|
HARI PERTAMA (8 MEI, KHAMIS) - 4pm
牋牋營NDIA VS NEW ZEALAND
3 牋牋牋牋牋牋牋牋牋牋4 |
|
|
|
|
|
|
|
Pakistan Tundukkan New Zealand Untuk Kemenangan Kedua Berturut-turut
BERNAMA - 10 Mei, 2008 00:06 AM
IPOH, 9 Mei (Bernama) -- Pakistan menumpaskan New Zealand 6-3 untuk mencatatkan kemenangan kedua yang berturut-turut, pada hari kedua Kejohanan Hoki Lelaki Piala Sultan Azlan yang berlangsung di Stadium Sultan Azlan Shah.
New Zealand, pasukan ranking ke-10 dunia membuat kejutan seawal minit keenam hasil jaringan ketua pasukan Philip Burrows menerusi gol padang.
Bagaimanapun kedudukan itu hanya bertahan selama empat minit sahaja apabila Pakistan kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi penyerangnya Rehan Butt, juga dengan gol padang, dan empat minit kemudian Shadded Abbasi memberikan gol kedua (gol padang) buat Pakistan.
Gol ketiga dan keempat Pakistan disumbang oleh Muhammad Saqlan (minit ke-28, gol padang) Muhammad Irfan (ke-30, gol padang), sebelum pemain New Zealand Hayden Shaw merapatkan jurang perbezaan gol (minit ke-33, pukulan sudut penalti) untuk menjadikan kedudukan 4-2.
Pada separuh masa kedua Hayden Shaw menambah jaringan (ke-48 gol padang).
Pakistan kemudiannya terus mengganas dengan dua ledakan gol Rehan Butt (minit ke-60 dan 69, kedua-duanya gol padang), dan kedudukan 6-3 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
Jurulatih Pakistan Naveed Alam berkata pemainnya beraksi dengan baik dalam perlawanan menentang New Zealand selepas mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan padang.
" Perlawanan berikutnya Ahad ini menentang Argentina mungkin agak sukar dan kami perlu mengukuhkan bahagian pertahanan," katanya.
Sementara itu dalam dua perlawaan lain, Argentina menewaskan India 5-1, manakala Kanada menundukkan Belgium 1-0.
Lima gol Argentina dijaringkan oleh Facundo Callioni (minit ke-11, 44, gol padang), Pedro Ibarra (31, gol padang), Tomas Argento Innocente (45, gol padang) dan Juan Martin Lopez (53, gol padang).
Gol sagu hati India dijaringkan oleh Sandeep Singh (25, pukulan sudut penalti).
Sementara itu penyerang Kanada Matthew Guest menjaringkan gol tunggal (50, gol padang) untuk menumpaskan Belgium.
Ini merupakan perlawanan pembukaan bagi Kanada, manakala Belgium mengalami kekalahan kedua berturut-turut selepas ditumpaskan Argentina 2-1, semalam.
Dalam kejohanan tahun ini, empat negara yang melayakkan diri ke Sukan Olimpik -- Pakistan, Kanada, New Zealand dan Belgium -- mengambil bahagian sebagai sebahagian daripada persiapan ke Sukan Olimpik Beijing Ogos ini.
Esok ialah hari rehat. Kejohanan bersambung Ahad ini dengan Kanada bertemu dengan India (4 petang), MALAYSIA bertemu New Zealand (6 petang), dan Pakistan bertemu Argentina (8 malam). |
|
|
|
|
|
|
|
HARI KEDUA (9 MEI, JUMAAT) - 8pm
|
|
|
|
|
|
|
HARI KEDUA (9 MEI, JUMAAT) - 6pm
PAKISTAN VS NEW ZEALAND
6 |
|
|
|
|
|
|
|
HARI KEDUA (9 MEI, JUMAAT) - 4pm
|
|
|
|
|
|
|
Tidak mustahil Malaysia mampu ungguli kejohanan: Khawaja
Oleh Hasnira Hassan
KETIKA kekalahan pertama Malaysia dikhuatiri menggugat penguasaan pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, kali ini, jurulatih Pakistan jelas bernada sebaliknya.
Malah, bagi Khawaja Zakauddin, 72, tuan rumah masih berpeluang mengungguli kejohanan tujuh negara itu sekiranya mampu mengekalkan rentak cemerlang menentang pasukannya, malam kelmarin.
Khawaja - pengendali pasukan ranking keenam dunia yang berjaya layak ke Olimpik di Beijing, Ogos ini selepas menduduki tangga ketiga Sukan Asia di Doha pada 2006 - yakin Malaysia mampu meraih kemenangan pada perlawanan akan datang.
Namun, pastinya keyakinan itu bersyarat - rentak cemerlang skuad kendalian Sarjit Singh pada perlawanan pertama menentang Pakistan di Stadium Azlan Shah yang menyaksikan Malaysia kalah 3-2 - harus mampu diteruskan.
"Aksi pemain Malaysia memang menakjubkan. Mereka menyerang bertalu-talu dan pantas. Tetapi itu memang kelebihan Malaysia - terkenal dengan aksi permainan yang laju dan pantas.
"Sekiranya rentak permainan seperti itu terus dikekalkan, adalah tidak mustahil Malaysia mampu menang bukan saja ke atas New Zealand, tetapi juga perlawanan seterusnya," katanya.
Malaysia tewas tipis, dengan perbezaan satu jaringan ke atas Pakistan, malam kelmarin - pertemuan yang dilihat sengit bagai buku bertemu ruas dan berjaya memukau perhatian kira-kira 1,000 penonton yang membanjiri Stadium Sultan Azlan Shah di Ipoh.
Khawaja yang sejak awal bernada yakin mampu menang mudah terhadap Malaysia, mengakui hampir membuat pusingan U selepas melihat aksi skuad negara yang diketuai Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor sehingga menyebabkannya meletak harapan sekadar seri pada pertemuan sulung itu.
"Apabila babak pertama tamat dengan keputusan 2-2, saya tidak membayangkan kemenangan cuma, kesilapan Malaysia yang memperlahankan rentak permainan saat akhir membolehkan saya mengambil kesempatan dengan memaksa pemain menggandakan asakan sehingga kami meraih gol terakhir.
"Secara jujurnya, ketika itu juga, saya belum yakin menang dan menjangka keputusan akan berakhir dengan seri apabila Malaysia menggandakan asakan dan menyerang gawang kami bertubi-tubi. Namun, pemain kami berjaya bertahan," katanya..
Malaysia yang diberi rehat selama dua hari, dijadual bertemu New Zealand pada jam 4 petang, esok. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Anak Buah Sarjit Mahu Kejayaan Ke Atas New Zealand Esok
BERNAMA - 10 Mei, 2008 22:45 PM
IPOH, 10 Mei (Bernama) -- Malaysia mengambil kesempatan dua hari rehat untuk memperkemaskan aspek pukulan sudut sebelum menghadapi situasi antara hidup dan mati pada saingan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah apabila bertemu New Zealand di sini esok.
Jurulatih negara Sarjit Singh berkata kelebihan dua hari rehat itu membolehkan beliau meluangkan masa memperbaiki kelemahan pemain pukulan sudut penalti negara -- Mohd Amin Rahim, Jiwa Mohan, Chua Boon Huat dan Baljit Singh Sarjah.
Katanya beliau berharap anak buahnya dapat mengulangi persembahan bertenaga dan mantap ketika menentang New Zealand seperti yang dipamerkan semasa tewas 2-3 kepada Pakistan pada hari pembukaan Khamis lalu.
Malaysia belum lagi memungut sebarang mata manakala New Zealand pula menduduki tangga kedua di belakang pendahulu Pakistan dengan tiga mata selepas dua perlawanan.
New Zealand, yang layak ke Sukan Olimpik di Beijing Ogos ini, membuka saingan dengan menewaskan India 4-3 pada Khamis lalu tetapi dibelasah 6-1 oleh Pakistan semalam.
Perlawanan antara Malaysia dan New Zealand akan bermula pukul 6 petang manakala dua lagi perlawanan di Stadium Azlan Shah di sini ialah antara Kanada menentang India (4 petang) manakala Pakistan bertemu Argentina pada pukul 8 malam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
HARI KEEMPAT (11 MEI, AHAD) - 6pm
|
|
|
|
|
|
|
HARI KELIMA (12 MEI, ISNIN) - 6pm
|
|
|
|
|
|
|
HARI KELIMA (12 MEI, ISNIN) - 8pm
|
|
|
|
|
|
|
Argentina Terlalu Kuat Untuk Malaysia
BERNAMA - 12 Mei, 2008 23:20 PM
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Malaysia dibelasah 5-0 oleh Argentina dalam perlawanan ketiga mereka pada kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-17 di Stadium Azlan Shah di sini hari Isnin.
Argentina memperolehi gol pertama pada minit ke-18 menerusi flick penyerang Facundo Callioni yang menewaskan penjaga gol Malaysia, S. Kumar.
Lapan minit kemudian, Facundo menjaringkan gol kedua Argentina.
Gol seterusnya diperolehi pada minit ke-47 menerusi pukulan penalti Juan Ignacio Gilardi, oleh Lucas Herman Cammareri (54, gol padang) dan Tomas Argento Innocentre (68, gol padang).
Dalam dua lagi perlawanan, Pakistan menewaskan Kanada 2-1 dan India menewaskan Belgium 6-4.
Kejohanan tujuh negara itu akan disambung pada Rabu dengan New Zealand menentang Argentina, Belgium menentang Pakistan dan Malaysia bertemu Kanada. |
|
|
|
|
|
|
|
Masih ada peluang
HARIAN METRO
TIADA pilihan buat skuad hoki negara kecuali menewaskan Kanada, esok jika mahu berada dalam kelompok empat skuad terbaik Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-17 di Ipoh, Perak selepas dibelasah Argentina, 0-5, semalam.
Namun, jurulatih Malaysia, Sarjit Singh tetap optimis mengenai peluang barisannya merealisasikan sasaran Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) mara ke final dengan memenangi baki tiga perlawanan berikutnya.
“Kami masih belum terkeluar daripada perebutan slot ke final. Kami perlu menang tiga perlawanan, tapi misi itu bergantung kepada keputusan lain.
“Saya akan menurunkan tiga pemain yang jarang beraksi (Jivan Mohan, Mohd Amerullah dan Riduan Mohd Nasir) ketika berdepan Kanada untuk memberi lebih pendedahan kepada mereka,” katanya.
Mengulas kekalahan besar kepada Argentina, Sarjit berkata, pemainnya terlalu banyak melakukan kesilapan mudah.
“Kami melepaskan tiga gol mudah kepada lawan. Tapi jentera serangan kita juga tumpul berpunca hilang penguasaan di bahagian tengah, mungkin perkara itu menjadi punca kita gagal melancarkan gerakan berbahaya,” katanya.
Sementara itu, jurulatih Argentina, Carlos Jose Retegui, tetap menghormati keupayaan Malaysia sekalipun mencatat kemenangan terbesar sepanjang kejohanan.
“Malaysia skuad hebat berdasarkan prestasi pada dua perlawanan terdahulu. Saya tidak menjangkakan kemenangan sebesar ini tapi kami perlu melupakannya cepat kerana perlu menewaskan New Zealand (esok) untuk ke final,” katanya.
Argentina mendahului babak pertama, 2-0 hasil jaringan penyerang, Facundo Callioni pada minit ke-18 dan kapten, Matias Damian Vila (m-25).
Aura ganas skuad ranking ketujuh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) itu terus menguasai babak kedua apabila mencipta tiga gol menerusi Juan Ignacio Gilardi (penalti m-47), Lucas Hernan Cammareri (m-54) sebelum Callioni menambah gol peribadi kedua (m-68).
Dalam aksi terdahulu, India menghidupkan peluang menduduki kelompok empat negara terbaik apabila mencatat kemenangan kedua selepas empat pertemuan. Barisan AK Bansal menewaskan Belgium, 6-4 iaitu kekalahan ketiga berturut-turut dialami skuad Olimpik Beijing itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kanada takut kena amuk
HARIAN METRO
PENGURUS Kanada, Shiarz Virjee, menyifatkan Malaysia umpama singa lapar selepas dibelasah Argentina, 0-5, kelmarin dan situasi itu perkembangan negatif bagi pasukannya menjelang aksi keempat mereka pada Piala Sultan Azlan Shah hari ini.
“ Pertemuan sebelum ini kerap memihak kepada Malaysia dan situasi kami kali ini lebih buruk kerana mereka pasti bangkit selepas tewas kepada Argentina. Malah, penyokong di sini begitu fanatik dan perkara itu membimbangkan sebelum perlawanan bermula.
“Saya menghormati Malaysia kerana mereka pasukan yang lebih baik berbanding kami dan yakin, pemain mereka pasti mahu membuktikan kemampuan sebenar di depan mata jurulatih sendiri.
“Malah, kami beraksi tanpa pemain utama (Peter Short) selain Ken Perrera dan Mark Pierson akibat beberapa alasan. Perkara itu lebih buruk berdasarkan permainan pantas dipamerkan Malaysia pada dua aksi pertama mereka.
“Saya harap pemain mampu mengekang asakan penyerang Malaysia dan beraksi cemerlang kerana kejohanan ini pentas terbaik menguji keupayaan kami sebelum ke Sukan Olimpik Beijing,” katanya.
Mengulas persediaan ke Beijing, Shiarz yang pernah melatih Kanada dari 1994 hingga 2000, berkata, selepas ini Kanada dijadual menjelajah Eropah untuk lapan atau 10 perlawanan persahabatan.
“Kami belum memilih 16 pemain terbaik yang akan ke Beijing dan kejohanan ini sebahagian daripada proses pemilihan. Pihak pengurusan persatuan hoki juga belum menetapkan sasaran di Beijing kerana perkara itu akan dilakukan dalam tempoh beberapa hari sebelum berlepas ke sana,” katanya.
Kanada, ranking ke-15 Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) yang menghuni tangga tercorot Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-16 tahun lalu, layak ke Beijing apabila menewaskan Argentina, 5-4 menerusi penentuan penalti selepas kedudukan terikat 2-2 pada Sukan Pan America di Rio de Janeiro, Brazil, Ogos 2007. |
|
|
|
|
|
|
|
Awas tergadai maruah
HARIAN METRO
TONGGAK pertahanan hoki kebangsaan, Jiwa Mohan mengakui Malaysia tiada pilihan kecuali menewaskan Kanada, hari ini demi mengembalikan maruah tercalar berpunca kekalahan memalukan, 0-5 kepada Argentina pada Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak, kelmarin.
Namun, Jiwa, 27, yang diarahkan keluar padang selepas mengasari pemain Argentina ketika babak kedua, menyifatkan Malaysia berdepan tugas sukar berdasarkan peningkatan prestasi Kanada yang sekadar tewas tipis, 1-2 di tangan Pakistan.
“Saya akui, aksi menentang Argentina amat buruk dan pemain tidak boleh menyalahkan sesiapa kecuali diri sendiri. Kini peluang ke final sudah tertutup, tapi perjuangan masih perlu diteruskan kerana Kanada menanti untuk pertemuan berikutnya.
“Kegagalan ini (ke final) mengecewakan, tapi harus diingat, pemain tidak cukup tempoh persediaan kerana Piala Sultan Azlan Shah tiba hampir dua minggu selepas Malaysia gagal melepasi kempen kelayakan Sukan Olimpik di Jepun.
“Apapun, kami perlu bangkit esok (hari ini) terutamanya mempertajamkan pukulan sudut penalti selepas gagal menyempurnakan, walaupun satu, daripada enam peluang itu ketika menentang Argentina,” katanya.
Selepas gagal merealisasikan misi mara ke final ditetapkan Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), pemain memiliki 230 kap yang menyuarakan hasrat berundur daripada sukan itu sebelum Malaysia berlepas ke Jepun, berkata, dia sedia membantu skuad negara andai khidmatnya masih ditagih.
“Selepas kejohanan ini berakhir, saya akan kembali menumpukan fokus terhadap kerjaya bersama Sapura tapi sedia kembali menyarung jersi Malaysia bila-bila masa. Tapi, saya yakin dengan kemampuan pemain muda meneruskan perjuangan tonggak veteran yang bersara,” katanya.
Sementara itu, jurulatih negara, Sarjit Singh dijangka menurunkan empat pemain muda yang jarang beraksi sebelum ini - Jivan Mohan, Mohd Amerullah Mohd Abd Aziz, Riduan Mohd Nasir dan penjaga gol, Mohd Hanafi Hassan.
“Mereka perlu diberi pendedahan menyertai kejohanan antarabangsa, malah saya yakin mereka mampu menyaingi pemain Kanada. Setakat ini, semua pemain beraksi baik dan saya gembira dengan persembahan mereka sekalipun tewas besar, semalam (kelmarin),” katanya.
“Sekalipun peluang ke final tipis, tapi saya tetap optimis. Apa yang penting, Malaysia perlu menang baki tiga perlawanan dan keluar menewaskan Kanada esok (hari ini),” katanya.
Malaysia menewaskan Kanada, 2-0 ketika aksi peringkat kumpulan kejohanan ini, tahun lalu. Malah, pertemuan terakhir, November 2007 turut memihak kepada tuan rumah apabila menang, 2-1 menerusi aksi persahabatan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. |
|
|
|
|
|
|
|
HARI KETUJUH (14 MEI, RABU) - 4pm
NEW ZEALAND VS ARGENTINA
牋1 |
|
|
|
|
|
|
|
HARI KETUJUH (14 MEI, RABU) - 6pm
|
|
|
|
|
|
|
HARI KETUJUH (14 MEI, RABU) - 8pm
|
|
|
|
|
|
|
Peluang kita makin samar
UTUSAN MALAYSIA
IPOH - Misi Malaysia untuk merebut tempat ke perlawanan akhir semakin samar setelah seri 2-2 menentang Kanada pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Ke-17 di sini, semalam.
Anak-anak buah Sarjit Singh telah mempamerkan persembahan yang menyakinkan malam semalam bagi melupakan peristiwa hitam dibelasah oleh Argentina 0-5, Isnin lalu.
Malaysia membuka jaringan menerusi pemain berpengalaman, Chua Boon Huat menumpaskan penjaga gol Kanada, Michael Mahood seawal minit ke-20.
Namun begitu, Kanada yang layak ke Sukan Olimpik Beijing hanya mengambil masa empat minit untuk menyamakan kedudukan melalui tolak mudah oleh Sukhwinder Singh.
Hasrat Malaysia menjadi empat pasukan terbaik kejohanan ini semakin cerah apabila Mohd. Amin Rahim berjaya menyempurnakan pukulan sudut pendek pada minit ke-28.
Selepas itu, Kanada dihadiahkan dua pukulan sudut pendek pada minit ke-34 dan 35 tetapi berjaya ditangkis pertahanan negara dan penjaga gol, S. Kumar.
Separuh masa kedua, S. Selvaraju, Boon Huat dan Mohd. Amerullah Abd. Aziz telah mensia-siakan beberapa peluang keemasan gol.
Kegagalan penyerang Malaysia menjaringkan telah membawa padah apabila Kanada berjaya menyamakan kedudukan melalui tolakan kencang oleh Scott Tupper pada minit ke-62.
Sementara itu, Belgium melakukan kejutan dengan menumbangkan juara tiga kali, Pakistan dengan jaringan 5-3.
Belgium yang menduduki tangga ke-12 Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) memperolehi gol melalui Thomas Briels (m-2), John Dohmen (m-18), Charles Vandeweghe (m-24), Jerome Dekeyser (m-37) dan Loic Vandeweghe (m-69).
Pakistan yang pernah muncul juara pada tahun 1999, 2000 dan 2003 telah menjaringkan gol melalui Shakeel Ababasi (m-4), Rehan Butt (m-23) dan Muhammad Ateeq (m-35).
Kemenangan Belgium ke atas pasukan yang menduduki tangga keenam FIH merancakkan lagi persaingan merebut tempat ke perlawanan akhir pada Ahad ini.
Sebelum itu, Argentina mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu enam negara lain dengan mengumpul 13 mata setelah beraksi lima perlawanan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sempat jumpa adik sabtu lepas di Ipoh seblum dia menentang Canada. |
|
|
|
|
|
|
| |
|