CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kakasotong

[Edisi sentap] Che Ta RSO tinggalkan kerusi juri AF 2015

[Copy link]
Post time 15-9-2015 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kakprik replied at 15-9-2015 12:02 AM
kalau akak yg jadi juri..tiap minggu akak tak kritik pelajar dah..akak kritik zizan jer..biar samp ...

Hahaha lawak la kakprik ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2015 03:02 PM | Show all posts
Selasa, 15 September 2015 @ 1:42 PM

Edry jawab keputusan Che Ta tarik diri juri AF 2015

Oleh Zaidi [email protected]

KUALA LUMPUR: Pengetua Akademi Fantasia (AF) 2015, Edry Abdul Halim menegaskan keputusan Rozita Che Wan menarik diri sebagai juri tetap pertandingan realiti itu adalah wajar dan perlu dihormati.

Edry yang dihubungi sebentar tadi berkata, ia keputusan cukup tepat dan kerusi juri yang ditinggalkan Rozita patut digantikan oleh mereka yang lebih layak.

Rozita sebelum ini mengesahkan sudah tidak lagi bergelar juri pertandingan itu mulai minggu depan selepas dikatakan diherdik Edry yang tidak berpuas hati dengan kritikan yang dilontarkan terhadap pelajar AF malam kelmarin.

Rozita menjelaskan, tindakan itu dilakukan atas dasar profesionalisme selain mempertahankan maruahnya dan tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat.

Edry bagaimanapun menjelaskan dia tidak mengherdik mahupun memaki Rozita seperti didakwa oleh isteri Zain Saidin itu.Kata Edry, sekiranya Rozita boleh mengkritik secara terbuka terhadap pelajar AF 2015, hal yang sama juga patut diterimanya apabila ditegur.

"Saya tak maki atau herdik dia sebaliknya hanya menegur. Kenyataan itu nampaknya terlalu berlebihan. Seharusnya sebagai orang industri mahupun yang menerima mandat sebagai juri, dia (Rozita) seharusnya terbuka dengan kritikan dan teguran. Saya hanya menegur komennya kepada pelajar saya di AF 2015. Harus diingat tugasan sebagai juri bukan kerja mudah. Ia sangat berat. Selepas minggu keenam AF2015 bersiaran, saya lihat dan rasa komen dia kepada pelajar tak beri kesan kepada pelajar," katanya.

Edry berkata beliau tidak tahu Rozita mengambil hati dengan tegurannya itu."Juri pun bukan ada kekebalan kerana mereka juga terbuka dengan kritikan sesiapa yang tak berpuas hati.Tugas juri sangat besar dan ia membabitkan masa hadapan pelajar. Kalau dia setakat komen awak nampak cantik dan seumpamanya, ia tidak akan membantu pelajar saya. Tugasan ini memang terlalu besar kapasitinya untuk dia dan sekali gus menyerlahkan kelemahan dirinya. Sebagai juri dia perlu memberi kritikan dan sekali gus memberikan cadangan yang membina. Sebagai contoh yang dilakukan oleh juri tetap AF2015, Datuk Ramli MS. Jadi demi kebaikan dia, memang saya hormati tindakannya menarik diri. Sejujurnya saya sangat simpati dengan dia kerana sering menerima kritikan negatif daripada orang luar yang melihat komen yang diberikannya kepada pelajar AF 2015 yang tak mendatangkan kesan," katanya.

Menurut Edry, dia tidak mempunyai masalah peribadi dengan Rozita, sebaliknya apa yang berlaku atas paksi profesionalisme.Malah, sebagai pengetua akui Edry, dia berhak bersuara untuk mempertahankan apa yang patut dipertahankan.

"Saya suarakan apa yang betul kepadanya. Kalau nak komen kepada pelajar AF 2015, biarlah berasas. Saya nak yang terbaik untuk mereka. Selepas ini saya boleh makan semeja dengannya kalau ada majlis tertentu kerana apa yang berlaku bukan soal peribadi. Pihak Astro selepas ini patut mengundang juri yang lebih layak dan berpengalaman seperti Adlin Aman Ramlie atau Fauziah Ahmad Daud," katanya.

Rozita sebelum ini dalam kenyataannya, tawaran yang diterimanya untuk memikul mandat juri tetap itu bukan diterima kerana soal duit atau populariti muncul dalam program yang ratingnya tinggi.

"Saya tidak mahu bekerja dalam suasana yang tidak sihat di mana ada orang yang tidak tahu saling menghormati. Saya cuma menjalankan tugas yang diberikan."Semua soal profesionalisme. Apa yang saya buat adalah kerja saya dan saya hanya berminat bekerja dengan orang yang mempunyai tahap profesionalismenya sama seperti saya. Bos Astro ada pujuk tapi saya tetap akan pertahankan keputusan ini. Kalau Edry telefon pun saya tak mahu tarik balik keputusan saya itu. Saya tak mahu duduk dalam kelompok itu lagi," tegasnya.


Last edited by edoraixora on 15-9-2015 03:03 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 03:02 PM | Show all posts
bvsf06 replied at 15-9-2015 01:42 PM
ni la akibatnya kalau ASTRO ambil orang tak ada kredibiliti jadi juri, just nak kejar rating
in fac ...

berani nak tengking Tok Ram

mesti edry cakap "setakat che ta". apa aku nak heran.

komen pun bimbo

baca la apa yg edry cakap kat che ta dlm paper hari ni

bagi aku respect dia kat che ta mmg x berapa nak ada

whatever la .... kita tgk jer dak2 tahun ni sendu ker berjaya

kalau diikutkan tahun lps Aman lagi teruk kena hencap ngan Ramli MS tapi Hattan ada berani nak herdik or bangkang depan2? kat belakang ada la Hattan dan cikgu2 lain ngata Tok Ram. depan????
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Athrun.Zalaa replied at 15-9-2015 08:09 AM
Komen pun ntah apa2...
"Tembus badan sy smpai ke zain saidin..."
Whatever...

Hoh komen sape tu uols? Pelik je bunyi nye. Nape disebut gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 03:04 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 15-9-2015 02:57 PM
lps che ta komen tu trus si edry menyampuk ke? iolss tak penah tgk af sejak AF4 tu je last

Membalas kenyataan Che Ta , Edry mengalu-alukan aktres itu menarik diri kerana sepanjang beliau menjadi juri AF2015 beliau banyak memberikan komen tidak wajar ataupun tepat terhadap peserta-peserta.
- Saya terima keputusan dia menarik diri menjadi juri AF 2015 kerana ia adalah untuk kebaikannya juga. Saya lihat ia keputusan yang wajar. Lebih-lebih lagi dia sering dikutuk peminat-peminat AF 2015 kerana memberi komen yang tidak berasas dan saya setuju tentang hal itu.


Malah, Edry tidak merasa menyesal menegur Che Ta dan beranggapan beliau berhak untuk menegur pengkritik jika mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
- Sudah lama saya perhati komen yang dia beri terhadap pelajar-pelajar dan ia tidak sesuai. Pada konsert Ahad lalu, saya dah tidak boleh sabar lagi lalu terus menegur dia di belakang tabir. Mungkin dia tidak tahu bahawa pendapat yang dia beri tidak sesuai untuk program tersebut. Sebagai pengetua, saya berhak menegur pengkritik kerana mereka pun tidak terlepas daripada ditegur. Bagaimanapun saya tidak mengherdik dia seperti yang diperkatan dan pada masa sama saya tidak menyesal dengan tindakan menegurnya ketika itu.


sumber : http://beautifulnara.com/


kita orang kat rumah pun menyampuk sama
mcm kelakar jer cheta jadi juri AF

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 03:04 PM | Show all posts
Sementara itu, Edry pula menafikan dia mengherdik Che Ta seperti yang diperkatakan, sebaliknya sekadar memberi teguran kerana rasa tidak puas hati dengan komen yang diberikan.

Malah Edry juga berasa tidak menyesal dengan tindakannya menegur aktres itu.

"Sudah lama saya perhati komen yang dia beri terhadap pelajar-pelajar dan ia tidak sesuai. Pada konsert Ahad lalu, saya dah tidak boleh sabar lagi lalu terus menegur dia di belakang tabir.

"Mungkin dia tidak tahu bahawa pendapat yang dia beri tidak sesuai untuk program tersebut. Sebagai pengetua, saya berhak menegur pengkritik kerana mereka pun tidak terlepas daripada ditegur.

"Bagaimanapun saya tidak mengherdik dia seperti yang diperkatakan dan pada masa sama saya tidak menyesal dengan tindakan menegurnya ketika itu," ujar Edry.

Dalam pada itu, kata Edry, teguran itu dilakukan secara profesional dan dia tidak mempunyai masalah peribadi.

"Saya tidak ada masalah dengan dia secara peribadi. Sekiranya kami berjumpa di majlis atau di mana-mana, saya boleh duduk semeja dengannya.

"Cuma mungkin kami tidak sesuai bekerjasama dalam sesebuah program berkaitan muzik," tuturnya.

Hormat Permintaan Che Ta, Astro Akan Cari Pengganti


Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, berkata, pihaknya telah menerima pengunduran Rozita dan menghormati keputusan tersebut.

Katanya, buat masa ini pihak Astro juga dalam proses untuk mencari pengganti sebagai pengkritik tetap program itu.

"Kami terima keputusan Rozita selepas konsert minggu lalu dan menghormati apa juga keputusan yang diambil.

"Sekarang kami sedang mencari pengganti tempatnya untuk minggu depan, ia memang agak sukar untuk cari artis yang setanding dengan Rozita terutama pada hari Ahad kerana kebanyakkan jadual artis penuh," ujarnya.

Ketika ditanya pandangannya tentang kritikan yang diberi oleh Rozita pada konsert tersebut, Raqim berpendapat, ia adalah perkara yang subjektif.

Katanya, setiap pendapat yang diberikan oleh setiap pengkritik adalah menerusi pandangan peribadi mereka untuk kebaikan pelajar-pelajar AF 2015.

"Bagi saya apa yang Rozita komen adalah mengikut pendapat dan pengalaman dia sebagai seorang artis. Kita tidak boleh pertikaikan komen tersebut kerana ia adalah subjektif," ujarnya.

Raqim berkata, pihaknya tidak mencampuri salah faham tersebut dan berharap ia dapat diselesaikan secara peribadi dengan baik.

"Ia hanya perselisihan pendapat antara dua individu dan saya rasa lebih wajar jika ia diselesaikan secara baik oleh kedua-dua belah pihak tanpa campur tangan Astro,"

MStar 15 Sept


#lama tak tgk AF
#tak sokong sesiapa
#tak tahu apa sumbangan RCW dlm industri
#Edry tu nampak jelas la 'who he is in the industry'
# dari cerita2 yg didengar dan baca, RCW ni semua dia je yang betul






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2015 03:06 PM | Show all posts
Incanto replied at 15-9-2015 09:10 AM
Nak off topic... Ella tua 10 tahun dari cik Ta
Tapi masa jadi juri haritu nampak Ella lagi muda

...

ok yang ni aku setuju banget
rancangan utk makcikpakcik
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
santubung replied at 15-9-2015 03:02 PM
berani nak tengking Tok Ram

mesti edry cakap "setakat che ta". apa aku nak heran.

Ala. aman tu layak la di komen sedemikian  oleh dato ramli ms la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2015 03:09 PM | Show all posts
Vellfire replied at 15-9-2015 03:04 PM
Membalas kenyataan Che Ta , Edry mengalu-alukan aktres itu menarik diri kerana sepanjang beliau me ...

gigih uolss layan AF lg...iolss paling tak leh blah juara AF thn lps..even iolss xpenah tgk af thn lps tp si firman tu menang mcm apa je..tahun ni bakal terjadi lg ke?

che ta pn mesti dia sakit mata..kalau bole nk tgk yg cantik n complete
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 03:12 PM | Show all posts
washere2 replied at 15-9-2015 03:04 PM
Sementara itu, Edry pula menafikan dia mengherdik Che Ta seperti yang diperkatakan, sebaliknya sekad ...

motip nak setanding che ta setakat heroin kiah pekasam je..agak2 la astro ni..overrated sgt..apa lg panggil kak azwan ali dia hari2 free tak pun panggil didie alias
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 03:15 PM | Show all posts
Athrun.Zalaa replied at 15-9-2015 08:09 AM
Komen pun ntah apa2...
"Tembus badan sy smpai ke zain saidin..."
Whatever...

tu lah komen lawak giler ingat maharaja lawak ke?
memang tak kena langsung cara dia bagi pendapat
kalau nak jadi juri fesyen baju ke apa2 ke bagi jer kat cheta
tak paham aku astrok ni.. ambil lah org yg berpengalaman
macam erra fazira ke dan yang layak
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 03:16 PM | Show all posts
babyorange replied at 15-9-2015 03:03 PM
Hoh komen sape tu uols? Pelik je bunyi nye. Nape disebut gitu?

Che Ta la komen sapa ntah...
Cmne ntah tertegk lak af hari tu...
Rasanya komen ni 2 minggu lps...
Konsert yg baru2 ni ioollsss xtgk...
Lbh baik main game...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 03:17 PM | Show all posts
Vellfire replied at 15-9-2015 03:15 PM
tu lah komen lawak giler  ingat maharaja lawak ke?
memang tak kena langsung cara dia bag ...

Yup...
Kalau fesyen ke apa bleh la bg Che Ta...

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 03:17 PM | Show all posts
fry_paranoid replied at 15-9-2015 01:32 PM
Mohon astro tlgla ganti pengkritik yg btl2 tahu teknik vokal n ade pengalaman myyi.. contoh terbaik  ...

jujur cakap lulu tak tengok AF dikaca tv, just tgk kat youtube je huhu. dan tak tau sape juri sekarang ni. tapi nak bagi pandangan skit... juri persembahan selayaknya adalah adlin aman ramli/ khir rahman/fauziah nawi/ogy/erma fatima ke... bab vokal sesuai utk yang dah berpengalaman menyanyi atau komposer. diorg je tau suara sesuai ke tak sesuai. pacak la juri one in a million tu..matsaleh paul tu ke, shafinaz/azmir/m.nasir(ex pengetua boleh jadi juri x? hehe)/ziana zain/etc rasa mcm diorg sesuai sangat.


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 03:21 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 15-9-2015 03:09 PM
gigih uolss layan AF lg...iolss paling tak leh blah juara AF thn lps..even iolss xpenah tgk af thn ...

maybe mlm tu cheta nak yang betul2 rock
dlm kepala dia dah set 'mesti rock"
dia ingat rock ni mesti keras ke? lawaklah cheta ni
dulu2 banyak jer lagu rock kapak yang lembut2

i layan mlm tu sebab tema rock
lagipun layan sebab ada awie dan wings
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 03:24 PM | Show all posts
msti che ta lagi tebeliak biji mata and panas ati arini bila baca komen edry kat paper...

che ta ni yg kuat sentap...hahaha...sbb edry tak kisah klu lps ni dia dok semeja makan dengan che ta...

plus aku masih terigt makian che ta kat peminat yg tego cara dia berpakaian sblm dia berhijrah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2015 03:24 PM | Show all posts
Vellfire replied at 15-9-2015 03:21 PM
maybe mlm tu cheta nak yang betul2 rock
dlm kepala dia dah set 'mesti rock"
dia ingat rock ni me ...

ohhh i see..yer btl..rock ada pop rock..heavy rock..aihh panggil org yg tau music dtg komen mmg mendapat la... che ta mgkn expect appearance vokal n music rock kot..btw sufi tu nampak lembut sgt ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 03:26 PM | Show all posts
parasitology replied at 14-9-2015 11:25 PM
tok siti please
nak tgk tok siti and tok ram bergandingan bg komen
harus rating naik kan

hahahaha yang ni aku setuju! confirm rating naik
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Panggil faz pun takpe dh alang2 menang best actress..lgpon komen persembahan kan.walaupon faz kayu jah nyanyi lagu dia
#karafzfaz miss u faz..mmuah
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 03:29 PM | Show all posts
santubung replied at 15-9-2015 12:20 PM
Edry pun satu. ko tak yah dok herdik orang bagai depan2 penonton. jaga la sikit air muka Che Ta.

...

Aku pun x faham kenapa abam deri nak sentap sangat dengan komen che ta?  dah sah-sah peranan che ta kat situ lebih kurang sama la dengan peranan amir i'm sorry dalam super spontan tu; apa yang dia komen/cakap pun, tak sapa nak amik pot....demikianlah halnya dengan komen che ta...kalau bang deri nak beri perhatian sgt, berilah perhatian kpd komen2 atuk remeli m.s tuh....kalau ko nak sentap nak meroyan pun, kira berbaloi la sikit.
lepaih ni nanti kalau asteruk amik adlin aman ramli atau ahkak ogy....jangan pulak bam deri mengamuk lagi; pasal komen adlin dengan ahkak ogy buleh tahan gak pedasnya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.143119 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list