|
alfatihah buat almarhum...terasa kehilangan |
|
|
|
|
|
|
|
thanks to u all upload sbb semlm mmg x tgk acara pengkebumian..
al-fatihah buat almarhum.. |
|
|
|
|
|
|
|
206# redmoskito
correction yang ke 5.
typo error..
thanks red... |
|
|
|
|
|
|
|
baginda tuanku mizan baru lepas operate lutut pada pertengahan disember...tu yg pakai tongkat dua. muka pun pucat lagik pasal tak sembuh lagik..nak berdiri pun terketar2 gak aku tengok sakit2 p ...
fye_d_flowright Post at 23-1-2010 23:37
xde pic ke? |
|
|
|
|
|
|
|
240# mnaa
sebak bebeno tok nooh gadut... dia, almarhum dan sultan memang rapatkan... |
|
|
|
|
|
|
|
240# mnaa
sebak bebeno tok nooh gadut... dia, almarhum dan sultan memang rapatkan...
nazurah Post at 25-1-2010 00:07
kita yang mendengar pon insaff.... |
|
|
|
|
|
|
|
CI tu apa?
afifahmis Post at 24-1-2010 23:05
current issue. |
|
|
|
|
|
|
|
Utusan Malaysia Online Dalam Negeri |
Rakyat terus menziarahi
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
[email protected]
Link to original article
JOHOR BAHRU 24 Jan. - Makam Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini terus dikunjungi kerabat diraja dan rakyat pelbagai kaum hari ini.
Sultanah Zanariah bersama kerabat diraja Johor serta kerabat diraja Kelantan dilihat berangkat menziarahi makam Almarhum kira-kira pukul 8.30 pagi.
Cucuanda almarhum, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim kemudian tiba di makam berkenaan kira-kira sejam kemudian.
Tunku Abdul Jalil merupakan anakanda Sultan Johor yang baru, tidak menyertai upacara pemakaman almarhum Sultan Iskandar petang semalam kerana berada di luar negara.
Pada sebelah petang, Sultanah Zanariah bersama kerabat diraja Johor sekali lagi berangkat ke makam berkenaan bersama kerabat diraja Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin untuk membacakan surah Yassin.
Sultan Iskandar, 77, mangkat pukul 7.15 malam kelmarin di Hospital Pakar Puteri dan jenazah Almarhum selamat disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pukul 4.10 petang semalam.
Ketua Makam Diraja, Masri Sapuan berkata, orang ramai pelbagai kaum dan agama tidak putus-putus menziarahi makam Almarhum sejak petang semalam hingga hari ini.
Menurutnya, selepas majlis pemakaman selesai petang semalam, orang ramai tidak putus-putus menziarahi makam berkenaan sehingga lewat malam.
"Para pelajar Kolej Pengajian Islam Johor turut membacakan ayat-ayat suci al-Quran secara bergilir-gilir sepanjang tempoh berkabung sehingga Khamis ini," katanya.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar kawasan makam mendapati, pelbagai pihak termasuk daripada pejabat Konsulat Jenderal Republik Indonesia turut meletakkan jambangan bunga di makam berkenaan.
Sementara itu, seorang kakitangan swasta, Eddil Azami Muhammad Adrus, 32, memberitahu, dia memang berhasrat untuk menziarahi makam Almarhum Sultan Iskandar hari ini selepas menonton majlis pemakaman menerusi televisyen semalam.
"Hati saya terdetik untuk datang sendiri untuk bersedekah Al-Fatihah kepada Almarhum tuanku selepas menonton televisyen semalam. Selain itu, anak-anak dan isteri juga mengajak saya ke makam hari ini," katanya.
Seorang kakitangan kerajaan, Nor Azam Mohd. Yasak, 36, bersama isterinya sanggup datang dari Kota Tinggi semata-mata untuk menziarahi makam Almarhum.
"Hati saya menjadi sayu apabila melihat majlis pemakaman tersebut dan saya berdoa agar roh Almarhum dicucuri rahmat," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
240# mnaa
sebak bebeno tok nooh gadut... dia, almarhum dan sultan memang rapatkan...
nazurah Post at 25-1-2010 00:07
aku nangis tersedu2 bila dengor talkin yg dibacerkan tok nooh gadut nie. yup they were all very close, tt's what i heard too! sedih n nangis lagi bila bukak thread nie |
|
|
|
|
|
|
|
aku cadangkan letak lah wall fan kat makam tu sebab stand fan orang dah tak pakai sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
First time aku tengok orang pakai pingat dan darjah kebesaran masa lawat jenazah sultan. |
|
|
|
|
|
|
|
masa sultan iskandar mangkat hari tu...aku x miss tgk sampai pengkebumian...kira sampai habis lah..channel lain mmg la x nonton langsung...masa bc doa & talkin tu..x sangka air mata boleh keluar...alfatihah..semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh almarhum sultan iskandar.. |
|
|
|
|
|
|
|
sembah takziah buat keluarga diraja johor |
|
|
|
|
|
|
|
thanks utk yg upload istiadat pemakaman tu sbb xdpt tengok kt tv... |
|
|
|
|
|
|
|
takziah dan al fatihah... |
|
|
|
|
|
|
|
merafak sembah takziah kepada kerabat diraja johor... |
|
|
|
|
|
|
|
tp kerabat diraja johor mmg berhati rakyat tp biasala dia org kenamaan kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|