|
kisah org atas bulan: angkasawan amerika, m'sia dll [merged]
[Copy link]
|
|
Reply #7 wira_legenda's post
Masalahnya ustaz pun boleh kena dupe dengan urban legend gak.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by wira_legenda at 5-10-2006 03:42 PM
Tapi...takkanlah Ustaz nak menipu pulak.
Ustad rogol orang pun ramai , ni kan lak utk menipu , small matter je:lol |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
komen Roslan SMS:
JANGAN IZINKAN ISLAM DIPERSENDA
Oleh : Roslan SMS
Tarikh : 8 Sep 2005, 9:18 pm
Neil Armstrong, manusia pertama yang menjejakkan kakinya di bulan pada tahun 1969 dulu kini berada di Kuala Lumpur. Beliau menjadi tetamu di Global Leadership Forum yang diadakan di sini (7 SEPTEMBER 2005).
Apa yang saya ingin catatkan berkenaan Armstrong ini adalah satu khabar angina yang telah bertiup kencang satu ketika dahulu. Kononnya ketika berada di bulan Armstrong telah mendengar suatu suara yang nyaring. Kemudian apabila kembali ke bumi dan dalam satu lawatannya ke Timur Tengah Armstrong terdengar suara muezzin menyampaikan azan. Lalu beliau mengakui bahawa suara yang suara yang beliau dengar di bulan itu adalah sebenarnya suara yang mengumandangkan azan. Dan kononnya lagi Armstrong telah memeluk Islam.
Cerita ini paling hangat kalau tak silap saya disampaikan oleh kawan-kawan kita dari jemaah tabligh. Dan umat Islam dengan mudah menerimanya sebagai betul.
Di KL semalam Armstrong ditanya berkenaan perkara ini dan akhbar THE STAR melaporkan:
Armstrong, 75 also denied he had heard the Muslim call to prayer on the moon and had converted to Islam.
Armstrong, 75 juga menafikan yang beliau mendengar suara azan dibulan lalu telah memeluk Islam.
Pengajarannya: umat Islam jangan mudah terpengaruh atau percaya dengan khabar berita yang luar biasa seumpama ini. Seelok-eloknya kita teliti, kaji dan buktikan terlebih dahulu. Cukuplah kita dengan al Quran sebagai mukjizat yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada Rasulullah saw sebagai pedoman dan pembimbing kita, yang relevan dan sesuai untuk sepanjang zaman.
Baru-baru ini ada pula kononnya rakaman suara dari perut bumi yang diedarkan melalui internet. Janganlah kita terperangkap lagi.
Yang penting bagi kita adalah untuk menjunjung dan mendukung Islam yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw kepada kita. Perkara-perkara pelik dan luarbiasa biarlah berlaku, tak perlu dijadikan hujah untuk meyakinkan kita, bimbang kalau nanti dibuktikan palsu maka kita yang akhirnya tersepit.
Cukuplah Ayah Pin dan kaum kerabatnya yang kufur itu berseronok dengan perkara-perkara ajaib. Macam dalam THE STAR hari ini liputan sebanyak satu mukasurat penuh diberikan tentang kejadian ajaib yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariaman di Puchong, Selangor. Seekor ular tedung albino kononnya muncul di Kuil tersebut dan kini melingkar disekitar salah satu berhala di sana.
Bagi kita umat Islam, Al Quran dan Hadis lah panduan kita. Allah swt berfirman dalam surah Al Aaraf: 188
Katakanlah: Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman
Dalam hal ini saya teringat hujah Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang di DUN Terengganu pada tahun 80an dahulu. Ketika itu kerajaan negeri pimpinan Wan Mokhtar menggunakan satu insiden kelab/surau PAS dipanah petir sebagai bukit Allah swt tidak meredhai perjuangan PAS.
Kata Tuan Guru (lebih kurang seingat saya) kalaulah hujah sedemikian mahu digunakan maka bermakna Allah redha kepada segala gereja dan kuil yang tidak pun dipanah petir.
Oleh itu biarlah kita berhati-hati jangan sampai agama ini nanti dipersendakan orang.
Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).
(An Nisaa: 83) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lagi penafian Neil Armstrong:
Sejarah jejak kaki ke bulan
Susunan Riadz Radzi
[email protected]
SATU dunia mengenali Neil Armstrong, angkasawan pertama yang menjejakkan kaki di bulan. Tepat jam 10.56 malam pada 20 Julai 1969, satu sejarah yang tidak pernah dibayangkan manusia dicipta angkasawan berkenaan. Sembilan belas minit kemudian, Edwin Aldrin menyertai Armstrong, manakala Michael Collins mengawal pesawat induk, Columbia.
Sebelum itu, pada 16 Julai 1969, jam 9.32 pagi waktu timur Amerika Syarikat (AS), ketiga-tiga angkasawan AS itu menaiki roket Saturn V dan berlepas ke angkasa lepas dari Cape Kennedy, Florida. Peristiwa itu disaksikan lebih 600 juta manusia, satu peristiwa paling ramai ditonton dalam sejarah televisyen!
揑tu adalah langkah kecil bagi seorang lelaki, tetapi satu loncatan jauh bagi manusia keseluruhannya, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Dalam tahun 1979, aku sempat melihat gambar yang di bawa balik dari angkasawan yg menjejaki bulan, melalui majallah dari Amerika Syarikat. Majalah tersebut penuh dengan gambar warna dan cerita berkenaan Apollo 11. Apa yang aku ingat majalah tersebut penuh dengan gambar Presiden Nixon, dan gambar-gambar bulan yg diambil dari permukaan bulan sendiri oleh angkasawan Apollo 11. Entah apa nama majalah tersebut aku tak ingat, ianya adalah pemberian guru besar sekolah aku. YANG AKU NAK KONGSI DI SINI, SALAH SATU GAMBAR PERMUKAAN BULAN YG TERDAPAT DALAM MAJALAH TERSEBUT MEMAPARKAN PEMANDANGAN SATU KAWASAN YANG MEMPUNYA PERMUKAAN YANG TIDAK SAMA, IANYA BERPERENGGAN DI MANA PERBEZAAN PERENGGAN DI ANTARA KEDUANYA AMAT KETARA SEOLAH SATU CANTUMAN YANG TIDAK SAMA. TANDA PERENGGAN YANG TIDAK SAMA INI AMAT PANJANG SEJAUH MATA MEMANGDANG DALAM GAMBAR TERSEBUT, DALAM ERTI KATA LAIN SEMACAM SATU BUAH YANG PERNAH DIBELAH DUA DAN DICANTUMKAN SEMULA DAN TERDAPAT KETIDAK TEPATAN CANTUMAN TERSEBUT. SEHINGGA KINI AKU TERCARI-CARI GAMBAR SERUPAITU MELALU INTERNET TETAPI TIDAK DAPAT. MAHA SUCI TUHAN YANG MENJADIKAN ALAM, AKU TERPEGUN DENGAN GAMBAR ITU DAN TERINGAT DENGAN KISAH MUKJIZAT NABI. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Bateesta at 5-10-2006 10:31 PM
Ustad rogol orang pun ramai , ni kan lak utk menipu , small matter je:lol
bateesta, maksud hang macam ostad ini kah? boleh caya kah ostad cam ni...
Neil Armstrong masuk Islam..... Takbirrrrrrr...... prrrfffgggrhhhhhh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha.... hahahahaha :lol
jemput ostad ni bagi ceramah agama kat radio Selangor.FM lagi baik..... :lol
Neil Armstrong masuk Islam..... Takbirrrrrrr...... prrrfffgggrhhhhhh
fleurzsa: Sorry, edited krn tidak sesuai. Thanks
[ Last edited by fleurzsa at 6-10-2006 07:41 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
gubra ayat hang nih macam Si Maideen lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
maknanya tajuk topik ni kena tukar la yer. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
Mengumpat sakan nampak...
Confirm ke ustad yg memberi ceramah di radio Selangor FM itu adalah dr golongan ustaz yg ada kemungkinan terlibat dgn aktiviti menipu dan merogol?
Berani sungguh la ustaz tu beri ceramah ke udara yg boleh didengar di seluruh dunia.
Ingat la...
Dunia ini bulat.... Allah swt mungkin belum memberi dugaan hidup pd kita utk elakukan perbuatan merogol atau menipu.
Yg pasti menyampaikan ilmu kpd org lain itu akan diiringi doa oleh semua penghuni langit & bumi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum tuan Moderator,
saya sebagai pembuka thread ni memohon supaya thread ni ditutup kerana dibimbangi ada dikalangan forumer menjadikannya sebagai medan untuk menghina golongan Ustaz atau lebih tepat menghina kesucian agama Islam itu sendiri. Adalah kurang sopan bila menyamakan guru-guru agama yang ikhlas menyampaikan dakwah dengan segelintir manusia yang bertopengkan agama melakukan perkara2 haram di sisi agama. Niat asal membuka thread ni adalah untuk berkongsi maklumat yang diperolehi. Dengan penuh rasa kesyukuran dan gembira mendengar maklumat tersebut...lebih2 lagi dibulan yang mulia ini, maka saya dengan rasa ikhlas ingin berkongsi dengan semua berkenaan maklumat tersebut. Walau bagaimanapun beberapa forumer seperti Mahar88, CRK dan ecomoda102 telah menyanggah kenyataan tersebut dengan disertakan beberapa petikan penafian oleh Neil Armstrong. Terima kasih kepada mereka ini yang menjadikan forum (thread) ini untuk bertukar maklumat yang ada. Mungkin ini kesilapan saya sendiri yang mana tidak sempat2 untuk membuat penyelidikan dengan lebih lanjut berkenaan kesahihan maklumat yang didengar. Saya sendiri merasa keliru sekarang ini .... yang mana satu yang benar. Pada mulanya saya ingin meneruskan thread ini sebagai satu ruang perbincangan mencari kebenaran dan kesahihan sesuatu maklumat dengan adanya forumer yang benar-benar ikhlas seperti mereka ini. Mungkin dengan maklumat mereka-mereka ini kita akan mendapatkan satu titik kebenaran dan kesahihan sesuatu maklumat yang didengari. Namun bila ada seorang dua forumer yang mula menampakkan riak-riak penghinaan terhadap golongan agama, maka saya merasa sangat dukacita. Saya tidak mahu virus ini merebak dan melibatkan lebih ramai forumer lagi di mana saya sebagai pembuka thread akan sama mendapat saham yang tak elok tersebut. Oleh itu saya memohon kepada tuan moderator supaya menutup thread ini. Mohon ampun di atas kesilapan yang dilakukan. Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah tutup thread ni mod... bleh jadi digest |
|
|
|
|
|
|
|
sy tak sempat dengar siaran ulangan ceramah tersebut. Tp saya bersetuju ngan tuan rumah supaya thread ni ditutup..Jangan mempersendakan ustaz. Mereka boleh melakukan kesilapan spt org biasa gak..tp taraf mereka lebih baik dari kita. Yg baik datang dr Allah yg tidak baik datang dr dia sendiri. Kalau betul dia melaporkan benda yang salah..maafkan dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
IMO thread ini masih terkawal.
Kita kena respect juga soal kebebasan bersuara.
Salah & silap kita sama2 perbetulkan.
InsyaAllah. |
|
|
|
|
|
|
|
jadi perbincangan masih diteruskan...
hantar... hantar... :clap: :clap: |
|
|
|
|
|
|
|
merged dgn thread yg sewaktu dgn nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by wira_legenda at 6-10-2006 09:54 AM
Assalamualaikum tuan Moderator,
saya sebagai pembuka thread ni memohon supaya thread ni ditutup kerana dibimbangi ada dikalangan forumer menjadikannya sebagai medan untuk menghina golongan Ustaz a ...
ade sesaper yg bole contact selangor fm utk mohon penjelasan drpd diorg tentang isu ni??
rasanya kenyataan penafian yg kluar kat the star, harian metro, bernama memang dah clear.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|