CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Haizzz123

Stacy Dah Memeluk Islam?

[Copy link]
Post time 25-8-2015 06:06 PM | Show all posts
aloyah89 replied at 25-8-2015 05:31 PM
err.. nak tanya satu soalan boleh tak?

diorang yg msuk islam kena sunat tak?

tak wajib rasanya huhu ....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2015 06:11 PM | Show all posts


Hajat Stacy Peluk Islam Tidak Dihalang Keluarga
[size=0.688em]Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2015 3:15 PM


[size=0.75em]Stacy (kiri) ditemani ibunya Agnes Kaloos pada sidang media mengenai penghijrahannya ke agama Islam. Sidang media diadakan di pejabat Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Hajat penyanyi Stacy untuk memeluk agama Islam telah dimamklumkan kepada orang tuanya dan mendapat restu keluarga.
[size=0.98em]Ibu kepada penyanyi itu Agnes Kaloos, 57, berkata, anaknya telah memaklumkan hasrat berkenaan dan dia sekeluarga tidak menghalang kehendak Stacy itu.

"Memang Stacy sudah bagi tahu saya pasal hajat dia nak masuk Islam. Dulu dia Kristian. Dia cakap agama sama sahaja cuma cara (pelaksanaan) itu berbeza dan dia nak pilih agama Islam,” katanya kepada mStar Online dalam sidang media di pejabat Astro di sini pada Selasa.

Hadir sama pada sidang media itu ialah bapa Stacy iaitu Annam Bayar, 53.

Stacy menggunakan nama Islamnya iaitu Ummu Shaikhah Stacy Abdullah.

Terdahulu, Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 25, dilaporkan memeluk  Islam di pejabat Agama Islam, Johor Baru, Johor.

Selain ibu dan bapanya, semasa lafaz syahadah dilakukan Stacy, dia turut ditemani kekasihnya Akim Ahmad dan ibu-bapa penyanyi lelaki itu.

Ia dilakukan kira-kira pukul 10 pagi Isnin.

[size=0.75em]Stacy

[size=0.98em]Dalam pada itu Stacy berkata, sebelum ini dia sering mendengar mengenai Islam daripada kakaknya sehingga hatinya terbuka kepada agama itu tetapi tetap menghormati agama Kristian.
[size=0.98em]Dia juga menafikan hasrat memeluk Islam adalah untuk berkahwin dengan Akim.

Malah Stacy turut memuji ibu dan bapa Akim yang banyak membantunya dalam usaha memeluk Islam.

"Kalau tak ada jodoh saya dengan Akim, saya akan tetap peluk Islam. Saya masuk Islam bukan sebab nak kahwin dengan dia tapi sebab saya mahukan Islam itu sendiri,” katanya.

Ditanya pemberita apakah yang dia rasa selepas mengucap dua kalimah syahadah Stacy berkata, perasaannya amat teruja ketika itu walaupun tiada pengetahuan mengenainya.

"Masa tu saya sangat-sangat teruja. Bersemangat nak mengucap dan saya menangis kerana sangat gembira apatah lagi ketika itu ayah dan ibu saya ada bersama,” katanya yang terkenangkan kenangan bersama keluarga selepas memilih menukar agama.




[size=0.75em]Gambar Stacy mengucap kalimah syahadah ini menjadi viral pada Isnin.

[size=0.98em]Stacy yang mahu kekal dipanggil nama berkenaan berkata, dia akan mempelajari Islam secara berperingkat dengan memasuki kelas agama.
[size=0.98em]Malah dia juga berhadap semua pihak di luar sana tidak terus berdebat isu pertukaran agamanya itu.

Dalam perkembangan sama Stacy meluahkan rasa terkilan apabila gambar dia hadir ke pejabat agama Islam telah disebarkan kepada umum sehingga menjadi viral di media sosial.

Ujar Stacy, pada waktu itu dia sanggup bersembunyi untuk masuk ke dalam bilik dengan alasan tidak mahu dilihat orang namun ia tetap didedahkan kepada umum oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun kata Stacy dia memaafkan mereka yang terlibat menyebarkan gambar berkenaan.

"Sebenarnya saya terkilan bila berita itu keluar. Saya nak rahsiakan kerana saya nak masuk agama Islam dalam keadaan tenang. Saya percaya ada orang dalam yang dedahkan tetapi saya maafkan," katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Harus lah org yg snap pic tu kakitangan JAIJ jgk kan...kerja kat jabatan agama pun tak boleh nak simpan amanah..gigih nak jd the first person yg mem viral kn keadaan...
Kau liat itu aja sudah cukup ya stacy....lepas ini banyak lagi bah yg akan diperkatakn....
Sabar aja bah....mohon kamu  stacy jadi islam followers yg sebenar2 nya yahhhh....boleh bah kalo kauu...:
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 06:21 PM | Show all posts
tengok!...mak pak dia takde apa2 pun,dop kisah pun, korang je yg kecoh lelebih...aku rasa ok je gambar tu tersebar...nak privasi lah sgt...ptuihh...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 06:59 PM | Show all posts
Yg pegi hentam dia xpakai tudung tu dah kenapa?
Baru 2 hari kot dia convert
Bagi dia ruang

Nama je org islam
tudung labuh janggut panjang
tp hati mcm syaitan



Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 25-8-2015 07:16 PM

Muslim yang  beragama Islam hanya kerana mak pak kau Islam,

Tak layak pandang rendah dengan non Muslim yang menjadi Muslim hanya kerana mahu menikah.

Macam la kau orang ini dapat hidayah kan? Sah2 Islam kau orang datang dari keturunan jadi motif nak pertikai orang yang masuk Islam hanya kerana nak kawen sedangkan kau orang sendiri pun tak pernah kot dalam hidup merasa hidayah sebenar mengenal agama Allah ini? Sebab itu ambil Pendidikan Islam dari darjah 1 sampai tingkatan 5 pun masih ke laut imannya sebagai contoh nampak salib pun ketakutan terpesong akidah? Choi. Kalau kau Islam hanya kerana mak pak kau Islam tak perlu mendabik dada jugde hal keimanan orang lain lah. Macam la nabi dulu tak sebarkan Islam melalui perkahwinan dengan umat kafeer?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2015 07:13 PM | Show all posts
AprilLova replied at 25-8-2015 04:22 PM
Peluk Islam, Stacy Sedih Bercampur Gembira

I feel you dik Stacy. Be strong.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 07:28 PM | Show all posts
Login_ID replied at 25-8-2015 08:46 AM
kehkehkeh..

ramai jak orang dusun / kadazan muslim yg x perlu nama arab kan

Zaman 50-80an manada tukar nama bila revert to Islam. Rilek saja guna nama Dusun/Kadazan tapi Islam.


Zaman 90an ke atas ini yang kasi mula trend tukar nama pigi nama Melayu bila revert. Kemudian start 2000an trend nama Arab atau nama Muslim prophets/angels in English.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2015 09:35 PM | Show all posts
disbbkan yg empunya badan tak redho akn video tu sampai skrg aku tak tgk video tu walau ada link video tu kat thread neh tapi gamba tu takleh nak elak la..dah terpangpang gitu nak wat cemaner
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
heran sgt knapa nk sorok2 masuk islam
berbanggalah wahai ummu syaikhah
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa masalahnya kalau orang masuk Islam untuk kahwin? tiada siapa dapat menafikan sejarah bahawa antara cara islam tersebar adalah melalui perkahwinan
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene replied at 25-8-2015 09:37 PM
heran sgt knapa nk sorok2 masuk islam
berbanggalah wahai ummu syaikhah

Pada i.. memasuki islam harus dihebahkan.. tapi   bukan pelaksanaannya.. Bila semua org boleh mendengar bagaimana kita baca syahadah.. reaksi kita.. cara kita.. i rasa itu sudah melampaui privasi dan boleh mengundang ketidakselesaan bukan Islam.
kalau ia hanya tersebar di kalangan org Islam ia mungkin tidak menjadi hal tetapi dalam dunia maya siber ini satu dunia boleh melihatnya
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk wajah saudara baru...suci dari dosa lagi...tiba2 sebak...btol la yg forummer lain kate. Dia dah kembali, islam...kita lahir islam ni sedia ada ke prangai ikot yg agama suruh??
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:59 PM | Show all posts
by the way meols berkenan sgt dengan nama ummu syaikhah
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Agama Islam sendiri disebar secara sulit oleh nabi Muhammad pada peringkat awal.. dari situ je kita faham bahawa urusan menganut agama Islam itu bukan suatu yang salah jika disembunyikan. Nabi Muhammad boleh memahami mereka yang mahu memasuki Islam yg mungkin berdepan dengan kemarahan dan apa2 yg tidak baik.. kenapa kita tak boleh menjejaki langkah nabi?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 11:19 PM | Show all posts
chazey replied at 25-8-2015 07:09 PM
Muslim yang  beragama Islam hanya kerana mak pak kau Islam,

Tak layak pandang rendah dengan non M ...

Go sis Chazey, go

Cerca jah ummah bajet ahli sorga, nan judgmental tahap najis tuhh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2015 11:20 PM | Show all posts
chazey replied at 25-8-2015 07:28 PM
Zaman 50-80an manada tukar nama bila revert to Islam. Rilek saja guna nama Dusun/Kadazan tapi Isla ...

ai tak tukar pon... aman2 adja pakai nama lama
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 11:36 PM | Show all posts
Alhamdulillah ....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 11:57 PM | Show all posts
azimodin replied at 25-8-2015 11:36 AM
Ade sekali aku x ingat ceramah apa.. ade seorang perempuan cina bgtahu niat dia nak sgt peluk isla ...

kwn i ade revert. mula2 sbb kawin n she continued her life mcm biase. masih nmpk dia n wine glass. tp lps 2-3 tahun dia bljr n skrg dia pendakwah. skrg sedang berusaha menghafal quran. last dia post kt fb, mak dia yg sedih dia revert, tibe2 bagi dia shawl n said 'it will look good on u'. such a beautiful story. plg best bila di bg ceramah di mn2 siblings dia yg blm revert akn sll bg support.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 12:15 AM | Show all posts
MH37O replied at 25-8-2015 11:29 AM
pakai tudung tak memerlukan ilmu melainkan spt apa yg kamu sebut tadi (baca al-quran satu juzu ...

Pandangan-pandangan org Islam seperti inilah yg kadang-kadang menyebabkan orang susah nak dekat dengan Islam.

Betul, pakai tudung tak perlu belajar.. tapi perlu courage, step yg memerlukan seseorang tu membuang sesuatu kebiasaan dalam hidup, dan menukarnya kepada sesuatu yg mungkin menyebabkan dia tidak selesa. Ia perlu didikan hati.  Didikan hati utk mula menyintai sesuatu yg bukan kebiasaan. Itu kamu ingat boleh switch on in a matter of 5 seconds? Kamu ingat iman tu boleh kamu pupuk in a matter of 5 minutes? Let her learn, bila iman mula bertambah, hati akan sendiri jadi rela untuk buat. Doakan saja, doakan orang yg dikelilingnya mampu bimbing dan didik dia. Doakan Allah suluh kehidupan dia, tunjukkan jalan.

Jangan ambil alih tugas Tuhan.. jangan hukum kepada sesuatu yg bukan kuasa kamu. What kind of comment is that yg kamu kata better dia berada dlm agama asal semata-mata sebab tak pakai tudung? What kind of du'a is that?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.737421 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list