|
[Tempatan]
RM2.6 billion dalam akaun Najib adalah dari penderma, bukan dari 1MDB kata SPRM
[Copy link]
|
|
Kalo derma nape dulu x ngaku?...siap nak saman WSJ kata fitnah la...konspirasi laaa...jeles laaa...bila dah x tau nak kenceng celah mana lg, ngaku mmg duit masuk akaun tp sbg derma plak....nak tipu macai sendiri leh laaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cupin_cipin at 4-8-2015 03:06 AM
.......and that's a wrap!
they said it aint over till the fat lady sing
ngam ngam je arini viral video azalina gumuk tu nyanyi pastu bhammmm! keluar this lawak of the century statement by macc
hujan lebat di kl dikala ini menunjukkan bahawa alam pun turut bersedih atas nasib yg menimpa rakyat mesia. dahlah wang titik peluh mereka berbillion2 dirompak, pastu kena tipu hidup2 plak dek haman perliharaan najibaun |
|
|
|
|
|
|
|
kita kena mintak tolong @peYno ni
hanya dia ada formula mujarab utk kita tangkis unsur2 indon bagai ni seme
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
good question datuk tuan ibrahim tu |
|
|
|
|
|
|
|
AIK?
hari tu macai ckp
tak mungkin PM yg syumul akan salah guna kedudukan
ini pulak secara tak langsung mengiakan berita WSJ
|
|
|
|
|
|
|
|
...
apa imbah balik drp derma 2.6b tu...
dlm derma politik nie biasanye penderma tu akan mengharapkan sesuatu keuntungan...
... |
|
|
|
|
|
|
|
satu dunia menyaksikan skandal malaysia. hebatnyer pemimpin malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu nafi, sekarang dah mengaku.
Kita tengok sampai mana dia boleh membodohkan rakyat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila nak saman WSJ...? Dah masuk banyak hari dah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan BIJAN sebelum pru13 jelas semua wang sumbangan perlu masuk ke akaun parti.
https://www.facebook.com/video.p ... ;type=2&theater
2.6 billion juga masuk tak berapa lama sebelum PRU13.. Bermakna ucapan dia ni tak lama sebelum atau selepas duit tu masuk acc dia....
Jilake lah kau bijan... Memang tak syak lagi kau ni seorang pelakon yang hebat..!
|
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 4-8-2015 12:55 AM
Dulu nafi, sekarang dah mengaku.
Kita tengok sampai mana dia boleh membodohkan rakyat.
Tak boleh buktikan selagi tak bawak 2 org saksi yg beriman... |
|
|
|
|
|
|
|
Ini bukan soal bukti ker tidak.
Persoalannya, dia ni menipu rakyat ker tidak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah malas nak bertekak dengan penjilat-penjilat ni. Pandai2 lah jawab kat 'sana' nanti apesal tetap nak pemimpin corrupt camni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa pecat Muhyiddin, Gani, jika RM2.6 bilion cuma derma
PAS hari ini mengajukan 10 soalan yang perlu dijelaskan susulan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan mendesak Najib menjelaskan mengapa beliau mengambil masa yang begitu lama menjelaskan berkenaan derma itu.
"Mengapa Najib mengambil masa sebegitu lama untuk menjawab persoalan ini, lebih-lebih lagi setelah pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Gani Patail serta penahanan beberapa pegawai Bank Negara dan SPRM berkaitan dengan kebocoran maklumat siasatan?" soalnya.
Beliau merujuk kepada Muhyiddin yang digugurkan dari Kabinet sebagai timbalan perdana menteri pada 28 Julai dan Gani yang digantikan dengan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai peguam negara berkuatkuasa 27 Julai.
Tuan Ibrahim turut menggesa agar dermawan yang menyumbangkan wang itu ke dalam akaun Najib didedahkan, serta syarat-syarat yang dikenakan ke atas penerimaan derma itu dinyatakan.
"Siapa penderma yang sebegitu murah hati? Mengapakah akaun itu ditutup jikalau ia dianggap bukan satu kesalahan?
"Apakah syarat-syarat derma RM2.6 bilion? Susah dibayangkan derma sebesar ini dilakukan tanpa syarat ke akaun Perdana Menteri," katanya.
Tuan Ibrahim turut menyenaraikan 6 lagi persoalan untuk dijelaskan:
* Apakah ini derma dan bukan rasuah untuk habuan tertentu? Apakah siasatan SPRM melihat kepada perkara ini?
* Apakah ini sekadar permainan perakaunan?
* Jika betul ia bukan duit 1MDB, mengapa sehingga kini saman kepada The Wall Street Journal (WSJ) masih tertangguh?
* Ketika wang derma dimasukkan ke akaun Najib, apakah Ambank memaklumkan perkara ini kepada Bank Negara?
* Mengapa Lembaga Hasil Dalam Negeri berdiam diri apabila ada akaun perseorangan yang memiliki dana sebanyak RM2.6 bilion?
* Apakah peranan Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil? Apakah polis mengetahui di mana beliau berada?
Petang tadi, SPRM mengatakan RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri merupakan sumbangan penderma, bukan dari syarikat berkaitan 1MDB seperti didakwa pihak tertentu.
"Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.
"Hasil siasatan mendapati, dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik perdana menteri adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB," kata SPRM.
Ia juga menerangkan, semasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokuskan ke atas isu berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd dan kemasukan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib itu.
Manakala, pihak Polis Diraja Malaysia pula katanya, menjalankan siasatan berkaitan dengan 1MDB, sementara Bank Negara Malaysia menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.
Awal bulan lalu The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan kira-kira AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan di antara agensi kerajaan, bank dan entiti yang berkaitan dengan 1MDB dan berakhir di akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan.
Najib menafikan dakwaan itu dan mendakwa ia konspirasi politik pihak lawan termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi WSJ menegaskan siasatan mereka berlandaskan dokumentasi kukuh. – 3 Ogos, 2015.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baikla ko cakap ko menang loteri jibby... Baru logik sket.... Derma puihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
saoalan yang baik dari datuk tuan ibrahim |
|
|
|
|
|
|
|
Sekejap kata menabung dari kecik.
Sekejap kata kekayaan warisan.
Buleh caya kaa 'derma' 2.6 beliyun tu diguna pakai sampai licin? Lagipun takdak siapa pun tau ada baki ker tidak 'derma' tu.
Takdak simpan tempat lain sikit sikit?
Ker dah terbeli Hermes Birkin?
|
|
|
|
|
|
|
|
dua billion tuuuuu bukan dua juta. bukan dua ratus ribu jah. tolol manakah yg dermawan ituuuu |
|
|
|
|
|
|
| |
|