSALAMUALAIKUM. Anda mungkin tidak begitu tahu orang yang ingin saya sentuh pada minggu ini. Dia seorang anak seni yang bekerja di belakang tabir dalam tempoh yang begitulama. Sebenarnya adik-beradik beliau semuanya berkecimpung dalam arena muzik. Itulah The Imam's Family.

Abang beliau, seorang pakar muzik bertaraf Doktor Falsafah (PhD), Profesor Hanafi Imam. Seorang lagi abangnya, Ramlan Imam, menjadi tenaga pengajar di Akademi Seni Kebangsaan (ASK), Kuala Lumpur.



Manakala dia sendiri, orang yang saya maksudkan - Roslan Imam - adalah penggubah muzik yang sangat berkaliber. Bagi saya, Roslan adalah seorang yang cukup komited dengan muziknya. Saya sudah mengenalinya lebih empat dekad lalu. Beliau berjaya `menjual' muzik malah sehingga sekarang pun masih ada ramai pembeli yang berminat dengan hasil kerjanya.

Bagi saya, memang satu pencapaian menakjubkan untuk seseorang penggubah seperti Roslan apabila mampu bertahan selama empat dekad dalam arena perdagangan muzik atau urus niaga komersial muzik.

Untuk pengetahuan anda, Roslan juga seorang orchestrator yang cukup berkaliber. Sehingga sekarang, saya sendiri masih mengundang Roslan sebagai penulis sampingan dalam konsert yang saya kendalikan. Beliau juga banyak menulis muzik dalam konsert di Istana Budaya (IB) selain Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau mana-mana konsert yang membabitkan penggunaan orkestra. Khidmat beliau pasti tidak akan ketinggalan dimanfaatkan mereka yang ingin menonjolkan persembahan muzik yang mantap terutama bersama orkestra.

Bagi saya, inilah antara keistimewaan seorang pemuzik yang boleh bertahan sehingga zaman berzaman. Syabas saya ucapkan kepada Roslan dan saudaranya. Selain Roslan yang terus kreatif sehingga hari ini, kita juga ada ramai penggubah dan komposer tempatan yang pernah mencipta nama pada zaman 1970-an, 1980-an dan 1990-an. Antara mereka ialah A Ali, Adam Ahmad, Manan Ngah dan Omar Taib yang akan kita ingat lagi dalam tempoh 20 atau 30 tahun akan datang. Jasa dan sumbangan mereka memang menjana dunia seni tanah air.

Jadi, janganlah kita menidakkan sumbangan atau pembabitan kreativiti penggubah muzik yang saya sebutkan tadi walaupun mereka mungkin kurang aktif lagi pada zaman ini. Kepada komposer muda yang ingin menjadi seperti mereka, anda harus melihat penggubah senior sebagai ikon atau bahan rujukan. Namun usahlah meniru cara mereka kerana anda digalakkan bekerja dengan kreativiti sendiri.

Hari ini ada ramai komposer baru yang cuba berkecimpung dalam kerja di belakang tabir. Anda seharusnya berkerja keras dan saya memahami keadaan kerja sekarang yang begitu senang kalau hendak dibandingkan dengan zaman saya dulu.

Dengan adanya kemudahan komputer yang mempunyai jalan pintas untuk berkarya, anda harus sedar bahawa kelebihannya akan tetap berpihak kepada zaman saya. Apabila kami bermula dengan kertas dan pensil, anda pula bermula dengan komputer untuk mendengar bunyi. Bagaimanapun, ketika zaman kertas dan pensil, kami harus melihat bunyi.

Maksud saya, anda juga harus mengenali dan mempelajari kaedah manual untuk kebaikan diri anda. Sebenarnya, mereka yang berada di belakang tabir memanglah penting kerana hampir 65 peratus kejayaan sesebuah album itu bergantung kepada tenaga kerja orang-orang yang sebegini. Orang biasanya lebih melihat penyanyi, komposer, namun orang selalu terlepas pandang pada ramai tenaga kecil di belakang tabir yang kalau disatukan, peratusan kerja mereka melebihi yang lain. Kita jumlah lagi wassalam."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2007 04:37 PM | Show all posts
Aspirasi: AF patut diteruskan demi mencungkil bakat terpendam
Oleh Ramli MS


"ASSALAMUALAIKUM. Topik ini sengaja saya tidak mahu memperkatakannya ketika program ini masih berjalan di kaca TV. Sebabnya, saya tidak mahu diperkatakan orang, saya cuba menyibuk. Topik ini mengenai Akademi Fantasia (AF). AF sudah pun berakhir minggu lalu dan saya ucapkan tahniah kepada juaranya yang baru, Mila dan seluruh tenaga produksi AF5.

Hari ini saya ingin bercakap, perlukah AF diteruskan? Saya bercakap bukan kerana saya pernah berada di dalam AF tetapi anggaplah saya sebagai orang luar. Kalau tidak ada AF, tidak ada Vince, Zahid, Mawi, Faizal dan yang terbaru, Mila.

Jikalau mengikut prosedur, seperti syarikat rakaman memperkenalkan artis, saya tidak rasa mereka akan menerima kelima-lima juara AF tadi. Kalau dilihat daripada demo tape yang akan dihantar berdasarkan mula-mula mereka masuk AF. Mereka diuji bakat.

Jadi, di sini, AF adalah satu tapak untuk mereka mendapat peluang yang

terbuka kepada bakat-bakat yang masih terlalu mentah untuk digilap. Kita

lupakan apa saja inti pati yang positif dan negatif mengenai AF. Ada yang

berkata, AF sepatutnya dihentikan, ada yang kata, AF patut diteruskan,

itu adalah isu lain.

Bagi saya secara peribadi, AF seharusnya diteruskan untuk memberi

peluang kepada bakat-bakat yang mentah mencuba nasib mereka untuk digilap

oleh mereka yang berkelayakan selepas dinobatkan sebagai artis realiti

atau bintang realiti. Itu adalah isu selepas AF.

Namun permulaan kerjaya mereka adalah di pentas AF. Di sini saya melihat satu tapak yang sepatutnya direbut individu yang ingin menjadi penghibur dan merebut peluang yang terbuka. Memang banyak rancangan realiti TV di negara kita, tapi AF adalah sesuatu yang unik.

Anda dapat belajar di dalam AF, di dalam proses pembelajaran pula anda dapat mengenali individu, berpeluang mengetahui sedikit sebanyak inti pati yang terkandung dalam sistem pembelajaran di AF untuk orang yang menonton.

Bagi peserta yang ingin memasuki AF, mereka sepatutnya sedar peluang itu untuk mereka yang betul-betul menjadi seorang penyanyi. Kalau ingin popular, masuk AF, anda salah. Sebenarnya untuk peserta sendiri, beban menjadi seorang artis, bukan di dalam AF, sebaliknya selepas AF.

Mengapa saya berkata begitu? Anda sebenarnya dipromosikan dulu sehingga ke tahap yang maksimum! Sedangkan standard anda adalah masih seorang pelajar. Jadi, di sini beban itu diletakkan selepas anda dinobatkan sebagai juara atau bintang AF.

Kenapa saya berkata beban? Disebabkan promosi didahulukan, sedangkan anda masih pelajar dan pada masa yang sama dinobatkan sebagai juara.

Jadi, orang melihat perkembangan anda selepas bulan keempat anda bergelar juara AF. Jadi, satu masa yang tak masuk akal!

Orang ramai pula mengharapkan anda menyanyi seperti orang yang sudah 15 hingga 20 tahun menyanyi. Jadi, di sinilah beban anda harus membuktikan, `biasiswa' yang diberikan kepada anda tu digunakan dengan sepenuh jiwa anda. Anda harus membuktikannya dan tak harus leka.

Bagi saya, AF sewajarnya diteruskan. Pembaharuan dalam AF memang digalakkan, diharuskan tetapi, seharusnya mengatasi yang hendak diberi pembaharuan.

Mengenai apa saja inti pati di dalam AF, pengkritik, SMS (Khidmat Pesanan Ringkas), itu terpulang kepada tenaga produksi AF menentukannya. Sudah saya kata pembaharuan itu memang diharuskan dan ia harus mengatasi yang hendak diperbaharui.

Untuk pembaharuan dalam musim AF yang akan datang, pembaharuan kreativiti saya tak boleh bercakap mengenainya. Terpulang kepada produksi yang menentukan rancangan AF ni. Kalau difikirkan pembaharuan itu elok, eloklah jadinya. Tapi, seharusnya mereka perlu bekerjasama sebagai satu pasukan.

Saya melihat AF sebagai satu platform yang terbuka untuk bakat mentah menjadi penyanyi berbakat selepas digilap. Apa yang saya mahu dalam AF satu saja, pengundi harus bijak mengundi, membuat pilihan. Tips untuk memilih peserta - apabila anda melihat TV dengan anda mendengar radio, adalah dua perkara yang berbeza.

Apabila anda mendengar radio, anda cuma mendengar audio saja, anda tidak tahu siapa orangnya. Apabila anda menonton TV, anda disajikan dengan audio dan visual. Mata kita dipengaruhi oleh visual dan audio sudah jatuh nombor dua.

Apabila mata dipengaruhi visual yang cantik, yang elok, kacak, kita lupakan audio itu. Di sini adalah satu pengundian yang tidak bijak! Jadi anda harus menjadikannya setara. Visual dan audio harus setara. Jangan visual mempengaruhi audio. Janganlah kita melupakan audio walaupun peserta itu menyanyi sedap!

Saya tidak cuba mempengaruhi anda semua, cuma saya memberi sedikit panduan. Kita bertemu lagi minggu depan, wassalam."
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-6-2007 04:37 PM | Show all posts
Aspirasi: 'Kita tidak harus dengar muzik dari kelompok kita saja'
Oleh Ramli MS


"ASSALAMUALAIKUM. Sehari suntuk saya menonton TV, begitu banyak rancangan realiti dipaparkan oleh stesen TV kita. Saya menonton satu rancangan realiti dan saya terfikir sejenak apabila terdengar satu rungutan, kenapa artis luar diberi keutamaan, artis sendiri tidak diendahkan?

Mereka yang membuat rungutan itu bukan orang ramai, sebaliknya orang seni sendiri. Kita harus melihat topik yang ingin saya kupas hari ini, kenapa pendedahan muzik di negara ini terlalu cetek. Kita lihat saja program Gang Starz, antara artis kita dan artis seberang.

Sungguh jauh perbezaannya. Bagi saya, kumpulan The Lima kalau untuk dipertandingkan dengan peserta lain yang ada di Gang Staz itu memang tidak sepadan. Tapi, bagi saya, The Lima kalau di Indonesia, ada banyak kumpulan lain yang lebih bagus daripada mereka.

Bayangkan kalau kumpulan seperti The Lima bergelar artis di Indonesia, ada artis yang jauh lebih hebat daripada mereka. Tapi, kalau The Lima itu sendiri hendak dibandingkan dengan artis kita, memang jauh kedudukan Lima dalam hiraki, kedudukan mereka terlalu tinggi.

Persaingan di sini tidak ada! Di Indonesia, persaingan terlalu sengit. Banyak bakat yang bagus-bagus di sana. Pendedahan mereka bersaing begitu ketat. Hanya yang terbaik saja boleh menduduki kerusi di syarikat rakaman.

Cuba anda bandingkan program realiti di tempat kita dengan di Indonesia. Peserta realiti mereka begitu jauh meninggalkan kita. Bagi saya, pendedahan di sini seharusnya didedahkan dengan kualiti yang tinggi. Contohnya, kita tidak seharusnya mendengar muzik dalam kelompok kita saja.

Kita seharusnya mempelajari muzik daripada yang terbaik untuk kita menjadi yang baik. Bukan meniru di antara kelompok sendiri. Jadi, seharusnya pendedahan di sini amat dituntut dan pengetahuan dalam pengajian sewajarnya kita berada di tempat yang betul.

Bagi saya, rungutan yang saya nyatakan di awal tadi, tidak relevan. Orang industri kita tidak akan membeli artis sendiri, orang luar yang membeli. Jadi, mereka mempunyai pilihan. Yang mana bagus, mereka beli. Justeru, kita tidak seharusnya merungut, artis luar lebih hebat dan membina tapak di negara kita!

Apa bezanya kalau Kris Dayanti datang menyanyi dengan Michael Jackson datang menyanyi atau Celine Dion yang datang menyanyi? Artis Barat menghujani negara kita seperti artis Indonesia, apa anda hendak kata? Jadi, saya tak nampak relevan, kenapa nama Indonesia mesti ditolak?

Bukan isu itu. Saya tidak mahu bercakap isu artis Indonesia masuk ke negara kita. Saya ingin menekankan, kita seharusnya menaikkan taraf muzik kita melebihi daripada mereka ataupun sama tarafnya. Soal penerimaan muzik kita di Indonesia disebabkan standard kita tidak mencukupi kalau dibandingkan dengan mereka.

Ada juga artis Malaysia yang diterima di sana sebab mereka bagus. Jadi, pendedahan seni di sini seharusnya orang seni sendiri menggunakan pendedahan yang menaikkan taraf diri sendiri kepada muzik yang lebih ke depan.

Saya sekadar memberi contoh, Gang Starz, betapa hebatnya peserta dari Indonesia. Dari situ saya tidak mahu berkata apa-apa. Tidak ada bezanya kalau The Lima datang menyanyi di sini dengan Il-Divo datang menyanyi. Il-Divo juga kumpulan dari luar namun disebabkan mereka artis Barat, mereka terus diterima umum.

Kesimpulannya mudah saja, pendedahan seharusnya datang daripada diri sendiri untuk menaikkan taraf sendiri. Tidak perlu pergi jauh-jauh. Anda lihat saja di kaca TV seperti Gang Starz. The Lima, dari Indonesia dengan peserta dari negara kita.

Sekalipun The Lima satu kumpulan baru, tapi disebabkan mereka bagus, kita boleh menerima mereka. Saya berani katakan di sini, The Lima yang anda tonton di sini, sekadar kumpulan serpihan di Indonesia. Di Indonesia ada lebih banyak The Lima yang lebih bagus daripada The Lima yang anda tonton di sini. Jadi, bergurulah dengan mereka yang berkelayakan, di samping kerja keras yang berterusan. Kalau tinggi mutu seni anda, tinggilah lagi taraf industri muzik kita.

Baiklah, sehingga di sini saja dulu, moga kita bertemu lagi minggu hadapan, wassalam."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2007 04:00 PM | Show all posts
Aspirasi: Hetty Koes Endang lebih dulu bawa mikrofon sendiri
Oleh Ramli MS


揂SSALAMUALAIKUM. Minggu ini saya ingin bercakap mengenai keperluan seseorang artis apabila mereka membawa mikrofon dan jurutera bunyi mereka sendiri. Bagi saya, perkara itu memang diharuskan untuk menjaga kualiti dan keserasian penyanyi itu di pentas.

Sejak era 1980-an lagi, ketika saya bekerja dengan Hetty Koes Endang, dia sudah membawa mikrofonnya sendiri setiap kali dia menjayakan persembahannya. Memang kualiti nyanyiannya lain sedikit berbanding dengan mikrofon yang disediakan oleh in-house production.

Dengan adanya jurutera bunyi yang dibawa sendiri, akan kedengaran lebih baik audionya berbeza dengan mikrofon yang disediakan in-house production. Di sini penyanyi harus berbelanja lebih untuk kebaikan diri anda sendiri dan saya alu-alukan penyanyi yang ada inisiatif seperti ini.

Cuma satu pandangan saya, kalau anda nak membawa mikrofon sendiri, seharusnya sedar, jangan ada nanti suara sumbang yang mengatakan, nyanyi pun belum betul lagi, ada hati bawa mikrofon dan jurutera bunyi sendiri! Keadaan itu memang betul.

Bagi pandangan saya secara peribadi, apalah gunanya anda membawa mikrofon dan jurutera bunyi sendiri, tapi kedengaran suara anda menyanyi, sumbang yang dihasilkan oleh anda sendiri dan mikrofon yang anda bawa sendiri! Perbezaannya apabila anda membawa mikrofon sendiri, satu kelebihannya, ada mempunyai gadjet yang lebih baik iaitu kompresor dan reveb.

Pengadun suara anda akan mengemaskan gadjet itu untuk keselesaan anda. Lebih-lebih lagi sekarang apabila membawa jurutera bunyi sendiri, penyanyi itu digalakkan memakai hear monitor.

Anda boleh perhatikan, kebanyakan artis Barat, mereka mengenakan hear monitor.

Memang akan kedengaran muzik di pentas seperti kualiti CD sekiranya anda memakai hear monitor sebab semua adunan muzik itu dihantar langsung ke telinga anda.

Penyanyi yang beraksi di pentas tidak akan mendengar lagi gema di pentas itu, ini adalah salah satu kebaikan untuk diri anda apabila menggunakan gadjet tambahan dan jurutera bunyi sendiri. Cuma, saya ulangi sekali lagi, apabila anda memakai peralatan dan kemudahan seperti ini, diharuskan standard nyanyian anda setaraf penyanyi yang susah nak buat kesilapan di atas pentas!

Maknanya keselesaan anda menyanyi sudah tidak ada kekok di atas pentas. Cuma interaksi anda bersama penonton, harus diberi keutamaan.

Tidak ada lagi masalah seperti gugup, lupa lirik dan sebagainya. Nyanyian anda seharusnya sudah kurang kesilapan. Kesilapan sudah di aras minimum.

Apabila kesilapan nyanyian berada pada aras minimum, anda pula menggunakan gadjet, jurutera bunyi sendiri, tidak akan ada kedengaran kata-kata sumbang daripada mereka yang mendengar nyanyian anda.

Seperkara lagi, spekulasi akan ditimbulkan oleh penganjur apabila anda berdepan dengan jurutera bunyi in-house. Hati mereka kita tak boleh jangka. Keegoan itu tetap ada sebab mereka tuan rumah.

Apabila penyanyi membawa jurutera bunyi sendiri, mereka akan berasakan diri mereka tak bagus atau tidak diiktiraf.

Kesimpulannya, anda perlu bagus dengan bakat sebagai penyanyi untuk mengiyakan apa yang anda minta, dipersetujui oleh pihak lain.

Apabila anda tidak bagus, anda minta itu dan ini, orang lain mempertikaikannya, menyanyi pun sumbang, minta macam-macam! Jadi, perkara seperti ini jangan sesekali ditimbulkan.

Bakat anda seharusnya cukup layak untuk menggunakan semua permintaan anda membawa semua gadjet ini. Seperkara lagi, membawa gadjet dan jurutera bunyi sendiri, orang kata penyanyi itu nak menunjuk-nunjuk atau berlagak, bagi saya, tidak ada istilah itu.

Apa bezanya apabila seorang artis itu menjayakan fotografi, dia membawa pakaiannya sendiri dengan memakai pakaian yang sudah disediakan? Sama halnya apabila kita main bowling, ada kalanya pemain itu membawa bolanya sendiri.

Gadjet itu sebenarnya menguatkan keyakinan penyanyi itu. Tapi, sebenarnya diri sendiri saja. Kata putus daripada mereka yang mendengar.

Saya sebagai orang yang mendengar, saya memberi anda tips, kalau nak bawa mikrofon atau jurutera bunyi sendiri, diri dan bakat nyanyian anda seharusnya layak terlebih dulu.

Jangan timbulkan cemuhan terhadap diri sendiri. Terus terang saya beritahu anda, sebenarnya berdasarkan pengalaman sendiri, ada penyanyi yang bagus, tak bagus, yang berpengalaman, ada yang bawa mikrofon sendiri, ada yang tak bawa, kalau sudah bagus, pakai mikrofon apa saja, nyanyiannya tetap bagus juga. Baiklah, setakat ini saja untuk minggu ini, kita bertemu lagi minggu hadapan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2007 09:22 AM | Show all posts
Aspirasi: Jadikan Andre Goh, Francissca sebagai rujukan
Oleh Ramli MS


Kemampuan artis bukan Melayu menyanyi lagu tradisional dan Pop Melayu seharusnya dicontohi kerana melambangkan perpaduan kaum

"ASSALAMUALAIKUM. Bolehkan anda mengimbau zaman 1970-an mengenai seorang penyanyi ini, ketika itu pada zaman saya belum berkecimpung lagi dalam arena muzik. Saya melihat beliau sering muncul di kaca TV. Saya bercakap mengenai penyanyi bukan Melayu yang fasih menyanyikan lagu Melayu.

Genre muzik yang beliau nyanyikan adalah lagu tradisional kita, padahal beliau bukan Melayu. Beliau amat fasih dengan lenggok lagu Melayu kita. Penyanyi yang saya maksudkan ialah Andre Goh. Beliau menyanyikan lagu langgam asli, joget, lagu tradisional dengan amat baik.

Bagi saya, itu adalah satu bakat yang dia perlu mencampuri watakwatak penyanyi yang sedemikian.

Saya kira kalau dia mahu belajar, saya anggap dia boleh berjaya. Saya berbangga dengan pencapaian Andre Goh kerana dapat mendalami lagu-lagu tradisional kita, bukannya senang.

Penyanyi pop kita hari ini nak menyanyi lagu asli pun gagal menjiwai lagu berkenaan. Tapi, Andre Goh, disebabkan pergaulannya dengan orang Melayu amat rapat, nyanyiannya sedikitpun tidak pelat, lebih-lebih lagi dengan lenggok yang terlalu kemelayuan dinyanyikan oleh seorang berbangsa Cina.

Kita harus melihat Andre Goh sebagai satu rujukan, orang bukan Melayu, mampu menyanyikan lagu tradisional Melayu dengan amat baik!

Ketika saya bertugas di kelab malam Cina, ada juga penyanyi Melayu kita yang menyanyikan lagu klasik Cina.

Bagi saya, penyanyi itu harus bertutur bahasa Cina dengan baik, barulah dia boleh menyanyikan lagu Cina dengan baik. Maksud saya, pergaulan kawan saya itu (penyanyi Melayu berkenaan) dengan orang Cina, tiada batasan.

Sama juga dengan Andre Goh.

Saya kira, sejak usianya masih kecil, dia sudah bergaul dengan orang Melayu. Itulah semangat yang boleh menyatu padukan muzik kita. Itu cerita pada zaman 1970-an.

Kita ada juga penyanyi seperti Alleycats. Walaupun dengan pelat India, David Arumugam dan Loga, mampu menjiwai lagu Melayu kita dengan baik terutama yang berirama pop. Tapi, terlebih dulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Loga di atas kematian Loga, baru-baru ini.

Pada zaman 80-an pula, kita ada penyanyi seperti Francissa Peter yang menguasai irama pop dengan begitu cemerlang.

Hasil kerjasama Francissa dengan Manan Ngah, lirik oleh Habsah Hassan, banyak lagu nyanyian Francissa menjadi hit.

Saya mengenali Francissa dengan begitu rapat.

Pergaulannya dengan orang Melayu begitu rapat.

Begitu juga dengan Elaine Kang, Sara Loo dan ramai lagi. Zaman ini kita ada Jaclyn Victor yang dapat menguasai lagu Melayu dengan amat baik. Bagi saya, sesiapa saja, kalau anda ada keinginan, kesungguhan, nescaya mereka dapat menguasai apa yang hendak diceburi. Tidak ada yang mustahil.

Kalau orang Barat boleh melakukannya, kita juga boleh buat. Pucuk pangkalnya, kita harus mengikut jalan yang betul. Jadi, kalau penyanyi seperti Jaclyn Victor atau siapa-siapa saja boleh menguasai bahasa kita, kita pun boleh menguasai lagu-lagu yang asing buat kita jikalau kita ada kesungguhan yang menebal.Seperti penyanyi kita, Betty Banafe, dia boleh menguasai lagu Arab dengan baik. Baiklah setakat ini saja untuk minggu ini, sehingga kita bertemu lagi. Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2007 06:47 PM | Show all posts
mmg artis indo sgt bagus dan kental...pelik lah..geram dibuatnya..kenapa lah org kita tak boleh berusaha lebih kuat mereka, bercita2 lebih tinggi dari mereka? kenapa? hermmh...jgn la kata penyakit M
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2007 12:43 PM | Show all posts
Aspirasi: Kerjasama artis, wartawan seharusnya profesional
Oleh Ramli MS


"ASSALAMUALAIKUM. Topik yang akan saya bercakap hari ini, saya rasa bakal mengundang kemarahan atau rasa tidak senang hati di kalangan wartawan hiburan dan artis, tapi janganlah marah dengan saya. Saya menulis secara umum, tidak menjurus kepada sesiapa saja secara individu.

Kita banyak mendengar ke tidak serasian tulisan yang berbentuk sinis, tapi bagi saya ia satu perkara biasa saja. Kalau perkara itu tidak dihidu wartawan, takkan mereka nak menulis. Tapi, kalau sudah mula menulis, berpada-pada.

Bagi saya, wartawan dan artis seperti aur dan tebing atau mata hitam piano dan mata putih piano. Seiring dan sejalan, seirama dan selagu, tidak boleh dipisahkan. Bagi artis, anda tidak perlu mencari wartawan atau gilakan publisiti. Jangan juga `membeli' wartawan semata-mata untuk meraih publisiti meluas.

Kalau anda popular, wartawan sendiri akan mencari anda. Jadi, di sini, populariti anda sepatutnya diciptakan oleh anda sendiri. Di situlah kerja keras akan dibaloi dengan publisiti yang meluas daripada wartawan.

Wartawan memerlukan anda, anda juga memerlukan wartawan, tetapi kelebihan artis, mereka yang mencari anda.

Justeru, kerjasama antara kita dan wartawan seharusnya berjalan secara profesional. Tidak ada niat lain yang terselindung seperti `membeli' wartawan, berbuat baik dengan si polan dengan harapan dapat publisiti yang berlebihan.

Anda harus fikir, ada seorang wartawan, anda pula seorang artis. Anda rasa dia nak menulis cerita anda hari-hari? Saya fikir, tidak. Setiap hari wartawan akan memaparkan cerita daripada berlainan artis. Tugas seorang wartawan hiburan, hari-hari mereka akan mencari artis yang berlainan.

Sebulan, 30 hari, bermakna ada 30 artis. Anda mungkin memperoleh satu atau dua peratus saja daripada 100 peratus yang diperuntukkan selama sebulan. Di sini, kerjasama secara profesional adalah dituntut daripada diri anda untuk anda menjadi popular.

Apabila sudah popular, automatik wartawan akan mencari kita.

Namun, ada juga cerita kurang enak, sinis, bagi saya perlulah dikurangkan. Lainlah cerita itu memberi kesedaran. Kalau ada wartawan yang cakap lain, tulis lain, kita hindarkan dari bertemu wartawan berkenaan. Semuanya terpulang kepada kita. Bagi saya, cuba elakkan perselisihan antara wartawan dan artis.

Sekiranya ada wartawan yang gagal mengadakan janji temu dengan artis popular, cubalah pada hari lain, janganlah buruk sangka terhadap dirinya. Lainlah kalau artis berkenaan memungkiri janjinya beberapa kali.

Sebetulnya wartawan dan artis tidak boleh lari. Dunia seni di Malaysia adalah kecil. Pusing macam mana pun, satu hari pasti bertemu.

Bagi saya, artis yang mencari wartawan, sesuatu yang seharusnya wartawan hindari. Tapi, kalau artis mencari wartawan untuk memberitahu perihal kerja, tidak berbau peribadi, bagi saya, tidak mengapa.

Jika ada artis yang berkata, "You dah lama tak tulis pasal I, tolonglah tulis sikit." Anda boleh minta kerjasama daripada wartawan, tapi biarlah untuk memberitahu kerja yang anda sedang buat, tidaklah kerana sudah lama tak keluar cerita dalam surat khabar.

Apabila dah keluar sekali, tiap-tiap hari minta, tiap-tiap minggu nak tengok muka dia dalam surat khabar. Saya melihat sendiri, sepanjang saya berkawan dengan wartawan, anda juga segelintir artis apabila bercakap dengan wartawan popular, bukan main layan lagi, tapi apabila bertemu dengan wartawan akhbar kecil, ada artis langsung tak nak tengok muka wartawan tu!

Sama juga dengan wartawan, apabila bertemu dengan artis besar, popular, berduyun-duyun mengerumuni artis berkenaan. Apabila jumpa artis kecil, kurang popular, wartawan tidak mempedulikannya. Inilah dunia, orang takkan tengok orang miskin, semua nak jumpa orang kaya. Bagi saya, berpada-pada.

Mungkin satu hari yang miskin akan jadi kaya, yang tak popular akan jadi popular! Sebab tu, baik artis mahupun wartawan, jangan pilih bulu. Justeru, kerjasama secara profesional dituntut.

Mengenai wartawan yang ambil kesempatan ke atas artis yang popular dan artis ambil kesempatan terhadap wartawan yang besar pengaruhnya. Bayangkan kalau suatu hari nanti, anda berkawan rapat, tiba-tiba bergaduh. Sifat kerjaya seharusnya di situ saja. Seharusnya anda jujur dari segi luaran.

Anda berkawan dengan dia bukan disebabkan dia seorang wartawan mahupun artis, seharusnya profesionalisme. Apabila berdepan dengan wartawan gosip, kenali dirinya. Ada cerita tidak betul, anda jelaskan. Jangan melenting.

Saya mengambil contoh seperti kumpulan Rabbani. Mereka hanya muncul di dada akhbar apabila ada benda penting hendak dihebahkan. Mereka juga dicari wartawan. Mereka sungguh profesional apabila berdepan dengan wartawan dan semuanya dilakukan atas dasar kerja.

Baiklah, sehingga kita bertemu lagi minggu hadapan. Wassalam"
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 04:26 PM | Show all posts
alangkah indahnya jika ada sikap profesional di kalangan wartawan
dan moleknya dunia hiburan tanpa sikap ambil kesempatan atau niat tidak ikhlas wartawan dan artis

harap kalau tak banyak, adalah kesan tulisan Ramli MS ni ke atas wartawan hiburan dan juga artis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2007 05:30 PM | Show all posts

Reply #253 niy's post

wartawan cap ayam mesti sentap punye lah

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 06:34 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 27-6-2007 05:30 PM
wartawan cap ayam mesti sentap punye lah



sentap menyentap tu kan besa bagi depa.. biak pi la
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 08:19 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 27-6-2007 05:30 PM
wartawan cap ayam mesti sentap punye lah



itulah masalahnya... bila depa sentap.

Tindakbalas sentap depa tu... lagi berdendam ngan artis, bukan sebaliknya. :@

Penat-penat je Ramli MS memberikan buah fikiran bernas hasil pemerhatian dia dlm bidang nih

walau apapun, harap Ramli MS terus dgn komen yg sebegini  :clap:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2007 09:16 AM | Show all posts

Reply #256 niy's post

dia pun tak amik pot dgn wartawan cap ayam nih

depa yang rugi..bukan dia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2007 06:57 PM | Show all posts
Aspirasi: Jangan salah guna bahasa lepas geram dalam blog
Oleh Ramli MS


揂SSALAMUALAIKUM. Perantaraan internet, teknologi maklumat (IT) dan bahasa IT, memang digalakkan untuk kemajuan masa depan.

Kadang-kadang saya masuk juga ke laman blog di Malaysia. Ramai orang persendirian menulis di laman berkenaan.

Blog berkenaan lazimnya ditulis untuk mengetahui pemikiran yang berlainan bagi seseorang itu.

Ia bagus untuk kita mengetahui pandangan orang lain terhadap sesuatu topik, tidak kiralah hiburan, ekonomi, politik, sains dan sebagainya.

Ada yang menulis di laman itu secara berterus terang, berat sebelah pun ada, kelakar, sinis dan sebagainya. Di sini saya bukannya untuk memberi nasihat tetapi sekadar memberi pandangan mengenai segelintir orang yang menggunakan ayat terlalu ekstrem, keterlaluan, kasar dan cacian sehingga seseorang itu digelar kepada sesuatu yang kurang enak didengar pada laman itu.

Kalau anda hendak menggunakan ayat terlalu ekstrem, anda perlu ada akses untuk masuk ke sesuatu laman blog itu, bukannya untuk tatapan umum. Saya kurang setuju dengan kebebasan yang diberi untuk membuat blog sendiri sehingga blog itu disalahgunakan sebagai tempat melepaskan geram!

Bagi saya, anda boleh melepaskan geram, meluahkan perasaan, sekalipun mengutuk, tetapi janganlah menggunakan ayat yang terlalu rendah kedudukannya sehingga kurang enak dibaca. Orang yang membaca, menokok tambah isi kandungan blog, satu hal juga. Mereka umpama lalang. Gunalah bahasa berkias.

Jangan menggunakan ayat yang keterlaluan. Penggunaan perkataan yang sinis, kadang-kadang kita terhibur apabila membacanya.

Perkataan yang begitu sinis dan lucu mampu membuatkan saya ketawa sendirian. Tidak salah mengutuk dalam keadaan yang sinis tetapi jangan mencaci dalam keadaan nyata. Kita semua makhluk Tuhan. Buruk baik, miskin kaya dan sebagainya, kita adalah manusia, sama saja.

Tidak baik menyentuh sesuatu yang bersifat peribadi dan boleh menjatuhkan maruah orang lain.

Anda boleh melihat dan membaca macam-macam benda terutama gosip dalam laman web. Penyamar pun memang banyak. Saya berani cakap, ada wartawan, artis dan karyawan seni lain di situ yang menyamar. Cuma kita tak tahu siapa. Gelaran pun macam-macam nama! Ikon dia orang pun macam-macam rupa. Bagi saya, laman itu adalah satu tempat melepak.

Kadang-kadang, berita di luar belum disebar, tetapi di dalam blog, sudah tersebar dengan luas. Saya boleh bayangkan, mereka yang di sebalik blog berkenaan adalah orang di dalam industri sendiri.

Saya percaya, maklumat itu biasanya datang daripada empunya diri. Mungkin yang menulis di blog berkenaan adalah artis itu sendiri atau orang yang paling hampir dengan artis itu atau mungkin juga wartawan. Kalau tidak, bagaimana orang luar tahu sesuatu cerita berkenaan?

Jadi, siapa-siapa pun boleh menulis pada blog berkenaan. Apa saja mereka tahu mengenai industri hiburan, mereka boleh sentuh, tiada sekatan. Bagi saya, itu hak anda, cuma tolong jangan menggunakan bahasa terlalu ekstrem atau kasar.

Laman blog ini, bagi saya secara peribadi, ia memang ada pro dan kontra. Jadi, dalam bab blog, ia hak masing-masing. Saya yakin yang membaca lebih ramai daripada yang hendak menulis. Ia umpama satu kejadian kemalangan kereta - ramai suka berhenti di tepi jalan hendak untuk melihat lebih dekat apa yang berlaku.

Saya tidak kata, laman blog hiburan ini perlu dihenti atau diteruskan.

Terus terang saya katakan, saya terhibur setiap kali saya membaca cerita yang terkandung dalam blog berkenaan terutama yang begitu sinis dan lucu. Benar atau tidak cerita berkenaan, itu isu lain. Sama halnya apabila anda membaca gosip di laman akhbar.

Andai akhbar atau blog tidak ada cerita panas, orang tak akan berminat hendak membaca.

Kebanyakan orang tidak mahu baca, bank ini untung, atau saham itu naik dan jatuh. Tapi, kalau cerita artis bercerai, tarik rambut, baling kasut, itu yang orang nak tahu!

Namun, saya tidak menggalakkan penulis blog menulis cerita ke arah gosip murahan. Anda buatlah apa saja, namun biarlah berpada-pada. Jangan menggunakan

ayat terlalu ekstrem. Bagi saya, apabila anda menulis di blog, saya rasa anda hendak berhibur.

Kalau anda membuat cerita yang keterlaluan untuk memberitahu keburukan orang lain, ia sebenarnya menunjukkan betapa buruknya diri anda itu. Justeru, berpada-pada dalam setiap apa yang anda tulis pada blog berkenaan. Sehingga di sini saja minggu ini, mudahmudahan kita bertemu lagi minggu hadapan, wassalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2007 09:08 AM | Show all posts
tq SM

itu merujuk pada kes yang berlaku kat bod gosip

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 09:10 AM | Show all posts

Reply #259 Syd's post

Zubir ker yg suh komen?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2007 09:23 AM | Show all posts

Reply #260 kekekek's post

soh sape komen?

bang ramli?

ke orang2 NST sendiri?

;)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.069588 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list