|
kalau kita rasa kita teruk diuji cuba bayangkan seorang rasul ulul azmi dalam sirah sirah yg diceritakan mehnah dan cabaran yg mereka hadapi , lebih teruk bukan ?
selalunya cuba kita kata kat diri sendiri : even seorang rasul pun boleh diuji sedemikian inikan aku ...
|
|
|
|
|
|
|
|
lebih banyak ujian , doakanlah kepada Allah semoga dengan ketabahan ku ini mendekatkan aku dengan syurga- Mu .... |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya kita tak rasa secara cecepat kesan ujian ALLAH kat kita tapi....lama kelamaan percayalah hikmah nya tu adaaaa....
awal awal memeritkan tapi lelambat laun ada ketahan di jiwa anda kesabaran dan mana tahu anda mungkin boleh tolong org lain mempunyai situasi yg sama
anada tidak tahu hal ini ketika masa diuji tapi percayalah satu hari nanti ....akan ada di mana anda akan terserempak orang dengan situasi yg sama dan tanpa anda sedar ....u can give good advice
hikmah dan sentuhnya hati oleh ALLAH kat situ ....and you know what you 'd be smiling....
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 25-8-2012 01:06 PM
kalau kita rasa kita teruk diuji cuba bayangkan seorang rasul ulul azmi dalam sirah sirah yg dicerit ...
ya
segala kisah2 mereka
kita boleh jadikan iktibar
walau kadang2
keluar je kata2 kita
kita bukan maksum
seperti mereka
tp ambil positif
bagaimana mereka menghadapi ujian
jadikan panduan
|
|
|
|
|
|
|
|
Setiap waktu kita diuji..antara sedar dan x aja..
Ujian tdk akan terhenti sehinggalah kaki dah melangkah ke syurga..along the way..full of ujian
Nikmat hidup, rezeki, kecantikan, harta, anak2... Etc adalah ujian dlm kehidupan..bukan sahaja bala/musibah or event yg buruk2
Sy pernah tgk org alim2 yg dulu tdg labuh ke pinggang diuji dgn pangkat dankemewahan..hari ni dh bertdg pendek x tutup dada pun..org diuji dgn kenaikan pangkat..jadi sombong..x berlaku adil...selalu sgt saya tgk dan alami penindasan dan ketidakadilan pemimpin begini...
Ada seorg ust bila di beri jwtn pemimpin lupa diri
Anak sulung sy juga diberi nikmat muka yg hensem dan otak yg cerdik...tp ujian baginya sejak sek men dah masuk U overc..tuhan aja yg tau
Ank bongsu sy pun diberi nikmat rupa paras yg menarik baru usia 12 tahun asyik kena ngorat..yg ni sy memang guard betul2...
Sepanjg kerjaya saya, dua kali diuji dpt boss yg x suka saya...kaw2 punya penindasan..ketua 1 bg saya melintang dua tahun berturut2 tp boss denied..sbb dia yg bg kata putus sape yg layak.
Kemudia sy pindah, tmpt baru di akhir 8 tahun sampai kwn2 pun blh usik tahun ni dia lah dpt anugerah ni...sbb apa? Jwtn sy pegang hampir 20 posts! Tp sbb ada ramai kaki kipas dan yg suka back stabbing..i didnt get the promotion. Tp sy x pernah ambik pot hal ni
Every time boss sy buat sesuatu yg x adil dan sy serahkan pd Allah jua, sy mesti dpt tukar tempat kerja..bila sy fikir muhasabah diri Allah itu memang maha pengasih dan penyayang..bila diuji kita dan kita redha dia akan beri nikmat lbh baik lagi.
Walau pun sy ter miss 2 kali kenaikan pangkat...sekali kenaikan means tiga anak tangga gaji bergerak tu..tp sy tetap bersyukur kerana sy percayakan rezeki itu Allah yg beri bukan manusia...jika rezeki itu utk kita xkan ke mana..allah has many diff ways utk beri rezeki pd kita.
Dan sy amat bersyukur ats segala ujian dna nikmat allah ini...kini anak2 saya dpt biasiswa jpa..yg overc, yg local U dan yg terbaru lepasan spm last yr..dia x apply pun tiba2 dpt offer jpa study di UK..besarnya nikmat allah. Actually sejak ank sulung sy dpt biaiswa sy dah bljr redha ats semua ketentuan Ilahi..
So belajarlah redha atas setiap ketentuan ilahi..jika diberi ujian/musibah berdoalah ...ya allah semoga kau beri kami nikmat atas musibah ini...bila diberi nikmat/rezeki..berdoalah..semoga kami tergolong dlm org yg mensyukuri nikmat mu... |
|
|
|
|
|
|
|
marufie posted on 26-8-2012 12:15 AM
Setiap waktu kita diuji..antara sedar dan x aja..
Ujian tdk akan terhenti sehinggalah kaki dah me ...
tq marufie,
kerana sudi berkongsi cerita
segala kisah ni
buat i sedar terasa kerdilnya diri ni
dalam menghadapi ujian
ya..betul kata marufie
kita patut bersyukur
dalam apa jua yang tuhan bagi
tak kira buruk atau baik
tetap bersyukur
|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 26-8-2012 12:59 AM
salam
frankly .. do you realize that your thread is very good ..
oh ya
boleh detailkan
apa maksud kata2
kebatilan yang tersusun mengalahkan kebenaran yang tersusun?
|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 26-8-2012 12:59 AM
salam
frankly .. do you realize that your thread is very good ..
i have to say you are good with selection of music in a sense.... |
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 26-8-2012 12:59 AM
salam
frankly .. do you realize that your thread is very good ..
oh i tersilap
rupanya
kebatilan yang tersusun menagalahkan kebenaran yang tidak tersusun
maaf tersilap baca dan faham
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernahkah anda terfikir ada musibah/ujian merupakan kifarah ats perbuatan kita yg lalu.
Kalau dgr youtube ust kazem ada mention abt this, ank nangis mlm, demam etc mungkin sbb nk cuci dosa parents ms blm kawin dating sana sini, pegang tgn etc etc
I hv been watching n observing sep njg kehidupan ni, mang btl Allah nk ramai hambanya masuk syurga maka dicuci dosa2 tu di dunia lg dgn diberi kifarah..then di eri juga ujian utk kita bljr redha agar blh tmbh pahala.
Sy br blk ziarah my boss..furst sy x akn judge her either its kifarah or ujian buatnya, hanya allah yg tau. Dia just jatuh sblh kaki dlm longkng yg x brp dlm. Longkang kecik je tepi corodor yg x perlu ditutup. Tp dia patah riuk kaki2 n tgn2... X blh jln x blh menulis MC dh 3 buln. Waktu slm dgn dia, dia nangis minta maaf dan jgn amb hati. Dgn sy ada 2x dia berlaku x adil. Dgn org lain xtau la. Ada satu event rakan sekerja nk apply cuti hr isnin kebetuln selasa cuti public, nk blk johor nk duduk lama skt sbb ayah sakit. Dia x approved! The nxt monday boss x dtg kerja call in EL..the whole wk x dtg rupanya husb dia sakit masuk ward!
So beringatlah setiap perbuatan kita sebesar zarah pun yg baik/x baik ada pembalasannya.
Bila ditimpa ujian/bala bykkan istighfar memohon keampunan Allah jua |
|
|
|
|
|
|
|
marufie posted on 26-8-2012 04:31 PM
Pernahkah anda terfikir ada musibah/ujian merupakan kifarah ats perbuatan kita yg lalu.
Kalau dg ...
tq sangat2
kerana berkongsi ilmu
dan pengalaman
i nanti2kan
kata2 sebegini
betullah
segala yang terjadi
patut kita ambik positif
muhasabah diri
supaya diri kita
lebih dekat padaNya
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum....maap saya mau bertanya apakah amalan2 yg baik jika kita di landa masalah beban hutang yg terlalu banyak....dan apakah amalan2 yg baik selain zikir....mudahan ada yg sudi berkongsi...insyallah. |
|
|
|
|
|
|
|
djflux2000 posted on 26-8-2012 06:54 PM
Assalamualaikum....maap saya mau bertanya apakah amalan2 yg baik jika kita di landa masalah beban hu ...
w.salam wbt.
tak salah kita berusahakan
mencuba ayat2 Allah
di samping beramal
kita kena berusaha
bila diberi ujian kesempitan wang
dan berhutang
ni hasil gugel
dari i yang kurang ilmu
ni antara salah satu
kelebihan ayat2
alquran
Kelebihan Dan Hikmat Ayat Seribu Dinar
Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan ‎amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.
Hikmah Ayat 1000 Dinar.Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎ ‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎
Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎'p edagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir. Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎
Last edited by mierrr on 26-8-2012 07:51 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Pendapat Ulama’
Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.
Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.
Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.
Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya.‎ Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. - (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
|
|
|
|
|
|
|
|
Amalan
Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan perniagaan bertambah maju. Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.
.
Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.
Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah. Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut.
Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis. |
|
|
|
|
|
|
| |
|