|
[Isu larikan buku cek]-Imej Suci Vee Imran Tercalar, kena lucut jwtn kekdahnya
[Copy link]
|
|
vee punye statement dari BH rian online kat bahah ni..
entah apa2 ntah vee ni.. mcm org tak reti buat kerja... hmmmmm
Saya belum ada akses keluar wang - Vanidah Imran
Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]
VANIDA Imran (kiri) dan Zed Zaidi. - Foto Nashairi Mohd Nawi
KUALA LUMPUR: Bendahari Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Vanidah Imran bangkit mempertahankan dirinya berikutan laporan polis dibuat oleh persatuan berkenaan, hari ini.
Ia rentetan daripada tindakan Seniman membuat laporan polis mendakwa kehilangan buku cek yang diberi tanggungjawab kepada beliau.
Menurut Zed Zaidi selaku presiden badan berkenaan, kehilangan buku cek yang didakwa beliau itu menyukarkan Seniman untuk menjalankan aktiviti serta menyalurkan sumbangan kebajikan.
Dakwa Zed lagi, Vanidah yang menggalas tanggungjawab itu sejak September dikatakan tidak memberi kerjasama.
Laporan itu dibuat di Balai Polis Taman Melawati, di sini, hari ini.
Ikuti penjelasan Vanidah kepada BH Online.
"Apa yang saya lakukan ini sebagai melindungi diri saya dan persatuan. Saya tidak mahu kejadian lalu berulang kembali yang membabitkan soal kewangan. Sehingga hari ini saya tiada akses untuk melakukan pengeluaran wang.
"Saya tidak boleh mengeluarkan cek sewenang-wenangnya. Sehingga saat ini juga saya belum boleh menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebagai bendahari persatuan. Nama saya belum termaktub sebagai penama untuk bank bertanggungjawab itu.
"Mana mungkin saya boleh mengeluarkan wang sesuka hati pada situasi ini, ia ternyata akan membahayakan diri saya. Ini soal amanah dan tanggungjawab. Ia bukan perkara mainan," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
macam-macam, dah tu guana nak maju |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Syd at 16-4-2015 08:24 AM
Larikan Buku Cek, Vanidah Imran Dilucutkan Jawatan Dalam SenimanDiterbitkan: Khamis, 16 April 2015 5:33 AM
Vanidah Imran
KEMELUT Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) terlerai apabila bendaharinya, Vanidah Imran dilucutkan jawatannya selepas melarikan buku cek.
Presidennya Zed Zaidi berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa yang bersidang pada Mac lalu berjaya mendapat undi majoriti daripada Ahli Jawatankuasa untuk menyingkirkan Vanidah daripada memegang jawatan berkenaan.
"Pelucutan tersebut dibuat atas sebab dia (Vanidah) tidak mendengar arahan jawatankuasa agar menyelesaikan bil tertunggak, gaji pekerja, bayaran sewaan dan lain-lain sekali gus meyukarkan pentadbiran Seniman.
"Dan jawatan tersebut kini diambil alih oleh pelakon Zarina (Raja Lawak)," katanya kepadamStar Online.
Konflik yang berlaku dalam AJK Seniman bermula apabila Vanidah 'melarikan' buku cek persatuan tersebut dan tidak memberi kerjasama kepada persatuan ketika diminta untuk mengeluarkan wang bagi menjalankan operasi serta membayar gaji pekerja.
Perbuatan Vanidah itu memaksa Zed Zaidi membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati pada 19 Disember 2014.
Zed Zaidi
Keadaan bertambah rumit apabila pada awal Januari lalu, enam AJK baharu iaitu Rashidi Ishak (Pengerusi Biro Sukan & Sosial), Datin Sofia Jane (Pengerusi Biro Pelakon), Khir Rahman (Pengerusi Biro Pendidikan Seni & Latihan), Arash Mohd (Pengerusi Biro Pemantauan & Penguatkuasaan), Sharifah Amani (Ketua Biro Seniman Muda) dan Lisa Surihani (Pengerusi Biro Sukarelawan & Penajaan) mengeluarkan kenyataan media mempertahankan tindakan Vanidah yang menyimpan buku cek itu.
Kenyataan itu turut menyentuh beberapa isu semasa berkaitan persatuan dan ahli-ahlinya termasuk beberapa hal pentadbiran yang perlu diperkemaskan termasuklah keengganan Zed Zaidi mengadakan mesyuarat selepas disuarakan oleh AJK.
Sementara itu, Zed berkata, suami Vanidah iaitu Rashidi turut menarik diri sebagai Pengerusi Biro Sukan & Sosial secara lisan dan masih belum menyerahkan surat peletakan jawatan tersebut.
Dalam pada itu, Zed menegaskan, artis yang memegang jawatan dalam persatuan harus bertanggungjawab dalam segala hal walaupun sibuk dengan kerjaya.
"Prinsip dalam persatuan senang sahaja. Kita buat kerja sukarelawan dan jika tidak boleh memberi komitmen, jangan ambil tanggungjawab jika tidak mampu kerana ia akan menyusahkan semua orang.
"Kita mahukan AJK persatuan adalah individu yang boleh buat kerja dan bukan berdasarkan populariti," tegasnya.
Dalam pada itu Vanidah yang ketika dihubungi mStar Online enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Pelucutan tersebut dibuat atas sebab dia (Vanidah) tidak mendengar arahan jawatankuasa agar menyelesaikan bil tertunggak, gaji pekerja, bayaran sewaan dan lain-lain sekali gus meyukarkan pentadbiran Seniman.
nih kalau Vanida jadik bos, mau tak berbayar gaji pekerja2 sheols... sewa tak mo bayar, bawak lari buku cek lagi...bil air, api kena potong |
|
|
|
|
|
|
|
makanya.... apakan Vee benar2 bersalah.....?? tercalarrr imejj suchi sheolsss...
mohon vee bagi penjelasan....
|
|
|
|
|
|
|
|
Vee dah kene lucut jawatan chuolss...
meols nak tuntut penjelasan kak vee...imejnya syumulll suchii nya dah tercalar .....
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg bestnya jd presiden persatuan ni? |
|
|
|
|
|
|
|
di twitter ramai dok tweet kecam jed jedi atas kebimboan beliau.
bak kata redza minhat : we dont fire a sweeper bcoz she keeps the broom. unless she isnt sweeping.
|
|
|
|
|
|
|
|
artis bijak macam lisa surihani dengan sharifah amani pun back up vee, so mesti ada sebab kan dorang back up vee?
Tapi semua diam seribu bahasa biar je si jed jedi ni meroyan buat polis report bagai. Kenapa tak cakap je hal sebenar? At least buat la audit
|
|
|
|
|
|
|
|
kan.. sape lagi yg lahar jed jedi
|
|
|
|
|
|
|
|
tentera_laut replied at 24-12-2014 06:58 AM
vee punye statement dari BH rian online kat bahah ni..
entah apa2 ntah vee ni.. mcm org tak reti bu ...
(Tanya saja , jgn marah )
Klu vee bukan penama utk mengeluarkan wang and tiada akses mengeluarkan wang..
kenapa dia larikan buku cek ?
Dia mintak zed zaidi kemukan kertas kerja utk pengeluaran wang, saya setuju..
Tapi gaji pekerja or any bill semua tu kan schedule payment, klu dia takde akses dia patut bagi tahu la pengurusan seniman next step apa yg payut dibuat ..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau Persatuan ni biasanya kena ada at least 2 signatories kan pada cek kalau nk withdraw
mana2 dua - Pengerusi, Setiausaha, Bendahari
|
|
|
|
|
|
|
|
If dia takde akses signatory mmg tepat keputusan dia utk tak buat all transaction sbb mmg x boleh pun.dia larikan buku cek mgkin sbb takut org yg ade akses tu suka2 keluarkan duit bila jadi kes ape2 dia pulak yg kena nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kata zed zaidi ni pegang je sume jawatan dlm persatuan tu..haa br die tahu mcm mne..mcm gila kuasa je si zed zaidi ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
tu la pasal
mcm tak caya je vee lagu tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|