|
Lin Dan sahut cabaran Terbuka Malaysia
SELEPAS mencetus kontroversi apabila menarik diri menentang Lee Chong Wei pada separuh akhir tahun lalu, Lin Dan akan tampil sekali lagi beraksi dalam Terbuka Malaysia-Maybank 2012 di Stadium Putra, Bukit Jalil dari 10 hingga 15 Januari 2012.
‘Super Dan’ yang baru melengkapkan pencapaian memenangi semua kejuaraan utama dunia dalam kerjayanya selepas memenangi Final Siri Super Dunia 2011 buat pertama kali di Liuzhou minggu lalu mengesahkan penyertaan menyertai kejohanan itu bersama rakan senegaranya, Chen Long.
Turut akan bertanding dalam kejohanan bernilai AS$400,000 (RM1.2 juta) itu adalah Chong Wei yang akan cuba menyamai catatan Wong Peng Soon yang memegang rekod lapan kejuaraan ketika mewakili Malaya sekitar 1940 hingga 1950-an.
Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamed Al-Amin Abdul Majid berkata, kejohanan Siri Super BWF OSIM sudah berkembang dengan kukuhnya sejak beberapa tahun lalu, terutama di Malaysia.
“Kejohanan Terbuka Malaysia ini mendapat penyertaan yang terbaik dalam sejarah, dengan pergelutan kuasa bagi pemain lelaki khususnya dan harapan bagi kejohanan ini adalah amat tinggi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran Maybank, Mohamed Adam Wee berkata: “Badminton sentiasa mempunyai ramai pengikut di Malaysia, kami amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan BAM bagi membawa pemain terbaik dunia ke Stadium Putra Bukit Jalil.”
CREDITS TO BERITA HARIAN ONLINE
datuk, tolonglah kalahkan diva kat depan mata I hokeeyyyyy...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ranking No. 1 Chong Wei tergugat
KUALA LUMPUR - Belum reda berita kegagalan Datuk Lee Chong Wei pada Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir di Liuzhou, China Jumaat lalu, kini kedudukannya sebagai pemain No. 1 dunia pula bakal tergugat sekiranya gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Malaysia yang akan dilangsungkan pada 10 hingga 15 Januari depan di Stadium Putra Bukit Jalil.
Pemain yang bakal menyingkirkan jaguh badminton negara itu, tidak lain tidak bukan ialah musuh ketatnya, Lin Dan yang semakin menghampiri pungutan mata yang dilakukan Chong Wei dengan hanya dipisahkan 10501.2 mata.
Chong Wei kini mengumpul 99147.3 mata, manakala jaguh dari negara tembok besar itu mengekori rapat dengan pungutan 88646.1 mata.
Lin Dan dan rakan senegara Chen Long serta Chen Jin telah mengesahkan penyertaan pada Terbuka Malaysia yang akan turut disertai sahabat baik Chong Wei, Taufik Hidayat dari Indonesia.
Setelah disekat pada separuh akhir oleh pemain muda China, Chen Long pada Siri Super Master, Chong Wei sekali lagi bakal berdepan ujian getir di hadapan penyokong sendiri bukan sahaja untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya lima tahun berturut-turut, malah kedudukan No. 1 dunia juga bakal dirampas.
Sementara itu, dalam saingan beregu lelaki, pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang mempamerkan aksi tidak bermaya di Liuzhou turut berhadapan tekanan untuk mengembalikan keyakinan terhadap kemampuan mereka sebagai beregu utama negara.
Kehadiran beregu China yang juga juara bertahan, Chai Biao-Guo Zhendong bakal menyaksikan pertemuan menarik pada kejohanan yang menawarkan hadiah bernilai AS$400,000.
Dalam saingan wanita pula, Wang Yihan dan Wang Shixian juga dikhabarkan telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan tersebut yang mana Shixian merupakan juara bertahan.
Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamed Al-Amin Abdul Majid berkata, penyertaan kali ini menerima maklum balas yang cukup positif di kalangan pemain yang berada pada ranking 10 terbaik dunia.
"Ini adalah penyertaan terbaik dalam sejarah dengan persaingan bagi merebut kejuaraan untuk pemain lelaki khususnya dilihat amat sengit," katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.
CREDITS TO UTUSAN ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
'Angpau RM1.6j'
Oleh Hussain Said
[email protected]
2011/12/20
Chong Wei harus fikir keutamaan juarai Sukan Olimpik: James
LEE Chong Wei yang ‘makin penat’ diingatkan supaya segera mengalih tumpuan memburu ganjaran lebih lumayan - RM1.6 juta dan pencen bulanan RM5,000 dengan melakar sejarah muncul atlit sukan pertama negara memenangi pingat emas Sukan Olimpik, tahun depan.
Itulah gesaan bersifat ‘cemas’ beberapa pihak yang mula gelisah dengan prestasi dan tahap kecergasan pemain nombor satu dunia itu yang kian merosot selepas terlalu banyak menyertai kejohanan sepanjang tahun mengejar wang selaku pemain profesional.
Gambaran lebih perit - pemain kelahiran Pulau Pinang itu tewas buat kali ketiga tahun ini kepada pemain muda China, Chen Long di separuh akhir Final Siri Super Dunia di Liuzhou, Sabtu lalu.
Berdasarkan rekod, Chong Wei yang berjaya mengekalkan gelaran pemain nombor satu dunia sejak 2008 menyertai 15 kejohanan sepanjang tahun ini, mara dalam 11 pertandingan akhir serta memenangi tujuh kejuaraan.
Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj akur antara faktor utama pencapaian hambar Chong Wei disebabkan terlalu banyak menyertai pelbagai kejohanan tanpa membuat pemilihan wajar sesuai dengan usia.
“Dia tidak ada masa berlatih kerana baru tiba dua hari ke tanah air, dia terpaksa terbang ke luar negara lagi untuk menyertai kejohanan lain. Jadi, bila masa dia mahu berlatih bagi meningkatkan serta mempertajamkan pukulannya?
“Lagipun, Chong Wei perlu ingat dia sudah mencecah 29 tahun dan bukannya seperti Chen Long yang baru 22 tahun. Jadi, dia perlu berehat secukupnya untuk kembali pulih dan cergas,” kata bekas pemain itu.
James berkata, dia akan mengadakan pertemuan dengan Chong Wei dan ketua jurulatih, Rashid Sidek dan jurulatih Tey Seu Bock minggu depan untuk merangka program menjelang temasya terulung dunia termasuk menyaring pertandingan bakal disertainya.
“Bagi saya, tiga kejohanan paling ideal dia beraksi sebelum Sukan Olimpik 2012 adalah Terbuka Korea, Malaysia dan Seluruh England. Ini kerana pada Februari dan Mei dia perlu beraksi bersama pasukan dalam kempen Piala Thomas,” katanya.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan ganjaran RM1 juta kepada atlit yang memenangi emas di Sukan Olimpik, manakala BAM menjanjikan insentif RM500,000 dan Telekom Malaysia Bhd (TM) sudah menyatakan persetujuan memberi imbuhan RM100,000. Pemenang emas juga akan menerima pencen bulanan RM5,000. |
|
|
|
|
|
|
|
pergghh..pencen pun dh besarr |
|
|
|
|
|
|
|
boleh duduk goyang kaki sambil jaga cucu laa...
wawaKKK Post at 20-12-2011 10:46
kann..senangg hidopp kalo mng..
org yg bertarung nyawa utkk negara
pon xdiberi pencen sebanyakk ini...
all de best to datuk |
|
|
|
|
|
|
|
tp kann..mcmm mimpilahh datuk nak mng emass olimlpikk...
lately nie nk masok masok semi final ponn
terkial2 |
|
|
|
|
|
|
|
boleh duduk goyang kaki sambil jaga cucu laa...
wawaKKK Post at 20-12-2011 10:46
Betul. Beliau dah mempunyai cucu sejak tahun 2008. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul. Beliau dah mempunyai cucu sejak tahun 2008.
spiderman80 Post at 20-12-2011 11:01
hahahaha... betul tu... {:4_502:}{:4_241:} |
|
|
|
|
|
|
|
Misbun Sidek
|
|
|
|
|
|
|
|
actualy i tgk persembahan LCW x la merosot, maintain je,... cume persembahan cheng long ...
micha Post at 19-12-2011 19:24
chenlong bagus sbb ada sparring yg bagus. tapi kenapa kita tak mampu nak cipta sorang lagi player mcm chen long sbb kita pun ada chong wei sbg sparring yg bagus sehebat lin dan. tambah tolak bahagi semua masalah ttp adalah dari bam.masalah sparring mmg punca sebahagian besar negara lain takda player bagus. indon,korea,thailand semua hadapi masalah yg sama.jepun je maintain sbb player diorang dlm kelompok yg sama level mcm sho sasaki dan tago. bawah pd china dgn chongwei adalahh semua player rasanya jepun.ruginya mesia sbb pengurusan kita adalah bam. pengurusan unstable,pentingkan diri,duit,pangkat dan buta. bak kata misbun, kita nak tgk mcm mana bam nak siapkan player utk pergi olimpik. |
|
|
|
|
|
|
|
chenlong bagus sbb ada sparring yg bagus. tapi kenapa kita tak mampu nak cipta sorang lagi playe ...
nurulll Post at 20-12-2011 15:30
nape kite x mampoo hasilkan 'chenglong' sedangkan kite ade chongwei??
sbb pemain2 lain tiada passion dlm diri msg2..... dorg xde target setiggi chongwei di samping berperangai diva n perasan bagus mcm kookienkeat n tbh. so mcm mn nk maju dorg2 nih.....
LCW sorg je yg ade passion dlm diri, tp xde sparring yg bgus pula..... |
|
|
|
|
|
|
|
nape kite x mampoo hasilkan 'chenglong' sedangkan kite ade chongwei??
sbb pemain2 lain ...
micha Post at 21-12-2011 02:14
masalah menDIVA ni memang..:@:@:@ blajar la dari kkk akibat mendiva tak tentu hala.. dan stop la bagi keistimewaan(punca mendiva) pd diorang ni.hasilnya hadoo.... |
|
|
|
|
|
|
|
masalah menDIVA ni memang.. blajar la dari kkk akibat mendiva tak tentu hala.. dan stop ...
nurulll Post at 21-12-2011 12:54
kannnnn. bleh x jgn hantar dorg lg utk 1 tahun..... biar dorg papa kedana , mgkn br la nk bersggh2 |
|
|
|
|
|
|
|
ay rasa kan, mungkin perubahan itu kena di pasakkan hingga ke akar umbi.. kena galakkan lagi anak2 kita untuk lebih aktif dan gigih berkecimpung dalam domain badminton ini hingga ke tahap mercu. agar persaingan lebih getir dan sengit...seterusnya membolehkan kita mempunyai byk pool pelapis.... elok sahaja pemain2 yg menang sejak peringat sekolah contohnya, mendapat biasiswa penuh untuk belajar di MRSM/Sekolah Sains contohnya, dan untuk remaja mendapat biasiswa khas untuk ke IPTA prima, lalu menduduki apa jua kursus yg mereka kehendaki... malah memberi mereka fleksibaliti dalam pembelajaran mereka selagi mereka bisa menyumbang kepada negara.
lagi satu, ay terfikir, apakah tidak mungkin LCW , Peter Gade dan Taufik Hidayat bersepakat utk mengkaji permainan Chen Long/Lin Dan, malah berusaha sama untuk menjadi rakan sparring , ia dalam bentuk perlawan persahabatan yg kerap, dan pertukaran maklumat sebegitu? |
|
|
|
|
|
|
|
ay rasa kan, mungkin perubahan itu kena di pasakkan hingga ke akar umbi.. kena galakkan lagi anak2 k ...
AuReusium Post at 21-12-2011 20:30
cadangan yg amat sempurna...apa gunanya jd rakan baik kalu tk dapat membantu antara sama lain tk gitu chong wei dgn taufik... |
|
|
|
|
|
|
|
Chong Wei masih harap bimbingan Misbun Sidek
21/12/2011 5:21pm
SHAH ALAM 21 Dis. - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mengakui masih mengharapkan bimbingan bekas jurulatih Datuk Misbun Sidek dalam menempuhi saat getir lapan bulan menjelang temasya Olimpik London.
"Kalau saya nak pun, saya tak boleh buat keputusan. Saya terikat dengan BAM (Persatuan Badminton Malaysia). BAM ada pengurus, yang buat keputusan. Saya ikut saja,” katanya menjawab soalan media selepas majlis pelantikan beliau sebagai duta jenama ”Cafe 99 Ipoh White Coffee” di sini hari ini.
Misbun meletakkan jawatan sebagai jurulatih kebangsaan hujung tahun lepas setelah lapan tahun berkhidmat dengan BAM dan Chong Wei kini di bawah jurulatih Tey Siu Bock dengan dibantu Rashid Sidek dan Hendrawan.
Anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata, tempoh persediaan lapan bulan sebelum Olimpik London pada Julai depan sangat penting, dan beliau mengalu-alukan sebarang bantuan daripada sesiapa saja. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Chong Wei only fears Lin Dan at the Olympics
SHAH ALAM: World No. 1 shuttler Lee Chong Wei insists he does not fear Chen Long despite a string of defeats to the rising Chinese star this year. But he welcomes all the help he can get in pursuit of his Holy Grail – the London Olympics men’s singles gold.
The 29-year-old Chong Wei had a fairly successful year, winning seven titles from 11 final appearances. But Chong Wei failed to get the better of arch-nemesis Lin Dan, losing four out of five encounters with the most heartbreaking one being the defeat in the final of the World Championships back in August.
If one China obstacle was not bad enough, he now has another in Chen Long. Chong Wei failed to defend his Super Series Finals title last week after losing to Chen Long in the semi-finals, his third loss to the Chinese youngster following back-to-back defeats in the Japan and Denmark Opens.
But Chong Wei remains confident that he has what it takes to overcome Chen Long and only sees Lin Dan as a threat to his Olympic ambitions. “I’m not worried at all about losing to Chen Long because I was fatigued after a gruelling year,” said Chong Wei after signing on as a brand ambassador for Cafe 99.
“Lin Dan will be my main obstacle because he has always had an edge over me.
“But I’m working on that and will discuss with my coaches whether I need to change my game to counter the Chinese duo.”
Chong Wei admitted that he still seeks advice from former mentor Misbun Sidek, who is no longer under the BA of Malaysia (BAM) set-up.
“Winning the Olympics is a long cherished dream and I will readily accept all the help I can get to realise it.
“I only have eight months to get it right for what will be my last shot at Olympic glory,” he said.
“I did ask Misbun for some advice but that was done on a personal level as we are friends. I’m still under the BAM and will adhere to their rules.
“There are three excellent coaches (Rashid Sidek, Tey Seu Bock and Hendrawan) I can work with at BAM. It is important that I maintain my focus and stay injury free until the Games.”
Chong Wei is already back in training for the Korean Open Super Series Premier despite having just ended a hectic season last week. He has a relatively easy route to the final in the tournament in Seoul from Jan 3-8.
The top seeded Chong Wei will face India’s P. Kashyap in the first round and a win should pit him against another Indian, Ajay Jayaram, or Korean Shon Wan-ho.
In his half of the draw are the likes of veteran Peter Gade, Japan’s Kenichi Tago, Vietnam’s Nguyen Tien Minh and Indonesians Simon Santoso and Taufik Hidayat – all of whom he should have no problems beating.
The top three shuttlers from China – Lin Dan, Chen Long and Chen Jin – are drawn in the bottom half of the draw with one of them tipped to meet Chong Wei in the final.
CREDITS TO THE STAR ONLINE |
|
|
|
|
|
|
| |
|