|
thanks weh, buat susah hangpa jah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 243# 7anan
lama tak kelih kawan kita, busy sokmo deh |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by genot at 2-5-2011 16:16
Ok HangPC, nasib hang baik jugak pasal aku bertemu balik iniriwayat dengan bantuan rakan seorang. Khas untuk kenalan kita lah HangpC aku memang selalu nampak HangPC aktif gak kat forom-forom len, hehe. Mai nak translate semula ke bahasa Melayumoden, aku kurang lah sedikit. Nak pakai bahasa Inggeris satgi payah pulak orang nak faham. Aku cuba lah perkurang bahasa belit Melayu kitab klasik Jawi orang belah Utara. Harapnya mudah difahami, aku pon sedari jugak budak-budak belah Utara pun bukan faham sangat bahasa kitab Jawi pasai depa pon dah dipengaruhi bahasa moden dalam media massa populerr
Riwayat bermula lah dengan setengah dari bani Israel pergibertemu dengan nabi mereka pada suatu hari. Maka sebaik sahaja bertemu dengannabi tersebut maka mereka bertanya… Ini dari ulasan surah al-Baqarah yang ayat kita kasi itu tetapi olahan semula bentuk perbualan sikit...
Jema'ah orang ramai: Bukankah kami ini termasuk orang-orangyang zalim?
Berkatalah nabi tersebut: Bahkan, kamu memang zalim pun.
Tanya orang ramai: Adakah kami ini orang-orang yang tiadapimpinan?
Katalah nabi tersebut: Memang pun!
Kata mereka: Jikalau begitu, bangkitkanlah bagi kami seorangraja yang akan mengumpulkan kami di bawah pantauannya moga-moga kami dapatberjuang di jalan Allah dan membebaskan bumi kami ini serta dimuliakanlah Allah oleh kami.
Kata nabi tersebut dan diisytiharkan lah nabi kepada mereka:Apakah kamu yakin untuk berjuang (menegakkan jalan Allah) jika tertulis akankamu perjuangan ini?
Berkatalah jema’ah bani Israel: Mengapakah pula kami tidakberjuang di jalan Allah? Sedangkan kami dihalau-halau keluar dari kediamankami, terlantarnya anak-anak kami, serta buruknya ehwal kehidupan kami kerananya.
Berkata nabi itu: Sesungguhnya Allah sudah memilih bagi kamu Taalut menjadi pemimpin kamu.
Kata jema’ah itu: Bagaimana dia akan menjadi pemimpin kami,sedangkan dia bukan dari keluarga raja-raja yakni keluarga Yahuda dan bukanlah pula orang berharta.
Kata nabi: Sesungguhnya Allah memilihnya, Allah berkenankepadanya untuk menjadi pemimpin kamu kerana ilmu dimilikinya serta kekuatan jasmaninya.
Kata jema’ah: Apakah petanda dari itu?
Kata nabi: Dia akan mengangkat kepada kamu tabut yang ditanggung oleh malaikat.
Maka berlakulah mukjizat tersebut. Maka sampailah kepada mereka Taurat pada hari itu. Kemudian dikumpulkanlah Taalut akan askar-askarpanjang barisan berkawatlah mereka sampai ada askar rasa dahaga.
Maka berkatalah Taalut kepada askarnya…
Taalut: Nanti kita akan bertemulah sebatang sungai dalam perjalanan ini, maka barangsiapa yangminum darinya tersingkirlah dia dari barisan askar ini, maka barangsiapa yanghanya meneguk air liurnya sahaja tidak merasai air sungai tersebut kekal lah dia bersama ku dalam barisan.
Maka tibalah di sungai maka kebanyakan ahli barisan askarminumlah air itu kerana tidak tahan dahaga, maka tersingkirlah sebahagian besar mereka. Sebenarnya sengajalah Taalut sediakan ini ujian untuk melihat siapa yang patuh taat, siapa yang ingkar. Siapa yang kuat kemahuannya maka mereka itu adalah yang tahan membawa dahaga. Maka barangsiapa yang minum air itu maka mereka itu cepat mengalah lah. Tinggal bersama Taalut hanya 313 orang askar yang berani untuk menentang orang Palestin (orang-orang ini masih kafir pada zaman itu kerana Islam belum sampai qadha' dengan Muhammad s.a.w).
Bersambung lah ini riwayat ada lagi sejemput aku sudah semput nak taip masuk... aku teringat balik, ini bukan Tarikh Arab lah tapi Tarikh Bani Israel cuma ada tersebut dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 246-251. Tidak apa lah duduk di rantau sama sahaja, di Asia Barat kira sekali harung la noooo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HangPC2 at 3-5-2011 10:32
oh macam itu kisahnya .
Tak Silap Saya Orang Palestin dulu digelar (saya tak ingat nama suku kaum Arab ini tapi huruf M) sebangsa dengan Qarun....
Terima Kasih genot.....
ok saya tunggu sambunganya..... |
|
|
|
|
|
|
|
upkan thread ni, sambil tambah kredit |
|
|
|
|
|
|
|
kan best kalau semua thread kat bod ni camni, berkongsi2 ilmu antara satu sama lain |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 248# al-asil
dah donlod hasil kerja si lucid tu ? rajin dia. keh keh keh...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 249# winamp05
dah donlod dan tu la yang aku maksudkan. tuan thread yang pemurah kongsi ilmu dan tak sombong macam tongong, pastu ada yang baik hati pulak tolong compile jadikan e-book, so benda yang kita bincang ni tak mati kat porem je |
|
|
|
|
|
|
|
haku belum baca... belum khatam tred nih...
kesimpulan = aku lom donlod lagi...
kpd yg tlibat dlm mjayakan e-book nih..
sekalung phargaan dr aku..
aku x mampu nak bg pape..
semoga Allah mbalas jasa korang sebaiknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sensetip sikit soalan neh...
Kawan i neh ngaji kat Mesir dia citer orang Arab neh pemalas...kira macam ala2 Melayu jugak la...sikit2 Bukroh...cikit2 Bukroh...ckit2 Bukroh...lepastu riot....ye ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 252# winamp05
toseh jual lar, memang bg kat hgpa pon |
|
|
|
|
|
|
|
memang ponh... kat saudi sana pon hari jumaat, mutawa buat anak dengan mesin buat anak dia...
genot Post at 5-5-2011 20:30
x takut Tuhan depa neh..mutawa pon dh camtu..lagikan orang awam.. Patut la kawan sye asyik dok mengutuk ja |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 257# nobito
bangsa bangsa dalam dunia ni ada macam macam perangai. yg arab cara arab, yg matsaleh cara mat saleh, yg melayu cara melayu, macam macam hal.
Kaum kaum terdahulu yg Allah binasakan suma tu kita tak amik iktibar langsung. tunggu nak kena pulak nanti baru nak beringat. |
|
|
|
|
|
|
|
Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain? (6:6)
Dan berapa banyak umat-umat yang kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya. (17:17) |
|
|
|
|
|
|
| |
|