CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nemobarracuda

✿ KPH - VILLA 96TH ~ BANZAIIIIII ABPBH JOM ✿

 Close [Copy link]
Post time 5-1-2012 09:59 PM | Show all posts
#pergghh

anugerah mamarazzi alam maya aku bagi kat hang la, de5 ......

dasat gak MV nie - errrr.. bertemakan air jugak ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2012 10:00 PM | Show all posts
hafiz... hafiz.....

adinda ku sayang buah hati pengarang jantung... kut ye pun nak recyle t-shirt tu dik agak2 le kannnnnnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 11:10 PM | Show all posts
sekadar info....

Esok 6 Januari - tarikh tutup penerimaan borang Anugerah Bintang Popular Beri ...
delima Post at 5-1-2012 16:21


OMGGGGGGGGGG!!!! gigihnya............
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 11:34 PM | Show all posts
ehem!
AJL 26 - Hafiz - persembahan no-11
damia76 Post at 5-1-2012 16:54


nak Hafiz perform no 6.....ada ONG la no 6 tu macam tahun lepas....huhu.....jenuh nak tunggu dia no 11 tu.....huhu takut dia neves je.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 11:48 PM | Show all posts
delima Post at 5-1-2012 20:34


fuiyoooo.....cantikkkkk!! sampai terbang rambut......ribut tu nampak real sgt..... thanks for the pictures delima....
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 07:49 AM | Show all posts
salam & gud morning, uuoollsss!!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2012 08:00 AM | Show all posts
Jumaat Januari 6, 2012
Juri AJL26 Ditambah Elak Kontroversi
Oleh FERIDE HIKMET ATAK

PETALING JAYA: Seramai 15 orang juri ditambah bagi mengadili pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26) yang akan berlangsung pada 29 Januari depan bagi mengelakkan sebarang kontroversi pada acara tahunan itu nanti.

Penerbitnya, Muhamad Sufian Che Isa berkata, secara keseluruhannya, seramai 22 orang juri akan mengadili 12 lagu dipertandingkan di mana 15 juri pada pra-produksi manakala tujuh lagi pada malam AJL26.

"Pada tahun lalu, hanya tujuh orang juri sahaja yang membuat pengadilan sehingga kontroversi tercetus gara-gara juri tidak bijak memilih juara AJL25 yang dimenangi oleh Ana Raffali dengan lagu Tolong Ingatkan Aku pada ketika itu.

"Justeru itu, kami perlu memperketat lagi sistem pengadilan sehingga membuat keputusan untuk menambah 15 orang juri lagi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau kontroversi," katanya pada sidang akhbar AJL26 di Bentley Music Auditorium, Wisma Bentley Music, di sini, Khamis.

Tambah Sufian, dia juga berharap dengan penambahan juri, keputusan yang dibuat akan memuaskan hati semua pihak termasuklah pihak produksi, media dan penonton.

Bagaimanapun, pihaknya masih lagi mengekalkan konsep pengadilan yang menggunakan khidmat penggiat muzik tempatan pada anugerah tahunan yang bertemakan elemen air itu.

"Saya rasa, lebih baik lagu-lagu yang bertanding diadili oleh juri tempatan. Saya juga berharap agar juri-juri yang dipilih itu menilai sesebuah lagu secara profesional dan bukannya bersifat pilih kasih.

"Tema AJL26 kali ini juga agak menarik apabila pihak produksi bersetuju memilih konsep air dan ia pastinya akan memberi satu kelainan sepanjang acara ini dianjurkan," katanya.

Pada AJL26 nanti, sebanyak 12 buah lagu yang dipertandingkan iaitu Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kalau Berpacaran (Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan, Altimet), Karma (Faizal Tahir), Penakut (Yuna), Sedetik Lebih (Jaclyn Victor) dan Awan Nano (Hafiz).

Diikuti dengan lagu Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Beribu Sesalan (3 Suara), Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque), Sungai Lui (Aizat), Kisah Hati (Alyah) dan Gadis Semasa (Yuna).

Dalam pada itu, Shiela Majid, Awie, Jamal Abdillah, Azlan (The Typewritter), Black dan Hazama akan menjadi penyanyi undangan pada acara tersebut.

credit to mStar online
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 08:09 AM | Show all posts
delima Post at 5-1-2012 16:26


katanya seminggu dr skang.. keputusan top 5 akan keluar *gulp*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2012 08:26 AM | Show all posts
hope this is the last article about them.....

Jumaat Januari 6, 2012
Cinta Hafiz & Adira Akhirnya Berkecai
Oleh FERIDE HIKMET ATAK



Hafiz

PETALING JAYA: Juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, akhirnya membuka mulut menjelaskan hubungan cintanya dengan Adira (AF8) sudah berakhir.

Hafiz berkata, hubungan cinta yang dibina hampir setahun itu retak disebabkan isu kontroversi yang membabitkan mereka sebelum ini yang turu mengganggu kerjaya masing-masing.

"Walaupun tidak lagi berhubungan, kami masih lagi berkawan. Keputusan ini dibuat kerana kami ingin memberi fokus kepada kerjaya yang baru beberapa tahun kami bina.

"Disebabkan banyak kontroversi yang melanda kami selama ini, keadaan tersebut telah memberi kesan kepada perhubungan yang kami bina. Ia tiada kaitan dengan orang ketiga.

"Emak saya pernah berkata, sebelum menyayangi orang lain, sayangi diri sendiri dahulu. Dan itulah yang saya lakukan, di mana saya mahu kerjaya saya sebagai penyanyi stabil terlebih dahulu," katanya.


Adira

Hafiz ditemui pada sidang media Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26) di Bentley Music Auditorium, Wisma Bentley Music, di sini, Khamis.

Tambah Hafiz, dia berharap agar tiada lagi kontroversi yang membabitkannya dengan penyanyi jelita itu pada masa akan datang.

Pada pertengahan tahun lalu, Hafiz dikatakan telah bertindak kasar terhadap seorang wanita yang bekerja sebagai pengurus pentas dengan menolaknya sehingga mengakibatkan kecederaan ketika rakaman sebuah program hiburan.

Insiden berkenaan dikatakan berpunca daripada sikap cemburu Hafiz apabila wanita tersebut dipercayai cuba menjalinkan hubungan sejenis dengan Adira.

Sementara itu, Hafiz yang bakal muncul dengan lagu terbaru tidak lama lagi kini sedang sibuk dengan persiapan AJL26. Dia akan membawakan lagu Awan Nano yang akan berlangsung pada 29 Januari ini.

Katanya, persaingan sengit barisan penyanyi yang akan bertanding pada malam anugerah tersebut seperti Yuna, faizal Tahir, Tiga Suara, Projek Pistol dan Aizat ternyata mendebarkan dirinya.

"Setakat ini, saya masih lagi sibuk mengubah sedikit susunan muzik Awan Nano agar ia kedengaran berbeza dengan lagu yang ada pada album.

“Semoga saya dapat memberikan persembahan yang terbaik kepada semua nanti," ujarnya yang pernah memenangi vokal terbaik dalam AJL25 pada tahun lalu menerusi lagu Noktah Cinta.


muak dah baca bende yg sama......(tapi aku still tepek utk archive perjalanan seni Hafiz {:4_192:} jgn mare!) but at least it shows that ppl still want to know something about him.....well.....apa2 je la......
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 08:28 AM | Show all posts
hope this is the last article about them.....



muak dah baca bende yg sama......(tapi aku stil ...
Along_XX Post at 6-1-2012 08:26


sbnarnya aku tak teringin dah nak tepek pasal benda nie - like u said very muak n memualkn.....

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 08:28 AM | Show all posts
salam and morning KPHians!!!! rise and shineeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 08:33 AM | Show all posts
ni something about career Hafiz.....

Finalis Undi Giliran Untuk AJL26

Debaran Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL 26) kini semakin hampir. Jika dihitung, semua finalis mempunyai masa kira-kira tiga minggu sahaja untuk membuat persiapan. Sebentar tadi, satu sidang media telah diadakan bagi membuat undian giliran persembahan setiap finalis. Undian yang memerlukan setiap finalis memilih salah satu payung yang dibawa oleh 12 orang penari akhirnya meletakkan Projek Pistol sebagai artis pembuka pentas persaingan AJL26. Manakala gabungan 3 Suara yang mempertaruhkan lagu ‘Beribu Sesalan’ bakal menutup pentas persaingan merebut gelaran Juara Lagu.

Berikut adalah senarai penuh giliran finalis yang membuat persembahan pada malam kemuncak nanti :-

1) Wanita Seluruh Dunia – Projek Pistol
2) Sedetik Lebih - Jaclyn Victor
3) Kekanda Adinda - Atilia & Monoloque
4) Penakut -Yuna
5) Kalau Berpacaran - Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet     
6) Cinta Muka Buku - Najwa Latif
7) Karma - Faizal Tahir
8) Kisah Hati – Alyah
9) Sungai Lui – Aizat
10) Gadis Semasa – Yuna
11) Awan Nano – Hafiz
12) Beribu Sesalan – 3 Suara

Penganjuran AJL 26 menyaksikan elemen air dipilih sebagai tema atau konsep keseluruhan persembahan.  Menurut Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, ‘Air’ dipilih kerana ia sesuai menggambarkan perkembangan dan perjalanan arus muzik dan irama industri muzik Malaysia ketika ini.

“Setelah dua dekad penganjurannya, AJL terus mendapat perhatian dan kemunculannya bagaikan satu tradisi pemecah revolusi yang terus dinantikan oleh peminat muzik tanah air. Jadi, sudah menjadi matlamat kami untuk memastikan AJL terus diangkat sebagai acara berprestij. Setiap tahun kita akan membawa konsep berlainan dan tahun ini kita memilih elemen air sebagai tema. Pada malam berkenaan AJL 26 akan diselang-selikan dengan grafik dan imej yang disusuli dengan susunan muzik dan persembahan istimewa yang saya percaya mampu memberi impak kepada penonton,” ujar Ahmad Izham.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pihak produksi masih mengekalkan gandingan Cheryl Samad dan Faizal Ismail sebagai hos. Selain menjanjikan beberapa kejutan, pihak produksi juga bakal mempersembahkan satu persembahan pembukaan dan interlude istimewa. Untuk pembukaan, penonton akan dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Awie, Jamal Abdilah dan Datuk Sheila Majid. Manakala Black, Hazama dan Azlan & The Typewriter beraksi untuk persembahan interlude.

AJL 26 bakal bersiaran dari Stadium Putra Bukit Jalil pada 29 Januari ini, jam 9.00 malam di TV3. Acara Karpet Biru akan dimulakan pada jam 7.30 malam da dibawakan secara langsung melalui laman web rasmi AJL 26, www.tv3.com.my/ajl26.

Sementara itu, bahang AJL 26 disemarakkan lagi dengan roadshow finalis di Plaza Angsana, Johor Bahru pada 8 Januari (Ahad) ini bermula jam 2.00 petang hingga 6.00 petang.

-GUA
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 08:39 AM | Show all posts
another article about AJL26......

Juri AJL 26 Ditambah Bagi Elak Kontroversi



Teks Oleh: zyzamani
Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 5 JAN 2012: Demi mencapai keputusan yang lebih telus dan tidak lagi dipertikaikan pihak penerbitan Anugerah Juara Lagu ke -26 (AJL 26), seramai 15 orang juri profesional ditambah bagi mengadili keputusan anugerah tersebut kelak.

Jelas Penerbit Eksekutif AJL 26, Muhamad Sufian Che Isa, jika sebelum ini hanya tujuh orang juri profesional mengadili anugerah tersebut kini pertambahan tersebut dibuat semata-mata bagi memastikan tidak akan berlaku lagi ketidakpuasan hati semua pihak selepas penganjurannya.

"Jika sebelum ini, AJL memilih tujuh juri yang akan mengadili keputusan setiap lagu yang mana ia diadili secara dua peringkat. Peringkat pertama, 80 peratus markah, juri akan mengadili dengan mendengar lagu yang bertanding menerusi cakera padat (CD)yang didengar terlebih dahulu sebelum pertandingan, manakala peringkat kedua sebanyak 20 peratus diadili sewaktu pertandingan.

"Tetapi untuk AJL 26, kita buat perubahan iaitu 80 peratus markah diadili oleh 15 orang juri profesional yang akan mendengar lagu bertanding menerusi CD sehari sebelum. Manakala 7 orang juri profesional pula akan mengadili 20 peratus persembahan sewaktu AJL 26 berlangsung," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media AJL 26, petang tadi.

Mengharapkan agar tiada lagi kontroversi akan tercipta selepas penganjuran anugerah berkenaan, kata Suffian lagi, pihak juri yang dipilih masih lagi di kalangan penggiat seni tempatan dan tidak akan ada juri luar yang akan dijemput.

Malah katanya, seboleh mungkin juri yang dipilih itu kelak merupakan individu yang berkecuali dan tidak mempunyai hubungan persahabatan mahu pun kenalan kepada peserta.

"Sebaik-baiknya kami juga mahu mengelakkan agar tidak akan ada kontroversi selepas AJL 26 kelak. Seboleh mungkin kami akan cuba mendapatkan pihak juri yang berkecuali dan tidak mempunyai hubungan persahabatan bersama finalis.

"Kami tahu kadang kala ada yang mempertikaikan juri yang dipilih mempunyai hubungan rapat dengan finalis dan sebagainya. Kami cuba elak namun kami memang tidak akan mengambil juri dari luar kerana ini merupakan pertandingan lagu-lagu tempatan, jadi biarlah juri tempatan yang mengadilinya,"ucapnya dalam nada yang tegas.

Sementara itu, pada majlis tersebut turut diumumkan pengacara Muzik-Muzik iaitu Cheryl Samad dan Faizal Ismail bakal mengendalikan majlis anugerah berkenaan.

Selain itu pada majlis tersebut juga cabutan undian persembahan finalis turut diadakan. AJL 26 bakal menyaksikan Datuk Sheila majid, Awie dan Jamal Abdillah tampil selaku penyanyi pembukaan serta tiga penyanyi muda, iiatu Black, Azlan The Typewriter dan Hazama akan muncul dalam segmen Interlude.

AJL 26 bakal diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil jam 9 malam pada 29 Januari depan. Sebanyak 12 lagu iaitu Gadis Semasa, Kisah Hati, Awan Nano, Beribu Sesalan, Cinta Muka Buku, Kekanda Adinda, Sungai Lui, Wanita Seluruh Dunia, Kalau Berpacaran, Penakut, Sedetik Lebih dan Karma bakal berentap merebut gelaran juara kelak.


credits: murai.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 09:33 AM | Show all posts
as'kum & gud morning......
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 09:40 AM | Show all posts
salam & gud morning, uuoollsss!!
damia76 Post at 6-1-2012 07:49

w'salam & gud morning my dear.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 09:49 AM | Show all posts
w'salam & gud morning my dear.....
delima Post at 6-1-2012 09:40


morning ... morning! {:4_241:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2012 09:49 AM | Show all posts
salam and morning KPHians!!!! rise and shineeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!
Along_XX Post at 6-1-2012 08:28


aloppppp, bebeh!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 09:57 AM | Show all posts
salam and morning KPHians!!!! rise and shineeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!
Along_XX Post at 6-1-2012 08:28

w'salam & gud morning along......
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 10:12 AM | Show all posts
motip dah 3 hari berturut2 citer pasal apiz kluar kat bod gosip?...

http://eforum3.cari.com.my/viewt ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 10:18 AM | Show all posts
motip dah 3 hari berturut2 citer pasal apiz kluar kat bod gosip?...
delima Post at 6-1-2012 10:12


mcm tak reti2 lagik nak merge ngan benang yg sedia ada ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.226278 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list