|
Isu Agama Syiah serta persoalan Akidah dan Feqah ... [split topik]
[Copy link]
|
|
Reply #239 ziwasi's post
kalau saya berkawan dgn Tuan nanti perkara utama yg saya nak tahu apa puncanya Tuan masuk syiah? point apa dlm wilayah tu yg menyebabkan Tuan syak kpd ajaran sunni? syubhat apa yg syiah pakai? bila saya dah tahu punca secara live barulah akan dtg saya boleh tackle masalah tu.
Tuan berbeza dgn saya mgkn. Tuan dulu sunni tapi Tuan bukan bidang pengajian Islam. maksud saya Tuan bukannya pelajar pengajian Islam formal. Tuan dulu belajar UTM. sbb tu Tuan menghadapi situasi mcm Tuan kata tu. Tapi kalau Tuan dah bertahun2 dlm bidang pengajian Islam mungkin nasib Tuan berbeza... tapi apa yg tersurat itu tak boleh lagi diubah he he walaubagaimanapun akan dtg belum tahu lg. Hadakumullah!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sirri_khafi at 7-10-2008 04:12 PM
adapun shahadatain dlm posting 226 tuh bersifat FADHILAT bagi sesiapa yg mengucapkannya ...
Alahai...Tuan Sirri,
Post 226 - orang tak panggil syahadatain dah....orang panggil syahadat! Tak percaya? Pi tanya Ustaz Nahzaluz...
Pi baca smp faham post asal, post 190!
Fadhilat apa dia? Tuan bawak mai syarah hadits ini jika tuan bertemu...FADHILAT atau SYAHADAT (jamak krn libatkan Isa as, Maryam as, RuhNya, Syurga dan Neraka?
Karang JieShiang 'fire' ultraman kat hang, jgn nak bengang pula...Contohilah Ustz Nahzaluz.:victory: |
|
|
|
|
|
|
|
saya nak betulkan statement saya ...
syahadatain dari soheh muslim dlm posting #226 tuh memang asas aqidah ummat islam yg terkandung jua di dlm RUKUN IMAN ...
syahadatain dari soheh muslim dlm posting #226 tuh bukan shj bersifat FADILAT, bahkan TA'KID dan MENTAHQIQ lagi asas AQIDAH UMMAT ISLAM yg terkandung di dlm RUKUN IMAN seperti hadis berkenaan pertanyaan jibril kpd nabi SAW berkenaan islam, iman & ihsan yg telah di riwayatkan oleh sayyidina umar RA ....
so, syahadatain imamiyah tuh memng rekaan golongan syiah yg x pernah di ajar oleh baginda nabi SAW malah tidak terkandung di dlm rukun iman yg menjadi pegangan aqidah ummat islam ...
kejayaan dakwah islamiyah itu tidak bergantung kpd penerimaan org yg di dakwahkan ...
dan jika dakwah kita tidak di terima, itu bukanlah sesuatu KEGAGALAN kerana para nabi AS juga telah menerima kecaman dan penentangan yg hebat dari kaum mereka ...
sebenarnya, mereka yg menentang dakwah islamiyah itulah yg GAGAL ....
KEJAYAAN PARA PENDAKWAH ITU IALAH SEJAUH MANA MEREKA BERPEGANG DGN TERTIB, ADAB DAN USUL DAKWAH ITU ...
maka sebab itulah nabi SAW mengajarkan kita apabila selesai shj satu2 amalan yg kita buat, maka hendaklah di akhiri dgn ISTIGHFAR takut kita sudah melanggar adab,usul dan tertib dakwah itu dan hikmahnya supaya kita sentiasa TAWADU' dan terselamat dari penyakit hati seperti riya', takabbur, ujb dll ...
sesungguhnya yg memberi hidayah itu hanyalah ALLAH SWT dan dan kita hendak sentiasa menafikan " SEBAB AMALAN @ STRATEGI DAKWAH KITA " ....
kewajipan kita hanyalah menyampaikan DAKWAH & KEBENARAN SHJ ...
WALLAHU A'LAM ....
[ Last edited by sirri_khafi at 7-10-2008 05:32 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Dah 2-3 kali nampaknya dihighlightkan hadis dalam muslim tu... semakin hari semakin hari semakin besar. Dia tanya orang, orang kena jawab walaupun orang tak tambah syahadah, orang tanya dia apa hukum tambah syahadah, dia tak jawab pun tak apa sebab dia mengaku tak tambah syahadah. Tak aci. Tapi tak apa. Saya nak tengok adakah perisai manusia ni mampu melindungi awak.
[quote]Dari 慤badah b. Shamit r.a,katanya Rasulallah bersabda:
揝iapa yg mengungkapkan pengakuan (shahada) : Aku mengaku tidak ada Tuhanselain Allah satu-satunya, tidak ada sekutu bagiNya dan bahawa MuhammadRasulallah dan bahawa Isa hamba Allah, anak wanita hamba sahayaNya, danKalimahNya yang ditujukanNya kepada Maryam, dan Ruh daripadaNya, dan bahawasyurga dan neraka itu sebenarnya ada, Allah akan memasukkannya ke syurgamelalui salah satu pintu dari delapan pintu yang dikehendakiNya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #241 nahzaluz's post
Ya sungguh lah...sy bukan dr aliran pengajian Islam...Tp bukan bermakna kita tak sekolah Islam sec formal kita tak kan kenal agama kita...Begitu jugalah yang jadi kpd anak Syeikh Yusuf Qardhawi...Pak adalah marja sunni, anaknya seorang penyair...Pak tetap dgn sunni, anak beralih angin kpd syi'i.
Nilaian Allah kpd kita bukan bersandarkan kpd kita background pengajian - tapi AMAL dan TAQWA...Betul tak?
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.
[Ali Imran: 131]
Dan peliharalah diri kamu dari api neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir.
[Ali Imran: 132]
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.
[Ali Imran :133]
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
[Ali Imran134]
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
[Ali Imran: 135]
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
[Ali Imran: 136]
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
[Ali Imran: 137]
Seronok membaca komentar Tuan krn Tuan adalah sunni yang sunni
[ Last edited by ibnur at 7-10-2008 08:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ada satu lagi hadis yang macam ni...
قَدِمَ وَفْدُ عَبْدِ الْقَيْسِ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا هَذَا الْحَيَّ مِنْ رَبِيعَةَ وَقَدْ حَالَتْ بَيْنَنَا وَبَيْنَكَ كُفَّارُ مُضَرَ فَلَا نَخْلُصُ إِلَيْكَ إِلَّا فِي شَهْرِ الْحَرَامِ فَمُرْنَا بِأَمْرٍ نَعْمَلُ بِهِ وَنَدْعُو إِلَيْهِ مَنْ وَرَاءَنَا قَالَ آمُرُكُمْ بِأَرْبَعٍ وَأَنْهَاكُمْ عَنْ أَرْبَعٍ الْإِيمَانِ بِاللَّهِ ثُمَّ فَسَّرَهَا لَهُمْ فَقَالَ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَأَنْ تُؤَدُّوا خُمُسَ مَا غَنِمْتُمْ وَأَنْهَاكُمْ عَنْ الدُّبَّاءِ وَالْحَنْتَمِ وَالنَّقِيرِ وَالْمُقَيَّرِ
Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:
Rombongan utusan Abdul Qais datang menemui Rasulullah saw. lalu berkata: Wahai Rasulullah, kami berasal dari kampung Rabiah. Antara kami dan engkau, terhalang oleh orang kafir Bani Mudhar. Kerana itu, kami tidak dapat datang kepadamu kecuali pada bulan-bulan Haram (yaitu Zulkaidah, Zulhijah, Muharam dan Rajab). Kerana itu, perintahkanlah kami dengan sesuatu yang dapat kami kerjakan dan kami serukan kepada orang-orang di belakang kami. Rasulullah saw. bersabda: Aku memerintahkan kepada kalian empat perkara dan melarang kalian dari empat perkara. (Perintah itu ialah) beriman kepada Allah kemudian beliau menerangkannya. Beliau bersabda: Bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, membayar zakat dan memberikan seperlima harta rampasan perang kalian. Dan aku melarang kalian dari arak dubba' (arak yang disimpan dalam batok), arak hantam (arak yang disimpan dalam kendi yang terbuat dari tanah, rambut dan darah), arak naqier (arak yang disimpan dalam kendi terbuat dari batang pohon) dan arak muqayyar (arak yang disimpan dalam potongan tanduk)
- Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasa扞.
Puak-puak Abdul Qais ni memang ada masalah dengan ketagihan arak, sebab tu la Nabi saw sebut tentang haramnya 4 jenis arak tu selepas 2 kalimah syahadah, sebagai taukid untuk orang yang ada masalah dengan arak, bukannya sebab mengucap dengan extra macam-macam lagi selepas tu adalah elok dan tidak sempurna Islam tanpanya. Ke awak nak kata pulak bersaksi terhadap haramnya 4 jenis arak tersebut adalah elok kalau ditambah selepas 2 kalimah syahadah?
Dengan hadis-hadis macam ni, sepatutnya tak timbul isu Nabi tambah syahadah atau Nabi membenarkan perbuatan bertaqarrub apatah lagi menyempurnakan Islam dengan menambah extra macam-macam selepas 2 kalimah syahadah. Dapat kat Syiah, dijadikannya hadis ini dalil bahawa boleh bersaksi terhadap Imam 12 selepas kesaksian terhadap Nabi Muhammad saw.
Kalau ya pun Syiah nak pakai hadis riwayat Muslim tu, mengapa tak tambah saja selepas 2 kalimah syahadah tu dengan kesaksian terhadap Nabi Isa dan Ibunya? Yang pegi tukar kesaksian terhadap Nabi Isa dan Maryam dengan kesaksian terhadap Imam 12 tu datangnya dari hadis mana pulak?
Syiah keluarkan hadis macam ni sebenarnya untuk dijadikan perisai manusia bila menghadapi ahli sunnah, seolah-olahnya, kalau awak tembak aku, awak akan tembak Nabi awak sendiri. Sekarang tengoklah awak sorang-sorang yang kena tembak.
[ Last edited by Triple_8 at 7-10-2008 05:31 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #245 ziwasi's post
bukanlah maksud saya apabila Tuan bukan dlm bidang pengajian islam maka Tuan tak akan mencapai takwa. respon saya itu berkait dgn situasi yg Tuan hadapi. Tuan kata: Intelektual tidak diisi sepenuhnya. Penggunaan akal dlm beragama tersangkut-sangkut...tanya lebih2...tuan guru menjawab, "Barangsiapa yg byk bertanya, maka lemahlah imannya". Akhirnya, sampai lah kepada topik 'Al Wilayah'....dakwah sunni tidak meyakinkan, akhirnya dakyah syiah menjadi dakwah kepada sy...
kalau Tuan dari awal lagi belajar mcm saya, mgkn nasib Tuan berbeza.
apa pun semua tu past tense belaka. hanya iktibar yg kita boleh ambil. tidak mustahil selepas 10 tahun Tuan duk dlm syiah Allah akan tunjukkan kepada Tuan tidak betulnya syiah, maka Tuan pun kembali kpd sunni semula dlm keadaan Tuan lebih mantap dari keadaan Tuan sebelum Tuan msk syiah dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #246 Triple_8's post
ini mmg senjata ampuh syiah dari dulu lagi. metodologi ini lah yg mereka pakai sehingga menimbulkan syak dlm hati sunni awam yg tak pernah belajar apa itu hadis apa itu usul ahlussunnah wal jamaah. mula2 syak, akhirnya akidah tergadai. wal'iyazubillah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #248 sirri_khafi's post
YA ALLAH BERILAH HIDAYAT KPD ZIWASI ... KEMBALI KAN LAH DIA KPD AQIDAH ISLAM YG BENAR YAITU AQIDAH AHLUSSUNNAH WAL JAMAAA'AH .... AMIIIIN ...
Amin ya Rabbal 'alamin. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #232 nahzaluz's post
tuan nahzalus, pendirian saya sama dengan ziwasi, sya suka berbicara dengan tuan, ada keterbukaan dan cepat faham.
sya setuju bahawa imam al suyuthi bukan syiah dan dia bukan pengamal doktrin imamah. walhasil dia adalah ulamak muktabar di sisi ASWJ.
Beliau (imam as suyuthi) telah berlaku adil dalm menafsirkan surah al maidah ayat 55, dengan mengatakan bahawa ayat ini turun kepada imam ali.
Yang ni tuan nahzalus kena baca betul2 : Begitu juga Ulama besar syiah Alamah Tabai Tabai yang menafsirkan ayat ini di dalam kitab tafsir al mizan, punyai tafsiran yang sama iaitu mengatakan ayat ini turun kepada Imam Ali as.
kedua duanya setuju dengan penafsiran bahawa WALI kita manusia terdiri dari Allah, Rasulullah SAAW dan Orang yang beriman yang bersedekah ketika sedang rukuk solat (refer kepada Imam Ali) tidak orang lain, maksudnya tidak kepada Syd Abu Bakar, Umar, Usman, mereka dari bani umaiyah dan abassiyah.
oleh yang demikian apabila sya menemukan kedua dua hujjah tersebut (imam al suyuthi dan alamah tabai tabai) maka timbul satu persoalan besar IAITU : IMAMAH / KEPIMPINAN. yang mana syiah hanya IKTIRAF Imam Ali as adalah wali / pemimpin dan menolak selain daripadanya TETAPI ianya tidak berlaku di sisi ASWJ, sedangkan kedua duanya setuju bahawa Imam Ali as adalah wali / pemimpin kita. MAKA dalam KES ini TINDAKAN siapa yang lebih relevan dengan ayat tersebut? Tuan tolong bagi dari perspektif tuan pula ye |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #253 ali_ridzha's post
bukan turun kpd sayyidina ali karamaLLAHU wajhahu ...
tetapi sebab atau berkaitan dgn sayyidina ali karamaLLAHU wajhahu ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #254 sirri_khafi's post
nampak sangat enta kurang tau tentang duduk perkara ini samada dalam tafdsir atau hadis yang menafsirkan ayat tersebut. Tuan baca dulu kronologi peristiwa ini maka tuan akan paham ianya adalah "turun kepada Imam Ali as" atau "berkaitan dengan Imam Ali as" |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #253 ali_ridzha's post
ini satu satu cara yg syiah gunakan supaya sunni boleh menerima doktrin mereka. caranya ialah memilih satu ayat kemudian tgk asbab nuzulnya dlm riwayat sunni dan syiah. jika ada dlm sunni dan ada juga dlm syiah maka ia menjadi hujah bagi mereka ke atas sunni. apabila sunni kata ulama' yg meriwayatkannya pun tak terima maka syiah akan katakan sebagaimana yg Tuan kata: MAKA dalam KES ini TINDAKAN siapa yang lebih relevan dengan ayat tersebut?
keadaan yg sama juga berlaku dlm kes hadis Thaqalain, senjata no 1 syiah buat org awam sunni. terbukti berkesan di mana-mana jua. hadis tu ada dlm riwayat sunni dan ada dlm riwayat syiah maka ia menjadi hujah bagi syiah atas sunni sedangkan para imam hadis sunni yg meriwayatkannya tak ada seorangpun yg percaya kepada doktrin 12 imam, maka soalan yang sama diutarakan: MAKA dalam KES ini TINDAKAN siapa yang lebih relevan dengan hadis tersebut?
saya setuju dengan pandangan Tuan bahawa Imam al-Suyuthi berlaku adil apabila membawa dtg sabab nuzulnya tetapi dgn hanya membawa dtg shj bukanlah bermaksud beliau rahimahullah menyokong dan bersetuju dgn doktrin 12 imam.
ayat ini pada perspektif saya hendaklah dibaca bersama dengan ayat sebelum dan selepasnya. seperkara lagi ayat ini dan sabab nuzulnya juga ada dibncgkan oleh ulama' kami dlm konteks isu2 sunni syiah. kami tidak hanya bergantung kpd sabab nuzulnya. kami melihat juga kepada tafsirnya dan riwayat2 yg berkaitan. perkataan raaki'un itu pun ditafsir dgn makna khadi'un, iaitu tunduk dan patuh. yg ni panjanglah pulak. tak perlulah rasanya. akan ulang2 benda yg sama. cukuplah bagi kami sunni baca tafsir Ibnu Kathir kalau nak faham ayat ni walhamdulillah.
[ Last edited by nahzaluz at 7-10-2008 06:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #253 ali_ridzha's post
sayyidina abu bakr RA, sayyidina umar RA dan usman RA termasuklah imam syafiie RAH juga termasuk AHLULBAYT yakni ahli keluarga & kaum kerabat baginda nabi SAW ....
jika para isteri rasuluLLAH SAW adalah ummuhatul mukminin ( ibu kpd org2 yg beriman ) ...
maka nabi SAW juga BAPA kpd org2 yg beriman ( perhubungan hati & rohani/menurut perspektif iman ) ...
maka org2 beriman itu juga ialah anak2 kpd baginda nabi SAW ...
malah, di dlm hadis juga ada menyebut tentang nabi SAW mengklaim yg sayyidina salman RA itu termasuk ahlul bait ...
perhubungan itu tidak tertakluk kpd hubungan FIZIKAL SHJ ...
malah ALLAH SWT sendiri menafikan hubungan kekeluargaan anak nabi nuh AS kerana anaknya tidak beriman kpd nabi nuh AS ...
sesungguhnya org2 beriman yg mengikuti nabi SAW secara soheh bolehlah dikaitkan ahlulbayt secara rohani menurut perpektif iman ...
dalilnya ialah :
FIRMAN ALLAH SWT :
" SEGALA PERHUBUNGAN/PERKASEHAN PD HARI ITU AKAN MENJADI MUSUH BAGI SEBAHAGIAN YG LAIN KECUALI ORG2 YG BERTAQWA ".
SURAH AZ ZUKHRUF AYAT 67 ...
FIRMAN ALLAH SWT :
KECELAKAANLAH BESARLAH BAGI KU KIRANYA ( DULU ) TIDAK MENJADIKAN SI FULAN ITU SEBAGAI KEKASEH KU ( KHALIL ) " .
SURAH AL FURQOOOON AYAT 28 ...
banyak lagi dalil mengenai pentingnya PERHUBUNGAN ITU DI BINA ATAS DASAR TAQWA & IMAN ....
nabi saw bersabda : " sesorg itu akan bersama dgn org yg di cintai nya ... "
WALLAHU A'LAM ....
[ Last edited by sirri_khafi at 7-10-2008 06:22 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #255 ali_ridzha's post
wahyu hanya turun kpd para nabi AS ...
masaalah nih adalah special kes dan tidak berlaku selain hanya kpd para nabi AS ...
org yg beriman tuh hanya mendapat ILHAM @ KASYAF ...
perkara ini amat jelas ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #256 nahzaluz's post
Tuan nahzalus ini bukan soal kaedah, tapi soalnya siapa di antara kita yang benar2 mengikuti al quran. (ini salah satu ayat sebagai contoh, di hauzah sya sedang mempelajari ada 300 ayat yang turun mengenai Ali as dengan hujjah dan argumentasi yang sangat makkul dan berasas.)
sungguh pelik kenyataan tuan diatas, tidak kah kedua aliran setuju bahawa Ali as adalah wali / pemimpin? (dalam konteks ayat tersebut) maka siapa yang mengiktiraf Ali as sebagai wali / pemimpin maka dialah yang mengikuti al quran. hadis yang membahaskan tafsiran ini panjang dari abu dzar, insyaallah ada kesempatan malam ini sya akan kemukakannya.
Imam suyuthi menyokong atau tidak itu isu yang lain, sya berpegang kepada khutbah Imam Ali as dalam kitab Syarh Nahjul Balaghah mengatakan bahawa " Agama ini akan hancur apabila menjadikan ketokohan sebagai sandaran agama bukan HUJJAH menjadi sandarannya"
aqal sya yang sihat mengatakan bahawa : "saya mesti memilih Hujjah yang tindakkannya selari dengan al quran." bukan ketokohan yang menjadi hujjah kepada sesuatu kebenaran. Tidakkah menjadikan Ali as sebagai wali / pemimpin itu SELARI dengan ayat ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nahzaluz at 7-10-2008 05:49 PM
YA ALLAH BERILAH HIDAYAT KPD SAYA DAN ZIWASI UTK BERAQIDAH YG BENAR YAITU AQIDAH AHLUSSUNNAH WA JAMAA'AH ... AMIN ...
tidak mustahil selepas 10 tahun Tuan duk dlm syiah Allah akan tunjukkan kepada Tuan tidak betulnya syiah, maka Tuan pun kembali kpd sunni semula dlm keadaan Tuan lebih mantap dari keadaan Tuan sebelum Tuan msk syiah dulu.
Memandangkan Tuan nahzalus dan sdr sirri berdoa untuk sy....Sy pun nak berdoa :
"Wahai Washiyyal Hasani wal Kholafal Hujjah, Wahai Al-Qoim Al-Muntazhar Al-Mahdi, wahai putra Rasulullah, wahai hujjah Allah atas makhlukNya, wahai junjungan dan pemimpin kami, sesungguhnya kami menghadap, meminta syafaat dan bertawassul denganmu kepada Allah serta mengajukan padamu keperluan-keperluan kami, wahai yang terpandang di sisi Allah, berilah kami syafaat di sisi Allah....
Ya Ilahi, dgn penuh pengharapan kepadaMu...kurniakan petunjuk kpd rakan-rakan forumers khusus buat diriku, sdr Nahzalus dan Sirri akan kebenaran beragama yg diredhai disisiMu...Jadikanlah kami pencinta,pendokong dan pembela Ahlul Bayt Mu as sehingga kami kembali bertemu Rasul Mu di telaga Al Haudh...
Wahai para junjungan dan pemimpinku, sesungguhnya aku menghadap denganmu para imamku.
Dan bekalku pada hari kefakiranku dan keperluanku kepada Allah dan aku bertawassul dengan kalian.
Dan aku meminta syafaat dengan kalian kepada Allah, maka berilah kami syafaat di sisi Allah dan selamatkan aku dari dosa-dosaku di sisi Allah.
Karena sesungguhnya kalian wasilah (perantara) ku kepada Allah, dan dengan mencintai dan mendekati kalian, aku mengharapkan keselamatan dari Allah.
Maka jadilah kalian sebagai tumpuan harapanku di sisi Allah, wahai para junjunganku, wahai para kekasih Allah.Shalawat Allah atas mereka semua dan laknat Allah atas para musuh Allah yaitu orang-orang yang menganiaya mereka yang pertama hingga yang terakhir.
Aamiin yaa robbal 'aalamiin." |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #258 sirri_khafi's post
maaf mungkin sdra keliru dengan maksud tulisan saya, "turun kepada imam ali as" maksudnya ayat ini di tujukan kepada imam ali as. sya setuju dengan sdra wahyu hanya turun kepada Para Rasul. |
|
|
|
|
|
|
| |
|