CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: belaianjiwa

Sharifah Amani

[Copy link]
Post time 20-8-2006 07:04 AM | Show all posts
bodo piang !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2006 10:16 AM | Show all posts
Tak sedar dimana bumi berpijak...tak habis kontroversi adik beradik nih...akaknya dulu kontroversi berpelok cium .. dia plak kuang ajar.. ish!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 10:45 AM | Show all posts
Pelik la aku tgk org melayu Malaysia nih...
Org dh mintak maap, pastu nk kecoh2 lagi...
Dah la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 12:13 PM | Show all posts
lepas ni biarlah dia berlakon dalam filem hollywood laa plak...tp ada ke mat salleh nak ambik dia berlakon?her face like org asli ulu tembeling...org asli versi kulit cerah...lubang idung dia besar arrr....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 12:39 PM | Show all posts
takdk apa yg salah dgn statement amani tu..
satu bahasa mudah utk mengatakan bahawa dia lebih senang berucap dlm bahasa inggeris,dan akan kelihatan bodoh kalo berucap dlm bhasa melayu kerana tak fasih utk menyusun ayat dlm masa yg singkat.tu ajer..



p/s melayu mudah melatah
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 04:21 PM | Show all posts
Originally posted by sanidazz at 20-8-2006 12:13 PM
lepas ni biarlah dia berlakon dalam filem hollywood laa plak...tp ada ke mat salleh nak ambik dia berlakon?her face like org asli ulu tembeling...org asli versi kulit cerah...lubang idung dia besar ...


saya rasa kalau sani tak suka dia cakap  --
'i sound stupid if i speak in malay'   tak baik la mencerca dia
kata muka macam orang asli ke apa --  itu demeaning --
lagi pula tak ada kena mengena dengan statement dia ---
apatah lagi -- sh amani pun dah meminta maaf --  
dan saya percaya dia akan lebih berhati hati next time --

mistake makes us grow ---  therefore saya percaya ini adalah
part of growing up --- and thats how we learn in our life  --- thru mistakes --
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2006 04:23 PM | Show all posts
-- source: metro --

Jarum Emas: Krisis identiti

DALAM Gubra, Orked (Sharifah Amani) dipotretkan sebagai wanita Melayu yang anti Melayu. Melalui satu adegan dalam kenderaan, Orked bersama teman lelakinya (Cina) bersembang dalam bahasa Inggeris ala Phua Chu Kang dengan dialognya yang keras mengandungi maksud, jika Malaysia ini semua Melayu, dia tak akan tinggal di negara ini.

Takdirnya pada Festival Filem Malaysia Ke-19 (FFM19), watak Orked melayakkan Amani meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik. Barangkali dibelenggu oleh watak Orked, hinggakan Amani terbawa-bawa lalu keluarlah kata-kata, 揑 sound stupid if I speak Malay.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 05:53 PM | Show all posts
Originally posted by Nikotina at 20-8-2006 12:39 PM
takdk apa yg salah dgn statement amani tu..
satu bahasa mudah utk mengatakan bahawa dia lebih senang berucap dlm bahasa inggeris,dan akan kelihatan bodoh kalo berucap dlm bhasa melayu kerana tak f ...

:setuju:ntah? takkanlah dia tak cerdik sampai gitu sekali? naik atas pentas lepas tu claim cakap melayu buatkan dia rasa bodoh? atas pentas? dalam siaran langsung?

statement dia tu, ... maksud senang nye gini  le " .. aku nak cakp english la...aku ni, cakap melayu jarang..tak fasih ...kang aku silap cakap melayu, mulalah korang kata aku bodoh ...... aku pun rasa bodoh la lepas tu....maklum la....so aku cakap english ye.." gitu le lebih kurang.

takder masalah pun.

[ Last edited by  kawankau at 20-8-2006 05:56 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2006 06:16 PM | Show all posts

Reply #259 kawankau's post

statement dia tu, ... maksud senang nye gini  le " .. aku nak cakp english la...aku ni, cakap melayu jarang..tak fasih ...kang aku silap cakap melayu, mulalah korang kata aku bodoh ...... aku pun rasa bodoh la lepas tu....maklum la....so aku cakap english ye.." gitu le lebih kurang


unfortunately ...
dalam membacking statement dia tu -  itu bukan langsung
maksud sh amani...  you kata maksud dia tu::
- saya  jarang cakap melayu??  tak fasih??
kalau sungguh pun dia tak FASIH berbahasa dan jarang cakap
melayu - apa hal nak cerita pasal ni kat audience and malaysian??
morever --- dia bagi reason (which she just cerut
lagi tali kat leher dia so to speak)  yang kalau dia cakap bahasa
nanti ada loghat UTARA dan audience tak faham dan tak sesuai
cakap bahasa dialect cam gitu jika di majlis2 rasmi  macam FFM...
- macam tu la lebih kurang --

now -- fact of the matter is -- janganlah hari2 condemn sh amani
atas kesilapan dia memberi statement 'i sound stupid if i speak in
malay' --  dia dah minta maaf -- samada dia sedar itu satu penghinaan
pada sesetengah rakyat malaysia atau tidak --itu diri dia sendiri
yang boleh jawab -- APA YANG PENTING  --- dia dapat belajar dari
sini -- satu pengajaran di masa akan datang -- satu peringatan juga
kepada kita yang lain ---  even forumers  tak payah tunggu jadi
celebriti --- kita pun kalau di majlis2 keramaian kalau nak cakap
in english - just go ahead -- tak payah la cakap " i look stupid if
i speak in malay ka, i sound stupid if i speak in malay ka, or
i am stupid cuz i cant speak malay ka ---  therefore i wanna give
my speech in English"  ---  TAK PAYAH ---  cakap aje apa yang
nak disampaikan --- kalau ada yang tak faham english tu --
ha nanti dia tanya la later on --  or -- jangan ingat orang lain
pun tak reti speak in english -- so - just be yourself and speak
in any language that you are most comfortable with....

-- lagi satu  kenyataan akhbar tu:

Melalui satu adegan dalam kenderaan, Orked bersama teman lelakinya (Cina) bersembang dalam bahasa Inggeris ala Phua Chu Kang dengan dialognya yang keras mengandungi maksud, jika Malaysia ini semua Melayu, dia tak akan tinggal di negara ini.


patutnya FINAS tengok la script ni -- and think about it -- okay ka? mungkinkah
ini antara sebab musabab sh amani  tak nak cakap bahasa malaysia?? macam
terbawa2 dari film yang dia war warkan itu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 08:20 PM | Show all posts
ntah pape ler org melayu nih..sudah2 ler...dia dah mintak maaf pun dah cukup baik...tu pun nk condemn lagik...mcm la tercalar sgt imej meLAYU yg dah memang lama tercalar...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 08:47 PM | Show all posts
Bila baca Pancaindera hari ni, Rhyno amat setuju :

Kenapa ketelanjuran Amani berucap menjadi perbualan & kutukan sedang aksi dan ucapan lucah A.R Badul yang keterlaluan semasa menyampaikan anugerah bersama-sama Ida Nerina dibiarkan berlalu???

Tak faham. ;)
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 08:49 PM | Show all posts

Reply #262 karlreef's post

sokong!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 09:39 PM | Show all posts

Reply #262 karlreef's post

mungkin jika hanya melayu saje dalam malaysia kita tidak dapat merasai nikmat dan keharmonian hidup pelbagai bangsa....tidakkah maksud ayat tu begitu bagus?? tapi nak buat macam mane kan org melayu mmg otak sempit...tak boleh nak selamatkan lagi..dah berabuk dah kepala otak org melayu....


saya rasa keterlaluan sangat tulisan karl
mengata ngata orang melayu
in this statement --

pada saya karl terlalu sangat nak menyoking sh amani ni
sampai tak nak pandang ke dua pihak..

first of all - saya bukan menyokong kata2 sh amani atau tak menyokong
kata2  sh amani  -  tapi saya pandang dari semua segi --
saya hormat orang punya pandangan yang mungkin merasa
terhina akan kata2 sh amani DAN saya hormat pandangan
orang yang merasakan -- sh amani ada hak nak menyuarakan yang
dia tak dapat berbahasa melayu bila bagi speech --
tapi sampai hati karl memburukkan ORANG MELAYU sendiri mengatakan
orang melayu OTAK SEMPIT, BERABUK  dsn sebagainya -- seperti yang saya
boldkan --

pada saya tidak wajar karl condemnkan pandangan orang yang mengatakan
MUNGKINKAH script tu keterlaluan jika seorang melayu mengatakan TAK MAHU
TINGGAL di Malaysia jika hanya ORANG MELAYU sahaja di Malaysia?

saya tidak menafikan kita hidup di Malaysia  berbagai bangsa -- dan ugama -- tetapi
script yang diutarakan mungkin juga akan menimbulkan provocation dan tidak
begitu harmony bila diutarakan - even di dalam filem apatah lagi in real life--
seriously, janganlah kerana terlalu nak menyokong seseorang tu -
langsung tak mahu tengok PANDANGAN secara overall -
BUKA MINDA - untuk tengok pandangan ramai juga...

comment saya tentang sh amani dah banyak saya tulis dan saya tak bercanggah
apa yang saya rasa -- dan saya juga menerima pandangan dari forumers lain
yang mungkin tak setuju -- tetapi saya lebih suka kalau you stand up and LOOK
around -- listen to others -- why some will feel  terhina kalau dia berkata demikian
di majlis itu --   kalau U tak terasa - thats fine -  to each his own -- tetapi mengata-
ngata orang yang tidak setuju dengan you -- mengatakan mereka tu fikiran sempit
dan sebagainya adalah keterlaluan
JUST LIKE someone mengata-ngata sh amani rupa macam orang asli - dan bagi
saya itu keterlaluan -- walau tak suka apa sh amani cakap - jangan mengata sedemikan
cuz that wont change the fact yang dia sudah pun meminta maaf - ikhlas atau tidak;
terpaksa atau tidak - tidak perlu dipersoalkan -- tetapi  saya berharap  karl atau
yang lain juga - patut LISTEN and try to understand why other malaysian tak suka
dengan kata2 sh amani and reason behind it -- bukan mengata2 mereka  yang-- just cuz
they cant accept it  meaning they are narrow minded..
hope u can see this as some debate bukan i nak argue dengan you --
but i really wont accept just like that  if everytime  KITA orang malaysia terutama
orang melayu suka sangat mengata 'NI LAH ORANG MELAYU' fikiran sempit--
tak suka orang berjaya dan sebagainya ---  saya ada argue ni pada reksaksa
yesterday or the day before (in Jamal and Saleem's thread) --
please dun judge melayu cam gitu --- memang
ada orang melayu yang mundur dan old fashion dan lembap dan narrow
minded -  BUT please understand that itu bukan kerana bangsa semata2 -
tetapi  INDIVIDUAL itu sendiri -- he can be malay and wont open his  mind --
he can be english but he still can be  narrow minded
he can be chinese he still an old fashion and wont accept opinion of others ----
--anyway    perkara yang kita bincangkan ialah 'kata2 sh amani yang mungkin
membuat some malaysian merasa terhina dan berkecil hati'  with a reason ---

maaf terlalu panjang tulis - tapi kadang2 saya cuba nak sampaikan apa yang saya rasa
tetapi tak reti nak summarizekan  buah fikiran saya...

- dex -
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 09:42 PM | Show all posts

Reply #263 Rhyno's post

Kenapa ketelanjuran Amani berucap menjadi perbualan & kutukan sedang aksi dan ucapan lucah A.R Badul yang keterlaluan semasa menyampaikan anugerah bersama-sama Ida Nerina dibiarkan berlalu???


saya rasa sepatutnya AR Badul tu juga ida nerina tu sendiri --
diberi kata dua kerana kata2 seakan lucah dan aksi lucah di pentas
waktu penyampaian tu... --- patutnya mereka merasa 'malu'
akan kelakuan mereka yang kurang sopan di khalayak ramai..

perhaps - lepas ada paper keluarkan tu -- ada tindakan
or statement tentang ini ---
we shall see...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 10:52 PM | Show all posts
Ida nerina tu tak apa2, dia tersengih2 je. agaknya dia pun malu tapi tak boleh nak buat apa pasal orang tua tak sedar diri tu tak boleh stop cakap pasal bumper dia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2006 11:19 PM | Show all posts

Reply #267 silverose's post

lmao  @ orang tua tak sedar diri..
memang betul you cakap tu -- tak sedar diri
dah tua and then staring cam tu..   do'oh sangat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2006 11:43 PM | Show all posts
aku sokong amani....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 08:32 AM | Show all posts
Usah terus hukum Sharifah Amani


BUKAN setahun dua teman kenal Fatimah Abu Bakar, emaknya Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19), Sharifah Amani. Malah, sudah bertahun-tahun teman kenal dia. Kalau nak kata sejak azali memanglah over tetapi memadailah kalau teman kata, dah kenal wanita yang sentiasa ceria ini sejak mula bekerja di New Straits Times Press lagi.

Congak-congak - campur, tolak, bahagi, darab - sudah lebih 20 tahun. Jadi, teman dah masak sangat dengan budi bahasa Fatimah yang teman panggil Pati saja. Paling teman suka dengar apabila Pati ketawa. Memang contagious! Pendek kata, Pati adalah orang yang kehadirannya membawa suasana ceria. Kalau tengah bermuram durja pun, kehadiran Pati pasti mampu membuatkan seseorang mengukir senyuman.

Teman percaya, pandangan sebegini bukan milik teman seorang saja kerana sesiapa yang mengenali Pati pasti bersetuju dengan teman. Bekas pelajar Akademi Fantasia - musim pertama sehingga ketiga - pasti berpandangan serupa kerana Pati tempat mereka mengadu. Biar mengenai apa saja - suka, duka, gabra malah dalam perkara sekecil-kecil pun. Sikap keibuan Pati memang membuatkan sesiapa saja berasa ?elamat? dengannya.

Begitulah Pati yang teman kenali, yang pernah bekerja satu bumbung dengan teman. Tetapi kini Pati bukan di sini lagi kerana memilih untuk membawa haluan sendiri. Alasannya untuk lebih dekat dengan anak-anak dan keluarga. Bab ini memang teman ?emburu? dengan Pati dan ibu lain juga kerana itulah juga yang teman dambakan selama ini tetapi tak pernah dapat tunaikan.

Lalu, apabila anaknya Sharifah Amani atau lebih mesra dengan panggilan Nani saja terpalit dengan kontroversi gara-gara kenyataan ?erani mati yang tak sengaja itu? ketika menggenggam trofi di pentas Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tempat berlangsungnya majlis FFM19, teman turut bersimpati dengannya.

Teman tahu sangatlah perasaan Pati ketika ini kerana ibu mana yang tak sedih apabila anaknya mendapat gelaran ?intang filem perasan? sedangkan saat dan ketika itu dia dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik. Malam yang sewajar diraikan dengan senyum ketawa gelak gembira menjadi sebaliknya. Lebih buruk daripada itu, Pati juga dipersalahkan dalam hal ini kononnya dia tak berapa pandai nak didik anak. Teman arif sangat dengan rasa jauh hati Pati itu mendengar kenyataan sebegitu.

Iyalah... membesarkan anak zaman sekarang tidak semudah anak zaman dulu. A pilihan kita, mereka nak pilih B juga. Tak cukup dengan itu, mereka menyenaraikan dengan panjang lebar pula sebab apa mereka mahu memilih B. Itulah antara cabaran ibu bapa zaman ini dan ia tak ada kena mengena langsung dengan cara didikan mereka. Wahai pembaca budiman, ampun dan maafkanlah Nani tu. Memang dia tak sepatutnya melontarkan kenyataan demikian pada malam itu. Kita ni orang Melayu memanglah cepat berasa dan terasa apabila bangsa dan budaya diperlekehlah begitu rupa. Teman pun naik juga bola roma apabila pertama kali mendengar lontaran suara Nani itu. Apa masalahnya budak cantik ni?

Teman juga kagumi dan hargai sikap kemelayuan anda semua. Tetapi untuk terus menerus menghukum Nani, nasihat teman cukup-cukuplah. Nani pun dah minta maaf jadi berilah peluang kedua kepadanya. Lagi pun kita sebagai orang yang lebih tua dan sudah lama makan asam dan garam, sewajarnya tinggi tahap tolak ansurnya.

Kalau Nani dah minta maaf kita sewajar memaafkannya. Teman juga berharap agar di lain kali Nani lebih berhati-hati dan jangan cakap ikut sedap mulut saja. Orang kata cakap siang, pandang-pandang, cakap malam bisik-bisik kerana terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata buruk padahnya. Banyak benarnya pepatah lama orang tua kita.

Memang mahal dan pahit pengalaman yang dilalui gadis yang semakin cantik dan diakui bakat lakonannya. Tetapi bukankah pengalaman juga bisa mendewasakan seseorang. Selamat datang ke dunia hiburan, Nani tetapi janganlah serik pula. Teman sayangkan bakat yang ada padanya. Jumpa lagi!
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 12:01 PM | Show all posts
be strong amani!!..
biarlah org laen melatah tak tentu psl..
majulah kedepann
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 05:53 PM | Show all posts
'Saya bukan mahu jadi kurang ajar'
Oleh Zubir Mohd Yunus


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, padah menimpa. Justeru, ungkapan: 'I sound stupid when I speak Malay' daripada Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-19 (FFM19), Sharifah Amani Syed Zainal Rashid, mengundang kutukan masyarakat. Hanya maaf mampu dilafazkannya


"PERTAMA sekali saya ingin memohon maaf kepada sesiapa saja yang berasa tersinggung dengan kenyataan saya di Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19) semalam (13 Ogos). Saya langsung tidak berniat merosakkan kemeriahan majlis berkenaan, lebihlebih lagi malam itu adalah hari paling bersejarah dalam hidup saya.

Saya boleh bercakap bahasa Melayu, saya orang Melayu dan bangga dengan bahasa ibunda itu.

Tapi, apabila saya bertutur dalam bahasa Melayu, ia pekat dengan loghat Utara. Seperkara lagi, apabila saya bertutur dalam bahasa Melayu, saya senang menggunakan bahasa pasar, lu gua, lu gua, sekali gus tidak sesuai untuk sebuah malam anugerah berprestij seperti FFM19.

Terus-terang saya katakan, sekalipun saya orang Melayu, tapi pertuturan bahasa Melayu saya tidak begitu baik.

Saya lebih senang bercakap dalam bahasa Inggeris. Tapi, bukan bererti saya tak suka cakap bahasa Melayu, tak boleh cakap Melayu, sebaliknya bahasa Melayu adalah bahasa yang indah. Tak ada sebab saya membenci bahasa Melayu.

Dalam keluarga saya, kami sebenarnya selalu bercakap dalam bahasa Inggeris, justeru lebih mudah bagi saya bercakap dalam bahasa itu. Mama (ibu) dan papa (ayah) berpendidikan Inggeris, jadi kami sekeluarga selalu bertutur dalam bahasa Inggeris di rumah.

Adakah bertutur dalam bahasa Inggeris, bermakna saya sudah berlagak? Bukankah Tun Dr Mahathir pernah berkata, ?knowledge is in English?. Suka atau tidak, kita kena mempelajari bahasa Inggeris. Sekarang pun pelajar digalak mempelajari bahasa Inggeris apabila subjek Sains dan Matematik sudah pun diajar menggunakan bahasa Inggeris. Jadi, ramai generasi muda kita, kini boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

Ketika diumumkan saya sebagai pemenangnya, saya langsung tidak sangka. Saya memang tidak membuat sebarang persediaan. Niat saya ke FFM19 untuk tepuk tangan kepada yang menang. Apabila diumumkan saja, saya naik ke pentas, tak tahu nak cakap apa.

Jadi, saya ambil keputusan bercakap dalam bahasa Inggeris saja kerana jika saya bertutur dalam bahasa Melayu, bunyinya tidak elok kerana kelemahan saya. Saya juga akan mengambil masa, tergagap-gagap menyusun kata-kata sedangkan masa untuk pemenang berucap, amatlah singkat.

Apabila saya bercakap dalam bahasa Inggeris, lancar, jimat masa. Justeru, sebaik saja saya menggenggam trofi itu, saya berasa bangga, bersyukur. Hasil kerja saya mendapat pengiktirafan daripada juri. Tapi, tak sampai beberapa minit saya merasai kegembiraan, saya dihujani dengan kontroversi bahasa, sedangkan saya langsung tidak berniat memperlekeh mahupun mempersendakan bahasa Melayu!

Niat saya bercakap dalam bahasa Inggeris hanya satu, saya berasa selesa, bukan angkuh atau nak menunjuk-nunjuk saya boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Saya juga tak berniat mencemar bahasa atau budaya sendiri. Lagipun malam FFM19, saya menang aktres terbaik, malam untuk saya bergembira. Kenapa saya nak naik ke pentas, mencemarkan nama sendiri? Minta orang marah atau benci saya, tidak sama sekali!

Justeru, kepada mereka yang beranggapan saya sombong apabila bercakap bahasa Inggeris sehingga sanggup mencemar bahasa Melayu, sekali lagi saya minta maaf.

Kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa), Datuk Seri Dr Rais Yatim yang menganggap saya terang-terangan menghina bahasa dan budaya Melayu, sekali gus mendukacitakan perasaannya, saya mohon jutaan kemaafan. Saya langsung tidak berniat begitu Datuk Seri.

Gubra bukan cemar budaya

If making films tarnish our culture, lets do it more often! Jika membuat filem seperti ini (Gubra) dikatakan mencemar budaya, marilah kita terus buat filem seperti ini. Sekali lagi kenyataan saya disalah tafsir.

Apabila saya cakap begitu, sebenarnya ia satu penghargaan atau penghormatan kepada Dr Rais dan Lembaga Penapisan Filem (LPF) kerana filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam 2, Remp-It dan Gubra, lulus 100 peratus, tiada potongan langsung!

Ini menandakan KeKKWa dan LPF semakin matang menjalankan tugas mereka. Kementerian Datuk Seri dan LPF kini bersikap lebih terbuka. Masyarakat kita sudah bersedia untuk menonton filem seperti itu. Pastinya karyawan filem berasa bangga. Tapi masalahnya, ada sekelompok orang yang mendakwa Gubra mencemarkan budaya Melayu.

Sedangkan KeKKWa dan LPF tidak beranggapan begitu. Kami rasa bangga Gubra lulus 100 peratus. Mereka (KeKKWa dan LPF) memberitahu masyarakat kita, Malaysia sudah bersedia menerima filem seperti itu.

Maksud saya, apabila filem seperti Gubra yang dianggap mencemar budaya oleh segelintir masyarakat diterima kerajaan, diluluskan tanpa sebarang pemotongan, kenapa tidak kita menghasilkan lagi filem seumpamanya?

Saya langsung tidak berniat menyokong filem yang mencemar budaya Melayu. Sebagai anak jati Malaysia yang mempunyai jati diri yang tinggi, saya menjunjung budaya Melayu. Kalau segelintir masyarakat yang mendakwa filem seperti Gubra mencemar budaya, secara tidak langsung mereka sebenarnya mempersoal kelulusan yang diberikan kerajaan.

Saya hanya berkata, kalau filem (Gubra) itu bagus, walaupun sesetengah orang mendakwa ia mencemar budaya, let?s do it more often! Itu maksud saya yang sebenarnya...

Jangan kaitkan ayah dan ibu




TERUS-TERANG saya katakan, takkanlah saya ingin menghancurkan malam yang indah itu dan menimbulkan kebencian orang ramai terhadap saya dengan mengeluarkan kenyataan yang berniat mempersendakan bahasa dan budaya Melayu. Saya hanya terkilan apabila maksud saya disalahtafsirkan.

Saya tak berniat bersikap kurang ajar atau biadap. Kalau saya dikatakan kurang ajar, bermaksud saya kurang diajar ibu bapa, sedangkan saya mempunyai ibu bapa yang tidak pernah lupa tanggung jawap mereka. Saya terkilan kerana segelintir masyarakat menyalahkan ibu bapa saya.

Ibu bapa mendidik saya supaya menghormati orang tua dan jangan lupa mengucapkan terima kasih di atas pertolongan yang diberikan. Saya juga dididik supaya bersuara lantang, tapi bukan kurang ajar. Ibu bapa saya memahami isi hati saya dan kerana itu mereka tidak salah faham dengan kenyataan saya.

Kalau saya kurang ajar pada malam itu, mama saya yang akan sepak muka saya dulu, tak perlu orang lain! Saya merayu, tolonglah jangan kaitkan ibu bapa saya dalam hal ini, mereka tak bersalah. Sudah cukup didikan yang mereka berikan kepada saya pelajaran, agama dan sivik.

Saya bertanggungjawab dengan kenyataan saya. Kalau masih ada pihak tidak berpuas hati, saya sedia menemui mereka, tapi janganlah menyalahkan ibu bapa saya.

Saya minta maaf kepada semua rakyat Malaysia termasuk Dr Rais apabila kenyataan saya menyinggung perasaan mereka, sekalipun saya tidak berniat mencemar bahasa dan bangsa sendiri. Tapi, jika masih ada pihak yang ingin mengambil tindakan ke atas saya, terpulanglah, saya sudah jelaskan segala-galanya dan minta maaf.

Kalau pasal saya Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM) terkena tempias, saya mohon maaf kerana mereka sudah menjalankan tugas dengan cemerlang untuk memastikan FFM19 berjalan lancar. Sekiranya PFM tetap ingin mengambil tindakan, saya redha. Terpulanglah kepada mereka untuk membuat penilaian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.056653 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list