|
KENANGAN IKON MALAYSIA
![](http://bp3.blogger.com/_UZImdYAiry8/Rq1PF7tNXKI/AAAAAAAACPk/PlmIxQvtmsY/s320/30hip1a.jpg)
MENEPATI ramalan banyak pihak, bintang Malaysia Idol (MI) pertama, Jaclyn Victor (Jac), Sabtu lalu dinobatkan sebagai Ikon Malaysia (kategori solo) dalam pertandingan akhir Pentas Ikon Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), sekali gus melayakkannya mewakili Malaysia ke Pentas Ikon Asean yang berlangsung di tempat sama pada 12 Ogos.
Mengiringi kemenangan Jac ialah OAG (Old Automatic Garbage) yang diangkat sebagai Ikon Malaysia (kategori berkumpulan). Jac dan OAG membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai AS$2,500 (RM8,750). Mereka akan berentap bersama peserta yang dinobatkan sebagai Ikon Filipina dan Ikon Indonesia untuk bergelar Ikon Asean seterusnya menerima hadiah wang tunai AS$25,000 (RM87,500).
Terdahulu, tirai Pentas Ikon Malaysia dibuka dengan gimik pengacaranya, Sarimah Ibrahim yang muncul di pentas meniru gaya persembahan Ratu Gelek, Mas Idayu. Gelekan dan cara Sarimah memegang mikrofon memanaskan dewan PICC yang memuatkan hampir 2,000 penonton.
Semua 19 calon artis solo dan berkumpulan yang membawa cabaran di Pentas Ikon Malaysia diperkenalkan kepada penonton. Mereka ialah Adam Akademi Fantasia 2 (AF2), Dayang Nurfaizah, Shanon Shah, Ezlynn, Reshmonu, Farah AF2, Daniel, Jaclyn Victor, Dina, Mawi AF3, Jinbara, OAG, Mirwana, Def Gab C, Gerhana Ska Cinta, Amuk, Flop Poppy, Disagree dan May.
Memulakan persembahan ialah Flop Poppy. Namun, sedikit mengecewakan apabila vokal penyanyinya, Andy kurang menyengat ketika mendendangkan medley Dewi dan Ye Ke. Suara Andy seakan tenggelam dan kurang jelas apabila vokal dan muzik diadun bersama. Mungkin mempersembahkan lagu yang kurang diminati ramai, sambutan penonton agak hambar.
Apabila muncul pada sesi kedua persembahan, sesuatu yang segar diharapkan daripada Flop Poppy, namun keadaan yang berlaku adalah sebaliknya apabila dendangan lagu Jangan Begitu dan Sembunyi seolah-olah gagal mencuri perhatian penonton. Secara keseluruhan, persembahan Flop Poppy seperti kehilangan identiti walhal mereka adalah kumpulan muzik yang begitu diminati sebelum ini.
Sebaik Sarimah mengumumkan Jac adalah artis berikutnya, suasana dewan semakin gamat memberi petanda awal sesuatu yang luar biasa akan dipersembahkan penyanyi itu. Dia memulakan persembahan menerusi lagu Jangan Tinggal Daku. Jac membawakan lagu itu dalam irama R&B. Seperti dijangka, Jac memberikan persembahan memukau!
Diikuti selepas itu ialah lagu yang pernah dipopularkan Allahyarham Sudirman Haji Arshad, One Thousand Million Smiles. Menjadi identiti Jac, dia menyanyi dengan mikrofon di dahi, namun vokalnya terus 慻arang |
|