CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lily_lyssa

Kata..........

 Close [Copy link]
 Author| Post time 28-10-2007 03:22 PM | Show all posts

Reply #239 ~elYna~'s post

suspen ke?
pe yg suspen tu?

Reply  #240 inusya's post

erk...
sabar ye....
nk b'cuti kejap lepas 6 ari kerje....
mlm ni aderla bab 56....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2007 08:39 PM | Show all posts
Bab 56

"Ni kawan aku,Yvonne.And...Anak dia,Yahya.Yahya ni best friend Ivan,"kata Angelique kepada Nurin.

Yvonne merenung Nurin kemudian menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.Nurin menyambutnya dengan senyuman hambar.Yahya turut menghadiahkan sebuah senyuman kepada Nurin.

"Yahya,wher...Mana...Di..a?Mana Dia?"tanya Yvonne.Yahya menoleh."Entah.Dalam bilik kot.And...What is your na...?"Belum sempat Yahya menghabiskan pertanyaannya,Nurin menekupkan tangan ke mulutnya dan bertanya seakan-akan membisik,"Toilet?Where is toilet?"Yahya menghalakan ibu jarinya ke arah toilet yang dikhaskan untuk tetamu.

"Yahya,call our guest...maaf.Panggil...Azizi,"kata Yvonne kepada Yahya.Yahya mengangguk seraya melangkah ke bilik Azizi.

*******************************************************************************

"Kenapa tiba-tiba muntah?Sebelum ni takder lagi.Ouw!"Nurin terasa perit di perutnya.Dia memegang perutnya dan menutup mata menahan sakit kemudian,sakit itu pergi.Pergi bersama segala ketenangan Nurin yang baru dikecapi.

Nak kata baby tu menendang perutnya?Terlalu kecil untuk berlaku sedemikian.Fikirnya.Dia keluar dari tandas itu dan terpandang sesusuk tubuh yang pernah dilihatnya sedang menuruni anak tangga bersama Yahya.Di mana?Ah,kat plane.Kebetulan.

Nurin menuju ke arah Yvonne.Mereka berbual dengan mesra.Nurin terasa selesa bersama Yvonne.Nurin menceritakan kisah persahabatannya dengan Angelique,Ivan dan Robert suatu ketika dahulu.Mereka berdua ketawa menyebabkan Angelique tertarik untuk menyertai sama perbualan mereka tanpa menyedari sepasang mata sedang memerhatikan Nurin.

*******************************************************************************

"Okeylah,aku turun,"Azizi akhirnya terpujuk dengan kata Yahya.Mereka berlalu dari bilik itu dalam keadaan diam.Ketika menuruni anak tangga,Azizi terpandang seorang wanita.Wanita yang dirinduinya.Ingin sahaja dia turun dari situ dan memeluk Nurin tetapi keinginannya itu ditegah.

Tidak!Nurin tidak boleh tau aku kat Amerika.Bukan ke aku cakap aku dok kat UK sekarang?Azizi kaku di anak tangga pertama dan kerana terlalu asyik memerhatikan Nurin,dia tidak mendengar apa yang dicelotehkan Yahya cuma beberapa bait terakhir sahaja,"Cantik...Tu dia!"kata Yahya sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah Nurin.

Azizi mengangguk dan tersenyum.Dia tidak nafikan betapa cantiknya Nurin pada malam itu tetapi dia juga tidak menafikan yang Nurin masih kelihatan cantik hanya memakai blaus simple bersama seluar slack.Bertambah terpikatlah kaum Adam pada Nurin jika senyumannya dilemparkan.Namun sejak kejadian ditinggalkan Hazry,Nurin sudah meninggalkan senyuman manisnya,sekadar senyuman paksa dilemparkan.Nasibnya baik apabila,Johari datang cuba untuk merawat luka.Senyuman manis yang amat manis banyak disedekahkan sehinggalah kematian Johari.

Azizi menunduk.Kehadirannya turut tidak membawa kesan ke atas Nurin.Air mata yang kian lebat menitik adalah gara-garanya.Tidak sehngga sebulan lalu.Mereka kelihatan sudah berdamai tetapi Azizi terpaksa ke Amerika.Meninggalkan Nurin yang dia cintai.Selama beberapa tahun,dia cuba untuk melupakan Nurin tetapi makin diingat Nurin adalah.Dia juga sering menafikan cintanya ke atas Nurin.Dia memaksa dirinya untuk mencintai Asila dengan harapan Nurin tidak bisa dilupakan tetapi tidak berjaya kerana Nurin menjadi isterinya.

Azizi mendongak dan menoleh ke arah Yahya."Kau nak tau?Pompuan tu dah kawin.Baik kau tinggalkan dia kalau tak nak kena penangan suami dia,"kata Azizi dan matanya kembali memerhati Nurin.

"Dah kawin?Patutlah.Aku nampak dia macam...Macam dah mengandung!"kata Yahya.Azizi sedikit tersentak.Kakinya melangkah laju menuruni anak tangga tanpa sedar.Jangan!Nurin tak boleh tau aku kat sini.Azizi berjaya menahan dirinya.Dia berpaling ke belakang memandang Yahya.

"Mengandung?Apa yang buat kau cakap cam tu?"tanyanya dengan tenang.Matanya merenung Yahya tajam."Rupanya macam mak aku masa mengandungkan adik-adik aku dulu.Muka nampak macam...Macam...Macam orang pregnantlah!"

Azizi menaiki anak tangga dan memerhati kembali Nurin."Kau tau tak dia tinggal kat ne sekarang?"

Yahya mengangguk."Hei,tu isteri orang.Jangan kau kebas sudahlah.Dia duduk ngan kawan aku tu.Ivan..."

"Di...Dia dok ngan lelaki lain?"tanya Azizi.Tak mungkin Nurin berlaku curang!

"Ivan ada binilah.Bini dia tu Angelique.Angelique tu plak kawan baik dia,"jelas Yahya.Dia menoleh ke arah Azizi kembali."Kau tak nak turun ke?Takkan nak tercegat kat sini je sepanjang masa?Takde masa aku nak layan ko.Ivan pon panggil aku tu!Ciao!"

Azizi menghantar Yahya dengan lirikan mata.Dia kembali memerhatikan Nurin.Ya Allah,bagilah diri ini peluang untuk hidup lebih lama bersama Nurin.Hanya kepadaMu aku meminta,Ya Allah.Amin.Itulah doanya sepanjang hari.Keinginannya hanya satu.Membahagiakan Nurin.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2007 08:57 PM | Show all posts
lily lambat lagi ke nak habis
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2007 10:33 PM | Show all posts
sedih nyer... rs nak ngs....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2007 02:11 PM | Show all posts

Reply #243 zetyaiman's post

ntahler...
rasanyer takdelah lama lg....
agak-agaknyer dh nak abis da.....
kang branak Nurin tu,abisla.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 09:05 PM | Show all posts
lily smbg le cepat2...
ngee!~~~~
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-10-2007 02:55 PM | Show all posts
Argghhh....Baru nak copy bab 57...
terdelete!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2007 03:07 PM | Show all posts
Bab 57

"Alhamdulillah,Azizi.Ayah aku kata kau dah selamat dari barah,"kata Yahya bersungguh-sungguh.Da memandang Azizi yang tersenyum lemah.Di dalam hati Azizi,dia mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah.

"Tapi...Ayah aku kata hospital nak warded kau sampai kau bebetul sihat jadi jangan putus asa.Teruskan berusaha,"kata Yahya lagi.Azizi mengangguk perlahan.

*******************************************************************************

"Angie,aku ni.Aku dapat kembar!"jerit Nurin keseronokan di telefon bimbitnya.Tangan kirinya membelai perutnya yang membesar sejak dua bulan lalu.

"Iye?Congrats!Sorrylah aku tak dapat temankan kau kat hospital.Kau dah nak balikkan?Jadi aku masak ye,"kata Angelique.

"Angie!Aku bukan dapat kembar dua!KEMBAR TIGA!"jerit Nurin lagi.Dia tersenyum kepada beberapa orang jururawat yang melintasinya.

"Wow!Alhamdulillah...Baby-baby tu sehat?"tanya Angelique.

"Ya..."Nurin berhenti.Dia terlihat seorang lelaki yang dikenalinya sedang memasuki sebuah wad.Nurin menyambung,"Angie,aku nampak Yahyalah.Jadi aku nak tegur dia jap.Bye!"Nurin memuuskan talian dan mendkati wad yang dimasuki Yahya.

Nurin terhenti.Dia terdengar beberapa patah perkataan yang dikeluarkan dari mulut Yahya."Ayah...Selamat...Barah..."Barah!Malang sungguh saper yang dapat barah tu!Kerana ingin tahu siapa yang menderita barah,Nurin melangkah masuk ke wad.Dia terkedu.Tas tangannya terlucut dari pegangan.Air matanya menitis.Dia memandang sayu jejaka yang terlantar di atas katil.Tidak!Tak mungkin dia!Dia kan ada kat UK!Tak mungkin dai yang dapat barah!Tak!Nurin segera berlari meninggalkan wad itu.

*******************************************************************************

p/s:Ada lagi sambungan bab 57 so tunggu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2007 03:30 PM | Show all posts
Azizi terkebil-kebil memandang Nurin yang berlari meninggalkannya.Yahya menoleh ke arah Azizi.Dia terpinga-pinga."Azizi,kau kenal Nurin ke?"tanya Yahya.

Azizi mengangguk.Ya Allah,sesungguhnya peluang yang Engkau berikan kepadaku akan ku gunakan sebaik mungkin.Azizi menyimpan azam.Dia akan membuat Nurin bahagia.Begitu juga anak yang bakal dilahirkan.

*******************************************************************************

Seminggu kemudian...

Azizi tersenyum lebar.Dia sudah dikeluarkan dari hospital.Dia akan memujuk Nurin kembali pula.Yahya memandang Azizi.

"Kau gila ke?Tersengih sorang-sorang?"seloroh Yahya.Azizi sekadar tersenyum mendengar kata-kata Yahya.

"Aku nak keluar.Eh,kau ada kata yang Nurin tu tinggal ngan kawan kau kan?Aku nak gi kat umah kawan kau boleh?"

Yahya mengerling Azizi."Kau nak ngorat Nurin ke?Tak eloklah.Dia ngah ngandung tu.Dah dua bulan lebih.Aku heranlah naper sua..."

Azizi memotong,"Tak salah kalau aku nak ngorat bini aku sendiri,kan?"Yahya tergamam.Dia menoleh ke arah Azizi.Azizi menceritakan semuanya kepada Yahya di dalam teksi itu.

"Good luck,buddy!You're the man!"Yahya memberikan semangat kepada Azizi yang sudah sampai di muka pintu rumah Ivan.

Azizi menekan loceng.Muka Angelique tersembul di muka pintu."Yes...I know you right?"

Azizi melemparkan senyuman."Yeap...At the dinner two months ago,"kata Azizi.

"Oh...You...Azizi?Jomlah masuk,"pelawa Angelique dan pergi ke dapur untuk mengarahkan orang gajinya menghidangkan makanan kepada Azizi.

"So...Mimpi apa datang sini,Azizi?"tanya Angelique.

Azizi menggeleng."Saya nak jumpa Nurin."Angelique tersengih."Jumpa Nurin rupanya.Azizi terpikat ke?Sayang dia ngah mengandung."Angelique memanggil Nurin.

Nurin menuruni anak tangga perlahan-lahan dan terpana.Melihat orang yang dirindui di hadapan membuatkan dirinya terkedu.Nurin berpaling ke belakang dan ingin mendaki tangga itu semula tetapi ditahan Azizi.

"Not here,please,"ujar Nurin dan cuba menolak Azizi tetapi sia-sia.Azizi memandang Angelique seolah-olah menghalaunya.Angelique memahami dan memekik,"My Angels!Let's shop!"Kesemua anak-anak Angelique keluar dari bilik masing-masing dan pergi dalam sekelip mata sahaja.

"Apa?Tak happy ngan Jun?"

Azizi menggeleng."Dengar penjelasan saya..."Nurin memotong,"Sudah banyak penjelasan yang saya dengar..."Nurin terkedu.Dia teringat keadaan Azizi minggu lepas.Terlantar lemah di atas katil....

"Ahm....Azizi,awak naik plane ke sini hari Isnin ke?Dua bulan lepas?"soal Nurin tiba-tiba.

Azizi merenung Nurin.Perlahan-lahan dia mengangguk.Nurin mengeluh.Entah kenapa dia ingin mendengar penjelasan Azizi.Tidak!Kenapa hati ini mudah terpujuk?Kenapa?Okey,kena dengar penjelasannya.

Selepas mendengar cerita Azizi,Nurin terdiam."Ria ni orang asing ke di mata Ahm?"Azizi baru ingin membuka mulut untuk menjawab tetapi Nurin memotong,"ya...Kalau tak mesti Ahm cerita perkara sebenar kat Ria..."Nurin ingin berlalu tetapi disekat Azizi.Azizi memeluk Nurin.

"Berikan Ahm peluang untuk tunjukkan betapa Ahm sayang kat Ria...Tolonglah,"rayu Azizi.Air mata Nurin bergenang."Okey.Kita...Jumpa kat taman,tomorrow,9 at morning.Last chance.Demi anak kita,"kata Nurin.Dia berlalu.Azizi memahaminya dan turut berlalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2007 03:32 PM | Show all posts
Tinggal satu atau dua bab lagi!!!!!!!!
Letih!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 03:33 PM | Show all posts
ala lyly suka benor berenti time suspens cam ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2007 04:01 PM | Show all posts
Jap...
sket lagi nak post bab 58...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 04:11 PM | Show all posts
cepat ler smbg.. best... best..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2007 04:12 PM | Show all posts
Bab 58

"Tahniah anak mak!"Seorang wanita yang agak tua menerpa ke arah Hazry dan Tia yang baru pulang dari bulan madu.

"Nasib baik,Haz nikah ngan pompuan ni bukan pompuan bisu tu,"kata perempuan itu.Hazry agak terkejut.

"Mak?Saper awak?"taanya Hazry dengan sopan.Tia yang terkejut dengan kedatangan wanita itu turut terasa pelik.

Wanita itu terkejut dan memandang Hazry."Haz,ni mak!Mak kandung kamu!"Hazry terkedu mendengar jawapan wanita itu.Api kemarahan mula menguasai diri.

"Kak...Kak Bai?"panggil Nurul yang ingin menjemput Hazry dan Tia di lapangan terbang.Dia tidak menyangka dia dapat bertemu dengan kakak angkatnya ketika sekolah dahulu.

"Bai?Baizura?"soal Hazry kepada Nurul.Nurul mengangguk.Hazry memandang Baizura."Mak?Haz cuma nak tanya mak mana yang bomoh anak kandungnya sendiri?"

Baizura terkedu.Tiba-tiba tangannya hinggap di pipi Hazry."Haz!"Baizura menoleh ke arah Nurul."Kau!Buat apa kau datang sini?Burukkan nama aku depan anak aku!"

"Anak?"Nurul mengerutkan dahinya."Kak Bai kawin ngan Hariz?"

"Ah,apa kau kira aku kawin ngan saper!Kau tu!Perempuan jalang!Rampas tunang aku!JALANG!"laung Baizura.

Nurul tidak terasa hati dengan kata-kata Baizura.ia mengalihkan pandangan ke arah Hazry semula."Bomoh?Naper Haz kata mak Haz bomoh Haz?"

Hazry mendengus.Baizura pucat."Mak bomoh Haz.Auntie ingat tak yang Haz tiba-tiba perangai pelik masa nak kawin ngan Nurin?Masa tu,haz kena bomoh...Dibomoh oleh mak kandung Haz sendiri,"jelas Hazry dengan nada perli.Nurul terkedu.

"Bai...Bai bomoh Haz sebab...Sebab tu?"soal Nurul sambil merenung tajam ke arah Baizura yang sudah menitiskan air matanya.Tia pula hanya mendiamkan diri melihat drama di hadapan matanya.Perlahan-lahan,Baizura mengangguk.

"Kak Bai...Sanggup kak Bai.Itu hal kita,kak Bai.Kenapa nak babitkan anak kita?Kak Bai,kita dah tua.Naper?Naper tak boleh nak maafkan kesalahan orang lain?Kak Bai,kalau ye pon tak nak Haz kawin ngan Nurin,cakaplah terang-terangan.Kenapa nak bomoh?Kak Bai tau tak,Nurin hampir mati,Kak Bai!Hampir Mati!"Nurul menangis.Baizura menangis.

"Ma..Maafkan mak,Haz.Maafkan akak,Nurul.Akak...Akak nak balas dendam.Akak masih cintakan Suhaimi,"kata Baizura.

Hazry menggeleng sekalipun dia tidak mengerti."Mak,kita kena saling maaf-memaafi.Haz maafkan mak kaalau mak janji akan balik pada ayah.Ayah cintakan mak lagi.Dia terseksa.Walaupun dia kawin lain tapi...Hatinya masih ada kat mak."

"mak janji,Haz."kata Baizura.Dia menoleh ke arah Nurul.Memohon kemaafan.Nurul menggeleng.

"Kak Bai,Nurul nak maafkan tapi...Rasanya bukan salah Kak Bai..."Belum sempat Nurul menghabiskan kata-katanya,Baizura memeluknya.

"Kak Bai mengerti sekarang kenapa Suhaimi nak sangat kat Nurul...Hati Nurul bersih.Maafkan akak Nurul.Maaf,"ulangnya berkali-kali.Akhirnya mereka berempat pulang.

*******************************************************************************

Berpuluh-puluh tahun lalu...

"Bai,kita putuskanlah pertunangaan ni,"bilang Suhaimi.Dia tidak sanggup memandang wanita di sebelahnya yang menangis.

"Kenapa?Sebab Nurul?Kenapa abang tergila-gilakan sangat Nurul tu?"Baizura terjerit-jerit kepada tunangnya.

Suhaimi mengeluh,"Bai,kita bertunang sebab family Su paksa.Itupun sebab Su tak jumpa calon.Sekarang,Su dah jumpa calonnya.Mak bagi Su putuskan pertunangan kita ni.Su pun kesian kat Bai tapi...Cinta Su hanya untuk Nurul."

Suhaimi meninggalkan Baizura setelah memutuskan pertunangan mereka.Bahu Baizura terhinjut-hinjut kerana menangis.Dia nekad.Dia akan balas dendam kepadaa Nurul.

Beberapa bulan kemudian...

Baizura memerhatikan pasangan mempelai yang sedang bersanding dari jauh.Ingin sahaja dia merosakkan majlis persandingan itu.Dia benar-benar membenci adik angkatnya yang telah merampas tunangnya.Benci sentiasa menguasai dirinya.

Matanya merenung tajam Nurul dan Suhaimi yang sedang bersanding.Bibirnya mencebih.Ingat bagus sangatlah tu!Pompuan tak guna!Jalang!

"Assalamualaikum.."kedengaran suara lelaki di belakang Baizura.Baizura berpaling.Dia erpandang seorang jejaka yang kacak sedang merenungnya.Baizura tersenyum manis.Kalau nak tunggu Su,jadi anak dara tuaa lah aku!Baik aku pancing laki ni.Biar Su dengki.Nanti mesti dia merayu-rayu kat aku supaya balik padanya.Baizua ersenyum sinis.

Hariz yang terpikat dengan kejelitaan Baizura mendekatinya dan sejak hari itu terjalinlah hubungan dia antara mereka tanpa mengetahui cinta Hariz hanyalah bertepuk sebelah tangan tetapi mereka berkahwin dan sudah mempunyai seorang anak lelaki.Namun Baizura meninggalkan keluarganya dan ingin mengejar kekayaan sendiri...

[ Last edited by  lily_lyssa at 30-10-2007 06:03 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2007 04:15 PM | Show all posts
kui....kui...di manakah kisah ahm nga ria ni?
hahaha...
tunggu bab 59....
kalau sempat,lily post ari ni gak...kalau takkk
esok atau lusa atau tulat tak pon minggu depan
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 04:20 PM | Show all posts
lagi.. lagi... hehehehehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2007 04:22 PM | Show all posts
hah.. minggu depan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2007 04:38 PM | Show all posts

Reply #256 ~elYna~'s post

Sabar...
ngah proses ni...
seb baik ari ni kerja separuh hari...
happynyer...
tu bersemangat nak sambung nih....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2007 04:50 PM | Show all posts
Bab 59

"Jadi...the 'thing' tu..."Nurin berhenti dan memandang Azizi yang mengangguk.

"The 'thing' yang Ahm pernah cakap dulu,barah tu,"kata Azizi sambil meletakkan tangannya ke dadanya.Nurin mengangguk."Asila?"

"Asila koma...Dia dah sedar pon.Lama dah...Dia ada call...Dia kata dia reda dan dia dah decide nak pilih calon suami yang baru..."Azizi tidak menyambung.

"Naper?Jun pulak?"soal Nurin.Sebenarnya dia sudah memikirkan tentang hal ini semalam.Dia sudah menerima Azizi tetapi dia inginkan semua penjelasan.

"Jun masih dalam hospital psikiatri tu.Tak sihat.Kan Ahm dah citer yang Ahm tipu jer hari tu sebab tak nak Ria sedih,"kata Azizi sambil menoleh ke arah Nurin.Nurin mengangguk.

"Ria...I love you so much,"kata Azizi.Dia memandang Nurin.Membiarkan Nurin membaca fikirannya.Matanya juga membawa sinar keikhlasan pada 5 patah perkataan yang diucap.

Nurin terkedu.Dia tahu Azizi mencintainya tetapi...Dia juga mencintai Azizi lebih-lebih lagi,Azizi adalah bapa kepada anak-anak yang dikandungnya.

Azizi bangun dari bangku tempat mereka duduk dan mengambil seutas tali yang ditemuinya di rumput hijau.Dia mencapai tangan Nurin dan mengikat jari tlunjuk Nurin dengan jari telunjuknya dengan tali yang sama.Nurin terpinga-pinga.

"Ahm ada baca kat sebuah buku.kalau kita ikat jari kita ngan pasangan kita macam ni,kita akan hidup dengan pasangan kita tu hingga akhir hayat,"jelas Azizi.Tanpa diduga,Nurin memeluknya.Nurin benar-benar tersentuh dengan apa yang dilakukan.

"that's so sweet,"kata Nurin selepas meleraikan pelukannya.Azizi tersenyum dan berkata,"You're more."

Tiba-tiba,"Excuse me?"tegur seorang remaja perempuan.Azizi dan Nurin menoleh.Perempuan itu tersenyum."Actually,that's my shoelace,"kata remaja itu dengan sopan sambil menunjuk ke arah tali yang mengikat jari telunjuk Nurin dan Azizi.Azizi dan Nurin berpandangan.Mereka tersengih dan membuka ikatan tali itu dan menyerahkan tali itu kepada remaja tadi.

"Thanks and...What you've done just now,so sweet.Remind me of my boyfriend.Thanks for the idea.And wish your child well,"katanya sebelum pergi.

Azizi dan Nurin pulang ke rumah Angelique dengan senyuman manis.Mereka akan bahagia bersama anak mereka.Itu janji mereka bersama.

*******************************************************************************

6 tahun kemudian...

"Tak sabarnya nak jumpa nenek,nak jumpa auntie Asila ngan uncle Ricky...Nak jumpa semualah!"ujar seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 5 tahun.

"Auntie Diana,uncle Zaimi...Saper lagi?"tanya seorang lagi kanak-kanak perempuan yang seusia.

"Auntie Marinna.Atok,tok wan,wan..."sambung kanak-kanak perempuan yang lain.

Nurin dan Azizi tersenyum mendengar celoteh ketiga-tiga anak kembar mereka,Melissa Nadia,Merissa Nadyan dan Mernissa Nadira.Walaupun mereka kembar,tetapi wajah mereka berlainan dan perangai mereka juga agak lain.

Mereka sekeluarga di dalam penerbangan ke Malaysia dari Australia,tempat percutian mereka sempena hari jadi Nurin yang ke-38.

Setelah ketiga-tiga anak Nurin tidur,Azizi bertanya,"Nurin,ingat tak citer 'Kata' yang Nurin tulis dulu tapi baru antar kat Ain sebelum pergi Australia?"

Nurin mengangguk dan Azizi meneruskan pertanyaannya,"Ending dia camner?"

Nurin mengerutkan dahinya,"Sebenarnya last-last minute,Nurin tukar nama watak.Abdullah jadi Hazry,Didi pada Johari,Farid pada Azizi and Fatihah jadi Nurin."

"Nama kita?"

Nurin mengangguk."Ending dia...Last skali,'Nurin' tu mati skali ngan suami and anak-anak dia..."

"Saper suami dia?"soal Azizi lagi.

"'Azizi'...Diorang mati sebab kapal terbang yang diorang naik...."Nurin terkedu.Ya Allah kenapa aku buat ending macam tu?

"Terhempas?"duga Azizi.Nurin mengangguk.Mereka berdua memandang anak-anak mereka.

"Err...Tak mungkinlah ending tu jadi betul,kan?"Azizi memberi pendapatnya.Nurin mengangguk setuju.

Tiba-tiba...

Tali yang mengikat jari kita
Adalah saksi cinta kita selamanya...

Happy birthday,
Azizi.

T.A.M.A.T.

[ Last edited by  lily_lyssa at 30-10-2007 04:52 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2007 04:52 PM | Show all posts
Rasanyer dapat teka kan apa yg terjadi kat diorang?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.091066 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list