|
UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
225# aziefa
dah x lama tu kak zie.. ermm 5 tahun lagi, Insyallah.
Bila kak zie nk tepek gambar2 kenangan akak pulak ni?
Sy rindu nk tgk gambar Tanah Haram..
Hanni Post at 23-10-2009 08:42
Nanti ye...
Leceh sikit...
Gambar tu tak de dlm PC..
Ada kat album..
Banyak prosesnya..
Kena scan dulu..lepas tu nak masuk kat Flickr..
Lepas tu Barulah boleh dipaste kat Thread..
Tunggu akan cuba diusahakan..
Insyallah.. |
|
|
|
|
|
|
|
242# aily
Walaikumsalam Kak Aily...
Weyyy...Mak oiiii...
Lamanya...
Dah jadi Mak nenek kita..kot kalau ada umur..
Allahuakbar... |
|
|
|
|
|
|
|
243# Hanni
43 Tahun kira muda lagi..
Tengah kuat lagi tu...
Alhamdulillah..
Insyallah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Soal Jawab Agama: Haji mabrur jihad terbaik
Oleh Ustaz Zamanuddin Jusoh
BOLEH ustaz terangkan kelebihan orang yang menunaikan haji dan umrah dan apakah tanda-tanda ibadat haji diterima Allah SWT.
Suhaila,
Wangsa Maju
SESUNGGUHNYA mengerjakan haji dan umrah itu amat besar ganjaran di sisi Allah. Sebuah hadis Abdullah bin Masu'd bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Hubungkanlah sekalian kamu antara haji dan umrah kerana ia menghapuskan dosa dan kemiskinan seperti menghembus tukang besi akan kotoran besi, emas dan perak. (Hadis Tirmizi).
Sabda Rasulullah SAW, "Sesiapa yang menunaikan haji kerana Allah dan tidak dicemari perkara dosa dan maksiat, dia akan kembali seperti hari pertama dia dilahirkan. (Hadis Bukhari). Hadis dari Ubadah bin Samit, menyatakan mengenai wukuf di Arafah, Allah berkata kepada malaikat, "Wahai malaikat, apakah yang dibawa -hambaku pada hari ini?
Jawab malaikat, "Mereka datang membawa harapan iaitu keredaan-Mu dan mengharapkan syurga-Mu. Allah menjawab, "Wahai malaikat, sesungguhnya aku menjadi saksi bahawa segala dosa mereka diampunkan walaupun sebilangan pasir di pantai".
Adapun ketika melontar jamrah, bagi setiap anak batu yang dilontar akan menghapuskan satu dosa besar. Ketika tawaf dilakukan, malaikat akan datang dengan meletakkan tangannya di bahu orang yang sedang bertawaf dan berkata, "Teruskanlah melakukan amalan kebaikan, sesungguhnya kesalahan kamu yang lalu sudahpun diampunkan. (Hadis Tabrani).
Berpandukan hadis di atas, Ibnu Hajar di dalam fatwanya menyatakan bahawa segala dosa sama ada kecil atau besar akan diampunkan Allah SWT. Maksud haji mabrur ialah haji yang tidak dicampur dengan dosa. Sebahagian ulama berpendapat bahawa maksud mabrur itu ialah makbul iaitu diterima Allah.
Tanda haji mabrur ialah apabila jemaah kembali menunaikan haji ia akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya dari segi amalan dan tingkah lakunya. Setengah ulama berpendapat, haji mabrur ialah haji yang tidak ada perasaan riak padanya atau tidak diikuti selepasnya dengan perkara maksiat. Firman Allah, "Tunaikanlah haji dan umrah kerana Allah. (Al-Baqarah: 196).
Sabda Rasulullah, "Haji mabrur itu tiada balasan lain, melainkan syurga". Imam Nawawi di dalam syarah Muslim berpendapat bahawa orang yang mengerjakan haji itu bukan saja dosanya diampunkan malah mereka akan mendapat balasan yang lebih daripada itu iaitu syurga.
Dari Aishah RA bahawa beliau pernah bertanya Baginda SAW, " Wahai Rasulullah, kami mendapati bahawa jihad itu adalah amalan yang paling baik. Bolehkah kami keluar berjihad? Jawab Baginda, " Tidak, tetapi jihad yang paling baik ialah haji mabrur. (Hadis Bukhari).
Penulis ialah Eksekutif di Unit Agama NSTP, boleh dihubungi melalui e-mel, [email protected] |
|
|
|
|
|
|
|
221# aziefa
Kak zie memang berseri2 wajah mereka2 yg saya jumpa tempohari di Madinah..betapa pada usia yang sebegitu baru mereka dapat peluang bersama2 menikmati erti nikmat sebenar berada di sini dan melihatkan itu betapa bersyukurnya Erah di beri peluang sebegini..berada di sini pada usia yang masih muda...(cehwah! muda ke lg nie??..hehehe) |
|
|
|
|
|
|
|
tadi baca kisah KUMAN group K2 tu pegi umrah dulu...dia kata semua yg dia doa dia dpt..masa buat umrah tu lah nak tergelak pulak baca..doa je nak ice cream, ada orang bagi ice cream..nak makan ketam..tiba balik hotel penginapan dihidangkan lauk ketam he he teringat lauk ketam kat royal sultan dulu..lauk ni lah kut..dia pun pegi dgn andalusia saya jumpa masa kursus umrah dulu..
baru jap kat tv3 siarkan jemaah haji kat madinah..tak sangka lak begitu sayu dan rindunya hati ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aziefa at 24-10-2009 10:29
Masjid al-Nabawi semakin sesak dengan jemaah
MADINAH 23 Okt. - Masjid al-Nabawi semakin sesak dengan puluhan ribu jemaah sejak semalam apabila umat Islam dari luar mula mendatangi kota suci itu sebagai sebahagian dari pelengkap ibadat haji.
Kehadiran sebegitu banyak jemaah dari seluruh dunia menyebabkan banyak jemaah wanita terpaksa bersolat di pekarangan masjid.
Berbeza dengan keadaan beberapa hari lalu yang banyak didominasi oleh orang Arab, wajah-wajah dari bangsa lain terutama dari Asia Tenggara, Asia Tengah dan Turki mula memenuhi masjid nabi itu.
Menariknya, jika sebelum ini majoriti jemaah wanita yang kelihatan memakai jilbab hitam tetapi pemandangan di persekitaran masjid sejak semalam makin 'berwarna-warni' dengan jemaah wanita dari negara-negara lain memakai pakaian berbeza-beza berdasarkan negara atau syarikat menguruskan haji yang mereka sertai.
Jemaah Turki memakai pakaian kekuningan dengan reben bunga ros di atas tudung,
jemaah Indonesia sebahagian besarnya memakai kain atau tudung merah
dan jemaah Malaysia memakai pakaian serba putih dengan beg gantung warna oren terang sumbangan TM.
Paling menonjol adalah jemaah dari Thailand khususnya Pattani yang berpakaian atas, bawah kasut atau selipar, beg, tudung dan reben mewakili warna berbeza seperti merah, merah jambu, kuning dan putih.
Apabila masuk waktu solat, suasana di kawasan sekitar satu kilometer dari masjid itu begitu mengagumkan dengan beribu-ribu jemaah berduyun-duyun berjalan atau terkejar-kejar dari hotel-hotel penginapan mereka menuju ke masjid.
Pasukan keselamatan Arab Saudi turut memperketatkan pengawasan sejak kelmarin termasuk menempatkan anggota-anggota polis peronda di kawasan-kawasan strategik.
Larangan mengambil gambar di sekitar masjid juga diperketatkan.
Laluan ke kawasan Makam Nabi Muhammad SAW yang bersebelahan dengan Makam Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khatab terlalu sesak tanpa mengira waktu kerana para jemaah yang baru tiba tidak mahu melepaskan peluang memberi penghormatan kepada Rasullullah dan dua khalifah Islam itu.
Selain makam-makam itu, kawasan lain yang turut menjadi rebutan jemaah untuk bersolat dan berdoa ialah ruang solat agak sempit yang dikenali sebagai Rawdah dan perkuburan al-Baqi'.
Rawdah iaitu kawasan bekas rumah Rasullullah yang terletak antara makam Nabi dan mimbar masjid dikatakan kawasan yang mustajab untuk berdoa, manakala perkuburan al-Baqi' menempatkan kubur-kubur isteri-isteri, anak-anak, Saidina Othman bin Affan dan sahabat-sahabat Rasullullah.
Sementara itu, seramai 3,439 jemaah dan 315 petugas dari Malaysia selamat tiba di sini sehingga penerbangan yang kesembilan, semalam. - Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
249# sunsuria3
baru jap kat tv3 siarkan jemaah haji kat madinah..tak sangka lak begitu sayu dan rindunya hati ini...
Assalamualaikum...
Serupalah dgn kita..
Turut terasa dan tersentuh bila mendengar berita berita Haji..
Apatah lagi apabila dapat melihat gambar gambar atau melihat di kaca TV..
Subhanallah... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa ramai yang berkemampuan tapi tak teringin lagi nak tunaikan Haji. Alasan mereka “belum sampai seru”. “Belum sampai seru” bukanlah alasan untuk menangguhkan ibadat haji kerana seruan haji sudah lama disampaikan oleh Allah melalui Nabi Ibrahim secara zahirnya. Setelah Nabi Ibrahim membina Kaabah dan tawaf sebanyak tujuh kali dan Allah s.w.t mewahyukan kepadanya supaya menyeru kepada manusia untuk mengerjakan haji.
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. (Al-Hajj:27)
Nabi Ibrahim bertanya kepada Allah “Wahai Tuhanku, sampai ke manalah suara aku?"
FirmanNya: “Hai Ibrahim! Tugas engkau menyeru dan aku akan menyampaikannya. Orang yang melakukan haji akan membaca talbiah (Labbaikallah) yang bermaksud “Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Haji, wahai Tuhanku!
Jadinya "belum sampai seru" adalah jawapan yang salah. Lain kali kalau orang tanya bila kita nak tunaikan Haji... jawablah belum ada rezeki atau belum terbuka hati lagi, kerana "belum sampai seru" adalah jawapan yang salah semata-mata.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud, “sesiapa yang berkemampuan tetapi sengaja tidak mahu menunaikan ibadat haji maka apabila meninggal dunia maka dia mati sebagai Yahudi atau Nasrani kerana engkar perintah Allah”. |
|
|
|
|
|
|
|
173# el
Waalaikumsalam el,
Sibuk beberapa hari ni..
baru sempat nak balas posting el.
Rindu dengan el, dah lama juga kita tak jumpa
InsyaAllah hujung bulan Nov nanti ibu akan ke Pasir Gudang, nanti kita jumpa ye... |
|
|
|
|
|
|
|
141# kaherah
Waalaikumsalam erah,
Alhamdullillah, ibu dan uncle sihat dan baik-baik saja.
Ibu harap erah sekeluarga pun begitu juga.
Seronok baca berita erah baru kembali dari Madinah
beruntungnya erah kerana boleh kerap ke Madinah menziarahi Makam Rasullullah..
Dah confirm ke tarikh erah pulang ke Malaysia Disember nanti?
Tentunya ibu juga tak sabar menunggu kedatangan erah sekeluarga ke rumah ibu.... |
|
|
|
|
|
|
|
251# aziefa
Assalamualaikum azie,
Begitu juga dengan kakak azie,
pantang saja berita atau cerita mengenai haji tersiar, terus menyambar di hati...
sejak berita-berita keberangkatan jemaah ke tanah suci, terasa macam kita pulak yang memendam perasaan kesayuan dan kerinduan kepada kedua-dua kota suci tersebut...
Subhanallah... |
|
|
|
|
|
|
|
253# ustaz
Assalamualaikum..
Ustaz pastelah gambar gambar pi Haji dulu..
Nak jugak tengok gambar gambar Haji Jawa Tepi..
Terubat juga kerinduan ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
257# aziefa
Azie,
Tulah azie..
baca posting-posting pasal haji dan umrah kat rumah hanni pun ni dah bergenang air mata....
terutama posting yang baru azie pastekan tu......
semuanya menyentuh jiwa kita kan azie....
Macam yang selalu kita katakan...
menghantar jemaah-jemaah di Kelana Jaya tu pun dah mendatangkan keseronokan
apatah lagi tuan empunya diri....
kakak selalu terbayang-bayangkan kesibukan kat Kelana Jaya tu ketika ini .... |
|
|
|
|
|
|
| |
|