CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hijau88

NUR KASIH[PART VIII][FILM IN PROGRESS]

   Close [Copy link]
Post time 21-6-2010 11:14 PM | Show all posts
Reply 241# cikara

Setuju!!!!!!nak2 nyer yg mmg lahir 25 Oct hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2010 11:35 PM | Show all posts
ye ke cantik? capricorn camne?
kihkihkih.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 11:43 PM | Show all posts
capricon tak tau...kena bagi gambar la nak wat penilaian hehehehe;)
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 11:43 PM | Show all posts
Reporter tu pun tak tahu.

Makcik limah kawan kepada anak sedara dia cakap tahun depan dia tulis t ...
cikara Post at 21-6-2010 23:04



   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2010 11:49 PM | Show all posts
capricon tak tau...kena bagi gambar la nak wat penilaian hehehehe
cikara Post at 21-6-2010 23:43


alamak.
hihi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 11:51 PM | Show all posts
alaa..korang ni...
setiap kejadian tu sumer cantik2 belake...
syukur lah ape yg ader.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2010 11:56 PM | Show all posts
"Saya masih memegang watak sama iaitu Nur Amina. Cuma, jalan ceritanya lebih menyentuh hati dan banyak pengorbanan. Kalau dulu saya berkorban demi cinta, kali ini berkorban kerana Allah."
hayati_hassan Post at 21-6-2010 08:53


hadoi.. lebih menyentuh ati?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2010 11:57 PM | Show all posts
alaa..korang ni...
setiap kejadian tu sumer cantik2 belake...
syukur lah ape yg ader.....
adifrs Post at 21-6-2010 23:51


yup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2010 11:58 PM | Show all posts
hadoi.. lebih menyentuh ati?
hazlyn Post at 21-6-2010 23:56


mungkin. mesti lgi best kan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 08:12 AM | Show all posts
JOM JOIN KUIZ MENTOR 4 SEPARUH AKHIR 2

KLIK SINI
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 08:52 AM | Show all posts
TT...disebabkan ulangan dah habis semalam, so buat ar tajuk thread yg munasarawak sket
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 09:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by nazihamrun at 22-6-2010 09:52

Noktah cinta Adam, Nur Amina
Oleh Elrafaei Sapi

2010/06/22      

ANTARA banyak kisah cinta yang dipaparkan dalam kebanyakan drama dan filem tempatan, drama Nur Kasih berjaya mencipta fenomena luar biasa kepada peminat drama Melayu. Drama itu arahan Khabir Bhatia dan skrip ditulis isterinya, Mira Mustaffa.

Drama itu yang ditayangkan pertengahan tahun lalu di TV3 berjaya mencatat rating 4.3 juta penonton. Berdasarkan skrip yang mantap, kekuatan drama itu juga hasil cemerlang pelakon utamanya seperti Remy Ishak, Tizz Zaqyah, Fizz Fairuz, Ayu Raudah dan Ummi Nazeera.

Semua pelakon itu berjaya memberikan penghayatan yang terbaik sehingga penonton turut tersentuh dengan cabaran yang ditempuh Adam (Remy) bersama Nur Amina (Tizz). Atas kejayaan itu, ia mendorong Khabir dan Mira membawa drama itu ke layar perak.

Khabir berkata, filem itu masih menggunakan elemen cinta sebagai plot utama. Seperti yang disampaikan menerusi drama, definisi cinta bukan saja sesama manusia tetapi merangkumi rasa kasih pada Tuhan.

"Dalam versi filem, ia masih memfokuskan pada tiga watak utama, Adam, Nur Amina dan Aidil yang berdepan konflik dalam hidup. Walaupun Adam dengan Nur Amina sudah berkahwin tetapi cabaran yang ditempuh mereka tetap ada.

"Saya tidak boleh menghuraikan lebih lanjut mengenai skrip filem ini tetapi apa yang dapat saya katakan, karya ini lebih emosi berbanding drama.

"enggambaran filem ini mengambil masa 10 hari di lokasi sekitar Lembah Klang dan Jordan. Kami memilih Jordan kerana keindahan negara itu yang berlatarkan gurun dan bukit.

"Sudah tentu penggambaran di luar negara itu juga menambahkan lagi kelebihan dan daya tarikan pada filem ini. Tiga pelakon utama, Remy, Tizz dan Fizz akan ke sana pada 25 Jun ini," katanya.

Dalam kesibukan memulakan penggambaran, Khabir yang hadir pada majlis Doa Selamat dan Pelancaran Filem Nur Kasih di Mutiara Damansara, Selangor, baru-baru ini, menyatakan Ummi tidak dapat berlakon kali ini kerana dia belajar di luar negara. Bagaimanapun, wataknya tidak digantikan sesiapa. <<-- punye lah menghormati watak kannn

"Drama sebanyak 26 episod sebelum ini memberikan banyak cabaran. Namun, saya beranggapan menghasilkan filem lebih mudah berbanding drama. "Filem ini juga diterbitkan atas sambutan dan permintaan penonton yang menyukai drama ini. Saya merancang membawa filem ini ke Singapura dan Brunei untuk tayangan nanti," katanya. <<--bawak jgn tak bawak

Mengenai kisah peribadi membabitkan Remy, Ummi dan Tizz yang mencetuskan kontroversi, Khabir menyatakan, dia tidak mahu campur tangan dalam urusan peribadi mereka. Dia juga tidak pasti sama ada cerita panas mereka dapat membantu aspek promosi filem itu.

Bagi Mira, dia menulis skrip itu selama tujuh bulan termasuk enam bulan memikirkan plot hingga lima draf dihasilkan. Sebagai penulis skrip, dia berusaha mengimbangi kehendak penonton agar filem itu dapat memberi kepuasan kepada mereka. (mekacih byk)

"Sebenarnya, saya tertekan juga untuk menghasilkan skrip filem kerana saya perlu seimbangkan aspek cinta dan agama. Saya percaya filem ini boleh difahami penonton yang tidak pernah menyaksikan drama. Namun, filem ini masih mempunyai kesinambungan plot pada drama lalu dan peminat lebih faham jika pernah menontonnya.

"Mengikut plot, kali ini mereka bercuti ke Jordan. Saya mahu kejutan filem ini bukan hanya pada penghujung cerita tetapi penonton terhibur sepanjang menyaksikannya dari awal hingga akhir.

"Filem ini penting kerana ia adalah kesudahan pada cinta Adam dan Nur Amina dan tiada sekuel drama bersiri selepas ini," katanya. <<--paham cikgu!
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 09:55 AM | Show all posts
cadangan tjuk thread - "NUR KASIH[PART VIII][FILEM IN PROGRESS, ALREADY SHOOT]
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 10:03 AM | Show all posts
Reply 254# irsuzie


    boleh jek...setuju!
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 10:11 AM | Show all posts
atau pun kita harus maju ke sini -> http://mforum5.cari.com.my/viewt ... page%3D1&page=2
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 10:13 AM | Show all posts
Noktah cinta Adam, Nur Amina
Oleh Elrafaei Sapi

2010/06/22      

ANTARA banyak kisah cinta ya ...
nazihamrun Post at 22-6-2010 09:47


woh! sgt2 tak sabar..
happy ending please..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2010 10:15 AM | Show all posts
Noktah cinta Adam, Nur Amina
Oleh Elrafaei Sapi

2010/06/22      

"Sudah tentu penggambaran di luar negara itujuga menambahkan lagi kelebihan dan daya tarikan pada filem ini. Tigapelakon utama, Remy, Tizz dan Fizz akan ke sana pada 25 Jun ini,"katanya.
nazihamrun Post at 22-6-2010 09:47


ayu raudhah tak pegi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 10:21 AM | Show all posts
ayu raudhah tak pegi ke?
hazlyn Post at 22-6-2010 10:15

xyah g xcukup bajet !
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 10:29 AM | Show all posts
Reply 258# hazlyn


    tak...hehe..3 org tu je yg pegi. mak jah pun tak gi kali ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 01:04 PM | Show all posts
kah kah kah...ala tak pasan ar..metro pun ade. nanti ko tepek ek yen.. aku nak zasss..sarap
nazihamrun Post at 21-6-2010 08:50 AM



ala.. nazi.. sori x tepek yg ada kt metro semlm... ni baru baca post nazi....

mcm2 tarikh ada utk tayangan NKTM nie..
yen percaya yg plg cpt jer..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.042017 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list